KENANGAN......wajah almarhum ayah dan ibu bermain didalam ruang mataku.....sawah, sungai dan lumpur semakin jauh dari ku

 

Asalamualaikum. Tadi balik dari Bangi....hujan renyai-renyai.....dan sesekejab lebat. Entah kenape, semua kenangan masa lalu tetiba melintasi ruang kenangan silam ku. Mungkin lagu umpan jinak di air tenang nyanyian Almarhum Ahmad Jais sepadan dengan suasana ketika ini.

  AKU dilahirkan di Kampong Bohor Mali, Perlis pada January 1952 calendar. You can also browse the full year monthly 1952 calendar.

January 1952
SunMonTueWedThuFriSat
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031 

Kampung aku dikelilingi dengan sawah padi. Banjaran gunung melingkari landskap latar belakangnya.  Aku teringat balik asal usul aku anak seorang pesawah. Kehidupan kami amatlah susah....adakalanya Almarhum Ibu campurkan jagung kedalam beras kerana beras hanya tinggal sedikit sahaja. Seluruh badan comot dan berdaki dengan kuku yang hitam. Musim sawah kami 7 beradik akan menghabiskan masa kami di sawah di hujung kampung.
Tapi aku bangga aku membesar dalam lumpur, membesar bersama lintah yang kini telah glamour jadi ubat, kalau dulu aku picit-picit je lintah tu bagi dia mati, membesar dalam ‘kubang kerbau’, membesar dengan kulit yang hitam, lebih hitam dari kena ‘sun burn’ kat kampong Bohor Mali, Perlis membesar dengan rumput-rumput yang dulunya tak ada rasa gatal buat aku, tapi sekarang kena sikit aku dah tergaru-garu, membesar dengan air bah musim tengkujuh, membesar dengan umpan cacing, membesar dengan membakar ubi kayu dengan jerami padi dan terlalu banyak kenangan datang balik kat ‘hard disk’ otak aku ni.
Aku bangga ayah aku seorang pesawah. Kalau tak tak mungkin aku kenal dengan pokok padi, mungkin cuma kenal beras saja macam cucu aku sekarang. Mungkin aku tak kenal dengan gigitan lintah sebesar ibu jari, tak tahu nak makan ikan darat seperti haruan, puyu, sepat, ikan keli limbat dan macam-macam jenis ikan lain lagi.
Mungkin aku tak tahu macam mana nak ‘menggagau ikan’ dalam lumpur masa musim kemarau.  dengan kerbau dan mengangkut padi di petak atas dengan "anok" yang di tarik kerbau ayah aku.
Tak tahu nak tahan bubu, tangkoi dan ‘taut’ masa musim tengkujuh. Tak tahu nak kayuh sampan dan rakit. Mungkin amat mustahil nak tau macamana membajak sawah. Banyak ayah ajar aku tentang kehidupan seorang petani dari membajak, menajak, mengiling, mengerat padi, memukul padi, menanggung padi, menjemur padi dan juga menguroi padi dan lain-lain aktiviti sebagai pesawah.
Aku masih ingat ayah membanting tulang seawal embun pagi selepas subuh hinggalah matahari hinggap tegak kat atas kepala Al-marhum ayah dan ibu. Aku masih ingat peluh ayah basah selenjun aku bermain lari kehulu ke hilir masa kecil. Baju ayah basah peluh bercampur lumpur.
 Ayah mengajar aku menabur benih padi, membaja dan menuai menggunakan ‘sabit’ bergigi macam gergaji. Pernah jari aku sekali terkena sabit tersebut. Tapi ayah lebih banyak parut di tangannya. Jadi aku tak menyesal. Aku membesar dengan padi yang ditanam sendiri. Beras baru. Ada bau. Bukan macam beras yang beli kat kedai sekarang nampak cantik tapi khasiat asli dah banyak hilang. Berkelah atas dangau di tepi sawah......habis nasi seperiuk walau berlaukan sayur bayam dan haruan bakar yang ayah tangkap di petak sawah.
Terlalu banyak kenangan di sawah padi atau aku panggil ‘bendang’ dalam ingatan aku ini. Aku boleh buat satu novel tentang kehidupan seorang petani. Kalau dapat aku nak anak cucuku  kenal akan lumpur, lintah, ikan darat, bau tanah liat, kenal pokok padi dan berkubang dalam lumpur macam aku dulu. Tapi dulu arwah ayah dan arwah mak tak pernah lupa menyuruh aku rajin belajar supaya aku dapat kerja di tempat ‘air cond’ sejuk supaya aku tak kena panas kata ayah. Tapi kerja kat dalam ‘air cond’ lagi tidak menyihatkan sebab peluh ‘kemut’ nak keluar.

Iman di antara dua pusara Al Marhum 

Aku lihat ayah dan Ibu dalam ruang mata ku. Tapi kini semuanya tinggal kenangan. Ayah dan Ibu telah bersemadi dengan aman di pusara masing-masing dimana ayah di kampong Bohor Mali, Perlis dan emak aku di tanah perkuburan dekat Batu Caves, Selangor.  Sawah adalah sebahagian dari hidupku. Cuma aku sudah jarang dapat berpeluang nak pulang ke kampung untuk mengulangi kenangan lama dulu. Aku hanya balik kampong masa musim raya.
Aku sudah jauh dari kampung. Jauh dari kenangan. Jauh dari tangan ayah. Jauh dari sawah. Tapi aku doakan Almarhum ayah dan ibu bahagia di alam barzakh. Aku menjadi rindu dengan nasi ‘beras baru’ lagi. Aku sayang Almarhum ayah dan ibuku.
 Aku bersyukur dengan nikmat dan rahmat yang di berikan padaku. Al Fathihah untuk Ayah dan Ibu.

Comments

Popular posts from this blog