PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA TEMUDUGA 

 

 



 
 
Assalamualaikum wbt para blogger semua. Semoga kalian semua senantiasa dirahmati Allah SWT..Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW..Semoga kita mendapat syafaat dari baginda SAW.

Seperti yang kalian tahu, ketika menyertai program pameran di sekitar tempat saya ini pada Selasa lalu, saya sempat membuat entri mengenai fungsi Jabatan Bantuan Guaman. Ketika program berlangsung juga, saya sempat ke booth Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapat sedikit maklumat yang mungkin boleh saya titipkan disini.

Hasilnya, saya mendapat sedikit info mengenai perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa temuduga. Panduan ini saya ambil dari brochure yang mereka berikan. Menariknya, panduan ini bukan sahaja terhad untuk temuduga memohon pekerjaan tetapi boleh juga digunakan dalam temuduga memohon pembiayaan perniagaan (jika kalian seorang peniaga), temuduga memohon projek ( jika kalian seorang kontraktor) dan sebagainya.

PERKARA - PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA TEMUDUGA

  • Jawapan secara bersahaja seperti "a'ah" dan sebagainya. Rasionalnya ia menunjukkan calon tidak sopan serta tidak mempunyai kesungguhan untuk menghadapi temuduga itu.
  • Bercakap terlalu perlahan atau kuat. Rasionalnya jika suara terlalu perlahan panel temuduga mungkin gagal mendengar dengan baik tetapi jika terlalu kuat pula ia menggambarkan sikap calon yang kasar dan sedikit biadap.
  • Jangan sesekali bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberi oleh panel, hormati pandangannya tetapi dalam masa yang sama memberi pandangan yang lain dengan secara yang amat berhemah dan tertib.
  • Menggunakan "slang" ketika menjawab soalan. Harus dielakkan kerana ia tidak menggambarkan tahap keprofesionalan ketika berurusan secara rasmi.
  • Memotong percakapan temuduga. Biarlah panel menghabiskan pernyataannya dahulu dan jika mereka meminta pandangan kita, barulah kita melontarkannya.
Itulah serba sedikit perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa sessi temuduga secara berlangsung. Jika kalian ada pandangan lain, mohon dinyatakan di kotak komen untuk panduan dan perkongsian kita bersama..
http://www.ohbelog.com/
http://www.sahromnasrudin.com

Comments

Popular posts from this blog