MANUSIA CANTIK BERNAMA MUSLIMAT





Diwaktu ini ummu ingin berbicara berkenaan wanita yang bernama muslimat. Ummu kemukakan satu cerita yang ummu  baca dari buku ENGKAU MEMANG CANTIK karangan Borhan Sodiq. Semoga cerita ini dapat memberikan pengajaran atau iktibar untuk rujukan kita yang bergelar muslimat. Ceritanya begini:

"Seorang lelaki beristeri. telah diundang untuk menjadi penceramah dalam sebuah perhimpunana wanita. Bagi melunaskan tanggungjawab yang diberikan, maka duduklah dia disebalik hijab kayu yang di pasang memanjang sambil menyampaikan ceramahnya.

Cuma  beberapa meter saja jarak antara lelaki tersebut dengan para tetamu wanita. Dalam khyusuk memberi ceramah, perlahan namun pasti,aroma keringat menusuk hidungnya, hingga menggangu penumpuannya terhadap ceramah yang disampaikannya. Meskipun bau itu tidak sekuat tukang beca yang bermandi keringat dalam memcari rezeki bagi  sesuap nasi untuk anak-anak dan keluarganya, tetapi tetap juga mengganggu lelaki yang sedang berceramah itu.

Lelaki itu cuba untuk bertahan dengan sesekali mengusapkan jari telunjuk ke hidungnya yang cukup besar. Namun bau yang kurang menyenangkan itu tidak  juga hilang, bahkan terus menyengat deria baunya".


Apa yang penulis kisahkan tadi mungkin hanya satu daripada sekian banyak kejadian yang pernah anda alami. Mungkin ketika anda bertemu sesosok akhwat muslimah yang bertudung rapi, benar dan sesuai dengan kehendak syarei, namun ternyata masih ramai yang bermasalah dalam penampilan.

Anggapan tidak boleh berhias  akhirnya melakar sebuah kenyataan, bahawa muslimah membiarkan kurang terjaga dalam penampilan. Hatta terkadang anggapan sedemikian menjerumuskan seseorang wanita ke gaung masalah yang pada akhirnya turut menggangu orang lain di sekeliling

Semetara pada sisi yang lain ,kita juga menemukan akhwat  muslimat yang bersikap sebaliknya.Tudung sudah dikenakan, namun sayangnya pewangi  yang dipakai membuatkan dirinya menjadi tarikan perhatian orang lain. Aroma harum yang membalut tubuh  sudah tercium wanginya walaupun jaraknya masih cukup jauh.
 
Wajahnya  pula disolek bak mahu tampil dalam acara diraja. Semua ini mungkin sahaja  kerana mereka ingin mencuba untuk selalu mengikuti perkembangan zaman. Muslimah sebegini adalah yang berlebihan dalam penampilan namun minimun dalam pengetahuan.




Dari kedua keadaan yang ditulis oleh saudara Borhan dalam bukunya itu, ingin ummu memberi sedikit nasihat kepada anak-anak ummu, para pendokong jemaah dan muslimat amnya. Marilah kita berada dalam keadaan yang tidak terlalu bersolek sehingga menggangu kehidupan para pria diluar sana, lagipun bersolek diluar rumah adalah sangat dilarang dalam islam seperti dalam firman Allah yang bermaksud:

Diriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa pada suatu hari Rosulullah sedang duduk di masjid, tiba2 ada seorang wanita dari dusun Muzainah memasuki masjid dengan memanjangkan pakaiannya dan memampakan perhiasannya.Maka Nabi bersabda: "Wahai sekalian manusia,laranglah isteri istrimu berhias dan bergaya di masjid,karena Bani Israil tidak dikutuk melainkan mereka mempersolek wanita wanitanya,kemudian para suaminya berbangga diri dimasjid " (HR.Ibnu Majah)

Ingin ummu menyambung lagi nasihat ummu, para muslimat diluar sana perelokkanlah pakaian maksudnya dalam keadaan yang kemas dan bersih bukannya dalam keadaan yang tidak terjaga, tidak bergosok, kotor dan berbau. Ingatlah bahawa perwatakan kita melambangkan islam yang kita ambil atau pegang, kalau buruk perwatakan kita maka islam akan di pandang buruk. Janganlah kerana kita islam dipandang hina, jadilah seorang muslimat yang senantiasa menaikkan martabat islam.

Dalam salah satu hadisnya, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda sebagai berikut: "Menjadi bersihlah kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih." (Riwayat Ibnu Hibban)

Dan sabdanya pula: "Kebersihan itu dapat mengajak orang kepada iman. Sedang iman itu akan bersama pemiliknya ke sorga." (Riwayat Thabarani)
 
 http://fitrahsunnah.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog