Skrip Istiqamah Membentuk Keikhlasan, Membuang Kemunafikan
Salam…
Skrip ni Ustaz Love saja2 hasilkan di
suatu tempat.. sebagai suatu hiburan minda.. Jadi, terasa nak berkongsi
dengan pembaca blog Ustaz Love ni.. sementara nak jalankan balik fungsi
otak yang dah jem ni.. Harap ada manfaat daripada..
“Kisahnya bermula dengan seorang
pemuda.. beliau meminati anak seorang ustaz ni.. ustaz ni bukan Ustaz
Love tau.. sbb Ustaz Love anak kecik2 lagi.. oleh kerana beliau terlalu
meminati anak perempuan Ustaz ni, maka beliau telah merancang strategi
untuk memikat hati ustaz itu.. bak kata orang, nak pinang anak, kena
pinang bapaknya dulu.. nak pikat anak, kena pikat bapaknya dulu..”
“asalnya dia nak mencuri kat umah ustaz
tu.. tapi sebaik terpandangkan wajah anak pempuan ustaz tu tgh sidai
baju, maka dia mengubah strategi.. daripada dia mencuri, baik dia pikat
ustaz tu supaya dijodohkan dgn anak perempuannya.. duit dapat, harta pun
dapat.. isteri pun dapat.. suatu malam, beliau telah memanjat rumah
ustaz tu.. dah mencuri dengar perbualan ustaz itu dengan anaknya”
Ustaz : Kamu ni Minah takde calon lagi ke nak jadikan suami?
Minah : Takde la abi.. Nah ingat nak mintak abi je tolong carikan
Ustaz : Abi ingat, abi nak try tengok
pemuda2 kat surau tu.. kalau ada sesiapa yg solat jemaah 5 waktu tak
tinggal, Abi ingat nak pinang dia jadi menantu.. bermula esok, sampai la
40 hari tempoh masa Abi akan berikan
Minah : Ikut suka abi la.. Nah ikut je (sambil tersenyum2 kemalu-maluan)
Maka, timbullah idea jahat dalam kepala
hotak berjambul pencuri itu.. lalu pencuri itu berkata dalam hatinya :
“Apa la sangat nak jaga solat 5 waktu tu kan.. anytime la boleh buat..
berbanding dgn harta dan isteri cantik yg aku akan dapat.. memang
berbaloi2″.. lalu beliau pun cuba sedaya upaya mengumpulkan duit nak
beli jubah dan serban.. baru la nampak mcm orang soleh sket.. esoknya,
beliau memulakan langkah pertama.. kebetulan ustaz tu jadi imam Subuh..
maka beliau solat di saf pertama belakang ustaz tu.. waktu zohor pun
sama.. waktu asar pun sama.. sampai la ke isyak.. alhamdulillah, berjaya
jugak aku, bisik hati kecilnya..
Dipendekkan cerita, setiap hari berlalu
dan pemuda itu masih lagi giat meneruskan aktiviti solat jemaah 5
waktu.. sehinggalah suatu hari, hatinya menjadi sayu.. terharu.. macam
awan yang terpilu.. hatinya sangat terusik bila mendengar bacaan
al-Quran sang imam semasa solat.. menyebabkan hatinya sudah tidak
tertahan lagi.. dia ingin segera keluar daripada penipuan itu..
“tak dapat harta pun takpe.. terlepas
isteri pun tak kisah.. janji hatinya boleh menjadi kering seperti dulu..
bukannya basah dan lembap macam sekarang”
Akhirnya, selepas menunaikan solat isyak hari ke 40, beliau datang bertemu dengan ustaz itu yg baru habis solat sunat ba’diyyah”
Pemuda : Ada sesuatu yg harus ku bicarakan padamu wahai ustaz.
Ustaz : Alhamdulillah.. kebetulan
sekali.. aku juga mahu ketemu sama kamu (Ustaz Love pun tak pasti apsal
dialog ni dah mcm sinetron dah.. kihkih)
Pemuda : Ada apa apaan mau ketemu sama saya ya pak ustaz?
Ustaz : Begini wahai anak muda.. Aku kepingin sekali mau menjodohkan kamu sama puteriku, Puteri Minah binti Mustarjo
Pemuda : Jadi, nama pak ustaz ini Mustarjo?
Ustaz : Ahh.. sudahlah kita berpura2 ngobrol bahasa Indonesia.. baik kita bercakap saja bahasa Malaysia
Pemuda : ya ya.. baik ustaz.. dah ustaz mulakan, saya ikut je la
Ustaz : Macam mana? Kamu terima ke tak?
Pemuda : Sebelum saya menerima lamaran pak ustaz.. maaf.. lamaran ustaz, saya nak bagitau ustaz satu cerita.
Ustaz : Ahh sudah.. kapannya cerita ini mau abiss? kok ada cerita dalam cerita?
Pemuda : Waduhhh.. apa apaan pak ustaz ni.. kayaknya tadi dibilangin mau ngobrol bahasa Malaysia..
Ustaz : Iya.. iya.. maafkan saya
Pemuda : Sebenarnya, saya bukanlah orang yang layak untuk dijodohkan dengan puteri ustaz itu..
Ustaz : Apsal plak?
Pemuda : Sebab saya bukanlah pemuda alim lagi warak yg ustaz impikan untuk dijadikan calon menantu tu..
Ustaz : Tapi, kenapa kamu bilang… maaf.. cakap macam tu?
Pemuda : Ustaz ni jangan la suka potong.. dengar je la..
Ustaz : wahh.. garangnya beliau ini.. takpe2.. sila teruskan..
Pemuda : Sebenarnya saya ni seorang
maling.. Maling itu maksudnya pencuri.. 40 hari lepas, saya ada datang
ke rumah ustaz untuk mencuri
Ustaz : (Sambil mengurut2 janggutnya.. sesekali mengorek lubang hidung yg terasa gatal).. ermmm
Pemuda : Lalu saya terdengar perbualan
ustaz dengan anak ustaz.. dipendekkan cerita, saya nak menyamar la jadi
pemuda alim lagi warak itu.. yg tak tinggal solat berjemaah 5 waktu
selama 40 hari
Ustaz : (mengorek telinga plak) ermmm
Pemuda : Tapi, saya tak sanggup nak
menipu ustaz lagi.. saya ini bukanlah alim dan warak.. saya memang tak
layak nak memperisterikan anak perempuan ustaz itu.. maafkan saya ustaz
(sambil menangis2 dan tertonggeng2 mencium tangan ustaz memohon
keampunan)
Ustaz : (Sambil menepuk2 bahu pemuda itu) Bangunlah wahai orang muda..
Pemuda : (menganggat kepalanya seraya mengesat hingus di lengan jubahnya).. srett.. sreettt.. preettt
Ustaz : Saya tetap mahu memilih kamu sebagai menantu..
Pemuda : Apakah kita berada di rancangan Maharaja Lawak wahai ustaz?
Ustaz : Tidak sekali2.. di sini tiada
juri mahupun penonton.. hanya kita berdua saja.. dan Allah saja yg
menjadi saksi perbualan kita
Pemuda : Tapiii..
Ustaz : Tiada tapi2 lagi.. walaupun ini bukan rancangan Maharaja Lawak, tapi ini juga adalah realiti.
Pemuda : Ada kamera tersembunyi ke ustaz?
Ustaz : Kau pun pandai buat lawak jugak ye..
Pemuda : Saya pun belajar daripada ustaz juga
Ustaz : Saya tak berlawak.. saya serius taww
Pemuda : Tapi, kenapa ustaz serius nak ambil saya jadi menantu? hensem sangatkah saya ini?
Ustaz : Walaupun kamu ini ada sedikit
hensem, dah la hensem, kelakar plak tu.. tapi itu bukanlah ciri2 utama
yg menarik minatku..
Pemuda : Justeru, apakah yg menarik minatmu wahai ustaz?
Ustaz : Tak lain tak bukan, ialah kerana
kamulah satu2nya pemuda di kampung ini yg berjaya menunaikan solat 5
waktu berjemaah selama 40 hari
Pemuda : Tapi, bukankah saya udah bilang, saya cuma menipu aja dong?
Ustaz : Ahh.. persetankan penipuan itu.. janji kamu udah penuhi syaratnya
Pemuda : Saya masih kurang faham la ustaz..
Ustaz : Begini.. (memperkemaskan sila laksana panglima).. pernahkah kamu mendengar sebuah hadis tentang menjaga solat ini?
Pemuda : Hadis yg mana tu ustaz.. banyak dah hadis yg saya dengar ni.. cewahhh
Ustaz : Membaca dengan terkembang2 hidung :
Ustaz : Membaca dengan terkembang2 hidung :
من أدرك الصلاة أربعين يوما لا تفوته ركعة كتب الله له براءتين ، براءة من النار وبراءة من النفاق
Pemuda : wahh.. terernya ustaz baca hadis dalam bahasa arab..
Ustaz : See the leg la.. kihkih
Pemuda : Tapi, apa maknanya ustaz? kalau tak faham makna, tak guna gak
Ustaz : try la google.. kihkih
Pemuda : Agak2 la ustaz kalau nak melawak pun
Ustaz : Maksudnya sesiapa yang berusaha
menunaikan solat selama 40 hari tanpa terluput rakaat pertama (takbir
pertama) maka dicatatkan baginya 2 kelepasan.. iaitu terlepas daripada
api neraka dan terlepas daripada sifat munafik..
Pemuda : tapi kan ustaz, itu kan hadis dhaif?
Ustaz : Ewah2.. pandai2 plak dia ni.. memang la hadis dhaif, tapi boleh digunakan untuk tujuan fadhail amal
Pemuda : betul la tu ustaz.. tapi, apa kaitannya dengan kasus saya ini?
Ustaz : Apabila kamu menjaga solat 5
waktu selama 40 hari tanpa tertinggal takbir pertama, bukankah akan
dibebaskan daripada sifat munafik?
Pemuda : Masih blurr la ustaz..
Ustaz : Kamu ni makan megi banyak sangat ni..
Pemuda : Megi tu jarang2 la.. tapi kepala ikan selalu gak saya makan secara mentah
Ustaz : uwekkk
Pemuda : Acah je ustaz.. sila la sambung.. saya pun dah nak balik tido ni..
Ustaz : Asal cerita agama je, nak balik tido.. tunggu la lepas kahwin nanti.. bleh tido sampai basah
Pemuda : Cehh.. ustaz ni tak padan dengan tua.. melawak lucah plak
Ustaz : Apa yg lucahnya? itu la kamu suka bersangka buruk.. maksudnya kamu tido lena sampai basah bantal dengan air liur
Pemuda : Ek elleh.. cover le tu.. sambung la ustaz
Ustaz : Disebabkan kamu telah menjaga
solat selama 40 hari, maka kamu telah dilepaskan daripada sifat
munafik.. asalnya kamu nak menipu sbb nak kahwin dgn anak aku dan
merampas harta benda aku kan? Nahh.. tengok sekarang
Pemuda : Nak tengok apa ustaz?
Ustaz : Aku hentak jugak kepala budak ni
kang.. maksudnya cuba tengok diri kamu.. dulu kamu nak menipu aku,
sekarang, selepas 40 hari, kamu dah berani berterus terang dan tak
pedulikan dah hasrat asal kamu itu
Pemuda : jadi, maknanya?
Ustaz : walaupun kamu asalnya berniat
tak baik, tapi disebabkan usaha kamu itu, maka Allah telah melepaskan
kamu drp sifat munafik.. dan sebagai ganjarannya, aku akan kahwinkan
kamu dengan anak daraku itu..
Pemuda : kahwin ke nikah ustaz?
Ustaz : Ahh.. malas aku melayan loyar buruk kamu ni.. esok pagi gi pejabat agama isi borang.. petang esok aku nikahkan kamu
Pemuda : terima kasih ustaz.. sungguh bahagia rasanya..
Jadi, beramallah dengan istiqamah..
jangan jadikan ‘tak ikhlas’ sebagai alasan untuk meninggalkan amalan..
bila melakukan sesuatu amalan dengan istiqamah, insyaAllah, lama2 akan
datanglah keikhlasan.. yang penting buat je..
Comments
Post a Comment