Seram! Mayat Isteri Yang Suka Melakukan Zina Dihurung Lintah
|
Kisah ini
menceritakan tentang seorang isteri yang suka melakukan zina di belakang
suaminya. Dipengakhiran hidupnya, dia telah jatuh sakit dan kemudiannya
Allah SWT telah mendatangkan hukuman ke atas perbuatannya.
By
Melayukini.net – Seram! Mayat Isteri Yang Suka Melakukan Zina Dihurung Lintah | Apabila timbulnya cerita pelik, sudah pasti kita agak sukar untuk mempercayainya. Namun di dunia ini, tiada perkara yang mustahil untuk berlaku kerana Allah SWT telah menetapkan bahagian seseorang itu.
Tetapi ingat, kita perlu sentiasa mengikut segala perintah Allah SWT
dan meninggalkan perkara yang dilarangNya. Kisah ini sebenarnya adalah
artikel yang diambil dari sebuah majalah Mastika. Jom ikuti kisah tentang mayat seorang isteri yang suka melakukan zina.
Kadar gejala seks bebas kian meningkat
dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja
melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang
bujang mahupun yang telah berkahwin! Seperti yang pernah penulis
kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima
akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin
menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih
melakukan seks bebas.
Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh
Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di
Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas
berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak
kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan
kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.
“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang.
Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak.
Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki
bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara
berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand
bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.
Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris.
Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan
nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak
selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan.
Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek
ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke
mari.
Husin baik dan jujur orangnya dan tidak
banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan
kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk
sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.
Ramai wanita sekitar kampung Jamilah
melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar
boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang
menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada
tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan
mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia
bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.
Semenjak itu banyak mata yang mengintip
setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia
Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan
di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk
beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.
Namun setelah beberapa jam kemudian
nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan
muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke
Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa
membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati
rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas
sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan
dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada
suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan
rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.
Malah rasuah tersebut bukan sekali dua
bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri
ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi
berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika
berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya
sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.
Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah
yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang
Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang
kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara
terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.
Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga
tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih
bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping
minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh
isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat
dengan mata kepala sendiri.
Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk.
Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing
untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya
habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak
manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa
pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas
terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.
Upacara kematian seperti biasa orang
kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan
liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik
sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya.
Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi
namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan
lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.
Setelah semua keluarga pulang ke rumah
tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga.
Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya
itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad
pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur”
Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa
memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur
arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.
Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah.
Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang
sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat
Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.
Setelah itu mayat Jamilah terpaksa
dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya
untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah
itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti
lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami
menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.
Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu.
Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh
sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah
sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.
Saya boleh memberikan gambaran atas
kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab
pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. Bagi
isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita
nescaya dosanya amatlah besar.
Dosa berzina sudah cukup besar tidak
tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar
isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui
akan azabnya kelak.
Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka
sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa
hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah…..
Melayukini.net -
Sungguh kasihan apa yang dialami oleh suami Jamilah. Sanggup isterinya
melakukan perbuatan terkutuk tersebut dibelakang suaminya. Ingatlah kita
perlu menjadi seorang isteri yang baik. Kadangkala kita sendiri pun
tidak menjangka bahawa isteri kita akan berubah dalam sekelip mata. Oleh
itu, suami perlu memainkan peranan untuk mendidik isteri tentang agama
Islam.
melayukini.net
Comments
Post a Comment