Jemputan ke Mikraj
|
Saban tahun, bila tiba bulan Rejab akan mengingatkan kita pada peristiwa Isra' Mikraj (27 Rejab 1432 bersamaan 29 June 2011) iaitu Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. Israk dan Mikraj Rasulullah SAW adalah perjalanan luar biasa mengandungi pelbagai rahsia dan pengajaran untuk dihayati umat manusia sepanjang zaman. Di sini aku ingin kongsikan bersama sahabat sekalian kupasan dari peristiwa tersebut untuk renungan dan pedoman kita bersama.
Sebelum Israk dan Mikraj
Forum di mulakan dengan sepotong ayat Al Quran - Surah Al-Isra' - ayat 1 oleh Ustaz Ruslan Che Rus yang bermaksud:
"MAHA
suci Allah yang telah menjalankan hambaNYA ( Nabi Muhammad saw ) pada
suatu malam hari, dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, yang telah Kami
berkati sekelilingnya, kerana hendak Kami perlihatkan kepadanya
tanda-tanda kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha
melihat"
Tahun itu merupakan tahun sedih Rasulullah di mana dia kehilangan 2 insan yang rapat dengan dirinya iaitu isterinya Khadijah Ibn Khalid dan bapa saudaranya Abu Talib. Waktu diangkat ke langit baginda sedang tidor bersama sahabatnya Hamzah dan sepupunya Umu Hani binti Abu Talib.
Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda SAW dicuci dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu. Ustaz Ruslan menekankan yang perjalanan ini bukan saja Roh Rasulullah tapi jasad juga seperti yang terkandung dalam ayat tadi "yang telah menjalankan hambaNya" dan ianya suatu perjalanan yang singkat bermula selepas Isyak dan kembali ke Masjidil haram sebelum subuh.
Sekiranya mengikut jalan biasa, perjalanan dari Makkah ke Palestin mengambil masa lebih kurang 40 hari. Ia merupakan satu perjalanan yang jauh tetapi dengan kekuasaan Allah swt. perjalanan yang jauh itu dapat dilakukan dalam masa yang singkat yakni beberapa jam sahaja. Bagi mereka, perjalanan yang jauh itu jika dilakukan dalam tempoh beberapa jam sahaja merupakan satu perkara yang sangat mustahil dan tidak dapat diterima oleh akal mereka.
Sebab itulah, mereka yang tidak beriman seperti Abu Jahal dan pengikut-pengikutnya menggunakan peristiwa tersebut untuk menjatuhkan Rasulullah saw. dengan menuduh Rasulullah saw. sebagai pendusta. Menurut Imam Nawawi dalam kitabnya serta ulama fuqaha, mutakirrin sepakat mengesah peristiwa itu.
Itu Allah nak tunjuk kehebatan dan kebesaran Dia dan banyak tanda2 lain tentang kekuasaan Allah tentang kejadian siang dan malam, tsunami dan lain2. Namun demikian, mereka yang beriman dapat menerima kerana peristiwa tersebut merupakan salah satu daripada kekuasaan Allah swt yang telah pernah diberikannya kepada nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu. Contohnya Nabi Isa a.s. yang dilahirkan tidak mempunyai ayah malah beliau dapat berkata-kata semasa bayi, dapat pula menyembuhkan orang sakit, dapat menghidupkan orang yang telah mati. Begitu juga dengan nabi Musa a.s. dengan tongkat yang Allah swt. berikan kuasa telah menjelma menjadi ular yang besar sehingga menelan semua ular ahli sihir raja Firaun. Malah, nabi Musa dapat membelah lautan untuk pengikutnya menyelamatkan diri daripada bala tentera Firaun. Itu para nabi
Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)
Sepanjang perjalanan (israk) itu,Rasulullah SAW diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil dan berkenderaankan "Buraq". Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat.
Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah.
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan)
Dalam
perjalanan itu juga baginda Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin
‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa
simbolik yang amat ajaib.
Antaranya:
a)
Kaum yang sedang bercucuk-tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.
Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum
lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu
oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan
pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang
lebih banyak.
b) Tempat yang berbau harum. Rasulullah
SAW diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir
rambut anak Firaun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi
yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh
Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Firaun
sebagai Tuhan).
c) Sekumpulan orang yang sedang
memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh
kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail
memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka
untuk sujud (sembahyang).
d) Sekumpulan orang yang
hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain.
Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu
dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak
mengeluarkan zakat harta mereka.
e) Satu kaum, lelaki
dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging
masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang
melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing
mempunyai isteri / suami.
f) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
g)
Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya,
tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat
menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
h)
Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan
penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir
mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat
fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
i) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
j)
Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak
dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang
bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
k)
Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.
Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika
Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan
mengutamakan dunia daripada akhirat.
l)
Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah
berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
m)
Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan
sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan
menanti saat hari kiamat.
Setibanya
di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam
masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan
mursalin menjadi makmum.
Rasulullah
S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak
dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail:
Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai
umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama:
Rasulullah
SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam
AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak
yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat
huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
2. Langit Kedua:
Nabi S.AW dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa AS dan Nabi Yahya AS.
3. Langit Ketiga:
Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
4. Langit Keempat:
Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris AS.
5. Langit Kelima:
Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
6. Langit Keenam:
Naik
tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi
Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat
melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang
masuk syurga tanpa hisab.
7. Langit Ketujuh:
Naik
tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi
Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi
oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim AS bersabda,
"Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir
umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu
menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH".
Mengikut
riwayat lain, Nabi Irahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu
dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan
tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA
lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA
BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini
akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa
peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam
Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas
Baitullah di Mekah).
8. Tangga Kelapan:
Di
sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok
Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada
pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan
sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah
warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas
emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda
Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus
masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka
berserta dengan Malik penunggunya. Hanaya setakat tangga ini saja
Jibrail mengiringi Rasulullah. Hanaya Rasulullah berdepan denga
Tuhannya.
9. Tangga Kesembilan:
Di
sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW
masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat
melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di
dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada
masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
10. Rabbul-Arbab
lalu
dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud.
Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah
: Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau
berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau
berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau
kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada
sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan
angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat
menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau
lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah
S. W. T: aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai
penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan
buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan
dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat
(surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu.
Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu
perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan
Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu
panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah
panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu)
sembahyang.
Selesai munajat
Rasulullah
SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian Nabi Musa AS yang
kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi
keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan
kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah
perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan
mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj
Rasulullah
SAW turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis.
Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.
Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang
kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat
ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin,
27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya
Hasil
daripada peristiwa Israk dan Mikraj yang terbesar sekali ialah menerima
tugas dan perintah dari Allah swt. untuk menunaikan ibadah Solat.
Ibadah-ibadah yang lain seperti puasa, berzakat, menunaikan haji dan
sebagainya disampaikan melalui wahyu yang diturunkan Allah swt.
Sebaliknya, ibadah solat diterima langsung daripada Allah swt.
Peristiwa
Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan
kudrat atau kekuasaan Allah SWT. Allah SWT telah menunjukkan bukti-bukti
kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda SAW.
Wallahua’lam....
http://hjhzae.multiply.com/journal?&page_start=40&show_interstitial=1&u=%2Fjournal
http://hjhzae.multiply.com/journal?&page_start=40&show_interstitial=1&u=%2Fjournal
Comments
Post a Comment