KEJAP PAKAI TUDUNG, KEJAP BUANG TUDUNG, INGAT MASUK NERAKA, KEJAP-KEJAP KE?
Lately panas dengan isu tudung on & off ni..dulu isu fida...terbaru isu
amalina...ermmm so saya nk tanya la pendapat kaum2 wanita ni..lagi bagus
dari kalangan mereka yg on n off ni...no heart feeling ok..Saya bukanlah
tergolong dalam on n off ni..cuma lately saya tertanya2 sebab melibatkan 2,3
org dalam family saya..sepupu2..biras.kawan sekerja...selama saya kenal dia org
ingatkan dia org memang bertudung..sbb tiap2 kali berjumpa memang
bertudung...ni antara yg saya pernah jumpa:
1)Memang bertudung tapi time kawin tak pakai tudung..tp bila time majlis rumah mertua pakai tudung balik..
2)Pakai tudung bila balik kg saja..kat bandar atau kerja memang free hair..
3)Free hair tapi kdg2 pakai tudung.ikut mood..slalunya mmg diorg free hair tp bru nk berjinak2 pki tudung..
4)Memang pakai tudung tp bila g bercuti tk pakai tudung..terutamanya oversea..
5)Pakai tudung time gi keja jek..
6)Pakai tudung untuk fesyen jek..
7)memang pakai tudung tp kdg2 upload gambar free hair kt fb..gmbar tgh lepak2 kt rumah...
8)Pakai tudung tp bila org dtg rumah tak pakai tudung..
Anda ada tak dri golongan ni..kalau ada boleh tak berkongsi knapa..bukan nak aibkan sapa2..bukan nk hakimi sapa2 n bukan nk kira dosa pahala sapa2..just nk share pengalaman..supaya kdg2 kita tak pandang serong atau ngata tk tentu pasal kt diaorg...contohnya mcm yg jdi kt amalina n fida ni...teruk diaorg kena kutuk kes buang tudung...no heart feeling k ...
Kenapa Perlu Tutup Aurat
Semua orang tahu salah satu tuntutan agama ialah menutup aurat dan
membuka aurat adalah termasuk dalam 70 dosa2 besar. Namun bercakap soal
dosa-pahala, hidayah petunjuk adalah perkara yang sangat kompleks kerana
banyak penyebab ‘hidayah tak sampai’ atau ‘seru belum sampai’. Jadi
saya tidak akan menyentuh tentang kewajipan menutup aurat, dosa-pahala
dan sebagainya. Lagipun menjadi kelaziman bahawa ‘pakai tudung tak
semestinya baik’ jadi rasanya adalah lebih baik kita tak menyentuhnya.
Maklumlah saya pakai tudung pun bukannya baik.
Masa saya belajar dulu, kami diajar bawa al-Quran kecil ke mana-mana.
Supaya kalau terjadi apa-apa, i.e. kemalangan yang menghancurkan tubuh
badan kita, misalnya terhempas kapal terbang ke, bila ditemui al-Quran
berdekatan, dapatlah diagak kita orang Islam.
Bayangkan kalau kita pakai baju yang tak mencerminkan seorang Islam…
katakan sesuatu berlaku. Kita mati lemas ke, bila identiti kita tidak
dapat dipastikan, kita pula pakai baju nampak pusat dengan skirt pendek…
Bagaimana kita nak dikenali sebagai wanita Islam? Mungkin di Malaysia
tak susah, bila hilang keluarga akan buat laporan.. bagaimana kalau
terjadi di luar negara yang mana pihak berkuasa tak ada nak layan benda2
nak cari family ni.. ataupun dihanyutkan ke sungai sampai ke kampung
orang asli. Bila pakai macam orang asli, diorang pun ingat kita orang
asli jugak.
Simple sajakan? Supaya kita mudah dikenali. Lagi2 bila kita pun dah
tak hidup lagi untuk terangkan kepada orang siapa kita sebenarnya.
Tutup aurat tak semestinya baik, tak tutup aurat tak semestinya tak baik. Well, unfortunately yes.
Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 59 “Wahai Nabi! Katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang
Mukmin semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka. Yang
demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali supaya mereka tidak
diganggu”
Ayat di atas tidak langsung menyebut “anak dan isteri orang Mukmin
yang melabuhkan jilbab adalah yang solehah, kusyuk lagi tawaduk”.
Menutup aurat adalah kehendak individu, betul. Tujuan menutup aurat
mengikut ayat di atas ialah supaya wanita Islam dikenali sebagai wanita
Islam dan tidak diganggu. Jadi terpulanglah kalau tak mahu. Tutup aurat
ni sama je kedudukannya dengan dosa2 lain seperti mengumpat dan mengata.
Apa beza kalau pakai tutup litup tapi lidah duk mengata mengumpat orang
kan? Malah itu lebih teruk lagi kerana disamakan Rasulullah SAW sebagai
makan daging saudara sendiri. Membuka aurat ni tak ada kaitan dengan
sesiapa, totally individu.
Mengikut sejarah, pertama kali sejarah pembukaan aurat adalah oleh
nabi Adam dan Siti Hawa, setelah mereka berdua termakan pujukan syaitan.
Itulah kejayaan pertama syaitan dan mereka terus memperjuangkan panji2
tersebut hingga sekarang, dan nyata mereka berjaya, nyah. Pasukan
syaitan ni ternyata hebat betul dengan agenda yang sama dibawa dari
zaman Nabi Adam sampai sekarang, tak pernah pun mereka beralih dari
tujuan asal mereka… tak macam kita. Kejap camni kejap camtu. Hari ni
cakap macam ni, esok cakap macam tu. Hari ni tak boleh, esok boleh
pulak. Ehhh pelik sungguh. Mungkin tak nak ikut perangai setan kot, tu
yang asik tukar2 fikiran je hehe.
Jadinya macam inilah kita sekarang.
Lagi tujuan menutup aurat selain dikenali sebagai orang Islam:
1. Membezakan kita dengan binatang. Ayohh, teruk kan
perbandingan ni. Tapi binatang mana pakai baju.. ehh ada lah. Anjing2
cute chihuahua tu pakai baju apa. Kucing comel pun ada pakai baju. Kalau
kita pakai baju macam tarzan, ada iras2 juga dengan Terk dan Kerchak.
Tak percaya cuba tonton filem Tarzan. Kenapa tarzan diterima di kalangan
haiwan liar? Sebab dia pun lebih kurang mereka je.
2. Supaya orang2 berniat tak baik segan nak menakal dengan kita.
Antara si jubah tudung labuh dengan si baju ketat, siapa yang paling
banyak disiul mamat2 tepian jalan? Maunya mamat tepian jalan nak siul si
jubah, silap gaya sebakul tazkirah dapat. Memakai pakaian tutup aurat
yang sempurna menyelamatkan seorang gadis dari siulan2 nakal jejaka2
kureng macam tu. Kalau ada tu mungkin yang tegar atau dah kena cabar
dengan kawan2 untuk tackle si awek ni macam dalam filem Syurga Cinta tu.
Tapi tak taulah kalau ada orang suka kena siul2 macam tu. Kalau saya
memang cari nahas la, tunggu la time kau jalan sorang2, siaplah kami
pulak yang siul.
3. Sebagai bukti kita hamba-Nya yang lemah.
Bayangkan kalau kita dalam tawanan. Kita tak ada daya nak buat apa,
orang suruh buat itu, itulah kita buat. Kena pula orang tu yang
berpistol berparang bagai kata “Kalau kau nak selamat, hari2 kau kena
basuh jamban aku pakai tangan, kalau tak aku selam kau dalam tangki
najis”. Dalam keadaan macam tu, kita tak ada daya, hanya ada 2 pilihan,
cuci tandas dengan tangan, atau masuk tangki najis. Kita diumpamakan
sebagai lemahlah sebab tak boleh nak lawan. Dan Allah juga telah ‘kata’
bahawa kalau nak masuk syurga kena jadi hamba yang Dia sayang. Nak Dia
sayang kena lah ikut suruhan dia. Dia suruh kita tutup aurat (salah satu
daripada banyak gilosss lagi suruhan-Nya). Jadi kalau kita buat tak tau
saja dengan suruhan Dia tu, agak2 nak ke Dia mencucuri rahmat-Nya ke
atas kita?
Memang betul, banyak lagi kebaikan lain. Bak kata Mustapha Kamal
dalam syurga cinta “Buat apa nak semayang, kita selalu menderma,
bersedekah, pelihara anak angkat… KONFEM TAK MASUK NERAKA”. Hehehe.
Kalau dah sengaja2 tak buat yang Dia suruh itu sendiri mau ingat kan.
Kita semua pun bukannya baik sangat. Saya pun kaki clubbing juga. … Err… Kelab Bulan Sabit Merah
Saya tulis ni bukan nak menyelar sesiapa, atau ‘mengata’ sesiapa yang
masih belum menutup auratnya. Kita sendiri pun tak sempurna menutup
auratnya. Aurat tu bukan rambut je… Pakai tudung macam Mak Arab tapi
baju seluar ketat… tak sempurna juga. Pakai tudung bagai tapi nampak
batang leher, pun tak sempurna juga. Pakai tutup semua bagus tapi suara
mendayu2 menggoda pun tak sempurna juga.
Sekadar berkongsi saja… setiap orang tak boleh kita nilai dari labuh
tudungnya, panjang jubahnya. Respect semua sama rata, kecuali mereka2
yang tersenarai dalam golongan yang tak patut dihormati. Tapi sejahat
mana manusia pun, bila dia bertaubat, dia adalah hamba yang paling
disayangi Allah.
So, selalu2lah muhasabah diri sendiri dan banyakkan istighfar. Kita
disuruh berpesan2 kepada kebenaran dan kesabaran… jangan takut nak tegur
orang, kerana:
1. Bila kita tegur orang dengan niat kerana Allah (bukan sebab tunjuk best) kita dapat pahala.
2. Bila orng tu buat apa yang kita nasihatkan, kita dapat lagi pahala.
3. Bila dia pula ajak orang lain buat benda yang kita nasihat pada dia, kita pun dapat pahala juga.
Kurang2 kalau orang tak buat pun kita dah dapat pahala lah. Senang
kan? Tapi ingat, pahala banyak2 bukan penentu kita masuk syurga. Yang
memasukkan kita ke sana ialah rahmat-Nya…
mysuperkids.net
Comments
Post a Comment