Artis Malaysia Pun Dah Ramai Dapat Dato’? Berkualitikah Gelaran Dato’ Yang Diterima Mereka?


artis malaysia Artis Malaysia Pun Dah Ramai Dapat Dato? Berkualitikah Gelaran Dato Yang Diterima Mereka?
Sekarang ini bukan main mudah lagi artis Malaysia nak dapat gelaran Dato’. Sana Dato’ sini Dato’. Artis Malaysia pun dah ramai sekarang mampu memiliki gelaran Dato’. Nyanyi sini, gelek sana, berlakon sana, mengacara sini. Sana sini dalam bidang industri hiburan dah melayakkan mereka mendapat gelaran Dato’. Persoalannya sekarang, apa sumbangan mereka sebenarnya? Kami masih lagi tercari-cari sumbang mereka? Berjasa sangatkah mereka ini (artis Malaysia)?

Kalau rentak sebegini diteruskan, tiada nilainya gelaran yang ada pada gelaran Dato’ itu sendiri di Malaysia hari ini. Ini bukan soal orang itu artis Malaysia tidak berhak memiliki Dato’, tidaklah sampai begitu sekali. Artis Malaysia yang layak diberikan kami tidak persoalkan, tetapi yang menjadi persoalannya sekarang satu demi satu artis Malaysia yang kami rasakan tidak layak langsung menerimanya. Itu pendapat kami. Tetapi apa boleh buat, itu sudah keputusan “pemberinya”.

Tiada lagikah calon yang lebih sesuai untuk diberikan gelaran Dato’ ini dalam ramai-ramai rakyat Malaysia yang dah berjaya menjulang nama Malaysia dan terus-menerus menyumbang bakti kepada masyarakat. Apa yang mahu dikejar sebenarnya?
“Kuantiti atau Kualiti”
Katakanlah tiada penerima yang layak pada tahun itu, kenapa perlu diberikan juga kepada yang lain? Itu belum termasuk gelaran Dato’ yang dikatakan “dibeli” pada sekian-sekian harga yang ditetapkan, Wallahualam.

Sebenarnya dah lama dah gelaran Dato’ yang’ jadi bahan gurauan & persoalan kalangan rakyat jelata. Jadi, kami berharap sangatlah jawatankuasa bahagian protokol istana dan semua pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) lebih prihatin, perlu telus serta teliti dalam memastikan masalah itu tidak berlarutan sehingga menjejaskan imej institusi diraja. Majlis Diraja perlu ambil perhatian jika institusi di raja mahu terus di pandang tinggi oleh rakyat jelata.

Peluang Sudah Terbuka Luas Untuk Artis Malaysia Berbanding Profesion Lain?

Kalau dahulu jarang-jarang artis Malaysia yang dapat gelaran Dato’. Sekarang? Boleh digambarkan seperti :
“Kalau baling batu di karpet merah Anugerah Skrin, pasti kena dekat datuk-datuk daripada kalangan artis Malaysia”
Sampai begitu sekali. Kalau diberikan pilihan, kami lebih gemar memilih untuk hapuskan sahaja amalan feudalisme ini. Bagi kami tiada kebaikan apapun. Malah lambakan gelaran Datuk hari ini makin membezakan taraf seseorang. Kalau betullah nak hargai artis Malaysia contohnya dengan bagi bintang atau apa-apa sekalipun, berikan sahaja tanpa ada gelaran apapun.

Gelaran hanya diberikan kepada individu yang mempunya jawatan yang tinggi dalam negara yang dipegangnya. Misalnya :
  • Datuk Menteri Besar
  • Datuk Panglima Angkatan Tentera
  • Datuk Perdana menteri…
Bagi kami apabila taraf dah berbeza-beza, panggilan pun dah mula berbeza-beza :
  • Dalam majlis tempat duduk kena beza-beza
  • Makan kena beza-beza
  • Layanan kena beza-beza
  • Sampai tindakan oleh pihak berkuasa pun akhirnya kena beza-beza
artis Artis Malaysia Pun Dah Ramai Dapat Dato? Berkualitikah Gelaran Dato Yang Diterima Mereka?Tidak betul begitu. Pemberian pingat and gelaran ini ada di mana-mana, termasuk di negara-negara sosialis dan komunis. Jadi ia bukan suatu benda yang asing & janggal. Masing-masing ada pingat dan darjat kebesaran tersendiri. Cuma bezanya di sini terletak kepada cara pemberiannya. Terus-terang kami katakan, terdapat dua negeri yang “terlalu pemurah” memberi gelaran Dato,
  1. Pahang
  2. Melaka
Negeri yang amat susah memberi gelaran Dato seperti
  1. Perak
  2. Selangor
  3. Kedah
  4. Negeri Sembilan
  5. Johor
  6. Kelantan
  7. Terangganu

Persoalan Disebalik Pemberian Gelaran Datuk Kepada Artis Malaysia

Mereka yang diberikan gelaran Dato’ adalah mereka yang betul-betul menyumbang kepada Negeri dan Negara. Yang betul-betul telah memberi impak kepada masyarakat. Tahniah kepada negeri yang begitu selektif dalam memilih mereka yang patut diberikan gelaran Dato.

Artis Malaysia yang dah dapat apa boleh buat, itu rezeki mereka. Yang akan terus dipersoalkan selepas ini, adalah trend seperti ini akan terus berlaku terutamanya melibatkan artis Malaysia lagi bagi tahun-tahun seterusnya?

 http://beritasemasa.com/artis-malaysia-dato-gelaran

Comments

Popular posts from this blog