Tips Mengenali Pasangan Suami/Tunang Orang Atau Bujang
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Ekoran dari entry lepas, Tak Sempat Bertunang Dengan Suami Orang,
yang mana isu berkenaan mengenai pasangan wanita ditipu hidup-hidup
oleh pasangan lelaki tu, maka untuk entry kali ni pula, aku dengan
sukarelanya ingin berkongsi tips penting bagaimana mengenali pasangan
itu suami/tunang orang ataupon bujang.
Pada kaum wanita aku nasihatkan, jangan
terlalu percaya dengan pujuk rayu pasangan yang baru korang kenali,
kerana korang belum mengenali dia dengan lebih mendalam lagi. Sebaiknya
kaji dulu samada dia suami/tunang orang ataupon betul masih bujang.
credit to mr google
Caranya:
1) Usia
Pertama sekali perlu tahu berapakah usia
sebenar lelaki tersebut. Jika lelaki tersebut dalam lingkungan 20 ke 25
tahun, kebarangkalian masih bujang tu mungkin tinggi, tapi kalau usia
25 tahun ke atas, kebarangkalian sudah berkahwen pula tinggi. Maka perlu
berhati-hati yea. Ada juga lelaki yang kawin muda, dan ada juga lelaki
yang kawin lewat. Sebab tu kita kena kenalpasti betul-betul.
2) Fizikal
Cuba perhatikan fizikal dia, terutamanya
tang perut, hehehe. Kebiasaanya lelaki yang sudah berkahwin mempunyai
perut yang agak macho. Dengan ertikata yang paling mudah difahami adalah
buncit. Heh. Jadi kalau pasangan anda tu mempunyai perut yang macho ni,
maka berhati-hatilah yea…
Tapi ada juga lelaki yang masih bujang
tapi perutnya dah macho, ada juga lelaki yang dah kawin tapi perutnya
rata, macam suami aku, maka untuk ini, aku pula yang kena berhati-hati,
silap-silap orang ingat dia masih bujang. Haih!
3) Layanan
Kebiasaanya lelaki yang sudah berkahwin ni paling expert bab-bab melayan wanita.
Contohnya :
1) Suka memuji pasangan
2) Pandai memujuk
3) Suka pegang-pegang, belai-belai
4) Suka bagi hadiah
5) Pandai memanjakan pasangan
6) Ayat sentiasa manis, pandai berkata-kata
Kalau cara layanan 6 perkara
di atas ni ada pada pasangan, tolong jangan mudah percaya dan jangan
mudah nak cair ok. Kemungkinan besar lelaki itu telahpon berkahwin
ataupun playboy. Sebab bagi lelaki yang sudah berkahwin dan playboy ni,
dia dah masak sangat dengan wanita, dan dah tau apa kelemahan wanita,
dah tau apa yang biasanya wanita mahukan. Maka dia akan mengambil
kesempatan dengan cara layanan di atas.
4) Handphone
Sesekali cuba pinjam handphone pasangan.
Bagilah alasan nak call mak ke, adek ke, cakaplah handphone korang abis
kredit. So kalau dia bagi, ambillah kesempatan ni untuk check contact
number dalam handphonenya, carilah keywords ‘sayang’, atau ‘manja’, atau ‘isteri’.
Seandainya keluar nama tu, check nombornya pula, adakah no korang
ataupon no yang tak dikenali. Kalau nombor tu terlalu asing, so
paham-paham sajalah ye. Mungkin korang sekadar spare tyrenya sahaja.Di sini amatlah penting untuk korang ‘celik handphone’, bukan IT je perlu celik yea.. Kalau tak, susah korang nak godeh handphone yang sekarang makin canggih ni.
Sekiranya susah sangat pasangan tu nak
bagi pinjam handhonenya, dengan memberi macam-macam alasan yang tak
munasabah, pon korang mesti kene simpan syak wasangka ye. Mungkin dia
tak mahu rahsianya terbongkar.
Tapi kalau pasangan tu ada 2 handphone, agak payahlah kan.
5) Kenali Rakan Pasangan
Sekiranya pasangan korang mengajak
berjumpa rakan-rakannya, maka korang cuba ambil kesempatan ni untuk
menganali rakan-rakannya. Seandainya kebanyakan rakan-rakannya telahpon
berkahwin, maka kemungkinan besar, pasangan korang juga telah
berkahwin.
6) Uji pasangan
Cuba uji pasangan anda dengan cara,
call/sms dia pada tengah malam, sekitar jam 12 – 3 pagi @ 6 – 8 pagi.
Cuba banyak-banyak kali. Tengok samada dia berani angkat ataupon tidak.
Kalau korang call, tapi tak pernah sekali pon dia angkat, kemungkinan
dia sedang lena beradu dengan isteri tercinta. Ataupun dia takut nak
angkat sebab isteri ada di sebelah.
Atau, call/ sms dia pada hujung minggu.
Kebiasaannya pada hujung minggu adalah waktu untuk meluangkan masa
dengan keluarga kan. So, korang jangan takut untuk ganggu dia, ajak dia
keluar ke, shopping ke. Cuba tengok samada dia nak ataupon tidak.
Atau, call dia pada setiap waktu pagi
dengan alasan nak kejut dia bangun solat atau bangun keje. Tengok samada
dia yang angkat ataupon ada wanita lain yang angkat. Heh..
Dan lagi satu, kalau handphone dia selalu off pada waktu malam pon, kemungkinan besar dia telahpon berkahwin.
(cara ni amat sesuai jika korang dan pasangan berkenalan dengan jarak jauh)
7) Ekori pasangan
Seandainya korang rasa macam tak sedap
hati je dengan pasangan korang tu, cuba cari alternatif lain dengan
ekori setiap pergerakan beliau. Kenalpasti rumahnya, tempat kerjanya dan
tempat yang biasa dia pergi. Jangan jadi seperti katak di bawah
tempurung yea, sesekali kita kene keluar untuk mencari kebenaran.
Kenali adik beradiknya
Cuba kenali adik beradiknya dan cuba
dekatkan diri dengan mereka. Dengan cara ini, secara tak langsung korang
boleh selidik latar belakang pasangan dengan mudah.
(cara ni juga sesuai jika korang dan pasangan berkenalan dengan jarak jauh)
Pengalaman aku
Dulu aku pernah kenal dengan sorang
mamat ni, aku syak dia dah berkahwen hanya kerana aku tengok ramai
rakan-rakannya telahpon berkahwin, dan juga faktor usianya. Aku cuba
tanya dia untuk kepastian, dia mengaku belum berkahwen, masih tak puas
hati, aku cuba uji dia dengan menyuruh dia membawa aku jumpa ibu bapanya
(sekadar menguji, tapi aku memang takut sangat kalau jumpa ibu bapanya),
tup-tup dia memang betul-betul bawa aku jumpa ibu bapanya. Hah seram
sejuk aku dibuatnya. Memang ternyata dia masih bujang. Tapi apakan daya,
hati aku bukan untuk dia.
IntanKuTerpilih berbisik : kalau
korang berani ikut cara melalui pengalaman aku tu, korang cubalah..
memang sangat-sangat efektif sebenarnya.
Comments
Post a Comment