Tak Perlu Bertudung Labuh, Cukup Dengan Menepati Syarat



Salam,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, kerana dapat memberikanku nikmat jari untuk menaip, sekurang-kurangnya dapat aku menyebarkan perkara kebaikan dimuka bumi Allah. Hidup enjoy, tapi dakwah tetap wajib kepada semua yang mengaku Allah tuhannya.

Kali ini, saya nak berkongsi pendapat tentang aurat khususnya aurat wanita. Pertama-tama sekali sebelum memulakan perbincangan tentang tajuk ini, saya ingin menegaskan, mungkin artikel ini adalah sesuai untuk ditujukan kepada segolongan wanita sahaja. Mungkin tidak sesuai untuk ditujukan kepada segolongan wanita yang lain. InsyaALLAH, rakan2 akan memahami golongan wanita yang manakah yang saya maksudkan.

Dan satu lagi, sebut pasal aurat, untuk wanita pulak tu, amat sangat-sangatlah sensitif. Boleh membuatkan seseorang dari golongan tersebut terasa. Dengan ini, dengan rasa hemahnya, sebelum apa-apa sangkaan timbul, saya ingin menerangkan tujuan dan niat saya menulis perkara ini.
1
3
4

Niatnya semestinyalah ikhlas untuk berkongsi dengan rakan-rakan tentang apa yang rakan2 terlepas pandang mungkin. Memandangkan sudah menjadi trend atau fesyen untuk golongan wanita muslimah yang bertudung, tetapi tidak menutup aurat. Saya sangat2lah terpanggil untuk menulis tentang perkara ini. InsyaALLAH, ayat2 yang digunakan ditulis dengan gaya yang berhemah.

Sekali lagi, saya terlebih dahulu meminta maaf jika ada yang terasa dan merasakan segala isi didalam entri ini menyinggung perasaan rakan2. Saya tidak bermaksud untuk menyinggung dan bukan juga bermakna saya memandang serong dan skeptik kepada mereka yang masih lagi berusaha untuk menutup aurat. Hanya Allah sahaja yang berhak menentukan baik buruknya seseorang. Bukannya manusia apatah lagi diri ini.
1
2
 Saya mulakan dengan satu hadith sahih Rasulullah S.A.W bersabda :

”Dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat, yaitu : Suatu kaum yang memiliki cambuk, seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan para wanita berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring, wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan ini dan ini.” (HR.Muslim)
Saya tinggalkan hadith ini untuk tatapan rakan2. Diakhir kesimpulan, saya akan relatekan kembali dengan hadith ini, terutamanya pada tulisan yang dihitamkan didalam hadis tersebut.

Sekarang saya ingin berkongsi apa pendapat saya tentang perkara ini. Pendapat juga akan disertai dengan dalil2 dan garis panduan ulama.

Merujuk kepada tajuk entri diatas, di zaman moden ini. Semakin ramai wanita yang menjadikan tudung sebagai pakaian mereka, bermacam2 fesyen tudung wujud. Kebaikan ini perlulah amat disyukuri, Alhamdulillah. Sekurang2nya pemakai tudung adalah majoriti. Tidak perlu takut untuk keluar ke Kuala Lumpur dengan memakai tudung, sudah menjadi kebiasaan wanita2 bertudung di KL. Tidak seperti mereka2 yang berada diluar negara, terutamanya pelajar2. Sampaikan dalam beratus2 pelajar universiti di dalam kuliah, hanya seorang sahaja yang bertudung. Tanyalah mereka, bagaimana tekanan yang dihadapi.
 
Walaubagaimanapun, wanita2 yang bertudung di Malaysia terutamanya, boleh dikatakan, lebih daripada separuh dari mereka, tidak menutup aurat. Menutup aurat disini bukan sekadar menutup rambut sebenarnya.

Rasanya, kalau ditanya setiap muslimah diluar sana, apakah yang dikatakan aurat wanita yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan Sunnah, hampir semua daripada mereka tahu. Sebabnya, sekurang-kurangnya mereka belajar di sekolah. Tidak perlu sekolah agama pun, dalam silibus pendidikan islam pun ada diajar.

Aurat wanita yang telah ditetapkan oleh Allah dan disepakati ulama’2 (tiada khilaf) adalah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan tapak tangan. Kalau sekali dengar, mesti kita terbayangkan seorang muslimah yang bertudung labuh, berlitup habis kan? Sebenarnya tidak. Tak perlu bertudung labuh tetapi perlu untuk memenuhi syarat2 yang ditetapkan. Apa2 jenis tudung pun, jika syarat2 diikuti, insyaALLAH, aurat yang telah digariskan akan ditutupi dengan baik.
1
2
3
4
5
6
Mengapa Allah menetapkan aurat sedasyat ini untuk kaum wanita? Bukan untuk menindas, tetapi untuk memelihara kesejahteraan dan kehormatan wanita itu. Kerana merekalah yang dikatakan oleh Rasulullah sebagai fitnah dunia. Lelaki yang alim dan warak pun, dengan mudahnya akan  terbabas, oleh kerana wanita. Wahai wanita2 sekalian, cubalah tanya sesiapa pun yang bernama lelaki, sejauhmana wanita dapat menjadikan mereka orang yang tidak sioman.

Apa syarat2 dan batasannya? Para ulama’ memperhalusi lagi garispanduan aurat wanita dengan syarat tersebut:-

1 – Menutupi semua tubuh badan kecuali tapak tangan dan muka.
2 – Pakaian yang menutupi tersebut, tidak terlalu ketat, sehinggakan nampak bentuk tubuh badan. Ini termasuklah baju yang ketat, jeans dan sebagainya.
Seperti yang dicatatakan di Surah Al Ahzab : 59.]

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min: “Hendaklah mereka mendekatkan jilbabnya  ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 

3 – Kaki mestilah tidak dapat dilihat. Ini memerlukan wanita memakai kasut/selipar yang menutupi seluruh kakinya ataupon lebih selamat dengan memakai stokin.
4 – Tangan mestilah ditutup sehingga ke bahagian pergelangan tangan. Penyelasaiannya, memakai baju yang berlengan panjang ataupun stokin tangan.
5 - Lanjutan dari syarat ke2, menutupi dada dengan tudung sehinggakan tidak nampak bentuk dada jika memakai baju yang boleh menampakkan bentuk dada. Ini kerana, bahagian tersebutlah yang paling mudah untuk dilihat bentuknya.

Sebenarnya banyak lagi garispanduan yang telah ditetapkan oleh ulama’ seperti wangian, hiasan baju dan lain2. Tetapi fokus kali ini adalah untuk mengajak rakan2 memenuhi garispanduan asas dalam pemakaian. Sangat2 lah logik dan possible untuk memenuhi syarat2 diatas.

Akhirnya, merujuk semula hadith sahih diatas, dengan gaya bahasa keras dan tegas Rasulullah (bukan saya) menegaskan bahawa tiada pengecualian untuk wanita menutup aurat mereka.  Sehinggakan memberikan amaran, tidak dapat bau syurga. Nak dikatakan disini, sehemah-hemah Rasulullah pun, tiada toleransi bab2 aurat ni.

Tetapi persoalannya, bolehkah kita berubah terus dengan memenuhi syarat2 diatas. Pendapat saya, cukuplah, sekadar rakan2 sekalian sedar dan berazam untuk berubah kepada pemakaian yang lebih menepati syarat. Berusaha untuk berubah itu penting, walaupun perlahan2, Allah maha mengetahui apa yang kita niatkan. InsyaALLAH, kalau berusaha untuk berubah, Allah buka jalan untuk kita berubah.

Allah tidak melihat kepada keputusan, tapi lebih melihat kepada usaha seseorang. Seorang pelacur yang berusaha untuk memberikan anjing yang kehausan minuman pun, Allah masukkan kedalam syurga atas usaha murninya. Bahkan, seorang yang tudung labuh berlitup pun mungkin akan dimasukkan ke neraka kerana tidak melakukan perkara yang Allah suruh.

Semoga dengan artikel ini, rakan2 sekalian sekurang2nya, aware atas amaran keras rasulullah di atas dan cuba untuk berusaha. Maaf sekali lagi jika menyinggung perasaan sesiapa yang membaca.
Wassalam.

ibnulatef
http://thahalatef.wordpress.com/2010/01/11/tak-perlu-bertudung-labuh-cukup-dengan-menepati-syarat/ 

Comments

Popular posts from this blog