bertudung kerana terpaksa?
Assalamualaikum...
sebenarnye dah lama nak buat entry pasal ni..
Ni sebenarnye melalui perbincangan dengan adik aku eija.
kami memang selalu berbeza pendapat..
tak tau la kenapa.mungkin masa mak aku mengandung
kuat makan jering kot...
hahahah...
ok..terus kepada apa yang aku nak sampaikan..
ada orang kata
"buat apa bertudung kalau terpaksa..?"
"belum sampai seru lah nak bertudung.."
"nak bertudung kena ikhlas..tak ikhlas berdosa tau.."
"ala..aku tak mau la berpura2 pakai tudung..padahal hati tak nak.."
pada kawan2 yang berfikir seperti ini meh baca satu
ulasan yang aku dapat dari blog ustaz zaharuddin ni..
sebenarnye dah lama nak buat entry pasal ni..
Ni sebenarnye melalui perbincangan dengan adik aku eija.
kami memang selalu berbeza pendapat..
tak tau la kenapa.mungkin masa mak aku mengandung
kuat makan jering kot...
hahahah...
ok..terus kepada apa yang aku nak sampaikan..
ada orang kata
"buat apa bertudung kalau terpaksa..?"
"belum sampai seru lah nak bertudung.."
"nak bertudung kena ikhlas..tak ikhlas berdosa tau.."
"ala..aku tak mau la berpura2 pakai tudung..padahal hati tak nak.."
pada kawan2 yang berfikir seperti ini meh baca satu
ulasan yang aku dapat dari blog ustaz zaharuddin ni..
Begini
ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita
muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.
Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.
Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.
Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab luaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.
Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!
Justeru itu,
hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan
semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah
dan hak Allah untuk menguji hambanya.
Sama seperti mendirikan
solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan
Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa
atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan
menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya,
walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.
Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.
Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.
Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.
ok..tu je lah ye..
pada kawan2 semua..ikhlas atau tidak bukan
kita yang tentukan itu satu pahala atau dosa.kewajipan kita hindari
yang keji dekati yang terpuji..
.
http://www.dianarashid.com
Comments
Post a Comment