Pembangkang Tuntut Dedah Laporan Tragedi Kematian PTD

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad
PETALING JAYA: Parti Keadilan rakyat (PKR) menuntut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mendedahkan laporan berhubung tragedi malang yang menimpa pelatih Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) sama ada berpunca daripada kemalangan ataupun wujud elemen kecuaian.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad bagaimanapun menyambut baik arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa agar JPA dan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) menghentikan serta-merta aktiviti lasak melibatkan kursus Diploma Pengurusan Awam bagi bakal PTD.

"Dengan berulangnya kematian seorang lagi anggota PTD membangkitkan persoalan adakah pihak JPA benar-benar belajar daripada tragedi yang lepas dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

"JPA harus mendedahkan kepada umum sama ada kes Aldy merupakan kemalangan ataupun wujud elemen kecuaian," katanya di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai insiden seorang kadet PTD, Aidy Hasmi Abu Hassan, yang meninggal dunia ketika menjalani latihan wataniah di Pekan, Pahang.

Sebelum ini pada Mei 2010, seorang pelatih PTD Norhashimah Wahid, 31, meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru semasa menjalani latihan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan).

Norhashimah ketika itu sedang mengikuti latihan Modul Jati Diri di Jugra, Banting, selama tujuh bulan sebelum disahkan jawatan sebagai PTD dan telah tiga bulan mengikuti latihan itu.

Mengulas lanjut Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia mahu JPA menjalankan kajian menyeluruh mengenai modul latihan bersesuai untuk pelatih PTD agar insiden malang berkenaan tidak berulang.

"Saya tidak mempertikaikan perlunya pegawai PTD kita cergas dari segi fizikal dan mental. Namun ramai peserta kursus-kursus ini mempersoalkan mengapakah perlu latihan fizikal yang terlalu mencabar berbanding dengan tugas mereka sebagai PTD.

"JPA juga harus memikirkan semula secara serius dan menyeluruh latihan buat PTD agar lebih relevan dengan keadaan semasa dan memastikan keselamatan PTD terpelihara," katanya.

Read more: http://celahgelegar.blogspot.com


KENYATAAN KSN DLM FB NYA PADA 16 SEPT 2012

Dr Ali HamsaDr Ali Hamsa · 1,760 like this
Sunday at 8:35pm ·
Assalamualaikum. Bagi pihak seluruh Perkhidmatan Awam, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Aidy Hasmi b Abu Hassan, kadet PTD di atas kembalinya beliau ke rahmatullah semasa menjalani latihan wataniah di Pekan, Pahang. Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman . Susulan daripada kejadian tersebut, saya telah mengarahkan JPA dan INTAN menghentikan dengan serta -merta aktiviti-aktiviti lasak yang melibatkan kursus Diploma Pengurusan Awam bagi bakal pegawai PTD dan kursus-kursus lain bagi pegawai-pegawai yang tidak beruniform. Pada masa yang sama, saya juga telah mengarahkan JPA dan INTAN menyiasat dan mengemukakan laporan berhubung peristiwa tersebut. Terima kasih.
62Like · ·
  • MauRen Barnsley Barnabas Takziah kepada keluarga allahyarham...
  • Fendi Mercury Memang pisang berbuah dua kali. Apapun Alfatihah kepada keluarga Allahyarham
  • Kruskal Wallis Takziah kepada keluarga arwah, semoga Allah mengurniakan ketabahan dan kesabaran.
  • Nasrul Faiz Takziah kepada keluarga...harap perkara ini tidak berulang..
  • Wani Ezryl wslm dato' sri. al-Fatihah. takziah kpd keluarga allahyarham. be strong dan teruskan doa utk allahyarham. safety measurement amat penting semasa aktiviti lasak seumpama ini dilaksa...See More
  • Faisal Wahid akil abd rauf: your statement is totally irrelevant here!!!
  • Midhat Khazen Y.Bhg. Dato' Sri KSN, satu kajian menyeluruh perlu dilakukan dan tindakan ke atas pegawai yang cuai perlu diambil dan hasil siastan perlu didedahkan kepada umum agar segala program dan latihan kepada bakal PTD pada masa depan tidak diragui....
  • Aida Sahak Salam, arwah baru saja meninggal, siapa yang akan menziarahi keluarga arwah? Sekurang2nya sedikit sebanyak akan menenangkan keluarga arwah, saya rasa itu yg perlu diberi perhatian skrg, pls be empathy, tlg consider hati dan perasaan keluarga arwah
  • Shahrin Mohd Nor betul...buat masa ni ...uruskan hal arwah dan keluarga dulu....
  • Abang Noraffian Salam takziah kepada keluarga arwah & Alfatihah...YBhg. Dato' Sri, kandungan modul kursus ketenteraan bagi DPA boleh dikaji untuk penambahbaikan.Semua aktiviti Dan lokasi aktivit...See More
  • Zainal Abidin Fathodin Saya dimaklumkan yg Kepten drp kem 505 Wataniah, Pekan,Phg. yg melatih Adli. Pelatih Muda PTD tesebut telah komplain kpd Kepten (jurulatih) yg dia kena kejang otot dikaki (cramp) t...See More
  • Zainal Abidin Fathodin Dr. di Mohon Justics utk Keluarga Adli dan semua Perserta PTD Muda : Kes di bawa kemakahmah Koroner. utk menuntukan sebab2 krn kematian Adli . secepat mungkin. drp Zainal. Exco Majlis.NGO.Kel.
  • Fatah Fadullah Harap2 isolated case je..
  • Jagathisvaran Ramachandran Arwah mempunyai sebuah keluarga... Diharap kebajikan keluarga dititikberatkan... Mohon agar semua yang bertugas walaupun belum disahkan perkhidmatan, kebajikannya dijaga...
  • Kokurikulum Rompin semoga allah menyucuri rahmat kepada beliau...al-fatiah.
  • Syazwan Soffian innalillahiwainnailaihiraajiunn....semoga roh allahyarham dtempatkan dikalangan orang beriman...mohon kerajaan tidak mengabaikan kebajikan keluarga allahyarham...
  • Muhammad Arish tahniah atas keputusan yang sepatutnya diambil selepas kejadian yang berlaku di batch DPA 1/2010. hopefully after this, DPA boleh dikaji semula dan digantikan dengan kursus-kursus yang lebih professional seperti yang dijalani oleh PTD di bawah WISMA PUTRA. thank you Dato' Sri Dr. KSN...
  • Muhammad Arish semoga peserta DPA yang sedang berkursus tabah dengan ujian dan tidak mengalah dengan desakan..
  • Abdull Razak Assalamualaikum Dato' Sri, terima kasih dan tahniah atas tindakan yang sewajarnya dengan menghentikan latihan lasak beruniforn kadet PTD dengan serta merta. Saya juga berharap pega...See More
  • Zainizam Zainun saya rasa kursus ini baik kerana modul lasak ini pun bukan baru di perkenalkan..apapun kita tunggulah laporan penuh kejadian drpd pihak2 berkenaan sblm diputuskan tindakan lanjut.....See More
  • Mohd Alwi Mohd Yazid Dicadangkan setiap pelatih selepas ini dilindungi dengan perlindungan takaful prubsn sebelum mengikuti setiap latihan..bagi memberi perlindungan dan meringankan beban org yg ditinggalkan sekiranya berlaku musibah sebegini.
  • Mashitah Suhailah Suid As salam. Tahniah n terima kasih Dato'Seri.
  • S Khairil Imran YBhg Dato' sudah tiba masanya program DPA diaudit secara menyeluruh... di pelbagai sudut..sekadar pandangan..
  • Syed Amiruddin Jenazah telah selamat dikebumikan.
  • Yazirobel Yasin Yang menimbulkan isu mengenai Turus I dalam forum ini adalah orang yg tidak sensitif terhadap keluarga Allahyarham dan menunjukkan kependekan akalnya. Kayu ukuran utk menyandang tu...See More
  • Wan Zairi Afhtar Ishak ambik lagi trainer bodoh, tadak safety awareness. CPR pun tak tau nak buat.
  • Muhammad Syirazie Hafiez Takziah kepada keluarga arwah dan al-fatihah kepada arwah sendiri. Jangan sekadar usap takziah dan lesap begitu sahaja. Sedekahlah yassin dan alfatihah semasa kita beribadah. Lagi ...See More
  • Fauziah Phobe Tan Sri, saya cadangkan agar disemak jugak peribadi dan attitude peny program di udpa dan trainer modul luar, elakkan mengambil pegawai yg sombong, bongkak dan perasan bagus. Merek...See More
  • Azeem Nor takziah kpd keluarga allahyarham..al-fatihah...
  • Azli Azli Saya sokong cik fauziah phobe..sila tapis pegawai2 haram jadah ni smua..
  • S Khairil Imran otak askar tak sama mcm otak penjawat awam lain, tak perlu lah suruh askar train pelatih PTD lagi..lebih baik PTD berlatih dgn JPAM.. takpon pencegah maksiat ka, JPJ ke, Kastam ke....
  • Syu Mohd Sy pernah berkhidmat dlm tentera sbg pegawai sblm sy bertukar jbtn krjn yg lain. Apa yg sy nak bgtau bkn niat utk condemn tp bdsrkn pglmn sy dlm tentera. Sikap ego tentera mmg sela...See More
  • Elis Eliza to those yg memberi komen "hopefully this is just an isolated case..kes2 terpencil" - you have a very narrow-minded thinking! How many cases for a non-isolated situation? Is this t...See More
  • Wan Noraini Wan Mansor al fatihah utk arwah. sesungguhnya mengharungi hidup bersama anak kecil tanpa isteri atau suami amat perit. semoga isteri dan keluarga arwah tabah menghadapi situasi ini.
  • Fauziah Phobe Elis, ni bkn isolated kes, ni dah second case. . . Tu x campur yg patah kaki, patah tngn. .kena sampuk hantu smpai x blh kerja. . . Then resign. . Bnyk lg. . .modul ni kena revise ...See More
  • Roziyah Shariff Takziah utk keluarga allahyarham. Moga rohnya dicucuri rahmat. Terima kasih atas keprihatinan Dato' Sri. Pisang berbuah dua kali nampaknya. Moga jadi iktibar untuk kita semua, Insyaallah
  • Nan Asklinux rasanya kursus nie bukan mengajar PTD berkerja lebih bijak tetapi menambah ego mereka sebab merasa mereka lebih hebat dari kakitangan awam lain kerana pergi kursus yg kononya lasak...See More
  • Syazana Sofian Harap YBhg Dauk Sri Dr dpt mengambil kira komen dan pendapat dr saudara Syu Mohd (seorang yg pernah berkhidmat dlm tentera sbg pegawai) berkenaan kesesuaian modul wataniah yg keras...See More
  • Tuan Norazlan Burham Takziah utk keluarga mangsa
  • Yazirobel Yasin Nan Asklinux jangan nak cakap merapulah...mana mungkin kerana hadir program lasak boleh menjadikan seorang PTD itu bertambah ego dan merasa lebih baik dari penjawat awam yang lain....See More
  • NaDia Mohd Rasanya xpayah kot aktiviti lasak suma ni for PTD.they are working in the office..more towards developing the country.so better revise balik the course so that PTD yg balik from DP...See More
  • وحي أنور YBhg Dato' Sri, terima kasih atas keprihatinan segera Dato' Sri mengenai perkara ini. Saya mencadangkan supaya pihak JPA/INTAN mengeluarkan kenyataan akhbar dengan kadar segera bag...See More
  • Mohamed Hadi Al-Majwi saya sokong cadangan Wahyun Anwar, kikikiki
  • Khairil Anuar Karim Takziah diucapkan kpd keluarga Allayarham. Saya turut bersetuju agar modul2 luar seperti Tentera, Polis, OBS dan penempatan daerah dikekalkan kpd semua kadet PTD utk memberi pended...See More
  • Azlan Waiz Al-Fatihah dan takziah
  • Zamzam Kezam Takziah dan Al-Fatihah.Ini kali kedua Pegawai PTD terbunuh!! yang lepas di Pulat latihan bukit Jugra!! seorang pegawai wanita terbunuh!! Latihan ala Komando ini amat tak sesuai dengan jawatan mereka!! ... Pihak berwajib harus Review Modul Latihan !! dan melihat dari berbagai sudut perserta dari sudut kesihatan dan kemampuan perserta!!.Dr Ali Hamsa saya cadangkan bayar saja pampasan bernilai RM2juta kepada mangsa keluarga .dan pecat saja komandan yg terlibat .JGN ASYIK BODEK SANA SINI.
  • Midhat Khazen Saya cadangkan Y.Bhg. Dato' Sri dan pegawai tertinggi dari JPA dan INTAN menziarahi keluarga mangsa bagi bersama-sama menyelami perasaan keluarga si mati dan menyampaikan takziah.....
  • Arbam Imanirfan Takziah dan al-fatihah buat keluarga allahyarham...Secara peribadi saya berpendapat setiap modul latihan ada rasional dan kepentingannya terutama dalam melahirkan bakal pegawai tinggi kerajaan yang bukan sahaja mempunyai kelulusan akademik yang baik tapi sahsiah diri serta ketahanan mental dan jati diri yang tinggi....Komen saudara Syu Mohd terhadap tentera tu sepatutnya lebih baik sebagai bekas seorang pegawai tentera dan ingat....perbuatan yang salah jangan dibuat! Ego...bongkak..sikap menunjuk2 dsbnya ada pada sesiapa juga cuma bagaimana kita mengawal dan menggunakannya apatah lagi sebagai pegawai...Kita perlu buat keputusan untuk jangka masa panjang dan tidak melompak atau melatah bila berlaku sesuatu kejadian....
  • Justina Rose Nasimuthu Y.Bhg. Dato' Sri, saya seorang PTD muda yang belum mengikuti DPA. Saya mempunyai seorang cahaya mata berumur 2 tahun. Saya tidak dapat membayangkan keadaan anak / keluarga saya sekiranya perkara sebegini terjadi kepada saya. Dengan rasa amat pilu, saya memohon kepada Dato' Sri untuk meniai semula keperluan untuk aktiviti lasak seperti ini disertakan dalam modul DPA.... Takziah kepada keluarga arwah... Please don't say that this is a remote case & push aside this incident. Tqvm Dato' Sri for immediately stopping all current physical training modules.


 

Comments

Popular posts from this blog