MENGAPA UMAT ISLAM BERPECAH∗
Oleh:
Datuk Haji Nawawi bin Haji Ahmad
Setiausaha Persatuan Ulamak Negeri Melaka
نيِحِلاصلاِب ىِنْقِحْلَأو اًظْفِحو امهَفو امْلِع ىِندِز
نيِمَلاعلْا بر ِهَّلِل دمحْلَا
Kertas kerja ini menyentuh beberapa peristiwa pertumpahan darah yang berlaku di antara para sahabat di abad yang pertama Islam. Suka saya maklumkan, bahawa jari saya tidak terlibat dalam pertumpahan darah yang telah berlaku, lidah saya tidak terlibat dalam sebarang ungkapan mengutuk mana-mana pihak dan penulisan kertas kerja ini juga tidak berniat untuk memihak kepada sesiapa. ِباَوَّصلاِب ُمَلْعَأ ُللهاَو
MENGAPA UMAT ISLAM BERPECAH
Untuk menjawab soalan ini adalah perlu dibentangkan penerangannya dalam dua tahap berikut, iaitu:
1. Ma yajib an yakun ( َنوُكَي ْنَأ ُبِجَي اَم ) – Apa yang sepatutnya berlaku?
2. Ma huwa ka’in (َم ٌنِئاَآ َوُه ا ) – Apa yang sebenarnya berlaku?
Ma yajib an yakun ( َنوُكَي ْنَأ ُبِجَي اَم )
Apakah yang sepatutnya berlaku ialah umat Islam bersatu padu mengikut perintah Allah subhanahu wata‘ala berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Mu’minun ayat 52:
Maksudnya:
“Dan sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu – ugama yang satu asas pokoknya, dan Aku-lah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepada-Ku.
∗ Dibentangkan dalam Seminar Pemantapan Aqidah dan Perpaduan Ummah Negeri Melaka 2008 anjuran bersama Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Mufti Negeri Melaka, Persatuan Ulamak Negeri Melaka dan Persatuan Pegawai Syarak Negeri Melaka pada 3 April 2008M/26 Rabi‘ul Awwal 1429H di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka.
2 | Mengapa Umat Islam Berpecah
Berpandukan dengan ayat ini, maka sudah sewajarnya wujudnya wahdah al-ummah al-Islamiyyah ( لأا ةدحو ةيملاسلإا ةم ) dari sudut aqidah Islamiyyah. Tetapi adakah benar umat Islam berpecah dari segi aqidah atau tidak?. Jawapannya dibentangkan dalam kertas kerja pertama dan kedua. Aqidah Islamiyyah tidak boleh dipelbagaikan atau disatukan dengan beberapa aqidah agama lain dengan apa cara sekalipun.
Berdasarkan dengan landasan ma yajib an yakun ( َنوُكَي ْنَأ ُبِجَي اَم ), maka umat Islam sudah sewajarnya mempunyai dan mengamalkan satu aqidah Islamiyyah berlandaskan ajaran al-Qur’an, al-Sunnah dan al-ijtihad. Tetapi mengapa adanya mazhab-mazhab? Apakah maksudnya mazhab dalam bidang ini? Adakah mazhab itu pendekatan atau matlamat? Apabila pendekatan itu berbagai dan matlamatnya satu, adakah itu termasuk dalam pengertian perpecahan?
Ma huwa ka’in (اَآ َوُه اَم ٌنِئ )
Pada realitinya, umat Islam mempunyai berbagai mazhab Islamiyy. Mazhab ( بهذم ) bermaksud pendekatan atau cara yang telah tercetus dalam kehidupan umat Islam dalam menghayati aqidah Islam. Kepelbagaian mazhab ini berpunca dari sumber ketiga iaitu al-ijtihad (داهتجلإا ) berdasarkan al-ra’y (ىأرلا ). Apabila al-ijtihad dimulakan ditahap al-khalaf (فلخلا ) bersumberkan al-ra’y, maka sewajarnya berlaku ikhtilaf al-fuqaha’ ( ءاهقفلا فلاتخإ ). Ikhtilaf ini membawa kepada perbezaan dalam menentukan hukum fiqh.
Al-Tatarruf (فرطتلا ) Atau Al-Ghuluww (ولغلا ) – Sikap Melampau
Adakah ini satu rahmat kepada umat Islam atau niqmah ( ةمقن ). Ia boleh diterjemahkan kepada satu rahmat, jika kepelbagaian ini dihayati dengan toleransi di antara para mujtahidin ( نيدهتجم ) dan pengikut-pengikutnya. Sebaliknya, ia boleh menjadi satu niqmah ( ةمقن ), jika disertai dengan al-tatarruf (فرطتلا ) atau al-ghuluww (ولغلا ) – sikap melampau.
Kepelbagaian Dalam Islam
Mengapa Umat Islam Berpecah | 3
Kepelbagaian bermaksud berbilang mazhab, bangsa dan suku bangsa, budaya dan adat resam, berbilang negara, bahasa, sistem pemerintahan, ekonomi, warna kulit, pemakanan, pemakaian dan sebagainya.
Kepelbagaian ini mempunyai landasannya dalam Islam. Ia bermula dengan beberapa landasan yang mempunyai kesahihannya dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. firman Allah Ta‘ala:
Maksudnya:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).”
Berbilang bangsa dan suku bangsa ini dipertahankan supaya menegakkan amalan ta‘arafu (اوفراعت ) – berkenal-kenalan – di antara suku bangsa dengan suku bangsa, bangsa dengan bangsa, tamadun bangsa dengan tamadun bangsa dalam berbagai pelbagaian yang disebutkan di atas tadi.
Ta‘arafu (اوفراعت ) ini menjurus kepada hubungan masyarakat yang berpandukan dengan firman Allah subhanahu wata‘ala:
Maksudnya:
“Dan hendaklah kamu bekerjasama demi untuk kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bekerjasama demi untuk dosa dan pencerobohan.”
Apabila kepelbagaian ini menghayati ta‘arafu (اوفراعت ) dan ta‘awanu (اونواعت ) antara individu dengan individu, suku bangsa dengan suku bangsa, tamadun bangsa dengan tamadun bangsa dalam bidang mu‘amalat (تلاماعم ) hubungan kemasyarakatan dan kehidupan kebendaan umat Islam, maka kepelbagaian ini akan memenuhi sabda Rasulullah:
ٌةَمْحَر ْيِتَّمُأ ُفَلاِتْخِإ.
4 | Mengapa Umat Islam Berpecah
Maksudnya:
“Kepelbagaian umatku adalah satu rahmat.”
Kepelbagaian Berubah Kepada Perpecahan
Kepelbagaian berubah kepada perpecahan apabila umat Islam mula memberikan perhatian kepada soal-soal politik khasnya tentang kesahihan kuasa khalifah Islamiyyah disertai dengan sikap tatarruf (فرطت ).
PELAMPAU DALAM SEJARAH ISLAM
Al-Tatarruf (فرطتلا ) – Fanatik
Sikap fanatik kepada sesuatu ideologi atau seseorang pemimpin disusuli dengan pembunuhan ke atas kumpulan lawan adalah tertakluk dalam takrif melampau al-tatarruf (فرطتلا ) dalam Islam.
Maksudnya apabila berlaku perbezaan pendapat antara dua pihak sama ada berhubung dengan fahaman politik atau aqidah boleh mencetuskan pembunuhan antara umat yang seagama dan tidak ada sikap bertolak ansur di antara kedua-duanya. Keputusan perbalahan ini ialah menang terhadap lawan atau kalah di tangan lawan.
Sikap tatarruf (فرطت ) – ekstrem – ini telah muncul di tahap pertama sejak zaman Sayyidina Uthman ibn ‘Affan radhiyallahu ‘anh lagi. Ia bersambung di zaman Sayyidina ‘Aliyykarramallahu wajhah dan berterusan sehingga ke zaman kejatuhan pemerintahan empayar Uthmaniyyah. Tahap kedua bermula dengan kedatangan fahaman sekularisme di Turki sehingga ke hari ini.
Berikut disenaraikan beberapa contoh sikap al-tatarruf (فرطتلا ) yang berlaku dalam sejarah Islam. Di antaranya seperti berikut:
Pelampau Politik
Mengapa Umat Islam Berpecah | 5
Sekumpulan daripada umat Islam yang tidak bersependapat dengan pentadbiran Sayyidina Uthman ibn ‘Affan bertindak menentang dengan menggunakan kekerasan dan mengakibatkan Sayyidina Uthman ibn ‘Affan terkorban syahid.
Al-Khawarij (جراوخلا ) juga sekumpulan daripada penyokong Sayyidina ‘Aliyykarramallahu wajhah berbeza pendapat dengan Sayyidina ‘Aliyy berhubung dengan pendekatan dan keputusan tahkim ( ميكحت ) dengan Sayyidina Mu‘awiyah. Golongan ini bertindak dengan melakukan pemberontakan dan mengakibatkan berlakunya pertempuran antara kedua belah pihak. Golongan ini dikenali dengan nama al-Khawarij (جراوخلا ) – mereka yang keluar dari barisan dan kepimpinan Sayyidina ‘Aliyy karramallahu wajhah.
Apa yang dimaksudkan tatarruf (فرطت ) dalam kedua-dua peristiwa ini ialah perbezaan pendapat dan sikap tidak diselesaikan melalui meja perundingan atau al-syura (يروشلا ) tetapi pendekatan yang terjadi ialah menggunakan mata pedang, tombak dan pertumpahan darah. Perang hanya dibolehkan dalam Islam terhadap al-bughah (ةاغبلا ) – penderhaka dan al-harbiyyun (نويبرحلا ).
Sikap Tatarruf Al-Khawarij ( جراوخلا فرطت )
Sejarah telah mencatatkan sikaptatarruf al-Khawarij (خلا جراو فرطت ) yang telah melafazkan ungkapan menolak sebarang kompromi berhubung dengan jawatan khalifah. Ungkapannya ialah:
َلاُح ْكَمِإ َّلاِب ِللها .
Maksudnya:
“Tidak ada pemerintahan melainkan pemerintahan Allah.”
Dengan ungkapan ini, maka ternampak jelaslah sikap al-Khawarij (جراوخلا ) terhadap kepimpinan Sayyidina ‘Aliyy karramallahu wajhah.
Kewarasan Sayyidina ‘Aliyy karramallahu wajhah
6 | Mengapa Umat Islam Berpecah
Di antara sikap yang waras yang tercatat dalam sejarah Islam yang diamal dan diperintahkan oleh Sayyidina ‘Aliyy karramallahu wajhah ialah melarang umat Islam melancarkan perang ke atas al-Khawarij (جراوخلا ). Perintahnya berbunyi:
َلاُت َقِتاُلْلا اوَخَوِراَجِم ْنَب ْع ْيِد.
Maksudnya:
“Jangan kamu berperang menentang al-Khawarij selepas pemergianku.”
Melantik Khalifah Baru
Al-Khawarij (جراوخلا ) bertindak melampaui batas dengan melantik dan memberikan bay‘ah ( ةعيب ) kepada ‘Abdullah ibn Wahab al-Rasibiyy sebagai khalifah baru menggantikan Sayyidina ‘Aliyy karramallahu wajhah. Bay‘ah ( ةعيب ) ini bertentangan dengan kaedah pelantikan khalifah dalam Islam sekalipun kuasa khalifah kekal di tangan Sayyidina ‘Aliyy tetapi ia mendorong meningkatkan lagi pertarungan antara puak Syi‘ah ( ةعيش ) dengan al-Khawarij (جراوخلا ) dengan adanya dua kepimpinan di sesebuah negeri.
Penumpahan Darah
Pertarungan ini bertambah melampau apabila al-Khawarij (جراوخلا ) membenarkan diri mereka menumpahkan darah umat Islam termasuk pembunuhan Sayyidina ‘Aliyy karramallahu wajhah ditangan ‘Abd al-Rahman bin Muljam.
Kemunculan Al-Taqiyyah (ةيقتلا )
Dalam masyarakat Islam yang tidak aman seperti ini dan untuk menyelamatkan nyawa, umat Islam terdorong kepada menggunakan al-taqiyyah (ةيقتلا ) – sikap berpura-pura – apabila berada dalam kumpulan al-Khawarij (جراوخلا ) sama ada mengaku bukan Islam atau mengaku sebagai penyokong mereka. Orang kafir selamat, orang Islam yang tidak menyokong dibunuh.
Al-Khawarij (جراوخلا ) Yang Melampau
1. Al-Azariqah (ةقرازلأا )
Mengapa Umat Islam Berpecah | 7
Kumpulan ini mempunyai doktrin mereka sendiri. Antaranya, doktrin ini menganggap bahawa kesemua umat Islam yang menentang mereka adalah musyrikin ( نيآرشم ). Mereka yang tidak menganut doktrin ini, maka darah, anak dan isteri mereka adalah halal. Kumpulan inilah yang meletakkan ‘Abd al-Rahman bin Muljam sebagai pahlawan dan seorang dari para syuhada’ ( ءادهش ). Antara ajaran doktrin al-Azariqah (ةقرازلأا ) ialah:
a) Orang Islam yang berada di luar mazhab atau kelompok ini adalah orang kafir.
b) Mengharamkan bersolat dengan mereka. Mengharamkan berkahwin dan makan makanan orang Islam yang lain.
c) Meletakkan negara umat Islam yang lain sebagai dar al-harb ( برحلا راد ) – negara perang. Orang Islam menjadi kafir harbiyy ( يبرح رفاآ ).
2. Al-Ibadhiyyah (ةيضابلإا ) – Pengikut ‘Abd Allah Bin Ibadh.
Kumpulan ini menolak Sayyidina ‘Uthman bin ‘Affan dan mengatakan bahawa bay‘ah ( ةعيب ) yang diterima oleh Sayyidina ‘Aliyy bin Abi Talib telah terbatal dengan sendirinya apabila menerima al-tahkim ( ميكحتلا ) dengan kumpulan Mu‘awiyah.
Puak al-Khawarij (جراوخلا ) berpecah kepada:
1. Al-Azariqah (ةقرازلأا ).
2. Al-Safawiyyah ( ةيوفصلا ).
3. Al-Ibadhiyyah (ةيضابلإا ).
4. Al-Bayhiyyah (ةيهيبلا ).
5. Al-‘Ajjar (راجعلا ).
6. Al-Tha‘alibah (ةبلاعثلا ).
7. Al-‘Afriyyah (ةيرفعلا ).
8. Al-Najdat (تادجنلا ).
Kesimpulan Ringkas
8 | Mengapa Umat Islam Berpecah
Kumpulan al-Khawarij (جراوخلا ) yang melampau dan sederhana telah mengakibatkan perpecahan umat Islam pada ketika itu kepada:
1. Kumpulan al-Syi‘ah ( ةعيشلا ) iaitu penyokong Sayyidina ‘Aliyy karramallahu wajhah.
2. Penyokong khalifah Mu‘awiyah termasuk puak al-Ghulah (ةلاغلا ).
3. Al-Khawarij (لاجراوخ ) yang menentang kedua belah pihak tersebut di atas.
Di antara corak melampau yang mereka lakukan ialah:
1. Mengkafirkan khalifah Islam yang tidak secocok dengan kehendak mereka.
2. Melantik khalifah yang mereka mahu, sekalipun khalifah Islam yang sah masih berkuasa seumpama mereka ini melakukan corp detat (اتيدوآ )1.
3. Mengkafirkan sekalian umat Islam yang tidak masuk bersama dalam pergerakan mereka.
4. Mengkafirkan umat Islam yang tidak mengutuk khalifah yang mereka kutuk.
5. Menghalalkan darah umat Islam dan kanak-kanak Islam yang tidak berdosa.
6. Membuat syari‘at baru dalam masyarakat Islam iaitu mengharamkan berkahwin dengan umat Islam yang tidak menyokong mereka, mengharamkan makanan dan minuman mereka dan tidak boleh bersembahyang berimamkan dengan imam dari luar kumpulan mereka.
7. Menjatuhkan hukum kafir ke atas orang yang melakukan dosa besar.
Dalam pada itu kumpulan ini tidak teragak-agak melakukan dosa besar seperti berikut:
1. Derhaka kepada khalifah uli al-amr ( رملأا ىلوأ ) yang masih berkuasa.
2. Menghalalkan darah orang Islam yang diharamkan oleh Allah subhanahu wata‘ala.
3. Mengharamkan makanan dan berkahwin dengan orang Islam yang dihalalkan Allah Ta‘ala.
4. Memecahbelahkan umat Islam di dalam dan luar masjid kerana hukum dosa besar yang difatwakan oleh mereka.
KUMPULAN AL-SYI‘AH ( ةعيشلا ) DALAM SEJARAH ISLAM
1 Diambil daripada istilah bahasa Perancis, disebut “kudita” yang bermaksud rampasan kuasa.
Mengapa Umat Islam Berpecah | 9
Syi‘ah ( ةعيش ) adalah puak yang menyokong kuat Sayyidina ‘Aliyy karramallahu wajhah dalam perjuangan menegakkan Islam dan keadilan di masa sebahagian daripada umat Islam telah terpisah atas sebab kuasa dan kepimpinan politik.
Sokongan yang dicurahkan oleh kumpulan ini kepada baginda Sayyidina ‘Aliyy telah melepasi sempadan normal dan menyeberang garis panduan agama Islam sendiri. Mereka didorong oleh sentimen dan perasaan amat sayang kepada peribadi baginda dan didesak oleh semangat politik yang bercampur dengan semangat juang agama yang kental. Maka muncullah puak Syi‘ah ( ةعيش ) dalam sejarah Islam.
Tindakan Politik Melampau
Berdasarkan dengan beberapa buah hadith yang diterima pakai oleh puak Syi‘ah ( ةعيش ) sahaja. Puak ini telah sepakat mengatakan bahawa pelantikan Sayyidina Abu Bakr al-Siddiq, Sayyidina ‘Umar ibn al-Khattab dan Sayyidina ‘Uthman ibn ‘Affan adalah tidak sah. Lebih dari itu, terdapat pihak yang mengkafirkan ketiga-tiga khalifah ini.
Sikap seperti ini adalah hasil daripada rebutan kuasa politik dan sokongan yang tidak terbatas yang diberikan kepada Sayyidina ‘Aliyy karramallahu wajhah dalam menghadapi perjalanan politik semasa baginda memerintah dunia Islam di saat itu.
Berhadapan dengan puak Syi‘ah ( ةعيش ) ini, terdapat pula puak yang dikenali sebagai al-Ghulah (ةلاغلا ) – keras kepala – yang memihak kepada Sayyidina Mu‘awiyah ibn Abi Sufyan berhadapan dengan Sayyidina ‘Aliyy. Sebagai contoh, terdapat di antara puak al-Ghulah (ةلاغلا ) ini yang terus mengutuk Sayyidina ‘Aliyy di atas mimbar masjid selepas wafatnya karramallahu wajhah. Perbuatan orang yang berkenaan telah ditegah oleh Hajar bin Syu‘bah al-Thaqafiyy. Pada akhirnya, beliau mati terbunuh.
Dalam pada itu Syi‘ah ( ةعيش ) yang terdiri dari beberapa puak, ada yang melampau dan ada yang sederhana. Di antara yang melampau ialah:
1. Al-Saba’iyyah (ةيئبسلا )
10 | Mengapa Umat Islam Berpecah
Diasaskan oleh ‘Abd Allah bin Saba’ iaitu seorang Yahudi yang menimbulkan fitnah dengan menguar-uarkan bahawa Sayyidina ‘Aliyy karramallahu wajhah telah menerima bay‘ah ( ةعيب ) Rasul sallallahu ‘alayhi wasallam untuk menjadi khalifah selepas wafatnya Rasullulah sallallahu ‘alayhi wasallam.
Beliau juga yang mencanangkan berita pada mulanya, bahawa Rasullulah sallallahu ‘alayhi wasallam akan kembali semula ke dunia. Ini selepas itu beliau mengubah cerita ini dengan cerita lain iaitu sebenarnya Sayyidina ‘Aliyy yang akan kembali semula ke dunia. ‘Abd Allah ibn Saba’ jugalah yang menjadi dalang di sebalik pembunuhan Sayyidina ‘Uthman radhiyallahu ‘anh dengan melempar beberapa tuduhan melakukan kesilapan pentadbiran dan menghasut umat supaya menentangnya.
Perbuatan beliau ini telah menular masuk ke dalam aqidah Islam dengan mengatakan bahawa Sayyidina ‘Aliyy adalah Tuhan dan anak cucunya juga Tuhan. Dengan adanya pengaruh jahat ini, manusia mula terpesong dari sirat al-mustaqim ( ميقتسملا طارص ) dan jatuh ke dalam amalan syirik kepada Allah Ta‘ala.
2. Al-Mukhtariyyah (ةيراتخملا )
Puak Al-Mukhtariyyah (ةيراتخملا ) ini adalah penyokong kuat kepada pelantikan Muhammad bin ‘Aliyy bin Abi Talib menjadi khalifah. Puak ini diasaskan oleh al-Mukhtar bin Abi ‘Ubayd al-Thaqafiyy yang mengkafirkan ketiga-tiga khalifah dalam Islam dan terlibat dalam perang Siffin (نيفص ) dan mawqi‘ah al-Jamal ( ا ةعقوملمجل).
Ada di antara penyokong-penyokongnya yang mendakwa bahawa Muhammad bin ‘Aliyy bin Abi Talib masih hidup di sebuah kawasan yang bernama Radhawi (ىوضر ). Terdapat di kawasan itu dua buah sungai, satu daripada air dan satu lagi dari manisan lebah. Beliau akan lahir semula atas nama al-Mahdi al-Muntazar untuk menyelamatkan manusia.
3. Al-Sahabiyyun (نويباحسلا )
Mengapa Umat Islam Berpecah | 11
Puak ini berpendapat bahawa Sayyidina ‘Aliyy masih hidup di awan. Puak ini mentafsirkan perkataan kisfan (افسآ ) yang terdapat dalam ayat:
Maksudnya:
“Dan kiranya mereka melihat sepotong besar dari langit gugur (untuk menimpa mereka), mereka akan berkata: “(Itu adalah) awan yang bertompok – berlapis-lapis!.”
adalah Sayyidina ‘Aliyy yang masih hidup di awan. Dakwaan ini bertentangan dengan hukum Allah Ta‘ala:
Maksudnya:
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati.”
4. Al-Mughirah (ةريغملا )
Puak ini mendakwa bahawa Muhammad bin ‘Abd Allah bin al-Hasan bin al-Hasan bin ‘Aliyy bin Abi Talib yang terkorban di zaman Ja‘far bin al-Mansur khalifah ‘Abbasiyyah, sebenarnya tidak mati. Dikatakan bahawa beliau masih hidup di sebuah bukit yang bernama Hijr ( رجح ) di kawasan Najd kawasan tengah Arab Saudi. Beliau berada di sana sedang menunggu perintah keluar untuk memerintah dunia.
5. Al-Syi‘ah Al-Imamiyyah (ةيماملإا ةعيشلا )
Terdapat di kalangan mazhab Syi‘ah Imamiyyah ( ةيمامإ ةعيش ) ini yang bersikap sederhana seperti mazhab al-Ja‘fariyyah. Sekalipun demikian, terdapat beberapa perbezaan dalam pandangan mereka, iaitu Syi‘ah Imamiyyah ( ةيمامإ ةعيش ) menjadikan rukun Islam enam perkara dengan menambah satu rukun tambahan iaitu percaya kepada al-imamah ( ةماملإا ) yang bermaksud percaya dengan jawatan imam bagi negara Islam adalah wajib dan jawatan itu bersifat ilahiyy (يهلإ ) dan setaraf dengan jawatan nabi.
Puak ini juga percaya bahawa jawatan ini serupa dengan jawatan nabi yang diutus dan dipilih oleh Allah Ta‘ala untuk membawa risalah. Jawatan imam ini pilih oleh
12 | Mengapa Umat Islam Berpecah
Allah melalui nas yang disampaikan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam kepada imam itu untuk meneruskan pemerintahannya sebagai khalifah kepadanya.
Imam yang dilantik ini bersifat ma‘sum ( موصعم ) dan umat Islam yang lain menduduki martabat yang kedua, yakni tidak setaraf dengan imam yang dipilih melalui nas.
Syu‘ubiyyun (نويبوعش )
Satu fahaman politik yang dicipta oleh sebahagian daripada umat Islam dari komponen bukan Arab, khasnya mereka yang berada di negara Parsi atau Iran kini. Fahaman ini menolak dominasi komponen Arab ke atas negara Islam.
Perkataan syu‘uban (ابوعش ) diambil dari ayat al-Qur’an yang menyebut:
Maksudnya:
“Dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).”
Tujuan mereka mempelopori syu‘ubiyyah ( ةيبوعش ) ini ialah meletakkan Arab dan bukan Arab di landasan Islam yang saksama dan sama rata. Maka dengan itu, apabila Arab berhak memegang tampuk pemerintahan empayar Islam, maka bukan Arab juga mempunyai hak yang sama.
Fahaman ini mencetuskan persaingan yang tidak sihat antara komponen Arab dan ‘ajam ( مجع ) dalam umat Islam. Persaingan ini dapat dilihat wujud sehingga ke hari ini.
Sekalipun fahaman ini dicedok dari sumber al-Qur’an, tetapi ia membawa implikasi yang negatif kepada umat Islam apabila ia disalahgunakan oleh puak aktivis politik ‘ajam ( مجع ) khasnya aktivis politik Parsi di zaman pemerintahan ‘Abbasiyy.
Mengapa Umat Islam Berpecah | 13
Maka dengan itu, ia dikategorikan sebagai musuh ideologi dalaman yang menggugat perpaduan umat Islam dan bertentangan dengan arus penyatuan semula umat Islam di mana jua mereka berada.
Syu‘ubiyyah (يبوعشة ) Berhadapan Dengan Umat Wahidah ( ةدحاو )
Fahaman syu‘ubiyyah ( ةيبوعش ) telah gagal dalam usahanya untuk menguasai politik dunia Islam di peringkat empayar Islam yang ditadbir oleh komponen Arab dalam sejarah Islam. Sekalipun demikian, syu‘ubiyyah ( ةيبوعش ) yang dipelopori oleh Barat dan dijadikan satu undang-undang piagam Bangsa-Bangsa Bersatu yang diamalkan kini telah menjadikan setiap sya‘b (بعش ) – rakyat – berhak menentukan kemerdekaan nasionalnya sendiri dan berpisah dari negara Islam yang lain atau bergabung dengan mana-mana unit politik yang dipersetujui melalui pilihan raya yang bebas.
Keseluruhan piagam dunia kini, sama ada piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mahupun piagam Liga Arab atau ASEAN meletakkan kedaulatan negara sebagai taboo (pantang larang) yang tidak boleh disentuhi oleh mana-mana pihak sekalipun.
Kesemua piagam ini menetapkan bahawa fahaman berbilang bangsa dan berbilang negara adalah satu hak mutlak bagi setiap rakyat di dunia ini. Kesatuan aqidah sahaja tidak dapat menyatukan kedaulatan negara-negara Islam kepada satu kedaulatan sedunia Islam berasaskan peruntukan-peruntukan yang mempertahankan syu‘ubiyyah ( ةيبوعش ) iaitu berbilang bangsa yang berkuatkuasa sekarang ini.
Dengan itu, maka kesatuan umat terbatas kepada kesatuan aqidah dan amalan kerohanian sahaja. Ia belum dapat ditransformasikan kepada kesatuan wilayah dan kedaulatan dunia Islam.
Semangat kerjasama antara negara Islam dalam apa bidang sekalipun, selain daripada bidang yang diselubungi dengan taboo, masih boleh merapatkan umat Islam sesama sendiri. Bidang yang diutamakan ialah ekonomi melalui syarikat-syarikat konsortium antarabangsa atau bidang kewangan, pertanian dan lain-lain. Ringkasnya, pendekatan profesional masih terbuka dan perlu diteroka untuk membolehkan kesatuan umat menjadi kenyataan iaitu kesatuan dunia Islam.
14 | Mengapa Umat Islam Berpecah
Syu‘ubiyyah (يبوعشة ) Barat: Pecah Dan Perintah
Penjajah Barat yang menanamkan doktrin mereka iaitu pecah dan perintah. Satu bangsa dipecahkan kepada beberapa buah negara dan dijajah melalui kependudukan, ketenteraan dan undang-undang.
Syu‘ubiyyah (يبوعشة ) juga telah meresap masuk dalam kancah politik dunia Islam – Arab dan ‘ajam ( مجع ), memecahbelahkan satu bangsa kepada beberapa suku sakat dalam bentuk baru yang dinamakan negara bangsa yang merdeka dan berdaulat. Sekarang ini dunia Islam terbahagi kepada 57 buah negara. Ini dapatlah dikategorikan dengan syu‘ubiyyah (يبوعشة ) suku sakat etnik yang lebih kecil.
Syu‘ubiyyah (يبوعشة ) Dalam Ideologi
Syu‘ubiyyah (يبوعشة ) telah diterjemahkan dengan amalan ideologi politik yang diimport dari Barat seperti Ba‘athisme (امسيثعب ) yang dahulunya berkuasa di negara ‘Iraq di bawah kepimpinan al-Marhum Saddam Hussein. Ba‘athisme (امسيثعب ) masih lagi meneruskan pemerintahannya di negara Syria.
Ba‘athisme (امسيثعب ) merupakan satu ideologi yang memperjuangkan perpaduan umat Arab sejagat yang diasaskan oleh Michelle Aflect ( قلفع ليشيم ), seorang Arab Kristian dan Salah al-Din al-Bitar ( راطيبلا نيدلا حلاص ). Kedua-duanya telah terdidik di Perancis.
Al-Jamahiriyyah Al-‘Arabiyyah (علا ةيريهامجلاةيبر )
Fahaman al-jamahiriyyah (ةيريهامجلا ) ini merupakan satu reaksi kepada perpecahan umat Arab. Jalan yang terbaik untuk menyatukan semula umat Arab ialah dengan mengembalikan kuasa politik kepada rakyat di seluruh dunia Arab, malah ke seluruh dunia. Jamahiriyyah (ةيريهامج )
Mengapa Umat Islam Berpecah | 15
bermaksud pemerintahan rakyat secara langsung melalui al-Lijan al-Sya‘biyy ( يبعشلا ناجللا ) – Jawatankuasa Rakyat Tempatan.
Ideologi ini dikenali dengan falsafah pemerintahan dunia yang ketiga dan sejagat. Ia disifatkan sebagai ketiga iaitu selepas kapitalisme dan komunisme. Kepentingan politik kepimpinan negara-negara Arab yang lain menolak ideologi ini.
Sistem Politik
Dunia Islam tidak mempunyai sistem politik yang seragam. Umumnya, ia boleh dibahagikan kepada sistem politik di-Raja, sistem politik republik, Jamahiriyyah (ةيريهامج ), sistem Raja berpelembagaan, sistem di-Raja mutlak, pemerintahan tentera bersalut demokrasi dan sistem parlimen berbilang parti politik.
Juga boleh dibahagikan kepada sistem tidak berparti politik, sistem parti politik tunggal, sistem berbilang parti ala tempatan dan sistem pemerintahan tentera.
Kemunculan Syu‘ubiyyah (يبوعشة ) Baru
Selepas perang dunia kedua dan sehingga kini muncul pula beberapa jenis syu‘ubiyyah (يبوعشة ) baru iaitu:
1. Syu‘ubiyyah Umamiyyah (يبوعش ةيممأ ة ) yang berlandaskan perjuangan keutamaan Islam sejagat. Syu‘ubiyyah (يبوعشة ) ini menggunakan pendekatan dakwah melalui mata pedang dan pemberontakan (revolution). Ia telah mendedahkan umat Islam yang belum sempat mematuhi perintah Allah Ta‘ala:
Maksudnya:
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan.”
untuk persediaan persenjataan kepada sasaran serangan musuh Barat yang lebih ganas dan tanpa belas kasihan.
16 | Mengapa Umat Islam Berpecah
2. Syu‘ubiyyah (يبوعشة ) yang bercorak gerakan sosialisme yang dipaksakan ke atas umat Islam. Syu‘ubiyyah (يبوعشة ) ini telah mula surut di dunia Islam selepas kejatuhan Soviet Union dan membawa kepada kemunculan beberapa buah negara baru Islam di Eropah Timur dan Asia Barat.
3. Syu‘ubiyyah (يبوعشة ) kedaerahan mahalliyyah ( ةيلحم ) atau tempatan. Doktor ‘Abd al-Qadir Hatim berpendapat bahawa syu‘ubiyyah (يبوعشة ) ini menyeru kepada perpecahan kedaerahan dan mengekalkan semangat lokaliti kecil yang telah wujud di dunia Arab dan Islam.
Individu yang berfahaman syu‘ubiyy (يبوعش ) berpandangan sempit dalam bidang politik dan kepentingan bangsa yang lebih besar. Beliau menolak semangat perjuangan yang lebih besar seperti kesatuan dunia Arab, kesatuan negara di Indonesia, Turki dan lain-lain.
Ringkasnya, syu‘ubiyyah mahalliyyah ( ةيلحم ةيبوعش ) ini memberikan kesan negatif ke atas perpaduan bangsa. Satu bangsa boleh berpecah kepada beberapa kawasan etnik dan entiti politik kecil-kecilan mengikut nama daerah atau nama keluarga atau ketua qabilah yang memegang tampuk pemerintahan kawasan itu.
Perjuangan syu‘ubiyyah (يبوعشة ) ini menambahkan perpecahan yang ada dan menyokong penuh bahawa sejarah perpaduan silam tidak perlu berulang kembali. Hasilnya ialah:
1. Matlamat syu‘ubiyyah mahalliyyah ( ةيلحم ةيبوعش ) ini adalah bertentangan dengan semangat kebangsaan yang lebih besar.
2. Mengamalkan sikap yang sentiasa berada di tempat yang bertentangan dengan haluan kebangsaan dan penyatuan umat di mana juga ia berada.
3. Kontra dengan hasrat penyatuan kuasa ekonomi, politik, bendera, pelajaran, polisi luar dan sebagainya.
4. Menolak identiti dan entiti kebangsaan yang lebih menyeluruh dan kuat kerana kepentingan kuasa politik.
Mengapa Umat Islam Berpecah | 17
5. Syu‘ubiyyah (يبوعشة ) Barat telah mengamalkan polisi pecah dan perintah. Syu‘ubiyyah (يبوعشة ) tempatan berusaha mengekalkannya di dunia Islam.
Dengan itu, dunia Islam tidak mempunyai potensi untuk kembali bersatu. Syu‘ubiyyah (يبوعشة ) inilah yang menjadi batu penghalang yang pertama di jalan ta‘aruf ( فراعت ) dan ta‘awun ( نواعت ) dunia Islam di masa kini.
KESIMPULAN
(Esok Masih Ada)
Konsep Ta‘arafu (اوفراعت )
Berkenalan boleh berlaku dalam tiga tahap berikut:
1. Firman Allah:
Maksudnya:
“Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku.”
Berkenalan yang bermaksud al-ta‘ayusy al-silmiyy ( يملسلا شياعتلا ) – hidup bersama dalam suasana aman – dan bukannya al-tamazuj al-silmiyy ( يملسلا جزامتلا ) – percantuman agama dalam suasana aman dalam masyarakat majmuk.
2. Berkenalan antara budaya dalam masyarakat majmuk berbilang bangsa dan suku bangsa.
3. Berkenalan antara tamadun Islam dengan bukan Islam. Ta‘arafu (اوفراعت ) dalam konteks ini dibolehkan oleh Islam dengan melihat kepada hak asasi manusia yang dipertahankan oleh Islam iaitu maruah, agama, nyawa, harta, akal dan keturunan.
Dalam pada itu, Islam melarang percampuran amalan agama sama ada dari segi upacara mahupun tempat dan masa. Amalan agama campuran seperti ini merosakkan aqidah Islam dan boleh membawa kepada syirik. Usaha penyatuan umat perlu melihat kepada
18 | Mengapa Umat Islam Berpecah
sempadan aqidah itu sendiri yang menolak apa yang disebut sebagai amalgamation ( łƒÆƇ›a ) – penggabungan – dalam amalan ini.
Ta‘arafu (اوفراعت ) Kini Di Dunia Islam
1. Pertubuhan sekretariat Islam
Apakah yang ada di dunia Islam kini dalam menjayakan ta‘aruf Islamiyy ( يملاسإ فراعت ) dalam peringkat dunia dan serantau? Apa yang ada ialah pertubuhan sekretariat Islam. Pertubuhan ini berperanan sebagai lambang bagi dunia Islam. Ia menentukan aspek luaran umat Islam, bilangan umat Islam dan di mana mereka berada.
Tahap ta‘awun ( نواعت ) di antara dunia Islam belum sampai ke tahap yang memuaskan. Peluang masih terbuka luas untuk meningkatkan tahap ta‘awun Islamiyy ( يملاسإ نواعت ) ini dalam berbagai bidang dan jurusan yang mengukuhkan umat Islam keseluruhannya.
Pertubuhan sekretariat Islam adalah satu lambang kerjasama Islam dalam syu‘ubiyyah (يبوعشة ) iaitu negara-negara masa kini. Inilah realitinya. Ia merupakan satu organisasi yang mewakili negara-negara dan bukan rakyat jelata, yakni umat bersatu dalam satu pertubuhan melalui syu‘ubiyyah-syu‘ubiyyah-nya.
2. Liga Arab dan majlis kerjasama negara-negara Teluk.
Syu‘ubiyyah ‘Arabiyyah (يبوعش ةيبرع ة ) juga telah berhadapan suasana yang sama. Mereka menerima konsep berbilang dan bersatu melalui unit-unit syu‘ubiyyah (يبوعشة ) masing-masing dalam dua peringkat regional dan nasional iaitu di peringkat dunia Arab.
3. Organisasi-organisasi serantau seperti ASEAN.
Organisasi ini adalah satu keperluan keselamatan, pertahanan dan pembangunan negara. Ia lebih banyak berbagai tetapi tetap mampu merapatkan hubungan masing-
Mengapa Umat Islam Berpecah | 19
masing atas nama serantau untuk menghadapi kemakmuran bersama. Lokasi geografi telah membolehkan negara-negara Islam dalam pertubuhan mempunyai hubungan yang lebih erat berbanding dengan negara-negara Islam yang terletak di utara Afrika dan sebagainya.
4. European Union: Apakah potensinya di dunia Islam?
European Union tidak sunyi daripada masalah syu‘ubiyyah (يبوعشة ) dalam sejarahnya berbanding dengan dunia Islam. Tetapi kini European Union telah melaksanakan konsep ta‘awun Islamiyy ( يملاسإ نواعت ) lebih tepat dan cepat demi kemakmuran hidup rakyat di sana berbanding dengan dunia Islam sekalipun usaha-usaha untuk mencapai matlamat ini telah dimulakan lebih awal di dunia Islam dan Arab.
Kini European Union telah mempunyai satu parlimen, satu matawang euro, satu pakatan angkatan bersenjata, satu polisi luar negara, satu kerakyatan dan sebagainya.
Soal yang berbangkit sekarang, adakah ta‘awun ( نواعت ) ini menyentuh soal ajaran agama dan tuntutan tamadun hadhari ( يراضح ) kebendaan secara berasingan atau bersepadu?
Jawapannya: Realiti kehidupan politik kini membuktikan bahawa syu‘ubiyyah (يبوعشة ) adalah satu realiti hidup masyarakat dunia. Apa yang dapat dilihat, kaum-kaum lain tidak terselungkup kehidupan mereka di bawah syu‘ubiyyah (يبوعشة ) mereka sendiri. Mereka meneroka keluar sempadan bangsa, negara, budaya dan ekonomi sendiri. Mereka tidak menunggu rezeki bergolek datang, tetapi mereka mengejar, mencari di mana juga rezeki itu berada.
Apabila syu‘ubiyyah (يبوعشة ) telah menjadi satu identiti dan realiti politik, maka umat Islam tiada pilihan selain daripada menerimanya berdasarkan dengan berbilang bangsa tanpa permusuhan disusul dengan ta‘awun ( نواعت ) dalam berbagai bidang selain daripada kedaulatan negara yang dianggap taboo antarabangsa. Umat Islam perlu menangani realiti ini dengan pendekatan yang sepadu. Tuntutan agama dihayati dan hambatan kebendaan dilayani dengan penuh kesungguhan.
20 | Mengapa Umat Islam Berpecah
Umat Islam perlu kembali kepada al-Qur’an dan berakal dalam menghidupkan syu‘uban (بوعشا ) tanpa permusuhan dengan menggunakan pendekatan agama dan kebendaan serentak. Apa yang diperlukan sekarang ini kembali kepada perintah Allah, kembali kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Di antaranya ialah:
1. Mempunyai akal yang beragama.
Tidak memerintahkan manusia supaya melakukan kebajikan sementara umat Islam lupakan diri sendiri yang mana umat Islam mempunyai al-Qur’an kitab panduan. Tidakkah mereka iaitu pemimpin dan ahli fikir Islam mampu menggunakan akal yang beragama dan fikiran yang waras?.
2. Berdikari dan kembali ke pangkal jalan.
Bermaksud mengembalikan konsep berbilang yang berfungsi menghidupkan ta‘aruf Islamiyy ( يملاسإ فراعت ) tulen dan menjalinkan ta‘awun Islamiyy ( يملاسإ نواعت ) yang mantap, bermaruah dan bertanggungjawab kepada umat sejagat.
3. Ilmu yang bersepadu: Al-‘ulama’ warathah al-anbiya’ (ءايبنلأا ةثرو ءاملعلا ).
Ilmu kerohanian sudah semestinya berada dalam akal, iman dan amalan. Ia perlu dilengkapkan dengan ilmu keduniaan dan penghayatan kebendaan yang dikendalikan oleh sains dan teknologi untuk benar-benar menjadi ulama sebagai pewaris nabi-nabi.
Al-‘ulama’ fi al-din ( نيدلا يف ءاملعلا ) sekarang ini hanya merupakan sebahagian daripada ulama pewaris nabi-nabi. Pada realitinya, apa yang diwarisi ialah ilmu yang diwariskan oleh para ulama mujtahidin ( نيدهتجم ) khasnya al-Imam Syafi‘iyy dari segi ilmu fiqh dan al-Imam al-Ash‘ariyy dalam ilmu tawhid. Mereka bolehlah dikatakan sebagai pewaris al-Imam Syafi‘iyy dan al-Ash‘ariyy.
4. Ta‘awun ( نواعت ): Kerjasama antara ulama, khubara’ ( ءاربخ ) dan umara’ ( ءارمأ ).
Dalam usaha mempertahankan kesucian aqidah Islamiyyah, satu kerjasama yang erat dan jitu perlu ada di antara para ulama kerohanian dengan para umara’ ( ءارمأ ) – pemerintah negara. Ini boleh berlaku dalam beberapa tahap berikut:
Mengapa Umat Islam Berpecah | 21
a) Ulama kerohanian mengambil tempatnya dalam sistem pentadbiran negara dan diberikan tugas memperlindungi kesucian agama dengan sepenuhnya.
b) Melantik para umara’ ( ءارمأ ) dari kalangan ulama yang mempunyai ilmu yang sepadu iaitu ilmu kerohanian dan keduniaan untuk menjadi pembuat dasar negara.
c) Mewajibkan ke atas kesemua para umara’ ( ءارمأ ) dan khubara’ ( ءاربخ ) supaya mengetahui dan menghayati ilmu kerohanian dan berakhlak tinggi sebagai syarat kelayakan untuk memegang jawatan umara’ ( ءارمأ ).
d) Melantik ulama dan khubara’ ( ءاربخ ) sebagai penasihat atau pakar rujuk kepada setiap umara’ ( ءارمأ ) dalam disiplin pentadbiran negara untuk mempastikan agar segala program di setiap kementerian tidak bertentangan dengan tuntutan aqidah Islam.
e) Ta‘awun ( نواعت ) ini berpandukan dengan firman Allah Ta‘ala:
Maksudnya:
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.”
Firman Allah:
Maksudnya:
“Dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu.”
Firman Allah Ta‘ala:
Maksudnya:
“Dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah.”
Apakah Yang Perlu Dilakukan?
22 | Mengapa Umat Islam Berpecah
Berhadapan dengan realiti syu‘ubiyyah (يبوعشة ) kini umat Islam perlu berusaha mengembalikan syu‘uban (بوعشا ) dalam Islam ke landasan Islam yang betul sekalipun melalui pendekatan yang semasa. Di antara pendekatan ini ialah dengan menjadikan sempadan-sempadan negara sebagai “jambatan persaudaraan Islam” dalam berbagai bentuk bidang dan jurusan.
1. Terutama sekali jambatan ekonomi di peringkat dua hala, berbagai hala dan di peringkat dunia Islam di bawah nama Wahdah al-Iqtisad al-Islamiyy al-‘Alamiyy (لإا ةدحولإا داصتقملاسيملاعلا ي ) – Kesatuan Ekonomi Islam Sedunia.
2. Jambatan kewangan dalam bentuk yang sama dinamakan sebagai contoh al-Maliyyah al-Islamiyyah al-Muttahidah ( ةدحتملا ةيملاسلإا ةيلاملا ) – kewangan Islam bersatu – dengan menggunakan mata wang Islam seperti dinar Islam yang telahpun wujud di negara ini. Mata wang ini perlu disokong oleh setiap buah negara Islam atau dijadikan wang rasmi dalam perdagangan antara negara-negara Islam.
3. Jambatan pembangunan dunia Islam, Hay’ah al-Ta‘mir al-Islamiyy ( يملاسلإا ريمعتلا ةئيه ) –Lembaga Pembangunan Sedunia Islam – yang mengkhususkan dalam segala jenis pembangunan yang berlaku di dunia Islam.
4. Jambatan permodalan antara syarikat-syarikat Islam di dunia Islam – Syarikah al-Tamwil Li al- ‘Alam al-Islamiyy ( يملاسلإا ملاعلل ليومتلا ةكيرش ) – dilakukan sama ada secara dua hala atau konsortium swasta Islam.
5. Jambatan tenaga kerja dunia Islam profesional, mahir, separuh mahir dan buruh kasar. Adalah menjadi kewajipan setiap individu, syarikat dan kerajaan Islam mengutamakan pekerja-pekerja dari dunia Islam untuk bekerja di negara masing-masing.
6. Jambatan-jambatan yang serupa perlu dibina dalam bidang pertanian, perikanan, perladangan, buah-buahan, sumber asli, ternakan, perkilangan, perubatan, rawatan kesihatan, pendidikan, pertahanan, keselamatan dan sebagainya.
Mengapa Umat Islam Berpecah | 23
Letakkan kuasa politik syu‘ubiyyah (يبوعشة ) di tempat yang produktif melalui jambatan-jambatan ini. Maka sensitiviti kedaulatan negara sentiasa terkawal dengan baik dan tersusun. Berpegang dengan kata sakti rabbaniyy ( ينابر ):
Maksudnya:
“(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”
Kesemua negara Islam hendaklah meletakkan sejarah silamnya di belakang dan terus melihat ke hadapan berdasarkan:
Maksudnya:
“Allah maafkan apa yang telah lalu.”
Tindakan ini adalah perlu supaya sejarah silam tidak menjadi penghalang kepada ta‘awun Islamiyy ( يملاسإ نواعت ) yang murni ini.
Setiap negara Islam hendaklah beramal dengan jujur berkonsepkan husn al-niyyah ( ةينلا نسح ) dalam semua hubungan antarabangsanya dengan negara-negara Islam dalam semua peringkat. Perasaan curiga-mencurigai adalah musuh dalaman yang perlu dihapuskan.
Apabila mana-mana negara Islam membina kekuatan senjatanya, ia perlu difahami oleh kesemua negara Islam yang lain bahawa kekuatan itu adalah untuk pertahanan bersama dan bukannya untuk kegunaan yang sebaliknya.
Siapakah Yang Menggerakkannya?
Mereka yang layak menjadi penggerak kepada program revival dan survival umat ini ialah pewaris nabi-nabi dalam konteksnya luas yang telah dihuraikan sebelum ini. Satu majlis muzakarah umara’ ( ءارمأ ), ulama dan khubara’ ( ءاربخ ) dalam berbagai bidang perlu diadakan secara berkala untuk menggerakkan program ini dan meletakkan awlawiyyat-nya (تايولوأ ) –keutamaannya.
24 | Mengapa Umat Islam Berpecah
Para ulama, khubara’ ( ءاربخ ) dan umara’ ( ءارمأ ) yang berada di kawasan pusat dunia Islam perlu mencetuskan daya utama atau inisiatif ke arah menggerakkan program revival dan survival umat dan dunia Islam yang penting ini.
Termasuk dalam kategori kawasan pusat di sini ialah mereka yang memegang teraju sekretariat Islam dan ahli-ahli fikirnya yang terpilih dalam berbagai bidang. Mereka perlu berazam yang kental dan jitu bahawa Islam boleh dijadikan pembakar semangat juang bagi semua pihak yang terlibat dalam mengendalikan program ini.
Anjakan Psikologi Umat Islam
Untuk memulakan program revival dan survival umat ini, sebelum tindakan membina jambatan-jambatan yang tersebut di atas, langkah pertama yang perlu diorak ialah menggerak dan menetapkan program kesedaran psikologi umat Islam ke arah mengenali ta‘aruf ( فراعت ) dan ta‘awun ( نواعت ) Islam dengan lebih dekat. Langkah itu bolehlah dinamakan anjakan psikologi umat Islam di seluruh dunia Islam.
Seluruh institusi pendidikan dan sebaran am di dunia Islam dalam segala jenis dan bentuk hendaklah berkhidmat ke arah ini supaya kesedaran umat terhadap ta‘aruf ( فراعت ) dan ta‘awun Islamiyy ( نواعت يملاسإ ) benar-benar mantap dan kental. Pendekatan ini bolehlah dinamakan sebagai membina insan Islamiyy sebelum memulakan ta‘aruf ( فراعت ) dan ta‘awun Islamiyy ( نواعتيملاسإ ) yang amat mencabar itu.
Penerapan Al-Tasamuh Al-Islamiyy (يملاسلإا حماستلا ) – Toleransi Keislaman
Salah satu nilai yang telah dilupakan oleh umat Islam ialah nilai al-tasamuh al-Islamiyy ( يملاسلإا حماستلا ) – tolak ansur dalam Islam. Nilai ini perlu disuburkan terlebih dahulu di jiwa umat Islam serentak dengan program di atas.
Institusi masjid dan madrasah, di samping sebaran am boleh menjalankan tugas ini dengan menggunakan bahasa-bahasa yang terdapat di dunia Islam dengan berkesan.
La Dharar Wala Dhirar (رارض لاو ررض لا )
Mengapa Umat Islam Berpecah | 25
Ajaran Islam yang menganjurkan nilai sejagat iaitu la dharar wala dhirar ( رارض لاو ررض لا ) – tidak ada bahaya dan tidak membahayakan – wajib diterapkan bersama dalam program revival dan survival umat Islam. Ta‘aruf ( فراعت ) dan ta‘awun ( نواعت ) umat Islam tidak membahayakan mana-mana kaum kecil atau besar di mana jua mereka berada di muka bumi ini.
وُللهاْلا مستعُناو هوع َلم ىَأ اُقوُلو ِكيٌل ، وِبِللهاتلا وِفيقو ْلاِهدياُة ،
وسلاَلامع َليُكمو رحمُةِللها و برَكتاه

Comments

Popular posts from this blog