Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Kakitangan Awam

Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Kakitangan Awam

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bersetuju dengan cadangan kerajaan supaya kenaikan pangkat berdasarkan ”timed-based”, yang sekarang sedang dinikmati oleh sektor pendidikan dan kesihatan, diperluaskan lagi kepada perkhidmatan awam yang lain.
Presiden Cuepacs,Datuk Omar Osman berkata langkah yang dicadangkan ini merupakan suatu cadangan yang bagus oleh pihak kerajaan dan ia sememangnya dinanti oleh semua penjawat awam yang lain.
Menurut beliau lagi,langkah ini akan dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja kakitangan awam.
“Time-based ini tak sama dengan kenaikan KUP (Khas Untuk Penyandang). Time-based mesti ada satu mekanisma supaya yang naik berdasarkan kaedah time-based hanya yang betul-betul layak sahaja. Kalau dia naik jawatan tapi tak tau nak buat kerja apa pun, baik tak payah,”
Menurut beliau,penjawat awam sudah tidak memerlukan sistem kenaikan pangkat melalui kaedah temu duga.
“Buat apa nak temu duga kalau dah kerja 30 tahun. Yang menjadi penemu duga pula baru kerja lima tahun tapi yang ditemu duga dah kerja 30 tahun. Masa temu duga pula 15 minit saja, kemudian tanya pula yang bukan-bukan… ,”
Kenaikan pangkat melalui kaedah time-based akan dinilai melalui kompetensi, produktiviti dan sumbangan kerja.
“Kalau kerja bagus tapi tak ada sumbangan, tak kreatif, tak berintegriti dan tidak mempunyai sahsiah yang baik, jangan naikkan pangkat dia,”
Sumber : Yahoo! News

Comments

Popular posts from this blog