KEMPEN HENTIKAN BAHAN PORNOGRAFI DI ALAM MAYA
BANNAR DI ATAS IALAH KEMPEN MENOLAK UNSUR PORNOGRAFI DALAM ALAM MAYA
BERTUJUAN MENJADIKAN BLOG TEMPAT TUMPUAN RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA
MUDA-MUDI NEGARA AGAR BERSIH DARI BAHAN PORNOGRAFI YANG MEROSAKKAN MINDA
MEREKA.
MESKIPUN KITA MENGAKUI IA DAPAT MEMBUNUH KARAKTER MUSUH POLITIK DALAM
KEMPEN PILIHANRAYA NAMUN IA JUGA MENGANDUNGI KESAN SAMPINGAN YANG TIDAK
DISUKAI PENGUNDI MUDA DAN JUGA REMAJA. SELAIN MENGGAMBARKAN BAHAWA UMNO
HANYA MEMILIKI BAHAN PORNO UNTUK MENUMPASKAN LAWANNYA.
PENGGUNAAN BAHAN PORNO UNTUK MENAIKKAN HITS JUGA MEMBINA PERSEPSI BAHAWA
BLOGGER TIDAK MEMPUNYAI KEKUATAN ANALISA DAN FAKTA UNTUK MENARIK
PEMBACA. SEDANGKAN KEKUATAN BLOGGER SEBENARNYA IALAH PADA TULISANNYA
YANG MAMPU MEMBINA MINDA DAN MEMECAH PERSEPSI YANG SALAH PEMBACA.
MAKA SESIAPA BERSETUJU KEMPEN INI BOLEH MENGGUNAKAN LOGO YANG DIREKA OLEH RAKAN PANGLIMA BLOGGER APA (AKU TAK PEDULI) SEMENTARA MENUNGGU LOGO LAIN YANG SEDANG DISIAPKAN. LOGO BPN DIGUNAKAN SEBAGAI GABUNGAN RASMI BLOGGER UNTUK KEMPEN INI.
SEMOGA USAHA INI DAPAT MEMBERI GAMBARAN BAHAWA KERAJAAN BN TIDAK
MEMERLUKAN PORNOGRAFI UNTUK MEMENANGI PILIHANRAYA. BANYAK LAGI ISU LAIN
YANG TELAH BERJAYA MENGGEGARKAN MUSUH SEPERI SOKONG ISRAEL, PERGOLAKAN
PAS KEDAH, KHALWAT USTAZ PKR, SKANDAL PASIR DAN KONTRAK SELANGOR DAN
LAIN-LAIN LAGI.
BAHKAN TIDAK MUSTAHIL JASA BAIK KERAJAAN UNTUK MEMBANTU RAKYAT AKAN
MUSNAH APABILA KEMPEN PORNO DAN LUCAH INI DIGUNA UNTUK MENANAM KERAGUAN
TERHADAP PEMBANGKANG.
TUN MAHATHIR DAN JUGA YAB PERDANA MENTERI JUGA TIDAK PERNAH MENERIMA
KEMPEN LUCAH DAN PORNO YANG JELAS TIDAK BERETIKA DAN TIDAK AKAN MEMBANTU
MEMBINA MINDA YANG BERKUALITI SEPERTI ENTRI PANGLIMA SIARKAN SEBELUM
INI :
UNTUK MEMAHAMI KENAPA KEMPEN INI DIANJURKAN, ARTIKEL DI BAWAH INI SESUAI UNTUK DIBACA.
Oleh: GreenHood
“What doesn’t kill you makes your stronger, stand a little taller...”, kata Kelly Clarkson dalam lagu terbarunya.
Saya harus bersetuju dengan apa yang dikatakan olehnya. Sewajarnya orang
UMNO khususnya dan penyokong BN amnya sedar bahawa ini boleh
teraplikasi dalam kehidupan harian. Lebih khusus... dalam politik
harian.
Mari ambil contoh isu politik semasa.
Berapa kali Anwar Ibrahim dikaitkan dengan salah laku moral... SEKS!
Anwar Ibrahim pertama kali dilibatkan dengan salah laku seks pada tahun
1998. Sewaktu itu zaman Mahathir menjadi perdana menteri. Akhirnya Anwar
sangkut dan dipenjarakan. Tapi bukan atas kesalahan seks. Beliau
dipenjarakan kerana salah guna kuasa. Tidak kiralah kalau pun dalam
penghakiman ada menyebut bahawa mahkamah mempercayai perlakuan seks
songsang berlaku atau tidak. Turut dikaitkan dengan Anwar pada masa
tersebut adalah seorang wanita bernama Norlaila. Yang mendakwa dirinya
bersetubuh dengan Anwar dan membuat pengakuan ke pejabat agama Islam
yang berkaitan.
Lucunya, hingga kini tiada pertuduhan dikenakan ke atas Anwar bersangkut paut dengan dakwaan Norlaila.
Selepas bebas dari penjara, sekali lagi Anwar dikenakan tuduhan salah
laku seks dikenali sebagai kes ‘liwat II’. Belum pun selesai
penghakiman, beliau disensasikan dengan kes ‘china doll’. Semuanya
berlaku dalam sekelip mata.
Media perdana mahu pun maya mensensasikan isu-isu seks Anwar melebihi
keputusan mahkamah. Kalau pun end game kes ‘trio Datuk T’ menyebut dalam
penghakimannya bahawa terdapat bukti jelas bahawa 99.9% pelaku seks
dalam video tersebut adalah Anwar, yang menjadi pertikaian umum adalah
mengapa Anwar tidak disabitkan bersalah. Yang bersalah adalah ‘trio
Datuk T’ dan mereka yang terlibat dihukum membayar denda.
Menjelang ‘901’, Anwar terbukti kebal dari tuduhan seks yang dikenakan
ke atasnya. Empat percubaan semenjak 1998 hingga 2012 - terbukti tiada
satu pun kes yang mensabitkan beliau bersalah.
Apa yang berjaya hanyalah pembentukan persepsi. Persepsi bahawa Anwar adalah seorang ‘kaki seks’. Selain dari itu...nothing !
Anwar dengan senang hati bergerak ke sana ke mari. Malah mengelilingi
dunia memberitahu bahawa dirinya adalah mangsa konspirasi politik pihak
yang menentangnya. Semua pertuduhan seks yang dikenakan ke atasnya sama
ada melalui pertuduhan rasmi iaitu mahkamah atau kata nista berbentuk
cacian dan makian, semuanya hanyalah untuk menjatuhkan reputasinya
sebagai seorang ahli politik.
Anwar bangkit dengan membawa harapan rakyat. Kononnya memperjuangkan hak
rakyat yang selama ini ditindas oleh kerajaan sedia ada. Kerajaan yang
tidak pernah berubah semenjak kemerdekaan. Produk yang cuba ‘dijual’
oleh Anwar bukannya salah laku seks kepimpinan utama kerajaan. Bukan
salah laku seks menteri-menteri kabinet kerajaan persekutuan. Sebaliknya
produk yang ‘dijual’ oleh Anwar adalah rasuah, korupsi, kronisme,
nepotisme dan berbagai lagi yang menyentuh secara langsung akan
kepentingan rakyat.
Selebihnya, produk ‘seks’ yang dijual oleh UMNO-BN bukan sahaja tidak
dapat membunuh Anwar bahkan menguatkan lagi diri Anwar dan pakatan
pembangkang.
ARTIKEL ASAL : http://www.kritis-online.com/
Comments
Post a Comment