Di Manakah Kita?

 

Dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda

“orang mukmin memandang dosanya seperti sebuah bukit yang dia bimbang akan menghempapnya, sedangkan orang munafik memandang dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya lalu dihalaunya hingga terbang”
(HR Bukhari).
Di situlah bezanya antara orang mukmin dengan orang munafik. Orang yang beriman akan senantiasa memandang berat setiap dosa yang dilakukan walau sekecil manapun kesalahan tersebut kerana mereka sedar bahawa setiap dosa yang dilakukan pasti akan menjauhkan diri mereka drpd pencipta mereka. Perbuatan meremeh-remehkan dosa-dosa kecil boleh menyebabkan dosa tersebut menjadi dosa besar. Tapi kenapa? Sebab Allah SWT akan menganggap besar sesuatu dosa itu apabila hambaNya menganggap remeh dosa yang dilakukan sebaliknya apabila hambaNya menganggap dosa yang dilakukannya adalah besar maka Allah SWT akan memandang ringan dosa-dosa tersebut. Ini kerana apabila kita memandang berat dosa yang dilakukan maka ia berpunca drpd perasaan benci terhadap perbuatan tersebut yang akan menghalang kesan dosa tersebut menjadi besar. Sebaliknya apabila kita menganggap remeh dosa yang dilakukan maka ia berpunca dr perasaan senang dgn dosa tersebut dan ia akan membawa kesan yang hebat di dlm hati kita.

Tanpa kita sedari kita mungkin selalu meremeh-remehkan dosa-dosa yang pernah dilakukan. Sehari demi sehari. Pernahkan kita muhasabah apakah dosa-dosa yang pernah dilakukan dan bagaimana kita telah menganggap itu semua sebagai ‘biasa’? Pandangan mata tidak dijaga, aurat tidak ditutup, mengumpat, melewat-lewatkan solat, tidak menepati masa dan janji serta banyak lagi perbuatan kita yang tidak mengikut syariat Allah. Mahukah kita tergolong sebagai orang munafik seperti yang disebut oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW? Nauzubillah..

Memang manusia tidak maksum. Tidak boleh lari dari melakukan dosa. Tarikan2 syaitan dan syahwat terlalu kuat. Memerlukan iman dan keazaman untuk melawan. Tapi, sekali kita tewas ayuhlah kita menyegerakan taubat. Jangan ditangguh-tangguh. Siapa tahu bila dia akan dipanggil mengadap Yang Maha Esa. Jangan disia-siakan peluang yang diberi oleh Dia Yang Maha Pengasih. Tatkala Allah menerima taubat Nabi Adam a.s Allah berfirman

‘Wahai Adam, engkau telah mewariskan keletihan dan kepenatan kepada zuriatmu tetapi Aku mewariskan kepada mereka taubat. Barangsiapa meminta keampunan kepadaKu pasti Aku tidak kedekut padanya kerana Aku sgt hampir dan menyahut permintaannya. Aku akan kumpulkan orang2 yang bertaubat bangkit dr kuburnya dlm keadaan gembira dan tertawa dan doa mereka diperkenankan’.

Alangkah bahagianya orang2 yang kembali menyucikan diri. Tidak mahukah kita termasuk dlm golongan yang dijanjikan Allah ini?
Dalam satu hadis lain Allah telah berfirman:

‘Janganlah kamu pandang pd hidayah yang sedikit tetapi pandanglah kepada kebesaran yang memberikan hidayah.Jgn kamu pandang kepada kecilnya kesalahan tetapi pandanglah kepada Siapa engkau hadapkan kesalahan itu’ 

Jadi, sama2lah kita muhasabah diri. Dalam golongan manakah kita berada? Mukmin atau munafik? Jangan sesekali menangguh-nangguhkan taubat. Jangan sampai kita menyesal tatkala malaikat maut datang menjemput kerana pada saat itu tiada lagi penyesalan dan tiada lagi taubat untuk mereka yang lalai serta leka dengan syurga duniawi.

Sumber:
TAUBAT
IMAM AL-GHAZALI

 http://nowwhytwo.wordpress.com

Comments

Popular posts from this blog