5 Bahasa Tubuh Yang Menjadikan Seseorang Menarik
1. TAMPILKAN keyakinan walaupun perasaan takut didalam-
Sesiapa yang berkeyakinan pasti akan menarik minat pada sesiapa yang
melihatnya. Seseorang yang berkeyakinan selalunya berdiri tegak, bahu
yang sedikit terangkat dan dada yang terbuka. Mereka juga akan berjalan
lebih laju sedikit daripada orang kebiasaan. Selain daripada itu orang
yang berkeyakinan akan kurang mengerdip mata mereka. Pada kebiasaannya
seseorang akan mengerdip mata anta 8 hingga 16 kali setiap minit. Ada
pendapat pakar menyatakan sekiranya mengerdip mata sebanyak kurang
daripada 6 kali, ia menunjukkan mereka seorang yang tenang.
2. Kenali isyarat yang menunjukkan seseorang tertarik pada anda-
Walaupun tidak diluahkan dengan kata-kata, tetapi anda pasti dapat
mengagak pada seseorang yang tertarik pada anda melalui tingkahlaku
mereka. Beberapa contoh yang menunjukkan seseorang berminat adalah
seperti mengambil berat, cuba dapatkan perhatian dari seseorang, dan
sebagainya. Tanda-tanda ini mungkin kelihatan jelas, mereka mungkin
ingin menyampaikan sesuatu objektif secara tersirat. Ianya amat penting
khususnya lelaki dan akan membuatkan mereka lebih menarik.
3. Elakkan membuat isyarat yang membuatkan orang lain tdak selesa-
Sebagai contoh adalah ketika seseorang sedang bercerita atau meluahkan
sesuatu perasaan, jangan membuat kerja lain yang akan membuatkan mereka
tidak selesa. Mereka mungkin akan merasakan kehadiran mereka mengganggu
anda. Sekiranya anda betul-betul tidak ingin diganggu berterus terang
sahaja daripada melakukan isyarat yang menyinggung perasaan. Ini kerana
dengan menunjukkan isyarat akan memberi kesan lebih mendalam daripada
anda berterus terang.
4, Jangan tunjukkan anda seorang yang gelojoh atau terdesak-
Seseorang yang gelojoh atau terdesak untuk mendapatkan sesuatu pasti
dapat dikesan. Ini kerana kebiasaannya mereka akan cuba dengan cara
memaksa tanpa mereka sendiri sedari. Ia juga menunjukkan gambaran awal
pada orang lain bahawa mereka adalah golongan yang kurang mendapat
perhatian dan kasih sayang. Walaupun anda terlalu minat terhadap sesuatu
jangan sesekali tunjukkan gelojoh atau terdesak kerana dikhuatiri anda
pula akan dimanipulasi oleh orang lain yang mengmbil kesempatan terhadap
keterdesakan anda.
5. Senyum- Ini merupakan cara paling mudah untuk
seseorang kelihatan menarik. Dengan hanya memberi senyuman sudah cukup
untuk membuatkan orang lain tertarik pada anda. Ini kerana dengan
senyuman dapat memberi seribu satu tanggapan positif terhadap orang
lain. Ia bukannya hanya untuk diri sendiri kelihatan menarik, malah
mampu juga untuk memberikan keyakinan kepada orang lain.
Sumber
|
7 Salamun / 7 Ayat Keselamatan (Salamun) 7 Ayat Keselamatan (Salamun) ini dibaca masing-masing 7x setiap sehabis sholat subuh dan maghrib, InsyaAllah kita akan terbebas dari segala macam bahaya dan mendapat perlindungan Allah SWT 1. Salamun Qaulam Mirrabbirrahim 7x 2. Salamun Ala Ibrahim 7x 3. Salamun Ala Nuhin Fil Alamin 7x 4. Salamun Ala Musa Wa Harun 7x 5. Salamun Alaikum Thibtum Fadhkhuluna Khalidin 7x 6. Salamun Ala Ilyasin 7x 7. Salamun Hiya Hatta Mat La'il Fajr Telah kubaca ayat-ayat suci di dalam Qalam Ilahi, dalam surat As-Shaffat. Ada satu hal yang sangat membuat jiwa ini ikut merindukan untuk mendapatkannya. Di dalam surat As-Shaffat dikisahkan para Nabi dan Rasul yang mulia. Para utusan Allah tersebut mendapat ucapan salam. Sebuah salam yang sangat indah. Sangat indah sekali.. Karena salam itu berasal dari Ar-Rahim, Allah Yang Maha Penyanyang: “Salamun ‘ala nuhin fil ‘alamin.” “Kesejahteraan (Kami limpahkan) atas Nuh di seluruh alam.” “Salamun ‘...
Comments
Post a Comment