Khurafat Sangat Menyeramkan, Menggugurkan Jantung!
Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
FILEM: Khurafat
PENGARAH: Syamsul Yusof
PELAKON: Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Salina Saibi, Fauziah Nawi, Mariani, Nur Huda
PENERBIT: Skop Production
PENGARAH: Syamsul Yusof
PELAKON: Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Salina Saibi, Fauziah Nawi, Mariani, Nur Huda
PENERBIT: Skop Production
1
Sekali Imbas
Tidak dinafikan filem seram pertama arahan pengarah muda, Syamsul Yusof
ini sangat menyeramkan! Filem seram yang mengisahkan perjanjian
terlarang serta persengkolan antara manusia yang ditionjolkan ini
menggunakan teknik kesan bunyi yang berbeza dan sangat mengerunkan serta
boleh bikin gugur jantung.
Ulasan Penuh
Jika sebelum ini kebanyakannya filem dari Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23,Syamsul
Yusof berbentuk aksi seperti filem KL Drift, KL Gangster dan
sebagainya, namun kini penonton pasti terkejut dan berpuas hati dengan
percubaan pertamanya mengarahkan filem seram.
Percubaan Syamsul boleh dikatakan percubaan yang terbaik kerana dalam
filem Khurafat dia menggunakan atau menonjolkan teknik bunyi,
pencahayaan serta hantu yang berbeza dan lebih menggerunkan daripada
cerita hantu melayu lain. Terutama sekali, sistem dolby yang digunakan
sangat berkesan dan berjaya membuat penonton dikuasai oleh perasaan
takut dan disulami pula oleh cahaya yang suram dan scene yang suspen.
Ia terbukti daripada awal filem ini ditayangkan sehingga tamat,
panggung sentiasa bingit dengan jeritan ketakutan penonton. Bayangkan
sepanjang 90 minit filem ini berlangsung, tiada ketenangan yang
diperoleh. Sesuailah apabila filem ini diklasifikasikan sebagai 13PG dan
ibu mengandung serta yang ada penyakit jantung disarankan untuk tidak
menonton filem ini.
Khurafat berjaya menjelmakan elemen seram dan jalan cerita yang menarik
daripada pengarah muda berbakat ini. Biarpun baru pertama kali
mengarahkan filem genre seram, namun hasilnya sungguh memberangsangkan.
Tidak perlu adegan seksi melampau atau dialog yang sengaja mencetuskan
kontroversi, Syamsul nyata bijak memanipulasi setiap elemen di dalam
filem ini.
Selain itu, jalan ceritanya yang penuh suspen itu membuatkan ramai
penonton tidak dapat menyangka bagaimana pengakhiran ceritanya kerana
tekaan penonton pada permulaan ceritanya pasti berbeza atau tidak sama
apabila lihat bagaimana cerita ini ditamatkan.
Namun dari segi lakonan, Syamsul ini masih lagi berada ditahap common
dan seperti kita sudah jangkakan cara dia bercakap dan perwatakannnya
kerana hampir semua filem yang dilakonkannya karakternya masih sama dan
tidak ada banyak bezanya. Cuma kali ini Syamsul tidak lagi berpakaian
segak seperti orang-orang kaya serta membawa kereta mewah dan bekerjaya.
Manakala lakonan Liayana Jasmay kali ini sangat tidak menonjol dan
boleh dikatakan wataknya biasa-biasa sahaja. Cuma dia berpenampilan
berbeza dengan bertudung dan menjadi isteri kepada Syamsul. Dalam
usianya, bagi penulis dia tidak sesuai memegang watak sebagai seorang
isteri. Mungkin wataknya kali ini lebih limited dan tak banyak yang
boleh dilakukan dalam filem ini.
Antara pelakon yang patut dipuji pula adalah Sabrina Ali. Dia yang
membawa watak sebagai Anna, bekas kekasih Johan yang menyimpan dendam
berperwatakan seorang yang sangat psycho itu sangat berbeza dan
berkesan. Dalam filem ini penulis boleh katakan watak Sabrina Ali sangat
menonjol dan berkesan kepada penonton.
Terdapat scene yang seram yang jarang filem-filem seram tonjolkan
antaranya Syamsul mendukung jenazah yang sudah dikapankan di tengah
hutan waktu malam dan juga sewaktu Sabrina dimandikan serta diletakkan
dalam peti mayat. Sabrina juga akui ia satu pengalaman yang sangat
mengerikan dan berharga buatnya.
Sebagai pengarah, Syamsul pasti tidak lepas dari menggunakan aksi-aksi
stunt dalam filemnya. Jika dalam filem KL Drift dia menggunakan kereta
lumba sebenar untuk scene kemalangan, begitu juga dalam filem ini kerana
dia ada menyelitkan scene kemalangan van jenazah jatuh ke dalam gaung
bersama pemandu dan jenazah.
Sinopsis
Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang antara manusia dan syaitan.
Manusia sebagai insan yang lemah, membelakangkan Allah untuk memperoleh
apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan tipu daya
syaitan.
Kisah bermula dengan Johan (Syamsul Yusof), seorang pembantu perubatan di sebuah hospital berkahwin dengan Ayshah (Liyana Jasmay). Seawalnya, pasangan ini hidup aman dan bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada gangguan misteri yang berterusan.
Kisah bermula dengan Johan (Syamsul Yusof), seorang pembantu perubatan di sebuah hospital berkahwin dengan Ayshah (Liyana Jasmay). Seawalnya, pasangan ini hidup aman dan bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada gangguan misteri yang berterusan.
Tanda tanya dan trauma yang melanda ditambah dengan munculnya bekas
teman wanita Johan, Anna (Sabrina Ali). Walaupun mengetahui Johan sudah
berumahtangga dan bergelar suami yang sah kepada Ayshah, Anna masih
terus mengganggi dan merayu Johan menerimanya semula. Setelah ditolak
cintanya, Anna ditemui mati akibat bunuh diri. Kematian Anna adalah
kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup
Johan dan isterinya.
Comments
Post a Comment