6 Perkara Yang Allah Sembunyikan
Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang
cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang,
sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000
sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?.” Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak”
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang
seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia
mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu
mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka
dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.
Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka
itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat
atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas
perintahKu.” Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang
Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?” Lalu
Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
Ma’waa sebagai tempat tinggal…
” Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000
tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia
merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah
bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata
dalam sujud: “Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan
setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ”
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau
kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan
kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang
seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat
Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4 Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4 Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam.
http://myibrah.com
Comments
Post a Comment