- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Saturday, September 8, 2012









Dimanakah Roh Orang Yang Telah Mati?


Berita Alam Ghaib 18: Dimanakah Roh Orang Yang Telah Mati?

Untuk menjawab persoalan ini, eloklah kita ikuti dahulu kisah apa yang dilihat oleh Rasul junjungan kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w. di dalam mikrajnya. Ketika baginda menginjakkan kakinya dilangit yang pertama sehingga dilangit yang ketujuh, ketika itu:
Kata Nabi Muhammad s.a.w :

Ketika aku tiba di langit yang pertama, aku disambut baik oleh para malaikat, mereka berbaris seperti sebuah pasukan sambil memberi hormat kepadaku. Aku turut diringi oleh malaikat Jibril dan aku bertanya apakah sudah ada izin dari Allah swt? Jibril menjawab: “Ya”. Kami berdua dipersilakan masuk, seketika kami masuk aku dapat melihat seorang lelaki sedang duduk di kerusi sambil dikerumuni oleh orang ramai yang baru saja datang ketika itu. Kemudian itu, mereka berlalu pergi maka datang pula rombongan yang lain mengerumuni orang itu juga. Aku bertanya siapakah dia dan siapakah mereka itu?

Jibril berkata: "Itulah (roh) Adam a.s. dan rombongan arwah anak cucunya yang sedang datang menghadap beliau disaat itu".

Kemudian malaikat Jibril memperkenalkan aku kepada Adam a.s : "Inilah Muhammad Nabi akhir-zaman. Atas perintah dan kehendak Allah, baginda berkesempatan datang ketempat ini".

Kemudian Nabi Adam berjabat tangan denganku setelah aku mengucapkan salam.
Kata Nabi Adam : "Selamat datang anak yang soleh dan Nabi yang soleh"…
Aku lihat Nabi Adam duduk dikerusi yang indah serta memakai pakaian kebesaran laksana seorang raja. Seketika aku akan meneruskan perjalananku, beliau tidak lupa mendo'akan padaku.
Pintu syurga dan pintu neraka sentiasa terbuka (sekadar gambar hiasan)
Setelah aku meninggalkan Nabi Adam, lalu Jibril menerangkan: "Roh-roh yang masuk di pintu sebelah kanan Nabi Adam, itulah mereka yang akan masuk ke syurga. Selagi pintu itu masih terbuka, maka akan terciumlah bau harum dari arah pintu itu. Dan mereka yang masuk di pintu sebelah kirinya, itulah roh-roh anak cucu Adam yang akan masuk ke neraka, ketika pintu itu terbuka, maka akan terciumlah bau busuk dari situ”
Kemudian aku meneruskan perjalanan ke langit kedua, disana aku bertemu dengan Nabi Isa bin Maryam. Kelihatan badannya segar bugar seperti orang baru lepas mandi. Disitu aku dapat melihat roh Nabi Yahya dan Nabi Zakaria, serta roh-roh umatnya.

Dilangit ketiga aku melihat Nabi Yusof dan roh para umatnya. Dilangit keempat aku bertemu dengan Nabi Idris dan para umatnya. Dilangit kelima aku bertemu dengan Nabi Harun dan para umatnya. Dilangit keenam aku bertemu Nabi Musa dan para umatnya. Maka atas usul Nabi Musa ini solat yang tadinya 50 waktu menjadi 5 waktu sahaja.

Dan terakhir sekali dilangit yang ketujuh aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s.
Demikianlah keterangan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi kesimpulan daripada roh para nabi dan roh para umat yang telah meninggal dunia berada di langit-langit itu, jelasnya: roh-roh itu wujud seperti mana bentuk manusia sebagaimana jasad kasarnya di dunia.
 
 http://busuk.org

No comments:

Post a Comment