NAMPAK WANITA DIPANGGANG API NERAKA
Pelakon
Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam
pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam
sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita
mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.

Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.
"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."
"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.
Gambar + Pelakon Yatt Hamzah Bertudung Kerana Takut Azab Allah
Lagi
pelakon berhijrah dengan bertudung, beberapa Minggu lepas ada pasal
cerita Abby Abadi bertudung lepas pulang dari umrah, pelakon komedi Enot
pun sama. Kali ni rakan artis mereka, pelakon dan pengacara Yatt Hamzah
pula melakukan perubahan yang sama. Memang ramai juga artis yang
berhijrah dengan memakai tudung ni.
Cerita Yatt, pelakon Ular Emas ini, dia hendak berubah memakai
tudung setelah pulang dari menghadiri usrah, kemudian disusuli
mengerjakan solat taubat dan dia merasakan sudah sampai masa dia
berubah.
“Alhamdulillah, sebenarnya sudah lama saya memasang niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Selepas pulang dari kelas usrah semalam, hati saya tergerak untuk mengerjakan solat sunat taubat.“Ketika itu, saya dapat rasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah. Dapat saya membayangkan bagaimana seksaan di akhirat nanti. Bermula pagi tadi, saya terus mengenakan tudung sebelum keluar rumah.”
Yat tidak dipaksa oleh suami atau pun sesiapa, apa yang dibuat adalah atas kehendak sendiri, dengan sebak dia menyatakan…
“Suami adalah orang yang paling gembira bila saya beritahu keputusan saya ini. Sebelum ini dia pernah menyuruh saya untuk bertudung tetapi tidak sesekali memaksa saya untuk berubah ke arah itu.
“Doakan semoga perubahan saya ini mendapat keberkatan daripada-Nya dan biarlah saya kuat untuk menghadapi apa saja ujian terutama dalam industri ini,”sumber : mediahiburan.karangkraf.com
Biodata Yatt Hamzah
Nama : Haryati Hamzah
Tarikh Lahir 13 April 1980
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa dan Pengajian Media.
Kerjaya: Model, pengacara dan pelakon.
Drama: Nasi Lemak Kukus, Rencong, Kaber Hero Kaber Zero, Hidayah,
Bella dan Ritma Kolej
Filem : Impak Maksima dan Kecoh Betul
Kepala Pelakon Yatt Hamzah Melekat di Sejadah Ketika Solat Taubat
Dalam berita terbaru Yatt ceritakan apa yang berlaku kepadanya ketika dia melakukan solat sunat Taubat tak berapa lama dulu.
Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.Alhamdulillah, beruntung sebenarnya hidayah datang kepadanya dalam bentuk gambaran sebegitu. Mungkin kesan daripada lakonannya dalam drama Ular Emas tahun lepas sebagai gadis muslimah yang sangat menjaga dirinya sebagai seorang wanita Islam hatta pandangan mata sekalipun.
“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.”
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.
“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.”
“Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.
Semoga istiqamah hendaknya buat Yatt.
P/s: Beruntunglah suaminya.
P/s/s: Hidayah itu telah datang 1400 tahun yang lalu – Ustaz Azhar Idrus
Yatt Hamzah Bertudung Takutkan Azab Allah
Jarang
sangat saya nak cerita pasal artis ni. Tak berapa minat sangat nak
ambik tahu. Tapi kalau cerita tentang penghijrahan ke arah kebaikan
barulah rasa berminat nak baca. Apa yang baik itu sangatlah elok
dikongsikan bersama. Boleh jadikan pengajaran mahupun pedoman buat kita
juga.
Dua tahun lepas saya suka sangat tengok drama Ular Emas kat
TV9 untuk siaran ulangan waktu malam. Siaran asal main kat TV3 waktu
petang. Minat cerita tu pun sebab dua watak je iaitu watak yang
dilakonkan oleh Yatt Hamzah dan juga seorang lagi watak
ustaz, saya lupa nama pelakon tu. Suka sangat tengok watak Yatt yang
lemah lembut dan sangat menjaga aurat serta tatasusilanya sebagai
seorang Muslimah. Melalui drama Ular Emaslah baru saya kenal pelakon
yang bernama Yatt Hamzah. Sebelum tu hanya pernah dengar nama je tapi
tak pernah tengok dia berlakon. Maklumlah, saya bukan peminat drama
Melayu sebenarnya hehe.
Saya ingat Yatt Hamzah ni betul-betul
bertudung, rupanya tak selepas tengok lakonannya dalam satu drama secara
tak sengaja. Watak tu terbalik 180 darjah dengan watak Yatt dalam Ular
Emas. Kira versatile jugalah Yatt ni, takdelah berlakon sepesen je.
Tapi
sekarang Yatt Hamzah dah mula bertudung selepas Abby Abadi baru-baru ni
sekembalinya beliau dari menunaikan umrah. Yatt Hamzah atau nama
sebenarnya Haryati Binti Hamzah mula mengenakan tudung selepas pulang dari kelas usrah.
“Alhamdulillah, sebenarnya sudah lama saya memasang niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Selepas pulang dari kelas usrah semalam, hati saya tergerak untuk mengerjakan solat sunat taubat.”
“Ketika itu, saya dapat rasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah. Dapat saya membayangkan bagaimana seksaan di akhirat nanti. Bermula pagi tadi, saya terus mengenakan tudung sebelum keluar rumah.”
Menurut
Yatt, keputusan beliau untuk menutup aurat adalah kerana Allah s.w.t.,
bukan dipaksa sesiapa. Alhamdulillah, itu yang kita nak dengar
sebenarnya. Ada artis lain bertudung kerana dah bersuami. Bila cerai,
bukak tudung balik. Dari situ kita boleh nampak keikhlasannya untuk
bertudung, adakah kerana iman atau suruhan.
Manis sungguh bila Yatt dah bertudung ni. Barulah sesuai dengan watak yang dipegang oleh beliau dalam drama Ular Emas dulu. Semoga Yatt istiqamah dalam perubahan ni.
Kredit: Media Hiburan
Comments
Post a Comment