Tips Elak Anak Mengalami Kegemukan
Tips Elak Anak Mengalami Kegemukan | Isu kegemukan sejak dari dulu lagi sering menjadi topik perbualan. Namun, jika dulu, kegemukan sering diperkatakan berlaku di kalangan dewasa, kini masalah sama dihadapi kanak-kanak
dan ia bukanlah dianggap berita baik. Pelbagai faktor dikaitkan dengan
kegemukan di kalangan kanak-kanak seperti gaya hidup dan pemakanan tidak
terkawal. Namun, lumrah, ramai ibu bapa gembira melihat anak gemuk kerana dianggap comel. Lalu diberi kasih sayang sepenuhnya termasuk keperluan lain seperti makanan dan minuman.
Namun, perlu diingat, gaya hidup seperti itu andai diteruskan hingga dewasa, bakal mengundang masalah seperti mudah mendapat penyakit selain faktor rasa rendah diri akibat kegemukan atau obesiti.
Kegemukan yang dialami 98 peratus datang daripada sikap individu itu sendiri.
Dalam menangani isu kegemukan, faktor
yang perlu diambil kira ialah soal keupayaan jantung untuk mengepam
darah yang membawa zat atau nutrisi tertentu ke seluruh badan. Secara
ringkasnya, semakin gemuk diri anda, semakin banyak bebanan jantung
untuk mengepam darah ke bahagian badan yang diselaputi lemak.
Jika sudah dewasa, dikhuatiri anak yang
sudah biasa dengan pemakanan dan berat badannya, merasa ingin berubah
dan melakukan senaman.
Sehubungan itu, didikan dan rangsangan
sejak dari kecil sangat digalakkan. Ibu bapa perlu memberi panduan
mengenai kepentingan menjaga pemakanan dan berat badan kepada anak
mereka.
Mari kita lihat beberapa panduan untuk mendidik kanak kanak bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat:
* Didik mereka supaya memahami konsep bersenam.
Ia adalah untuk sihat seperti mengeluarkan peluh dan ajar anak penting
menjaga kesihatan. Berikan ganjaran sebagai galakan jika mereka berjaya
melakukan dan mengamalkan gaya hidup sihat
* Jika anak anda banyak menghabiskan masa menonton televisyen atau bermain permainan video dan langsung tidak keluar rumah, lakukan cara yang paling mudah dengan menyuruh mereka membuang sampah atau pergi ke kedai membeli barang. Setidaknya, mereka boleh mengeluarkan peluh.
* Beli basikal untuk anak anda dan setiap
petang keluar bersama menjalankan aktiviti berbasikal. Jika tidak, anda
boleh menemani mereka berbasikal di taman.
* Benarkan mereka keluar rumah untuk
berkawan atau bawa mereka bersama ketika anda ingin berkunjung ke rumah
rakan atau saudara. Pengaruh rakan sebaya dapat meningkatkan lagi
semangat anak anda.
* Mencari satu komuniti ibu bapa yang
mempunyai anak dan tubuhkan satu komuniti di kalangan mereka dalam
bersukan atau beriadah. Ibu bapa juga boleh turut serta dalam
menjalankan aktiviti bersenam.
* Kurangkan memberi makanan ringan atau jika boleh, jangan ajar anak anda memakan makanan ringan sejak kecil lagi.
* Ajar anak untuk memakan sayur-sayuran
dan buah buahan. Kebanyakan ibu bapa terlalu mengikut selera anak
apabila mereka tidak menyukai makanan tertentu seperti sayur-sayuran dan
buah-buahan. Namun sebagai ibu bapa, perlu kreatif dan mencuba pelbagai cara supaya anak anda dapat menerima makanan begini.
* Senaman perlu dilakukan sekurang kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit dan lakukan bersama anak-anak anda.
http://melayukini.net
Comments
Post a Comment