Definisi Bidaah Mengikut Ahlul Sunnah wal Jamaah
Oleh: Sheikh DR. Gibril Fouâd Haddâd
I. Definisi Bid‘ah oleh Imam al-Shafi’e (ra).
II. Pembahagian Bid‘ah di kalangan Ahlul Sunnah wal Jamaah dan selainnya.
I. Definisi Bid‘ah Mengikut Imam Shafi’e:
Sumbangan besar Imâm al-Shâfi`î (ra) dalam ilmu Usul
al-Fiqh ialah pembahagian beliau terhadap makna ‘perkara baharu’
(al-bid‘ah) dan ‘perkara baharu yang diadakan’ (al-muhdathât) iaitu
samada ‘baik’ atau ‘buruk bergantung kepada samada perkara itu selari
dengan Shari‘at.
Ini diriwayatkan secara Sahih dari dua muridnya yang terkenal pada zaman akhir kehidupan beliau iaitu, pakar hadith Mesir, Harmala ibn Yahyâ al-Tujaybî dan al-Rabî` ibn Sulaymân al-Murâdî:
Harmala menyebut, “Aku mendengar Imam al-Shâfi’e (r.a) berkata:
“Bid‘ah itu dua jenis (al-bid‘atu bid`atân)”.“Bid‘ah yang dipuji (bid‘ah mahmûdah) dan bid‘ah yang dikeji (bid‘ah mazmûmah).Apa yang selari dengan Sunnah itu dipuji (mahmûdah) dan apa yang bertentangan itu dikeji (mazmûmah).”
Beliau menggunakan dalil dari kenyataan Saidina ‘Umar ibn al-Khattâb
(r.a) kepada jemaah yang mengerjakan Sembahyang Terawih di bulan Ramadân
dengan katanya:
“Alangkah cantiknya bid‘ah ini!”
Al-Rabî` juga meriwayatkan kenyataan yang sama bahawa Imam Al-Shâfi`î berkata kepada kami:
‘Perkara baharu yang diada-adakan itu dua jenis (al-muh dathâtu min al-umûri darbâin):
Pertama, perkara baharu yang bercanggah dengan
al-Qur’an atau Sunnah atau athar Sahabat atau ijmâ’ para ulama’, maka
bid‘ah itu adalah sesat (fa hâdhihi al bid‘atu dalâlah).
Kedua, ialah perkara baharu yang diadakan dari
segala kebaikan (mâ uhditha min al-khayr) yang tidak bertentangan dengan
mana- mana pun di atas, dan ini bukan bid‘ah yang dikeji (wa hâdhihi
muhdathatun ghayru madhmûmah). `Umar (r.a) berkata terhadap sembahyang Terawih berjemaah di bulan
Ramadhan:“Alangkah cantiknya bid‘ah ini!” bermaksud bahawa ‘perkara
baharu’ yang diada adakan yang belum ada sebelum ini, tetapi ianya tidak bercanggah dengan perkara diatas (Al-Qur’an, Sunnah, athar Sahabat dan Ijma’).’”
Oleh itu, Imam al-Shâfie telah meletakkan suatu
kriteria asas, yang perlu digunakan dalam menjatuhkan hukum terhadap
sesuatu ‘perkara baharu’. Sehubungan dengan itu Imâm al-Haytamî, Qâdî
Abû Bakr Ibn al-`Arabî, dan Imâm al-Lacknawî seterusnya menyambung:
“Bid‘ah dari segi Shari‘atnya ialah apa jua perkara baharu yang
diadakan yang bertentangan dengan hukum yang diturunkan Allah, samada
berdasarkan dalil-dalil yang nyata atau pun dalil-dalil umum”.
“Hanya Bid‘ah yang menyalahi Sunnah sahaja yang dikeji”.
“Bid‘ah ialah semua perkara yang tidak wujud dalam tiga kurun pertama Islam dan di mana ianya tidak mempunyai asas bersumberkan empat sumber hukum Islam”.
“Bid‘ah ialah semua perkara yang tidak wujud dalam tiga kurun pertama Islam dan di mana ianya tidak mempunyai asas bersumberkan empat sumber hukum Islam”.
Kesimpulannya, ianya tidak memadai bagi
sesuatu perkara itu dikira ‘bid‘ah’ [dan sesat] hanya semata-mata kerana
ianya ‘perkara baharu’; tetapi ianya perlulah juga dimasa yang sama
bertentangan dengan Islam.
Al-Bayhaqî mengulas kenyataan al-Rabî :
“Begitu juga dalam hal perdebatan aqidah (kalâm) dengan pereka
bid‘ah, apabila mereka ini mula mendedahkan perbuatan bid‘ah
(penterjemahan ) dalam aqidah mereka kepada masyarakat awam. Walaupun
kaedah kalam merupakan ‘perkara baharu’ namun ianya dipuji (mahmudah)
kerana ianya bertujuan untuk mendedahkan kepalsuan pereka bid‘ah itu,
seperti mana yang kita sebutkan sebelum ini.
Rasulullah dan begitu juga para Sahabat ditanya soalan berhubung
dengan Qada’ dan Qadar, yang jawapannya sepertimana telah sampai kepada
kita hari ini. Namun pada masa itu, para Sahabat sudah berpuas hati
dengan jawapan yang diberikan oleh Rasulullah . Namun sebaliknya di
zaman kita ini pereka bid‘ah tidak lagi berpuas hati dengan jawapan yang
sampai kepada kita (daripada Rasulullah dan para Sahabat), dan mereka
tidak lagi menerimanya. Oleh itu bagi menangkis serangan mereka, yang
mereka sebarkan kepada umum, perlu bagi kita berhujah menggunakan kaedah
pembuktian yang diterimapakai oleh mereka sendiri. Dan sesungguhnya
kejayaan itu datangnya dari Allâh jua”.
Ini merupakan pembelaan Imâm al-Bayhaqî secara terang-terang
terhadap keperluan kalâm dan sifatnya yang selari dengan tuntutan Sunnah
demi mempertahankan [Islam] dari pereka bid‘ah. Pendirian yang hampir
sama juga boleh dilihat dikalangan para Imam besar seperti Ibn `Asâkir,
Ibn al-Salâh, al-Nawawî, Ibn al-Subkî, Ibn `Abidîn dan lain-lain.
II. Pembahagian Bid‘ah di kalangan ‘ulama’ Ahlul Sunnah wal Jamaah dan selainnya:
(a) Definisi Imam al-Ghazâlî.
Hujjatul Islâm Imam al-Ghazâlî ketika mengulas perbahasan berhubung dengan penambahan ‘titik’ pada huruf ayat-ayat al-Qur’an dengan katanya:
Hakikat bahawa ianya perkara baharu yang diadakan (muhdath) tidak
menghalang ini semua. Berapa banyak perkara baharu yang diadakan tetapi
ianya baik!, seperti mana sembahyang Terawih secara berjemaah. Ianya
adalah antara bid‘ah Saidina`Umar (ra) tetapi ianya adalah bid’ah yang
baik (bid‘ah hasana). Bid‘ah yang keji ialah yang bertentangan dengan
Sunnah Rasulullah atau yang boleh membawa kepada perubahan Sunnah itu.
(b) Definisi Qâdî Abû Bakr ibn al-‘Arabî al-Mâlikî.
Qâdî Abû Bakr Ibn al-`Arabî ketika mengulas berhubung dengan bid‘ah berkata:
Ketahuilah! – Moga Allah menganugerahkan kamu ilmu! – bahawa bid‘ah itu ada dua jenis (al-muhdathâtu darbân):
(i) Perkara baharu yang diadakan yang tiada asas [agama] melainkan mengikut hawa nafsu sesuka hati. Ini ada jenis yang salah, dan
(ii) Perkara baharu yang diadakan selari dengan apa yang sudah
disepakati. Seperti Sunnah para Khulafâ’ dan para Imam-imam besar.
Perkara baharu yang diadakan dan bid‘ah bukanlah keji kerana ianya
‘baharu’ (muhdath) [baharu yang tiada sebelum ini] atau semata-mata
dipanggil ‘bid‘ah’, dan tidak juga kerana maknanya! Allâh Yang Maha
Agung berfirman:
“Tidak datang kepada mereka peringatan yang baharu (muhdath) dari
Tuhan mereka” (21:2) dan Saidina `Umar (ra) berkata: “Alangkah cantiknya
bid‘ah ini!”
Sebaliknya, bid‘ah yang bertentangan dengan Sunnah itu yang dikeji atau perkara baharu yang diadakan yang membawa kepada kesesatan itu yang dicela .
(c) Definisi Ibn Hazm al-Zahiri
Ibn Hazm al-Zâhirî berkata:
Bid‘ah dalam al-Din ialah apa jua yang datang kepada kita yang tiada
disebutkan didalam al-Qur’ân dan Hadith Rasulullâh , melainkan seseorang
itu diberi ganjaran pada sebahagiannya, dan mereka yang melakukannya
dimaafkan jika mereka berniat baik. Di antaranya adalah yang diberi
ganjaran dan dikira baik (h asan), apa yang pada asalnya diharuskan (“mâ
kâna asluhu al-ibâha”) sepertimana yang diriwayatkan oleh Saidina`Umar
(ra): “Alangkah baiknya bid‘ah ini!”Ia jelas merujuk kepada semua amalan
kebaikan yang dinyatakan oleh nass (al-Qur’an dan Hadith) secara umum
akan galakan melakukannya, walaupun amalan berkenaan itu tidak
disebutkan dalam nass secara khusus. Di antaranya juga ada yang dikeji
dan tidak dibolehkan apabila ada dalil-dalil yang melarangnya.
(d) Definisi Ibn al-Jawzi.
Ibn al-Jawzî menyatakan perkara yang sama dalam kitabnya Talbîs Iblîs:
“Ada sesetengah perkara baharu (muhdathât) diamalkan yang tidak
berlawanan dengan Shari‘at atau menyalahinya, mereka [para Salaf]
melihat ianya tidak mengapa untuk diamalkan, seperti tindakan Saidina
Umar mengumpulkan orang bagi mendirikan sembahyang Terawih di bulan
Ramad.ân, kemudian itu beliau berkata: `Alangkah baiknya Bid ‘ah ini!’”
(e) Definisi Ibn al-Athîr al-Jazarî.
Pakar perkamusan Ibn al-Athîr menyebut di dalam kitabnya, al-Nihâyah fî Gharîb al-Hâdîth wal-Athar menyebut:
“Bid‘ah itu ada dua jenis: bid‘ah yang berpetunjuk (bid‘atu hudâ) dan
bid‘ah yang sesat (bid`atu dalâlah). Apa jua yang menyalahi perintah
Allâh dan RasulNya : itu termasuk dalam perkara yang dikutuk dan
dipersalahkan. Dan apa jua yang masuk dalam keumuman Allâh atau RasulNya
perintahkan atau galakkan: maka itu termasuk dalam hal-ehwal yang
dipuji. Apa jua yang tiada amalan sebelum ini seperti terlampau pemurah
atau berbuat baik – seumpama itu termasuk dalam perlakuan dipuji. Tidak
dibenarkan beranggapan perkara seumpama itu sebagai menyalahi Shari‘at
kerana Rasulullah telah menyebutkan bahawa amalan sedemikian itu diberi
ganjaran: “Sesiapa yang memulakan sesuatu amalan kebaikan dalam Islâm
(man sanna fîl-islâmi sunnatan hasana) memperolehi ia ganjarannya dan
ganjaran sekalian orang yang melakukannya”. Begitu juga sebaliknya
Baginda bersabda sesiapa yang memulakan amalan jahat dalam Islâm (waman
sanna fîl-islâmi sunnatan sayyi’atan) memikul dosanya dan dosa sekalian
mereka yang melakukannya.”
Begitulah apabila perlakuan itu bertentangan dengan apa yang
diperintahkan Allâh dan RasulNya …. Dengan maksud inilah hadîth yang
menyebut “setiap yang baharu itu sesat” sepatutnya difahami: maksud Baginda ialah, apa jua yang bercanggah dengan asas-asas Shari‘at dan menyalahi Sunnah.
(f) Klasifikasi Imam al-Izz Ibn `Abdul Salâm.
Shaykhul Islâm, Sultân al-`Ulâmâ’ Imâm al-`Izz Ibn `Abd al-Salâm juga berkata berhubung dengan perkara yang sama:
Di sana ada beberapa jenis perkara baharu (bid‘ah). Pertama, ialah
yang apa yang tidak dilakukan di awal kedatangan Islam namun Shari‘at
nyatakannya sebagai terpuji atau wajib. Yang kedua lagi ialah yang tidak
dilaksanakan di awal Islam namun Shari‘at mengharamkannya dan dibenci.
Yang ketigaialah perkara yang tidak dilakukan di awal Islam dan Shari‘at
mengharuskan.
Di tempat lain beliau menyebut bahawa Bid‘ah itu ada lima jenis, sama sepertimana
yang diputuskan para fuqaha dalam amalan perbuatan seeorang, iaitu: Wâjib,Harâm, Sunat (mandûb), Makrûh, dan Harus (mubâh).
(g) Sokongan Imam Nawawî terhadap Klasifikasi Imam al-Izz , Sheikhul-Islâm, Imâm al-Nawawî menyebut:
Bid‘ah mengikut Shari‘at ialah mereka sesuatu yang tidak pernah wujud
di zaman Rasulullah dan ianya dibahagikan kepada “baik” dan buruk”
(wahya munqasimatun ilâ hasanah wa qabîh ah).
Sheikh, dan Imâm sekalian ilmu-ilmu Islam yang pelbagai yang disepakati kehebatannya iaitu, Abû Muhammad `Abdul-`Azîz ibn `Abdul Salâm – Moga-moga llâh mengasihaninya! – menyebut di akhir buku beliau, al-Qawâ`id [al-Kubrâ]:
“Bid‘ah itu terbahagi kepada perkara-perkara wajib (wâjibat),
Haram(muharramat), Sunat (mandûbat), Makruh (makrûhat), dan Harus
(mubâhat).
Jalan untuk menilai sesuatu Bid‘ah itu ialah dengan melihat berpandukan kaedah Shari’at (qawâ‘id al-sharî‘ah).
Jika ianya jatuh dalam kategori kewajiban (îjâb) maka jadilah ia
Wajib, jika ia termasuk dalam keharaman maka jadilah ia Haram; jika
digalakkan maka jadilah ia Sunat, dikeji maka jadilah ia Makruh dan
seterusnya yang selainnya ialah Harus.
(h) Sokongan al-Hafiz Ibn Hajar al-As-Qoolany terhadap Imam al-Izz.
Hâfiz Ibn Hajar berkata:
Akar kata perkataan ‘bid‘ah’ itu ialah sesuatu yang direka tanpa ada
duluannya sebelum ini. Ianya digunakan dalam Shari‘at sebagai lawan
kepada Sunnah, dan oleh itu dikeji. Jika diteliti, sekiranya ianya
termasuk dalam apa yang digalakkan oleh Shari‘at, maka ia termasuk dalam
bid‘ah baik (bid‘ah hasanah), dan jika ia termasuk dalam perkara yang
dikeji maka ianya adalah bid‘ah buruk (mustaqbahah). Selain daripada itu
ianya diharuskan (mubâh). Ianya juga boleh dibahagikan kepada lima
kategori.
(i) Ittifaq ‘Ulama’ berhubung Klasifikasi Imam al-Izz.
Para ulama’ dalam empat Mazhab bersetuju dengan klasifikasi lima
hukum bagi Bid‘ah yang dibuat oleh Imam al-Izz sepertimana yang telah
disebutkan di atas, dengan turut dipersetujui oleh majoriti besar para
‘ulama’ terkemudian setiap Mazhab seperti berikut:
(1) Di kalangan ‘ulama Mazhab Hanafî: al-Kirmânî, Ibn `âbidîn, al-Turkmânî, al-`Aynî, dan al-Tahânawî.
(2) Di kalangan ‘ulama Mazhab Mâlikî: al-Turtûshî, Ibn al-Hâjj, al-Qarâfî, dan al-Zurqânî, kecuali al-Shâtibî yang cuba menafikannya dengan mendakwa klasifikasi Imam al-Izz itu sebagai “bid‘ah tanpa ada dalil dalam Shari ‘at”!
I`tisâm Imam al-Shâtibî’ telah diedarkan semula oleh
dua tokoh Wahabi: Rashîd Ridhâ dan kemudiannya Salîm Hilâlî. Wahhâbî
yang ketiga ialah Muhammad `Abdul Salâm Khadir al-
Shuqayrî – iaitu anak murid kepada Rashid Rida. Al-Shuqayrî adalah pengarang al-Sunan wal-Mubtada`ât al-Muta`alliqah bil-Adhkâr wal-Salawât yang beliau penuhi dengan pelbagai cerita-cerita dongeng yang tidak dapat disahkan, yang kemudiannya beliau mengecamnya
Shuqayrî – iaitu anak murid kepada Rashid Rida. Al-Shuqayrî adalah pengarang al-Sunan wal-Mubtada`ât al-Muta`alliqah bil-Adhkâr wal-Salawât yang beliau penuhi dengan pelbagai cerita-cerita dongeng yang tidak dapat disahkan, yang kemudiannya beliau mengecamnya
(3) Sepakat (ijma’) di kalangan sekalian ulama’ Mazhab Shâfi`î.
(4) Keenganan menerimanya di kalangan ulama Mazhab Hanbalî yang
terkemudian, dengan mengubah istilah Imam al-Shâfi`î dan Imam al-Izz ibn
`Abdul-Salâm dengan masing-masing membawa maksud “bid‘ah dari segi
bahasa” (bid‘ah lughawiyya) dan “bid ‘ah dari segi syarak” (bid‘ah
shar`iyyah). Walaupun ini tidak tepat, mereka cuba memadankan apa yang
Imam al-Shâfi`î’ sebutkan sebagai “dibenarkan” dan “dikeji”.
Inilah pendekatan yang sering dibawa oleh golongan Wahabi dengan
memecah-mecahkan sesuatu isu sepertimana berlaku dalam isu bid‘ah ini,
walaupun sepatutnya pendekatan sebenar ialah berpandukan klasifikasi
yang telah dibuat oleh majoriti ulama’ (jumhûr).
Shaykh Muhammad Bakhît al-Mutî`î menyimpulkan:
“Bid ‘ah dari segi Syarak ialah yang sesat dan dicela; adapun
bid‘ah yang para ‘ulama membahagikan kepada kepada Wajib dan Haram dan
seterusnya itu, adalah Bid’ah dari segi bahasa, yang lebih luas dari
Bid’ah dari Syarak kerana Syarak itu juga sebahagian darinya.”
Al-Shawkânî merumuskan di dalam Nayl al-Awtâr iaitu asas kepada
pembahagian bid‘ah adalah “baik” dan “buruk”, dan inilah pandangan yang
paling kukuh dan kuat sekali.
Memadailah apabila majoriti Imam Mujtahid dari kalangan Salaf
menyatakan sedemikian berdasarkan dalil-dalil al-Qur’ân and Sunnah,
walau apapun yang dikatakan oleh ulama’ terkemudian – samada oleh ‘ulama
bakal murajjih’ seperti al- Shawkânî atau ‘ulama bakal penyunting’
seperti al-Shâtibî.
Kerana pendirian ini telah disepakati (ijma’) di kalangan
para ulama’ Mazhab al-Shâfi`î dan juga selari dengan pesanan Rasulullah
s.a.w agar kita mengikuti jalan para Mu’min dan mengikut pendapat
[ulama’] ramai.
“Bukanlah seorang Imâm dalam `Ilmu apabila mengikut pandangan yang ganjil/terpencil (shâdhdh)”.
Dan Allah jua Yang Maha Mengetahui
Sumber (`Abdul-Rahmân ibn Mahdî).
http://fitrahislami.wordpress.com
Comments
Post a Comment