PENJELASAN ISU HUDUD - SIRI 1
Saban tahun di Negeri Kelantan Darul
Naim, di bawah Kepimpinan YAB Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik
Mat, dianjurkan Sambutan Hari Hududullah, sebagai satu usaha ke arah
pelaksanaan dan memberi kefahaman kepada masyarakat Kelantan khususnya
dan masyarakat Malaysia amnya.
Biar pun Enakmen Kanun Jenayah Syariah
(II) 1993 tidak dapat dilaksanakan di negeri ini kerana dihalang
kerajaan pusat, namun sambutan Hari Hududullah tetap diadakan setiap
tahun.
Antara objektif sambutan Hari
Hududullah ialah menjana kesedaran masyarakat syariat dan undang-undang
Islam penyelesaian kepada masalah jenayah dan keruntuhan akhlak
manusia.
Ia tidak pernah menjadi isu kerana ia merupakan satu kelaziman dan jadual tetap kerajaan negeri, seperti jugalah Program Bulan Sembahyang dan lain-lain program seumpamanya. Entah kenapa, pada tahun ini, apabila salah seorang panel Dr.Asri mengulas tentang suasana Malaysia yang tidak kondusif untuk dilaksanakan Hudud.
Ia tidak pernah menjadi isu kerana ia merupakan satu kelaziman dan jadual tetap kerajaan negeri, seperti jugalah Program Bulan Sembahyang dan lain-lain program seumpamanya. Entah kenapa, pada tahun ini, apabila salah seorang panel Dr.Asri mengulas tentang suasana Malaysia yang tidak kondusif untuk dilaksanakan Hudud.
Posting siri pertama ini untuk menjawab Tuduhan UMNO yang PAS menggunakan Hudud sebagai meraih undi politik semata-mata.
Isu
nak laksana, memang tak semudah itu, tapi Kerajaan Kelantan sejak dari
awal 90an konsisten, memberi kefahaman kepada rakyat, setiap tahun
melaksanakan Hari Hududullah, membuat Seminar, Wacana, tujuannya untuk
menambah kefahaman ummah mengenai apa itu hudud.
Pemimpin UMNO kata, Kerajaan Kelantan guna Hudud utk kepentingan politik. Pada masa yg sama, apa yg UMNO buat untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang Hudud ?
Ada bincang Hudud dlm Perhimpunan Agung UMNO ?
Forum Perdana Hal Ehwal Islam terbitan JAKIM ada memforumkan tentang Hudud, Qisas dan Sistem Jinayah Islam ?
Posting akan datang, Untukrakyat.net akan berkongsi Teks Ucapan Rasmi Sambutan Hududullah oleh YAB Tuan Guru Dato Hj.Nik Abdul Aziz. Sila baca, teliti dan fahami, adakah ia bermotif politik atau ia jelas suatu usaha untuk menegak Syariat Allah dari Kerajaan Negeri Kelantan.
PENJELASAN ISU HUDUD - SIRI 2 ( Teks Ucapan Hari Sambutan Hududullah )
Ucapan Perasmian Sambutan Hari Hudud 1432
TEKS UCAPAN
YANG AMAT BERHORMAT TUAN GURU DATUK BENTARA SETIA
MENTERI BESAR KELANTAN
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI HUDUDULLAH
NEGERI KELANTAN
PADA : 22 SYAWWAL 1432H / 20 SEPTEMBER 2011M
BERTEMPAT DI DEWAN BESAR BALAI ISLAM, LUNDANG
KOTA BHARU, KELANTAN
JAM : 10.30 TENGAH HARI
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Firman Allah SWT Yang bermaksud :
Itulah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina. ( Surah Al-Nisa’ ayat 13-14 )
Alhamdulillah, setinggi-tinggi lafaz
syukur kita rakamkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat
dan keizinan daripadaNya, dapat kita bersama-sama berada di dalam
Majlis perasmian sambutan Hari Hududulullah negeri Kelantan darul naim
untuk kali ini. Tahniah saya ucapkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Kelantan di atas penganjuran sambutan ini. Saya
difahamkan tema untuk sambutan Hari Hududullah pada tahun ini ialah Hudud Satu Pencegahan dan Pendidikan, Bukan Hukuman.
Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.
Di dalam al-Quran,
perkataan hudud disebut sebanyak 11 kali di dalam 7 ayat yang
dirangkumi di dalam 5 surah yang berlainan. Daripada 7 ayat tersebut,
satu daripadanya membicarakan tentang hukum hakam puasa, tiga ayat
daripadanya membicarakan tentang hukum cerai dan iddah, satu ayat
membicarakan tentang hukum faraid atau pembahagian harta pusaka iaitu
ayat yang saya bacakan di awal ucapan tadi, satu ayat menceritakan sikap
orang-orang munafik yang suka melanggar hudud Allah dan satu ayat lagi
membicarakan tentang hukum zihar.
Penelitian terhadap ayat-ayat ini memberikan kefahaman kepada kita bahawa hudud bukanlah bermaksud hukuman ke atas penjenayah terhadap kesalahan-kesalahan seperti mencuri, berzina dan minum arak sahaja, tetapi lebih luas lagi ia mencangkupi semua batasan syariat yang ditentukan oleh Allah SWT.
Justeru, menjadi satu silap faham yang sangat dikesalkan apabila disebut hudud, ia digambarkan sebagai satu hukuman yang kejam terhadap pesalah dan dilabel sebagai primitif serta ketinggalan zaman. Sedangkan setiap pekara yang dibatasi oleh syariat dengan hukum halal dan haram dalam urusan hidup manusia turut disebut hudud Allah.
Contohnya makan minum, dihalalkan oleh
Allah SWT tetapi memakan perkara yang haram dikira melanggar hudud
Allah. Melunaskan tuntutan fitrah manusia untuk berpasangan dibenarkan
oleh Allah SWT melalui ikatan perkahwinan dan diharamkan jika dilakukan
melalui hubungan zina dan ia dianggap melanggar hudud Allah.
Kesimpulannya, setiap perkara yang haram melanggar perintah Allah SWT dianggap sebagai melanggar hudud Allah SWT. Rasulullah SAW mengumpamakan perbuatan melakukan perkara yang haram ini seperti menceroboh tanah larangan milik Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Kesimpulannya, setiap perkara yang haram melanggar perintah Allah SWT dianggap sebagai melanggar hudud Allah SWT. Rasulullah SAW mengumpamakan perbuatan melakukan perkara yang haram ini seperti menceroboh tanah larangan milik Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Ketahuilah bahawa setiap raja
mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya larangan Allah di
bumiNya adalah hal-hal yang diharamkanNya. Ketahuilah bahwa di dalam
tubuh ada seketul daging, apabila daging itu baik maka seluruh tubuh
itu baik. Dan apabila daging itu rosak maka seluruh tubuh itupun rusak.
Ketahuilah, itulah qalb (Hadis Riwayat Bukhari)
Hadirin yang dikasihi sekalian
Saya menyebut hakikat ini
kerana kekeliruan yang timbul atau sengaja ditimbulkan di dalam negara
kita bahawa hudud ertinya hukuman ke atas pesalah. Justeru, hudud
diwajahkan dengan wajah yang begitu buruk dan mengerikan. Seolah-olah
apabila hukum hudud dilaksanakan, semua tangan akan dipotong dan semua
batu akan dijadikan lontaran untuk pesalah.
Kita masih terngiang-ngiang kata-kata sinis yang dilontarkan sedikit masa lalu yang menyatakan “Jika mahu menikmati sup tangan, silalah ke Kelantan’ dan “akan habislah batu-batu di Kelantan digunakan untuk melontar pesalah zina..”. Sekalipun ia sudah lama diucapkan, tetapi hakikatnya kata-kata dan ucapan seperti inilah yang memberikan imej yang negatif terhadap undang-undang hudud yang merupakah hak Allah SWT untuk dilaksanakan di bumi ini.
Hasilnya, masyarakat bukannya semakin
dekat dengan Islam tetapi semakin jahil dan semakin jauh daripada
syariat Islam yang sebenar. Syariat Islam bukannya dilihat indah dam
cantik, tetapi dilihat primitif, ketinggalan zaman, ouf of date dan
sebagainya. Tanggapan seperti ini bukan sahaja berlegar di kalangan
non muslim bahkan masyarakat umat Islam sendiri masih keliru di dalam
memahami keindahan syariat Islam yang sebenar.
Kekeliruan dan kejahilan ini bertambah
parah apabila beberapa isu agama yang berlaku sejak akhir-akhir ini
tidak ditangani sebagaimana yang diajar oleh agama yang natijahnya
mengakibatkan Islam semakin dipandang serong oleh masyarakat. Isu-isu
seperti larangan non muslim memasuki masjid dan juga bacaan al-Quran di
pembesar suara misalnya, ditangani dengan wajah yang lebih cenderung
ke arah sentimen tanpa bimbingan ilmu yang sebenar. Hasilnya, sentiment
yang dibakar bertambah panas sedangkan panduan sebenar Islam
diketepikan.
Kenyataan Pemimpin UMNO yang Mempersenda HUDUD
Koleksi Kenyataan Pemimpin UMNO yang mempersenda Syariat Islam
(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa).
Di zaman itu nak cukur pun mudah ke?Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".
MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK
(Dr.
Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
"Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda
yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih
Islam".
Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".
(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas:
"Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".
MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA'
Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".
(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas:
"Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".
MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA'
(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih."
(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). " Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka".
Allah kata (berfirman): "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'" (Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir:28)
Rasullullah bersabda:
"Ulama' itu waris sekalian para Nabi"
"Ulama' itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi
"Ulama' itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya" (Muslim)
Lanjutan
dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom
ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana
bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana
menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah
Syariah.
http://www.untukrakyat.net/
Royal Call To Implement Islamic Law
Sultan Brunei Mahu Undang-Undang Islam dilaksana Segera |
Comments
Post a Comment