- Get link
- X
- Other Apps
Ingat Mati
Definasi
Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi
ianya bukanlah satu babak yang penyudah
dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya
sebagai suatu proses sementara bagi
menempuh kehidupan yang kekal abadi yang
bermula dari alam kubur.
Setiap makhluk ini
tidak terlepas dari mati.
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan
sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada
hari Khiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )
Kematian akan mengejar ke mana saja kita
berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa
diundang dan tanpa menerima tempoh.
Maksud Firman Allah s.w.t:
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia
tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau
sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)
(Surah an-Nahl ayat 61)
Sesungguhnya kematian itu tidak pernah
diundang atau dijemput, ia tidak pernah
berkompromi, tidak memilih martabat atau
dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam
taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti
mencari di mana saja roh berada.
Maksud Firman Allah
s.w.t :
"Di mana saja kamu berada, kematian itu
akan mendapatkan kamu sekalipun kamu
berada dalam kubu yang
kukuh."
(Surah an-Nisaa' ayat 78)
Hukum Ingat Mati
Walau bagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia.
Namun Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada
cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi,
menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur
dan sebagainya.
1
2
3
Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak
mati, kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak
sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan
ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh
membawa pembunuhan diri.
Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku
dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara
bersandar, seperti kata doanya, bermaksud :
"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan
kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan
kepadaku"
Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak
yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu
proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula
dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati.
Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi
ianya bukanlah satu babak yang penyudah
dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya
sebagai suatu proses sementara bagi
menempuh kehidupan yang kekal abadi yang
bermula dari alam kubur.
Setiap makhluk ini
tidak terlepas dari mati.
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan
sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada
hari Khiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )
Kematian akan mengejar ke mana saja kita
berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa
diundang dan tanpa menerima tempoh.
Maksud Firman Allah s.w.t:
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia
tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau
sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)
(Surah an-Nahl ayat 61)
Sesungguhnya kematian itu tidak pernah
diundang atau dijemput, ia tidak pernah
berkompromi, tidak memilih martabat atau
dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam
taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti
mencari di mana saja roh berada.
Maksud Firman Allah
s.w.t :
"Di mana saja kamu berada, kematian itu
akan mendapatkan kamu sekalipun kamu
berada dalam kubu yang
kukuh."
(Surah an-Nisaa' ayat 78)
Walau bagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia.
Namun Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada
cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi,
menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur
dan sebagainya.
1
2
3
Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak
mati, kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak
sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan
ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh
membawa pembunuhan diri.
Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku
dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara
bersandar, seperti kata doanya, bermaksud :
"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan
kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan
kepadaku"
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )
Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh.
Maksud Firman Allah s.w.t:
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)
(Surah an-Nahl ayat 61)
Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia
tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan
sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti
mencari di mana saja roh berada.
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu
sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh."
(Surah an-Nisaa' ayat 78)
Kita telah melihat dan akan melihat dua suasana yang berbeza antara
satu sama lain dalam menghadapi kematian. Ada yang ngeri lagi takut
mereka belum bersedia dengan bekalan yang sewajarnya, terlukis dalam
alam khayalannya terbujur kaku tanpa teman, pucat lesi, tidur tidak
berbantal dan beralas, takut hantu serba ragam yang bergolak dalam
fikiran yang kusut lagi buntu. Manakala satu pihak lain, mereka merasa
redha dan menanti kedatangan maut itu dengan senang kerana mereka sudah
bersedia dengan amalan yang membawa kesejahteraan dan kenikmatan
kepadanya.
Hikmah Ingat Mati
Dengan mengingati mati akan menimbul rasa taqwa yang mendalam untuk
menjunjung perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala larangannya.
Serta bersungguh-sungguh berusaha memperbanyakkan harta kebajikan, dan
pelajaran sama ada untuk diri atau keluarganya.
Timbul rasa kasih sayang serta muhabbah sesama manusia, khususnya
keluarga, jiran dan masyarakat setempat yang kelak disebut orang dengan
kebaikan.
Lahir perasaan tanggungjawab hendak membimbing diri dan keluarganya
supaya bersungguh-sungguh beramal dan berbuat kebajikan dalam menuntut
keredhaan Allah.
Tanda-tanda Nazak
Orang yang sakit tenat sebelum menghembuskan nafas terakhir
kebiasaannya didatangi beberapa tanda yang ketara atau sebaliknya, di
antara tanda-tanda tersebut ialah :
1.1 Tapak kakinya lurus
1.2 Hidungnya tunduk pucat tidak berpeluh
1.3 Sendi pergelangan tangan renggang
1.4 Keningnya luas tergonggong biji mata
1.5 Lidah kelu dan tertutup selera
1.6 Tidak mengecam sahabat-sahabat atau keluarga dengan penglihatan (kabur penglihatan)
1.7 Perubahan tabiat
1.8 Terlalu dahaga sentiasa minta air
1.9 Meminta sesuatu yang ganjil
2.0 Mata selalu tenung ke atas
2.1 Tidak ada timbal balik pernafasan.
Amalan Sunat
Apabila terdapat beberapa tanda-tanda tersebut adalah disunat melakukan :
2.1 Ajar mengucap ditelinganya La ilaha illallah setelah ia mengucap,
maka tidak perlu lagi diulangi melainkan jika ia diselangi pula dengan
ucapan keduniaan.
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :
"Ajarkanlah orang yang hampir mati itu La ilaha illallah."
2.2 Membaca Surah Yaasin
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :
"Kamu bacakanlah Yaasin kepada orang yang hampir mati."
2.3 Titik air ke dalam mulutnya
Basahkan muka dan dadanya dengan air. Kerana Nabi s.a.w. ketika hampir
wafat meminta semangkuk air dan membaca Surah Ikhlas, Surah al-Falaq
dan Surah an-Nas, lalu dibasuh muka dan menyapu dadanya.
Urusan Jenazah
Menurut hukum syarak, apabila seseorang Islam itu meninggal dunia,
wajiblah ia dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan
dikebumikan. Kewajipan ini adalah FARDU KIFAYAH.
Hukum Kafan
Hukum syarak mengenai mengkafan mayat diterangkan dalam hadith berikut:
Dari 'Aishah r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. (semasa wafatnya) telah
dikafankan dalam tiga helai kain putih 'sahuli'* dari kapas; tidak
mengandungi baju kamis dan tidak juga serban."**
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Semasa hayatnya Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa sebaik-baik
pakaian ialah yang berwarna putih (yang melambangkan kebersihan dan
kesucian), demikian juga warna kain kafan.
Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Pakailah yang putih
dari pakaian kamu, kerana pakaian yang putih itu adalah sebaik-baik
pakaian kamu; dan kafankanlah orang mati dari kalangan kamu dalam kain
putih juga."***
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Cara Mengkafan
Menurut huraian ulama, 'kafan' yang wajib bagi mayat ialah sehelai kain yang dapat menutup aurat dan membalut tubuhnya.
Boleh digunakan sebarang kain yang biasa dipakai oleh si mati semasa
hidupnya tetapi yang afdhal ialah kain putih seperti yang diterangkan
dalam hadith yang lalu. Kain kafan, sungguhpun yang wajibnya ialah
selapis, namun 'mayat lelaki' sunat dikafankan dalam tiga lapisan (tiga
potongan kain), tiap-tiap satu dapat menutup seluruh badannya - dari
hujung rambut hingga ke hujung kakinya.
Mayat lelaki tidak harus dikafankan dalam kain sutera kerana haram
bagi lelaki memakainya semasa hidup. Sebaliknya mayat perempuan boleh
dikafan dalam kain sutera ia halal dipakai oleh perempuan. Setengah
ulama pula mengatakan makruh hukumnya jika mayat perempuan dikafankan
dengan kain sutera kerana perbuatan yang demikian adalah membazir dan
kain yang mahal-mahal lebih layak dipakai oleh orang yang hidup.
Jika sukar mendapat sebarang kain (kerana keadaan darurat), maka
mayat boleh dikafankan dengan sebarang benda yang boleh membalut badan -
seperti tikar, daun-daun pokok tanaman dan sebagainya.
'Mayat lelaki' juga harus dikafankan dalam lima lapis, iaitu tiga
lapis tersebut tadi, ditambah dengan baju dan serban.* (Kerana Ibnu
'Umar r.a. telah mengkafankan mayat-mayat keluarganya dengan lima lapis
termasuk baju dan serban)
'Mayat perempuan' pula sunat dikafankan dengan lima lapis**, iaitu
kain yang membalut bahagian badannya; antara pusat dan lututnya;
kemudian baju kurung; kemudian telekung yang menutup kepala; kemudian
dua lapis kain lebar yang dapat membalut seluruh tubuhnya, dari hujung
rambut hingga ke hujung kakinya.*** 'Mayat khunsa demikian juga.***
'Mayat kanak-kanak' sama hukumnya seperti 'mayat orang dewasa'.***
Belanja kain kafan dan lain-lain berhubung dengannya, hendaklah dari
si mati. Kalau ia tidak tinggalkan harta, hendaklah ditanggung oleh
warisnya, kalau tiada waris, hendaklah ditanggung oleh Baitulmal. Kalau
Baitulmal tidak ada, atau Baitulmal ada tetapi sukar mendapat
perbelanjaan, maka belanja mengkafannya ditanggung oleh orang yang mampu
di kawasan itu.****
Jika si mati itu perempuan yang ada suami dan ia tetap taat (tidak
menderhaka atau nusyuz pada suami), maka belanja mengkafannya ditanggung
oleh suaminya yang mampu, sekalipun isteri yang mati itu kaya, atau
telah diceraikan tapi dalam edah talaq yang boleh dirujuk, atau
diceraikan dengan talaq yang tidak boleh dirujuk tetapi ia dalam keadaan
mengandung.****
Ziarah Kubur
1.1 Tersebut dalam kitab I'anah At-Thalibin, adalah sunat bagi kaum
lelaki menziarahi kubur dan makruh bagi kaum wanita. Ini beralasan suatu
ketika Rasulullah s.a.w. melihat seorang wanita menangis atas kubur
anaknya.
Maka sabda baginda, maksudnya:
"Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah"
(Ittifaq Bukhari dan Muslim)
Kalaulah haram wanita ziarah kubur nescaya ditegahnya wanita itu.
Adapun hadith yang bermaksud, "Allah melaknat wanita-wanita menziarahi
kubur" memberi erti wanita yang datang meraung, menangis di atas kubur
boleh mendatangkan fitnah, sememangnya dilarang. Sebahagian ulamak
mengatakan hadith melarang wanita ziarah kubur telah dimansuhkan oleh
hadith yang bermaksud:
Dari Buraidah al-Aslami r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku
dahulu melarang kamu dari menziarahi kubur, maka sekarang ziarahlah
kubur (kerana ada baiknya)."
(Riwayat Muslim)
1.2 Ketika sampai di kawasan kubur adalah sunat memberi salam.
1.3 Menghadiahkan bacaan ayat suci al-Quran, terdapat dalam hadith Nabi menganjur supaya membaca :
i. Surah Yaasin
ii. Surah al-Ikhlas
iii. Surah al-Falaq
iv. Surah an-Nas
v. Surah al-Fatihah
1.4 Islam melarang menziarah kubur. Jika menjadikan kubur itu sebagai Tawassul, memuja atau dijadikan temasya.
1.5 Berdoa kepada arwah
Tersebut dalam kitab al-Azhar, kata Imam Nawawi telah menjadi Ijmak
Ulama' (Assyafieyah) bahawa berdoa dan menghadiahkan pahalanya kepada
orang-orang islam yang telah meniggal dunia berfaedah dan sampai
pahalanya. Dalam kitab al-Irsyad wa syarhih Ibnu Hajar menambah samada
doa itu dari warisnya atau orang lain.
Dalilnya firman Allah s.w.t. surah al-Hasyr ayat 10 yang bermaksud:
"Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka berdoa
dengan katanya, wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa
saudara-saudara kami yang telah mendahului kami."
1.6 Wanita Ziarah Kubur
Terdapat sebahagian ulama' mengatakan sunat bagi wanita menziarahi
makam Rasul, Ambia, Para Ulama' dan orang-orang solih (lihat l'anah
at-Thalibin)
Hukum dan Syarat
HUKUM MANDI
Hukum syarak mengenai mandi mayat diterangkan dalam hadith berikut, yang bermaksud :
Dari Umu 'Athiah al-Ansariah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. masuk ke
tempat kami ketika anak perempuannya* wafat lalu bersabda: "Mandikanlah
dia dengan tiga kali, atau lima kali atau lebih dari itu - jika kamu
pandang elok tambahan yang demikian - iaitu dengan air, dan serbuk daun
bidara, dan campurkan sedikit kapur barus pada kali yang akhir, setelah
kamu selesai memandikannya beritahu kepadaku."
Setelah selesai, kami pun memberitahu kepada baginda, lalu baginda
memberi kepada kami kain sarungnya sambil bersabda,"Balutlah badannya
dengan kain ini." **
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nota
Setelah mereka memandikan jenazah puterinya, baginda melucutkan kain
sarung (azar) yang dipakainya dan meminta mereka membalut tubuh mayat
puterinya. Sesudah itu barulah mayat puterinya dikafan dengan kain kafan
yang disediakan. Alhafiz Ibni Hajar rah.a. berkata, "Perbuatan baginda
yang demikian menjadi dasar (bagi amalan orang Islam) mengambil berkat
daripada benda-benda pemberian atau peninggalan orang salih."
(Fathul Bari 3:372)
SYARAT MANDI
Mandi dengan merata air ke seluruh anggota badan jenazah.
Syarat mayat dimandikan.
1.1 Hendaklah mayat orang Islam.
1.2 Cukup anggota atau sebahagian badannya.
1.3 Berumur enam bulan atau kurang, tetapi telah lengkap anggotanya.
1.4 Mayat itu bukan mati syahid.
Tempat Mandi
2.1 Dibuat tempat yang tertutup.
2.2 Letak mayat di atas tempat yang tinggi sedikit.
2.3 Aurat mayat wajib ditutup dengan kain supaya tidak kelihatan warna
kulit.
2.4 Disunatkan menutup mukanya, (juga ketika dibawa ke tempat mandi),
di letakkan terlentang di atas papan mandi dan menghadap arah kiblat.
2.5 Membakar sedikit bau-bauan seperti gaharu atau kemenyan.
2.6 Dilarang orang yang tidak berkenaan dengan urusan mandi
mengintai-intai ketika mayat dimandikan.
Tertib Mandi
3.1 Menjirus dan menggosok jenazah dengan tertib dan lemah lembut, jangan gopoh dan kasar.
3.2 Jangan sengaja hendak melihat aurat mayat. Semasa memandikan mayat
hendaklah menutup badannya supaya auratnya terlindung*. Elok demikian
dalam sehelai kain sarung yang nipis supaya air meresap masuk dan mudah
pula bagi orang yang memandikan memasukkan tangan untuk membersihkan
mana-mana bahagian mayat yang perlu dibersihkan.
3.3 Mayat lelaki dimandikan oleh orang lelaki, mayat perempuan, kanak-kanak baru lahir dimandikan oleh orang perempuan.
http://www.islam.gov.my/e-jenazah
3.4 Orang yang memandikan mayat dan penolongnya hendaklah orang yang
amanah - supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan dapat
menyimpan rahsia keaiban yang ada pada mayat.
3.5 Sebaliknya jika melihat sesuatu yang baik hendaklah mereka ceritakan pada orang lain.
3.6 Tempat mandi hendaklah terlindung dari pandangan ramai. Hanya
tukang mandi dan penolong-penolongnya saja yang boleh hadir. Dalam pada
itu, dibolehkan bagi salah seorang kerabat si mati yang terdekat untuk
turut hadir walau tidak mengambil bahagian memandikan mayat.**
3.7 Jangan mengangkat suara riuh.
3.8 Jangan mengunyah makanan atau merokok.
3.9 Wajib memakai sarung tangan sewaktu menyuci kemaluan atau mengurus mayat pengidap Aids.
Cara Mandi
Sebelum Mandi
-
Dibersihkan najis mayat (meruang) dan membersihkan segala kekotoran
atau getah, cat, plaster dan sebagainya yang terlekat pada badan atau
kuku mayat. Hendaklah mengosongkan perut terlebih dahulu - kalau ada
benda-benda kotor yang boleh keluar, supaya tidak lagi keluar sesudah ia
dimandi dan dikafankan.
Caranya: Dudukkan mayat (di atas papan mandi) dalam keadaan condong
sedikit ke belakang, dan menahan belakangnya dengan lutut kanan sambil
memegang belikatnya dengan tangan kanan (dengan meletak ibu jari di
tengah-tengah tengkuknya supaya kepalanya tegak), dan urut perutnya
perlahan-lahan dengan tangan kiri.
Siram air banyak-banyak untuk membersihkan benda-benda yang keluar.
Setelah dikosongkan perut dan dbersihkan benda yang keluar, hendaklah
ditelentangkan semula mayat itu di atas papan mandi dan dicebokkan oleh
orang yang memandikannya dengan membersihkan kemaluan dan
celah-celahnya (menggunakan sarung tangan).
-
Dengan sarung tangan bersih, tukang mandi hendaklah membersihkan gigi
mayat, lubang hidunganya, lubang telinga dan celah-celah kukunya.
Kemudian diwudhu'kan dengan sempurna (meliputi yang fardhu dan sunat).
Setelah itu baru dimandikan - dari bahagian kepala hingga ke hujung kaki
- meliputi seluruh tubuhnya.
Cara Mandi
-
Basuh seluruh kepala, muka dan lehernya 3 kali.
-
Basuh sebelah kanan (lambung kanan) meliputi bahu, ketiak, tangan
kanan, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha
kanan hingga ke hujung kaki kanan 3 kali.
-
Basuh sebelah kiri (lambung kiri) meliputi bahu, ketiak, tangan
kiri, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kiri
hingga ke hujung kaki kiri 3 kali.
-
Kemudian diiringkan rusuk kanan ke atas dan basuh lambung kanannya
bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha
kanan dan terus ke hujung kaki kanannya 3 kali.
-
Kemudian diiringkan rusuk kiri ke atas dan basuh lambung kirinya
bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha
kiri dan terus ke hujung kaki kirinya 3 kali.
-
Cara mandi ini pertama dibuat dengan menggunakan air sabun.
Kemudian dimandikan dengan air bersih, dilakukan seperti cara mandi
dengan sabun, tujuannya untuk membersihkan segala air sabun tadi.
Setelah bersih, diwudhu'kan dengan niat,
" Sahaja aku wudhukan mayat ini kerana Allah"
Lafaz niat bagi lelaki:
"Nawaitul wudhu 'an hazal maiti lillahi ta'ala"
Lafaz niat bagi perempuan:
"Nawaitul wudhu' 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"
Kemudian mandi dengan air bercampur kapur barus. Caranya air bersih
dicampur sedikit air kapur barus yang sekira-kiranya tidak mengubah
hukum air mutlak, kemudian dijirus sunat diniatkan:
" Sahaja aku mandi mayat ini kerana Allah Taala"
Lafaz niat bagi lelaki:
"Nawaitul ghusl 'an hazal maiti lillahi ta'ala"
Lafaz niat bagi perempuan:
"Nawaitul ghusl 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"
Proses mandi ini sama juga seperti mandi dengan air sabun dan air
bersih yang lalu. Kemudian ulang 2 kali dengan menambah kapur barus
lebih tua sedikit supaya baunya lebih keras.
Semasa menjirus, sunat membaca:
"Ghufranak rabbana rahman wailakal masir"
Jadi hasilnya jumlah mandi mayat kesemuanya lima kali iaitu :
. Satu kali mandi dengan air sabun.
. Satu kali mandi dengan air bersih.
. Tiga kali mandi dengan air kapur barus.
Perlu diingat perbuatan membasuh mayat dengan air bercampur sabun
(atau serbuk daun bidara) kemudian membilasnya, tidak dikira. Itu hanya
seperti membersihkan badannya.
Yang diambil kira ialah mandi yang akhir, iaitu memandikan mayat dengan air yang dicampurkan sedikit kapur barus.
Perihal Lain
5.1 MAYAT DALAM KEADAAN JANABAH
Lelaki atau perempuan yang mati dalam keadaan janabah (berhadas besar)
maka ia tidak dituntut dimandikan lagi dengan 'mandi janabah' setelah
ia dimandikan dengan 'mandi mayat' kerana 'mandi mayatnya' mencukupi.
Jika keluar dari perut mayat sesuatu yang kotor setelah ia dimandikan
atau semasa dikafankan, maka ia juga tidak dituntut dimandikan lagi,
tetapi memadai membersihkan kesannya benda itu.
5.2 MAYAT YANG DITAYAMMUMKAN
i. Kerana ketiadaan air.
ii. Kerana badannya terlalu uzur (seperti orang yang mati terbakar dan
sebagainya), kalau dimandikan akan hancur daging badannya.
iii.'Mayat lelaki' yang mati di tempat terpencil dan tidak ada di situ melainkan kaum perempuan sahaja (yang bukan muhrimnya)
iv. 'Mayat perempuan' yang tidak ada di tempat matinya melainkan kaum lelaki sahaja (yang bukan muhrimnya)
Ziarah Sakit & Kematian
2.1 Islam menggalakkan umatnya (sunat) supaya menziarahi orang
sedang sakit. Ini merupakan satu kebajikan masyarakat kepada pesakit dan
melahirkan rasa simpati terhadap keluarga pesakit.
Maksud sabda Rasulullah s.a.w.:
"Dan apabila sakit hendaklah ziarahinya dan apabila meninggal dunia
hendaklah menghantarnya ke
kubur."
(Riwayat Bukhari)
2.2 Ziarah Kematian
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat
menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan
sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia
mendapat pahala sebesar dua buah
gunung."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
2.3 Tatasusila Semasa Menziarahi
i. Hendaklah melahirkan perasaan muhibbah, bersimpati dan bermanis muka
ketika bercakap dengan pesakit atau keluarganya. Jangan sekali-kali
mengeluarkan perkataan-perkataan yang boleh melukakan hatinya.
ii. Nasihatkan dia supaya bersabar, teguhkan iman dalam menghadapi ujian Qadha dan takdir Allah.
iii. Sunat berdoa supaya cepat sembuh dan panjang umur. Sewaktu Nabi s.a.w.menziarahi orang sakit baginda berdoa, maksudnya :
"Wahai Tuhan ! Manusia hapuskanlah penderitaan ini, sembuhkanlah,
tidak ada penyembuh melainkan Engkau sahajalah berkuasa menyembuh tanpa
meninggalkan kesan
buruk."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
iv. Perlu juga para penziarah memahami situasi supaya jangan tunggu terlalu lama semasa membuat kunjungan.
v. Berwasiat kepada waris terdekat tentang hutang piutang pesakit yang belum dijelaskan.
vi. Jangan menghisap curut atau merokok semasa berhadapan dengan orang sakit.
vii. Jangan berkumpul terlalu ramai sehingga kesesakan udara untuk bernafas.
viii. Jangan membuat bising dengan gelak ketawa melalui cerita-cerita lucu. Kita harus ingat suasana majlis itu kesedihan.
KEMATIAN TAKKAN MEMBUNGKUS DOSA DOSA KITA
Sungguh banyak sekali diantara kita yang terlena.. merasa kehidupan kita ini akan selama-lamanya..
Kita tak menyadari bahwa detik demi detik yang berlalu itu.. sebenarnya
sedang menghampiri hingga saat kepergiaan kita dari dunia...
Pergi yang tak mungkin akan kembali lagi disini...
Kita akan tinggalkan seluruh cinta kita yang tercurah dibumi..Itulah hakekatnya kehidupan sementara ini...
Namun..berapa banyak yang membuka mata dari lenanya...Hidup seolah tak
akan bertemu dengan kematian...Menabur cinta pada duniawi yang akan
lenyap tiada abadi...
Jangan mengira bahwa kematian akan membungkus segala-galanya bersama jasad yang tertanam dalam tanah...
Tapi Sebaliknya..kematianlah yang akan membongkar segala-galanya...
Tanggunglah segala apa yang kita perbuat selama ini. ..
Gambaran-gambaran tentang hari pembalasan sudah seringkali kita dengar...tapi lumrahnya manusia..Tersadar tapi akhirnya lupa..
Wahai orang yang sedang bersenang senang dengan dunia..siap atau tidak siap..
Kematian bisa saja mengancam sesaat lagi...
Tidakkah kau mengetahui bahwa kau akan segera meninggalkan duniamu..dan duniamu pula akan meninggalkanmu..?
Bersegeralah mulai untuk Perubahan diri dari sifat dan watak syaitani dan hewani..menjadi insan Islami..
Berubahlah dari kefasikan dan kekafiran menjadi keimanan..
Berubahlah dari kemunafikan menjadi istiqomah..
Berubahlah dari keraguan menjadi keyakinan..
Berubahlah dari kesombongan menjadi ketawadhu’an..
Berubahlah dari rakus menjadi rasa syukur dan sederhana..
Berubahlah dari pemarah dan pendendam menjadi kasih sayang dan
memaafkan.. Berubahlah dari kelicikan dan kesewenangan menjadi kejujuran
dan keadilan,..
Berubahlah dari kedustaan menjadi kebenaran..
Apakah kita lupa atau berpura-pura lupa dengan perjalanan panjang
tersebut.. bahkan malah memilih dunia dengan segala perangkatnya..
Kemewahan..kecantikan..kek ayaan..kedudukan yang semua nilainya disisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala tak lebih dari sehelai sayap nyamuk..!
- Wahai yang tertipu oleh dunia..!!
Kerjakanlah apa yang telah diperintahkan-Nya..dan sekuat-kuatnya untuk menjauhi larangan-Nya...
- Wahai yang selalu berangan-angan panjang..!!
Berusahalah untuk memelihara ketundukan..tawadhu’ dan syukur atas
nikmat-Nya yang akan mengajakmu menuju pintu ketenangan dan
kebahagiaan...
- Wahai yang sedang lengah dari ketaatan kepada Rabb-nya..!!
Berhiaslah dengan amal shaleh dan keindahan akhlaqul karimah...
- Wahai yang sedang berpaling dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala…!!
Semuanya akan mempertanggung jawabkan amalannya sendiri-sendiri..maka beramal-lah..!
- Wahai yang nafsunya selalu menolak nasehat..
Renungkanlah sesaat.. Sadarkan pikiran yang masih berfungsi ini untuk
segera melakukan perubahan..Karena inilah waktu bagi kita untuk berubah
sebelum menjadi mayat..
http://www.islam.gov.my
Tanda-tanda Nazak
Orang yang sakit tenat sebelum menghembuskan nafas terakhir
kebiasaannya didatangi beberapa tanda yang ketara atau sebaliknya, di
antara tanda-tanda tersebut ialah :
1.1 Tapak kakinya lurus
1.2 Hidungnya tunduk pucat tidak berpeluh
1.3 Sendi pergelangan tangan renggang
1.4 Keningnya luas tergonggong biji mata
1.5 Lidah kelu dan tertutup selera
1.6 Tidak mengecam sahabat-sahabat atau keluarga dengan penglihatan (kabur penglihatan)
1.7 Perubahan tabiat
1.8 Terlalu dahaga sentiasa minta air
1.9 Meminta sesuatu yang ganjil
2.0 Mata selalu tenung ke atas
2.1 Tidak ada timbal balik pernafasan.
Amalan Sunat
Apabila terdapat beberapa tanda-tanda tersebut adalah disunat melakukan :
2.1 Ajar mengucap ditelinganya La ilaha illallah setelah ia mengucap,
maka tidak perlu lagi diulangi melainkan jika ia diselangi pula dengan
ucapan keduniaan.
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :
"Ajarkanlah orang yang hampir mati itu La ilaha illallah."
2.2 Membaca Surah Yaasin
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :
"Kamu bacakanlah Yaasin kepada orang yang hampir mati."
2.3 Titik air ke dalam mulutnya
Basahkan muka dan dadanya dengan air. Kerana Nabi s.a.w. ketika hampir
wafat meminta semangkuk air dan membaca Surah Ikhlas, Surah al-Falaq
dan Surah an-Nas, lalu dibasuh muka dan menyapu dadanya.
Menurut hukum syarak, apabila seseorang Islam itu meninggal dunia,
wajiblah ia dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan
dikebumikan. Kewajipan ini adalah FARDU KIFAYAH.
Hukum syarak mengenai mengkafan mayat diterangkan dalam hadith berikut:
Dari 'Aishah r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. (semasa wafatnya) telah
dikafankan dalam tiga helai kain putih 'sahuli'* dari kapas; tidak
mengandungi baju kamis dan tidak juga serban."**
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Semasa hayatnya Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa sebaik-baik
pakaian ialah yang berwarna putih (yang melambangkan kebersihan dan
kesucian), demikian juga warna kain kafan.
Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Pakailah yang putih
dari pakaian kamu, kerana pakaian yang putih itu adalah sebaik-baik
pakaian kamu; dan kafankanlah orang mati dari kalangan kamu dalam kain
putih juga."***
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Menurut huraian ulama, 'kafan' yang wajib bagi mayat ialah sehelai kain yang dapat menutup aurat dan membalut tubuhnya.
Boleh digunakan sebarang kain yang biasa dipakai oleh si mati semasa hidupnya tetapi yang afdhal ialah kain putih seperti yang diterangkan dalam hadith yang lalu. Kain kafan, sungguhpun yang wajibnya ialah selapis, namun 'mayat lelaki' sunat dikafankan dalam tiga lapisan (tiga potongan kain), tiap-tiap satu dapat menutup seluruh badannya - dari hujung rambut hingga ke hujung kakinya.
Mayat lelaki tidak harus dikafankan dalam kain sutera kerana haram bagi lelaki memakainya semasa hidup. Sebaliknya mayat perempuan boleh dikafan dalam kain sutera ia halal dipakai oleh perempuan. Setengah ulama pula mengatakan makruh hukumnya jika mayat perempuan dikafankan dengan kain sutera kerana perbuatan yang demikian adalah membazir dan kain yang mahal-mahal lebih layak dipakai oleh orang yang hidup.
Jika sukar mendapat sebarang kain (kerana keadaan darurat), maka mayat boleh dikafankan dengan sebarang benda yang boleh membalut badan - seperti tikar, daun-daun pokok tanaman dan sebagainya.
'Mayat lelaki' juga harus dikafankan dalam lima lapis, iaitu tiga lapis tersebut tadi, ditambah dengan baju dan serban.* (Kerana Ibnu 'Umar r.a. telah mengkafankan mayat-mayat keluarganya dengan lima lapis termasuk baju dan serban)
'Mayat perempuan' pula sunat dikafankan dengan lima lapis**, iaitu kain yang membalut bahagian badannya; antara pusat dan lututnya; kemudian baju kurung; kemudian telekung yang menutup kepala; kemudian dua lapis kain lebar yang dapat membalut seluruh tubuhnya, dari hujung rambut hingga ke hujung kakinya.*** 'Mayat khunsa demikian juga.***
'Mayat kanak-kanak' sama hukumnya seperti 'mayat orang dewasa'.***
Belanja kain kafan dan lain-lain berhubung dengannya, hendaklah dari si mati. Kalau ia tidak tinggalkan harta, hendaklah ditanggung oleh warisnya, kalau tiada waris, hendaklah ditanggung oleh Baitulmal. Kalau Baitulmal tidak ada, atau Baitulmal ada tetapi sukar mendapat perbelanjaan, maka belanja mengkafannya ditanggung oleh orang yang mampu di kawasan itu.****
Jika si mati itu perempuan yang ada suami dan ia tetap taat (tidak menderhaka atau nusyuz pada suami), maka belanja mengkafannya ditanggung oleh suaminya yang mampu, sekalipun isteri yang mati itu kaya, atau telah diceraikan tapi dalam edah talaq yang boleh dirujuk, atau diceraikan dengan talaq yang tidak boleh dirujuk tetapi ia dalam keadaan mengandung.****
Boleh digunakan sebarang kain yang biasa dipakai oleh si mati semasa hidupnya tetapi yang afdhal ialah kain putih seperti yang diterangkan dalam hadith yang lalu. Kain kafan, sungguhpun yang wajibnya ialah selapis, namun 'mayat lelaki' sunat dikafankan dalam tiga lapisan (tiga potongan kain), tiap-tiap satu dapat menutup seluruh badannya - dari hujung rambut hingga ke hujung kakinya.
Mayat lelaki tidak harus dikafankan dalam kain sutera kerana haram bagi lelaki memakainya semasa hidup. Sebaliknya mayat perempuan boleh dikafan dalam kain sutera ia halal dipakai oleh perempuan. Setengah ulama pula mengatakan makruh hukumnya jika mayat perempuan dikafankan dengan kain sutera kerana perbuatan yang demikian adalah membazir dan kain yang mahal-mahal lebih layak dipakai oleh orang yang hidup.
Jika sukar mendapat sebarang kain (kerana keadaan darurat), maka mayat boleh dikafankan dengan sebarang benda yang boleh membalut badan - seperti tikar, daun-daun pokok tanaman dan sebagainya.
'Mayat lelaki' juga harus dikafankan dalam lima lapis, iaitu tiga lapis tersebut tadi, ditambah dengan baju dan serban.* (Kerana Ibnu 'Umar r.a. telah mengkafankan mayat-mayat keluarganya dengan lima lapis termasuk baju dan serban)
'Mayat perempuan' pula sunat dikafankan dengan lima lapis**, iaitu kain yang membalut bahagian badannya; antara pusat dan lututnya; kemudian baju kurung; kemudian telekung yang menutup kepala; kemudian dua lapis kain lebar yang dapat membalut seluruh tubuhnya, dari hujung rambut hingga ke hujung kakinya.*** 'Mayat khunsa demikian juga.***
'Mayat kanak-kanak' sama hukumnya seperti 'mayat orang dewasa'.***
Belanja kain kafan dan lain-lain berhubung dengannya, hendaklah dari si mati. Kalau ia tidak tinggalkan harta, hendaklah ditanggung oleh warisnya, kalau tiada waris, hendaklah ditanggung oleh Baitulmal. Kalau Baitulmal tidak ada, atau Baitulmal ada tetapi sukar mendapat perbelanjaan, maka belanja mengkafannya ditanggung oleh orang yang mampu di kawasan itu.****
Jika si mati itu perempuan yang ada suami dan ia tetap taat (tidak menderhaka atau nusyuz pada suami), maka belanja mengkafannya ditanggung oleh suaminya yang mampu, sekalipun isteri yang mati itu kaya, atau telah diceraikan tapi dalam edah talaq yang boleh dirujuk, atau diceraikan dengan talaq yang tidak boleh dirujuk tetapi ia dalam keadaan mengandung.****
Ziarah Kubur
1.1 Tersebut dalam kitab I'anah At-Thalibin, adalah sunat bagi kaum
lelaki menziarahi kubur dan makruh bagi kaum wanita. Ini beralasan suatu
ketika Rasulullah s.a.w. melihat seorang wanita menangis atas kubur
anaknya.
Maka sabda baginda, maksudnya:
"Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah"
(Ittifaq Bukhari dan Muslim)
Kalaulah haram wanita ziarah kubur nescaya ditegahnya wanita itu. Adapun hadith yang bermaksud, "Allah melaknat wanita-wanita menziarahi kubur" memberi erti wanita yang datang meraung, menangis di atas kubur boleh mendatangkan fitnah, sememangnya dilarang. Sebahagian ulamak mengatakan hadith melarang wanita ziarah kubur telah dimansuhkan oleh hadith yang bermaksud:
Dari Buraidah al-Aslami r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku dahulu melarang kamu dari menziarahi kubur, maka sekarang ziarahlah kubur (kerana ada baiknya)."
(Riwayat Muslim)
1.2 Ketika sampai di kawasan kubur adalah sunat memberi salam.
1.3 Menghadiahkan bacaan ayat suci al-Quran, terdapat dalam hadith Nabi menganjur supaya membaca :
i. Surah Yaasin
ii. Surah al-Ikhlas
iii. Surah al-Falaq
iv. Surah an-Nas
v. Surah al-Fatihah
1.4 Islam melarang menziarah kubur. Jika menjadikan kubur itu sebagai Tawassul, memuja atau dijadikan temasya.
1.5 Berdoa kepada arwah
Tersebut dalam kitab al-Azhar, kata Imam Nawawi telah menjadi Ijmak Ulama' (Assyafieyah) bahawa berdoa dan menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang islam yang telah meniggal dunia berfaedah dan sampai pahalanya. Dalam kitab al-Irsyad wa syarhih Ibnu Hajar menambah samada doa itu dari warisnya atau orang lain.
Dalilnya firman Allah s.w.t. surah al-Hasyr ayat 10 yang bermaksud:
"Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka berdoa dengan katanya, wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami."
1.6 Wanita Ziarah Kubur
Terdapat sebahagian ulama' mengatakan sunat bagi wanita menziarahi makam Rasul, Ambia, Para Ulama' dan orang-orang solih (lihat l'anah at-Thalibin)
SYARAT MANDI
Mandi dengan merata air ke seluruh anggota badan jenazah.
Syarat mayat dimandikan.
1.1 Hendaklah mayat orang Islam.
1.2 Cukup anggota atau sebahagian badannya.
1.3 Berumur enam bulan atau kurang, tetapi telah lengkap anggotanya.
1.4 Mayat itu bukan mati syahid.
Tempat Mandi
Maksud sabda Rasulullah s.a.w.:
"Dan apabila sakit hendaklah ziarahinya dan apabila meninggal dunia hendaklah menghantarnya ke kubur."
(Riwayat Bukhari) 2.2 Ziarah Kematian
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia mendapat pahala sebesar dua buah gunung."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
2.3 Tatasusila Semasa Menziarahi
i. Hendaklah melahirkan perasaan muhibbah, bersimpati dan bermanis muka ketika bercakap dengan pesakit atau keluarganya. Jangan sekali-kali mengeluarkan perkataan-perkataan yang boleh melukakan hatinya.
ii. Nasihatkan dia supaya bersabar, teguhkan iman dalam menghadapi ujian Qadha dan takdir Allah.
iii. Sunat berdoa supaya cepat sembuh dan panjang umur. Sewaktu Nabi s.a.w.menziarahi orang sakit baginda berdoa, maksudnya :
"Wahai Tuhan ! Manusia hapuskanlah penderitaan ini, sembuhkanlah, tidak ada penyembuh melainkan Engkau sahajalah berkuasa menyembuh tanpa meninggalkan kesan buruk."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
iv. Perlu juga para penziarah memahami situasi supaya jangan tunggu terlalu lama semasa membuat kunjungan.
v. Berwasiat kepada waris terdekat tentang hutang piutang pesakit yang belum dijelaskan.
vi. Jangan menghisap curut atau merokok semasa berhadapan dengan orang sakit.
vii. Jangan berkumpul terlalu ramai sehingga kesesakan udara untuk bernafas.
viii. Jangan membuat bising dengan gelak ketawa melalui cerita-cerita lucu. Kita harus ingat suasana majlis itu kesedihan.
http://www.islam.gov.my
Maka sabda baginda, maksudnya:
"Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah"
(Ittifaq Bukhari dan Muslim)
Kalaulah haram wanita ziarah kubur nescaya ditegahnya wanita itu. Adapun hadith yang bermaksud, "Allah melaknat wanita-wanita menziarahi kubur" memberi erti wanita yang datang meraung, menangis di atas kubur boleh mendatangkan fitnah, sememangnya dilarang. Sebahagian ulamak mengatakan hadith melarang wanita ziarah kubur telah dimansuhkan oleh hadith yang bermaksud:
Dari Buraidah al-Aslami r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku dahulu melarang kamu dari menziarahi kubur, maka sekarang ziarahlah kubur (kerana ada baiknya)."
(Riwayat Muslim)
1.2 Ketika sampai di kawasan kubur adalah sunat memberi salam.
1.3 Menghadiahkan bacaan ayat suci al-Quran, terdapat dalam hadith Nabi menganjur supaya membaca :
i. Surah Yaasin
ii. Surah al-Ikhlas
iii. Surah al-Falaq
iv. Surah an-Nas
v. Surah al-Fatihah
1.4 Islam melarang menziarah kubur. Jika menjadikan kubur itu sebagai Tawassul, memuja atau dijadikan temasya.
1.5 Berdoa kepada arwah
Tersebut dalam kitab al-Azhar, kata Imam Nawawi telah menjadi Ijmak Ulama' (Assyafieyah) bahawa berdoa dan menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang islam yang telah meniggal dunia berfaedah dan sampai pahalanya. Dalam kitab al-Irsyad wa syarhih Ibnu Hajar menambah samada doa itu dari warisnya atau orang lain.
Dalilnya firman Allah s.w.t. surah al-Hasyr ayat 10 yang bermaksud:
"Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka berdoa dengan katanya, wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami."
1.6 Wanita Ziarah Kubur
Terdapat sebahagian ulama' mengatakan sunat bagi wanita menziarahi makam Rasul, Ambia, Para Ulama' dan orang-orang solih (lihat l'anah at-Thalibin)
Hukum dan Syarat
HUKUM MANDI
Hukum syarak mengenai mandi mayat diterangkan dalam hadith berikut, yang bermaksud :
Dari Umu 'Athiah al-Ansariah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat kami ketika anak perempuannya* wafat lalu bersabda: "Mandikanlah dia dengan tiga kali, atau lima kali atau lebih dari itu - jika kamu pandang elok tambahan yang demikian - iaitu dengan air, dan serbuk daun bidara, dan campurkan sedikit kapur barus pada kali yang akhir, setelah kamu selesai memandikannya beritahu kepadaku."
Setelah selesai, kami pun memberitahu kepada baginda, lalu baginda memberi kepada kami kain sarungnya sambil bersabda,"Balutlah badannya dengan kain ini." **
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Umu 'Athiah al-Ansariah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat kami ketika anak perempuannya* wafat lalu bersabda: "Mandikanlah dia dengan tiga kali, atau lima kali atau lebih dari itu - jika kamu pandang elok tambahan yang demikian - iaitu dengan air, dan serbuk daun bidara, dan campurkan sedikit kapur barus pada kali yang akhir, setelah kamu selesai memandikannya beritahu kepadaku."
Setelah selesai, kami pun memberitahu kepada baginda, lalu baginda memberi kepada kami kain sarungnya sambil bersabda,"Balutlah badannya dengan kain ini." **
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nota
Setelah mereka memandikan jenazah puterinya, baginda melucutkan kain
sarung (azar) yang dipakainya dan meminta mereka membalut tubuh mayat
puterinya. Sesudah itu barulah mayat puterinya dikafan dengan kain kafan
yang disediakan. Alhafiz Ibni Hajar rah.a. berkata, "Perbuatan baginda
yang demikian menjadi dasar (bagi amalan orang Islam) mengambil berkat
daripada benda-benda pemberian atau peninggalan orang salih."
(Fathul Bari 3:372)
(Fathul Bari 3:372)
SYARAT MANDI
Mandi dengan merata air ke seluruh anggota badan jenazah.
Syarat mayat dimandikan.
1.1 Hendaklah mayat orang Islam.
1.2 Cukup anggota atau sebahagian badannya.
1.3 Berumur enam bulan atau kurang, tetapi telah lengkap anggotanya.
1.4 Mayat itu bukan mati syahid.
Tempat Mandi
2.1 Dibuat tempat yang tertutup.
2.2 Letak mayat di atas tempat yang tinggi sedikit.
2.3 Aurat mayat wajib ditutup dengan kain supaya tidak kelihatan warna
kulit.
2.4 Disunatkan menutup mukanya, (juga ketika dibawa ke tempat mandi),
di letakkan terlentang di atas papan mandi dan menghadap arah kiblat.
2.5 Membakar sedikit bau-bauan seperti gaharu atau kemenyan.
2.6 Dilarang orang yang tidak berkenaan dengan urusan mandi
mengintai-intai ketika mayat dimandikan.
Tertib Mandi
3.1 Menjirus dan menggosok jenazah dengan tertib dan lemah lembut, jangan gopoh dan kasar.
3.2 Jangan sengaja hendak melihat aurat mayat. Semasa memandikan mayat
hendaklah menutup badannya supaya auratnya terlindung*. Elok demikian
dalam sehelai kain sarung yang nipis supaya air meresap masuk dan mudah
pula bagi orang yang memandikan memasukkan tangan untuk membersihkan
mana-mana bahagian mayat yang perlu dibersihkan.
3.3 Mayat lelaki dimandikan oleh orang lelaki, mayat perempuan, kanak-kanak baru lahir dimandikan oleh orang perempuan.
http://www.islam.gov.my/e-jenazah
3.4 Orang yang memandikan mayat dan penolongnya hendaklah orang yang
amanah - supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan dapat
menyimpan rahsia keaiban yang ada pada mayat.
3.5 Sebaliknya jika melihat sesuatu yang baik hendaklah mereka ceritakan pada orang lain.
3.6 Tempat mandi hendaklah terlindung dari pandangan ramai. Hanya
tukang mandi dan penolong-penolongnya saja yang boleh hadir. Dalam pada
itu, dibolehkan bagi salah seorang kerabat si mati yang terdekat untuk
turut hadir walau tidak mengambil bahagian memandikan mayat.**
3.7 Jangan mengangkat suara riuh.
3.8 Jangan mengunyah makanan atau merokok.
3.9 Wajib memakai sarung tangan sewaktu menyuci kemaluan atau mengurus mayat pengidap Aids.
Cara Mandi
Sebelum Mandi
-
Dibersihkan najis mayat (meruang) dan membersihkan segala kekotoran atau getah, cat, plaster dan sebagainya yang terlekat pada badan atau kuku mayat. Hendaklah mengosongkan perut terlebih dahulu - kalau ada benda-benda kotor yang boleh keluar, supaya tidak lagi keluar sesudah ia dimandi dan dikafankan.Caranya: Dudukkan mayat (di atas papan mandi) dalam keadaan condong sedikit ke belakang, dan menahan belakangnya dengan lutut kanan sambil memegang belikatnya dengan tangan kanan (dengan meletak ibu jari di tengah-tengah tengkuknya supaya kepalanya tegak), dan urut perutnya perlahan-lahan dengan tangan kiri.Siram air banyak-banyak untuk membersihkan benda-benda yang keluar.Setelah dikosongkan perut dan dbersihkan benda yang keluar, hendaklah ditelentangkan semula mayat itu di atas papan mandi dan dicebokkan oleh orang yang memandikannya dengan membersihkan kemaluan dan celah-celahnya (menggunakan sarung tangan).
-
Dengan sarung tangan bersih, tukang mandi hendaklah membersihkan gigi mayat, lubang hidunganya, lubang telinga dan celah-celah kukunya. Kemudian diwudhu'kan dengan sempurna (meliputi yang fardhu dan sunat). Setelah itu baru dimandikan - dari bahagian kepala hingga ke hujung kaki - meliputi seluruh tubuhnya.
Cara Mandi
-
Basuh seluruh kepala, muka dan lehernya 3 kali.
-
Basuh sebelah kanan (lambung kanan) meliputi bahu, ketiak, tangan kanan, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kanan hingga ke hujung kaki kanan 3 kali.
-
Basuh sebelah kiri (lambung kiri) meliputi bahu, ketiak, tangan kiri, dada, rusuk, perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kiri hingga ke hujung kaki kiri 3 kali.
-
Kemudian diiringkan rusuk kanan ke atas dan basuh lambung kanannya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha kanan dan terus ke hujung kaki kanannya 3 kali.
-
Kemudian diiringkan rusuk kiri ke atas dan basuh lambung kirinya bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha kiri dan terus ke hujung kaki kirinya 3 kali.
-
Cara mandi ini pertama dibuat dengan menggunakan air sabun.Kemudian dimandikan dengan air bersih, dilakukan seperti cara mandi dengan sabun, tujuannya untuk membersihkan segala air sabun tadi.Setelah bersih, diwudhu'kan dengan niat," Sahaja aku wudhukan mayat ini kerana Allah"Lafaz niat bagi lelaki:"Nawaitul wudhu 'an hazal maiti lillahi ta'ala"Lafaz niat bagi perempuan:"Nawaitul wudhu' 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"Kemudian mandi dengan air bercampur kapur barus. Caranya air bersih dicampur sedikit air kapur barus yang sekira-kiranya tidak mengubah hukum air mutlak, kemudian dijirus sunat diniatkan:" Sahaja aku mandi mayat ini kerana Allah Taala"Lafaz niat bagi lelaki:"Nawaitul ghusl 'an hazal maiti lillahi ta'ala"Lafaz niat bagi perempuan:"Nawaitul ghusl 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"Proses mandi ini sama juga seperti mandi dengan air sabun dan air bersih yang lalu. Kemudian ulang 2 kali dengan menambah kapur barus lebih tua sedikit supaya baunya lebih keras.Semasa menjirus, sunat membaca:"Ghufranak rabbana rahman wailakal masir"Jadi hasilnya jumlah mandi mayat kesemuanya lima kali iaitu :. Satu kali mandi dengan air sabun.. Satu kali mandi dengan air bersih.. Tiga kali mandi dengan air kapur barus.Perlu diingat perbuatan membasuh mayat dengan air bercampur sabun (atau serbuk daun bidara) kemudian membilasnya, tidak dikira. Itu hanya seperti membersihkan badannya.Yang diambil kira ialah mandi yang akhir, iaitu memandikan mayat dengan air yang dicampurkan sedikit kapur barus.
Perihal Lain
5.1 MAYAT DALAM KEADAAN JANABAH
Lelaki atau perempuan yang mati dalam keadaan janabah (berhadas besar)
maka ia tidak dituntut dimandikan lagi dengan 'mandi janabah' setelah
ia dimandikan dengan 'mandi mayat' kerana 'mandi mayatnya' mencukupi.
Jika keluar dari perut mayat sesuatu yang kotor setelah ia dimandikan
atau semasa dikafankan, maka ia juga tidak dituntut dimandikan lagi,
tetapi memadai membersihkan kesannya benda itu.
5.2 MAYAT YANG DITAYAMMUMKAN
i. Kerana ketiadaan air.
ii. Kerana badannya terlalu uzur (seperti orang yang mati terbakar dan
sebagainya), kalau dimandikan akan hancur daging badannya.
iii.'Mayat lelaki' yang mati di tempat terpencil dan tidak ada di situ melainkan kaum perempuan sahaja (yang bukan muhrimnya)
iv. 'Mayat perempuan' yang tidak ada di tempat matinya melainkan kaum lelaki sahaja (yang bukan muhrimnya)
Ziarah Sakit & Kematian
2.1 Islam menggalakkan umatnya (sunat) supaya menziarahi orang sedang sakit. Ini merupakan satu kebajikan masyarakat kepada pesakit dan melahirkan rasa simpati terhadap keluarga pesakit.Maksud sabda Rasulullah s.a.w.:
"Dan apabila sakit hendaklah ziarahinya dan apabila meninggal dunia hendaklah menghantarnya ke kubur."
(Riwayat Bukhari) 2.2 Ziarah Kematian
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia mendapat pahala sebesar dua buah gunung."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
2.3 Tatasusila Semasa Menziarahi
i. Hendaklah melahirkan perasaan muhibbah, bersimpati dan bermanis muka ketika bercakap dengan pesakit atau keluarganya. Jangan sekali-kali mengeluarkan perkataan-perkataan yang boleh melukakan hatinya.
ii. Nasihatkan dia supaya bersabar, teguhkan iman dalam menghadapi ujian Qadha dan takdir Allah.
iii. Sunat berdoa supaya cepat sembuh dan panjang umur. Sewaktu Nabi s.a.w.menziarahi orang sakit baginda berdoa, maksudnya :
"Wahai Tuhan ! Manusia hapuskanlah penderitaan ini, sembuhkanlah, tidak ada penyembuh melainkan Engkau sahajalah berkuasa menyembuh tanpa meninggalkan kesan buruk."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
iv. Perlu juga para penziarah memahami situasi supaya jangan tunggu terlalu lama semasa membuat kunjungan.
v. Berwasiat kepada waris terdekat tentang hutang piutang pesakit yang belum dijelaskan.
vi. Jangan menghisap curut atau merokok semasa berhadapan dengan orang sakit.
vii. Jangan berkumpul terlalu ramai sehingga kesesakan udara untuk bernafas.
viii. Jangan membuat bising dengan gelak ketawa melalui cerita-cerita lucu. Kita harus ingat suasana majlis itu kesedihan.
KEMATIAN TAKKAN MEMBUNGKUS DOSA DOSA KITA
Sungguh banyak sekali diantara kita yang terlena.. merasa kehidupan kita ini akan selama-lamanya..
Kita tak menyadari bahwa detik demi detik yang berlalu itu.. sebenarnya sedang menghampiri hingga saat kepergiaan kita dari dunia...
Pergi yang tak mungkin akan kembali lagi disini...
Kita akan tinggalkan seluruh cinta kita yang tercurah dibumi..Itulah hakekatnya kehidupan sementara ini...
Namun..berapa banyak yang membuka mata dari lenanya...Hidup seolah tak akan bertemu dengan kematian...Menabur cinta pada duniawi yang akan lenyap tiada abadi...
Jangan mengira bahwa kematian akan membungkus segala-galanya bersama jasad yang tertanam dalam tanah...
Tapi Sebaliknya..kematianlah yang akan membongkar segala-galanya...
Tanggunglah segala apa yang kita perbuat selama ini. ..
Gambaran-gambaran tentang hari pembalasan sudah seringkali kita dengar...tapi lumrahnya manusia..Tersadar tapi akhirnya lupa..
Wahai orang yang sedang bersenang senang dengan dunia..siap atau tidak siap..
Kematian bisa saja mengancam sesaat lagi...
Tidakkah kau mengetahui bahwa kau akan segera meninggalkan duniamu..dan duniamu pula akan meninggalkanmu..?
Bersegeralah mulai untuk Perubahan diri dari sifat dan watak syaitani dan hewani..menjadi insan Islami..
Berubahlah dari kefasikan dan kekafiran menjadi keimanan..
Berubahlah dari kemunafikan menjadi istiqomah..
Berubahlah dari keraguan menjadi keyakinan..
Berubahlah dari kesombongan menjadi ketawadhu’an..
Berubahlah dari rakus menjadi rasa syukur dan sederhana..
Berubahlah dari pemarah dan pendendam menjadi kasih sayang dan memaafkan.. Berubahlah dari kelicikan dan kesewenangan menjadi kejujuran dan keadilan,..
Berubahlah dari kedustaan menjadi kebenaran..
Apakah kita lupa atau berpura-pura lupa dengan perjalanan panjang tersebut.. bahkan malah memilih dunia dengan segala perangkatnya..
Kemewahan..kecantikan..kek ayaan..kedudukan yang semua nilainya disisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala tak lebih dari sehelai sayap nyamuk..!
- Wahai yang tertipu oleh dunia..!!
Kerjakanlah apa yang telah diperintahkan-Nya..dan sekuat-kuatnya untuk menjauhi larangan-Nya...
- Wahai yang selalu berangan-angan panjang..!!
Berusahalah untuk memelihara ketundukan..tawadhu’ dan syukur atas nikmat-Nya yang akan mengajakmu menuju pintu ketenangan dan kebahagiaan...
- Wahai yang sedang lengah dari ketaatan kepada Rabb-nya..!!
Berhiaslah dengan amal shaleh dan keindahan akhlaqul karimah...
- Wahai yang sedang berpaling dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala…!!
Semuanya akan mempertanggung jawabkan amalannya sendiri-sendiri..maka beramal-lah..!
- Wahai yang nafsunya selalu menolak nasehat..
Renungkanlah sesaat.. Sadarkan pikiran yang masih berfungsi ini untuk segera melakukan perubahan..Karena inilah waktu bagi kita untuk berubah sebelum menjadi mayat..

Kemewahan..kecantikan..kek

Comments
Post a Comment