Mengapa Kita Tetap Perlukan Nasi?
SESETENGAH orang sanggup tak makan nasi selama berbulan-bulan
semata-mata nak menurunkan berat badan. Malah yang sampai bertahun-tahun
pun ada. Tapi, adakah cara tersebut praktikal?
Kita semua tahu bahawa nasi tinggi karbohidrat. Kalau diambil
berlebihan memang boleh menyebabkan kegemukan. Tetapi anda mesti sedar
bahawa ia boleh dielakkan jika diambil secara berpatutan. Tak gitu?
Sebagai contoh, katakanlah anda tak makan nasi. Tapi pada masa yang
sama anda memakan makanan lain secara berlebihan. Risiko untuk gemuk
tetap ada.
Baiklah, di sini terdapat 3 sebab kita tetap perlukan nasi setiap hari;
1. Meningkatkan “mood”
Karbohidrat membantu pengeluaran serotonin. Serotonin ni sejenis
bahan kimia dalam otak yang meransang perasaan gembira seseorang.
Kajian juga menunjukkan indvidu yang menjalani diet rendah
karbohidrat selama 1 tahun, lebih mudah tertekan, gelisah dan mudah
marah.
2. Mencegah lemak
Jangan tak percaya pula. Kajian daripada Journal of Nutrition
mendapati pengambilan sarapan yang mengandungi karbohidrat tidak
menaikkan paras gula dalam darah. Sekiranya anda mengambil karbohidrat 3
jam sebelum latihan atau melakukan sebarang aktiviti, ia membantu membakar lemak berlebihan.
3. Meningkatkan tahap ingatan
Kajian daripada Tufts University pula mendedahkan bahawa wanita yang
menjalani diet rendah karbohidrat selama 1 minggu mengalami kekurangan
daripada segi tahap daya ingatan.
Tahap ingatan mereka lebih rendah berbanding mereka yang menjalani diet rendah kalori.
Kesimpulannya, bagi yang bimbang nasi akan menyebabkan kegemukan
ubahlah persepsi anda mulai sekarang. Ambil nasi pada kuantiti yang
sepatutnya seiring dengan keperluan tubuh anda. Sebagai alternatif, anda
boleh mengambil beras perang sebagai ganti.
Sumber
Comments
Post a Comment