MENIMBA




"Menimba" ikan merupakan salah satu aktiviti penangkapan ikan secara tradisional. Selalunya dijalankan/dilakukan di tali air, telaga, gelung air dan lain-lain lagi. Ianya masih lagi popular hingga sekarang. Kegiatan ini sudah menjadi tradisi penduduk di kampung-kampung setiap kali musim kering terutama selepas musim menuai padi. Ianya biasa dilakukan secara berkumpulan tiga atau empat orang bagi mengeringkan telaga sebelum menimba air keluar. "Menimba" selalunya menggunakan timba khas diperbuat daripada tin minyak tanah yang diikat empat tali di sebelah kiri dan kanan timba. Kerjasama antara dua orang diperlukan untuk memegang tali timba dan menghayunnya serentak ke dalam tali air, kolam atau telaga bagi mengeluarkan airnya. Sekiranya banyak timba digunakan, ia dapat dikeringkan dalam tempoh yang singkat.

Apabila air kering, ikan akan terperangkap di dalam lumpur dan mudah ditangkap dan diisi ke dalam raga. Ikan-ikan ini ditangkap dengan menggunakan tangan dan penyauk. Dahulunya penduduk kampung akan bergotong-royong "menimba" telaga (kawasan dalam) di dalam sawah, menangkap dan menyiang ikan bersama sehingga boleh dibuat kenduri bersama beras baru.
     
 






Comments

Popular posts from this blog