BAB SYURGA
|
Bab masuk syurga setelah disiksa dalam
neraka
|
عَنْ أَبِى سَعِيْدٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَّا أَهْلُ النَّارِ الَّذِيْنَ هُمْ أَهْلُهَا فَأِنَّهُمْ لا يَمُوتُونَ فِيْهَا وَلا يَحْيُوْنَ وَلَكِنْ نَاسٌ أَصَا بَتْهُمُ النَّارُ بِذُنُوبِهِمْ أَوْ قَالَ بِخَطَايَاهُمْ فَأَمَا تَهُمْ اِمَاتَةً حَتَّ اِذَاكَانُوا فَحَمَا أُذِنَ بِالشَّفَاعَةِ فَجِئَ بِهِمْ صَبَائِر فَبُشُّوا عَلَى أَنْهَارِ الْجَنَّةِ ثُمَّ قِيْلَ يَاأَهْلَ الْجَنَّةِ أَفِيْضُوا عَلَيْهِمْ فَيَنْبُتُونَ نَبَاتَ الْحَبَّةِ تَكُونُ فِي حَمِيلِ السَّيْلِ |
Dari Abu Said, katanya :
" :Bersabda Rasulullah s.a.w. : " Bahawa penghuni neraka yang abadi, selamanya tidak akan mati dan sentiasa hidup menderita. Tetapi ada pula kaum yang dibakar sekadar dosanya, kemudian di matikan, setelah menjadi arang, datanglah pembelaan. Golongan itu di bawa sekelompok-sekelompok lalu diseahkan kepada sungai syurga, kemudian penghuni syurga diperintahkan supaya menyelamkan dan meratakan air atas tubuh kaum itu. Akhirnya tumbuhlah arang-arang itu seperti tumbuhnya jenis-jenis biji yang terdampar dibawa oleh air bah." |
Hadis sahih riwayat Muslim
|
Bab peluang terakhir memasuki syurga |
عَنْ أَبِى سَعِيدٍ
الْخُدْرِى عَنِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَدْ خُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ وَاَهْلُ النَّارِ النَّارَ. ثُمَّ يَقُولُ اللهُ تَعَالَى أَخْرِجُوا مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ اِيمَانٍ . فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا وَقَدِ اسْوَدُّوا فَيُلْقَونَ فِى جَانِبِ السَّيْلِ أَلَمْ تَرَ أَنَّهَا تَخْرُجُ مَفْرَاءَ مَلْتَوِيَةً. قَالَ وَهَبٌ حَدَّثَنَا عَمْرُو الْحَيَاةِ وَقَالَ خَرْدَلٍ مِنْ خَيْرٍ |
Dari Abu Sa'id Al Khudri dari Nabi s.a.w. bersabda : |
"Para ahli syurga memasuki syurga dan para ahli neraka memasuki neraka |
pada hari kiamat nanti, kemudian Allah Taala berfirman kepada malaikat |
penjaga neraka : "Keluarkanlah setiap orang yang di dalam hatinya ada |
keimanan sekalipun seberat timbangan sebiji sawi. Orang tersebut |
lalu dikeluarkan dari neraka, sedangkan tubuh mereka sudah menjadi |
hitam pekat semuanya. Mereka lalu dimasukkan dalam sungai yang |
dinamakan Nahrul Haya (Sungai Kehidupan) . Malik iaitu salah seorang |
yang meriwayatkan hadith ini merasa ragu-ragu nama sungai itu, |
apakah haya atau hayat. Orang orang tadi kemudian tumbuh |
menjadi manusia semula, sebagaimana tumbuh biji yang ada disamping |
air bah. Adakah kamu tidak mengetahui bahawa biji itu tumbuhnya |
dengan mengeluarkan batang yang berwarna kuning dan akhirnya berdaun |
rendang? Wuhai berkata : "Kami diberitahu oleh Amr bahawa nama sungai itu |
hayat dan ia berkata pula dengan perubahan khardal min khair |
(maknanya sebiji sawi dari kebaikan, bukan sebiji sawi keimanan) |
Hadis sahih riwayat Bukhari |
Bab roh syuhada di syurga
|
عَنْ مَسْرُوقٍ قَالَ سَأَلْنَا
عَبْدَاللهِ عَنْ هَذِهِ الَايَةِ وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِيْنَ قُتِلُوا فِى سَبِيلِ اللهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يَرْزُقُونَ قَالَ أَمَا إِنَّا قَدْ سَأَلَنَا عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ اَروَاحُهُمْ فِى جَوْفِ طَيْرٍ خُضْرٍ لَهَا قَنَا دِيلُ مُعَلَّقَةٌ بِالْعَرْشِ تَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شَاءَتْ ثُمَّ تأْوِى إِلَى تِلْكَ الْقَنَادِيْلِ فَا طَّلَعَ إِلَيْهِمْ رَبُّهُمْ إِطِّلاعَةً فَقَالَ هَلْ تَشْتَهُوْنَ شَيْئًا قَالُوا أَيَّ شَئٍ نَشْتَهِى وَنَحْنُ نَسْرَحُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ شِئْنَا فَفَعَلَ ذَلِكَ بِهِمْ ثَلاثَ نَرَّاتٍ فَلَمَّا رَأَوْا اَنَّهُمْ لَنْ يُتْرَكُوا مِنْ أَنْ يُسْأَلُوا قَالُوا يَارَبِّ نُرِيْدُ أَنْ تَرُدَّا رَوْاحَنَا فِى أَجْسَادِ نَا حَتَّى نُقْتَلَ فِى سَبِيْلِكَ مَرَّةً أُخْرَى فَلَمَّا رَأْىَ أَنْ لَيْسَ لَهُمْ حَاجَةٌ تُرِكُوا |
Dari Masruq r.a katanya : "Kami menanyakan kepada Abdullah tentang pengertian ayat : "Janganlah kamu anggap orang yang mati terbunuh di jalan Allah itu orang mati, Tidak! Mereka orang-orang hidup, memperoleh rezeki daripada Tuhannya" (Al Imran : 169)". Abdullah menjawab : "Sesungguhnya kami telah menyanyakan hal itu (kepada Nabi) dan beliau menjawab : "Arwah mereka dalam rongga burung yang berwarna hinau mempunai kandil (lampu) yang tergantung di 'Arasy. Bebas pergi ke mana-mana dalam syurga, sekehendaknya. Kemudian dia pulang kembali ke dalam kandil tadi. Tuhan memerhatikan mereka pada satu kali dan menanyakan : Adakah lagu sesuatu yang kamu inginkan?" Mereka menjawab : "Apakah lagi yang kami inginkan, sedangkan kami bebas pergi ke mana-mana dalam syurga sekehendak hati kami. Tuhan mengulang pertanyaan sampai tiga kali. Setelah mereka mengetahui, bahawa mereka tetap akan ditanyai, mereka menjawab : "Ya Tuhan! Kami ingin supaya Engkau kembalikan arwah kami ke dalam tubuh kami, sampai kami mati terbunuh sekali lagi dalam perjuangan di jalan Engkau." Setelah Tuhan mengetahui, bahawa mereka tiada mempunyai keinginan lain, mereka tidak ditanyai lagi." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
Bab melihat Allah dalam syurga |
عَنْ اَبِى هُرَيرَةَ أَنْ نَا
سًا قَالُوا لِرَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يَا رَسُولَ اللهِ هَلْ نَرِى رَبَّنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلّم هَلْ تُضَارُّونَ فِى رُؤيَةِ القَمَرِلَيْلَةَ الْبَدْرِ قَالُوا لا يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ هَلْ تُضَارُّونَ فِى الشَمْسِ لَيسَ دُونَهَا سَحَابٌ قَالُوا لا يَا رَسُولَ اللهِ قَالُ فَاِنَّكُم تَرَوْنَهُ |
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Bertanya
orang banyak kepada Rasulullah s.a.w. : Apakah kami akan melihat Zat Allah di hari kiamat kelak ya Rasulullah? Jawab beliau : "Apakah kamu terhalang memandang bulan purnama raya? Jawab mereka itu : "Tidak !". Berkata pula Rasulullah s.a.w. "Adakah kamu sukar melihat matahari ketika tidak awan menutupinya?" Jawab mereka itu : "Tidak tuan!""Maka berkata Rasulullah s.a.w. : "Demikianlah jelasnya kamu akan dapat melihat Allah kelak." |
كَذَلِكَ يَجْمَعُ اللهُ
النَّاسَ يَومَ القِيَّامَةِ فَيَقُولُ مَنْ كَانَ يَعْبُدُ شَيْئاً فَلْيَتَّبِعْهَ فَيَتَّبِعُ مَنْ كَانَ يَعْبُدُ الشَّمْسَ الشَّمْسَ وَيَتَّبِعَ مَنْ كَانَ يَعْبُدُ الْقَمَرَ الْقَمَرَ مَنْ كَانَ يَعْبُدُ الطَّوَاغِيْتَ الطَّوَاغِيْتَ وَتبْقَى هَذِاهِ الامَّةُ فِيْهَا مُنَافِقُوهَا |
Kemudian
Rasulullah s.a.w.meneruskan perkataannya, kata beliau : "Pada hari kiamat nanti Allah akan mengumpulkan semua manusia lalu bertitah : "Hendaklah tiap-tiap orang mengikut siapa/apa yang disembahnya didunia" Mendengar itu maka penyembah matahari mengikut matahari, penyembah bulan mengikut bulan, pemuja thoghut mengikut thoghut dan di dalam rombongan mu'min (yang belum bergerak) terdapat pula kaum munafiq. |
فَيَأتِيْهُمُ اللهُ تَبَارَكَ
وَتَعَالَى فِى صُورَةِ غَيْرِ صُورَتِهِ الَّتِى يَعْرِفُونَ فَيَقُولُ أَنَا رَبُّكُمْ فَيَقُولُونَ نَعُوذً بِاللهِ مِنْكَ هَذَا مَكَانُنَا حَتَّى يَأتِيَنَا رَبَّنَا فَاِذَا جَاءَ رَبَّنَا عَرَفْنَاهُ |
Kemudian Allah taala datang kepada mereka itu
dengan wajah yang tidak dikenal, lalu berkata : "Aku Tuhanmu." Maka jawab mukminin : "Kami berlindung kepada Allah dari godaanmu!" Kami tidak akan bergerak dari sini sebelum datang Tuhan kami yang sejati, dan apabila Ia datang kepada kami, dapat kami mengenalNya." |
فَيَأتِيْهُمُ اللهُ وَتَعَالَى
فِى صُورَتِهِ الَّتِى يَعْرِفُونَ فَيَقُولَ أَنْا رَبُّكُم فَيَقُولُ أَنْتَ رَبُّنَا فَيَتَّبِعُونَهُ وَيُصْرِبُ الصِّرَاطُ بَيْنَ ظَهْرَى جَهَنَّمَ فَاَكُونُ أَنَا وَأُمَّتِى أَوَّلَ مَنْ يُجِيْزُ وَلا يَتَكَلَّمَ يَوْ مَئِذٍ اِلا الرُّسُلُ وَدَعْوَى الرُّسُلِ يَوْمَئِذٍ اللَّهًمَّ سَلِّمْ سَلِّمْ وَفِى جَهَنَّمَ كَلالِيبُ مِثْلُ شَوكِ السًّعْدَانِ هَلْ رَأَيْتُمُ السًّعَدَانَ قَالُوا نَعَمْ يَا رَسُولُ اللهِ قَالَ فَاِنَّهَا مِثْلُ شَوْكِ السَّعْدَانِ غَيْرَ أَنَّهُ لا يَعْلَمُ مَا قَدْرُ عِظَمِهَا اِلا اللهُ تَخْطَفُ النَّاسَ بِأَعْمَالِهِمْ فَمِنْهُمْ المُوْمِنُ بَقِىَ بِعَمَلِهِ وَمِنْهُمْ النُجَازَى |
Setelah itu Allah taala datang kepada mereka
dengan rupaNya yang dikenal oleh orang-orang Mu'min itu, lalu berkata : "Aku Tuhanmu". Maka dijawab kaum mu'min : "Benar, Engkaulah Tuhan kami, mereka itupun segera mengikutNya" Berkata pula Rsulullah s.a.w. "Nun disana di atas api neraka dibentangkan titian, maka umatkulah yang pertama-tama menyeberang titian itu. Pada saat itu tak seorang pun dibenarkan berbicara kecuali Rasul-rasul pesuruh Allah; seruan Rasul-rasul ketika itu : Oh Tuhan! selamatkanlah, selamatkanlah!" Ditengah-tengah api neraka itu terdapat banyak besi-besi melengkung seperti lengkung pancing, seperti duri sa'dan." Kata Rasulullah s.a.w. kepada sahabat-sahabat yang hadir : "Adakah kamu pernah melihat sa'dan?" Jawab mereka : "Ya !" "Seperti duri sa'dan itulah bentuk besi-besi itu, hanya saja besarnya tidak terkira, dan itu kelak yang akan mengait manusia yang sedang meniti, menurut imbangan dosa masing-masing. Yang beriman akan terlepas dari kaitannya dan yang berdosa, terkena , tetapi akhirnya dilepaskan. |
حَتَّى إِذَا فَرَغَ اللهُ مِنَ القَضَاءِ بَيْنَ الْعِبَادِ وَأَرَادَ اَنْ يُخْرجَ بِرَحْمَتِهِ مَنْ أَرَادَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ أَمَرَ المَلائِكَةَ أَنْ يَخْرُجُوا مِنَ النَّارِ مَنْ كَانَ لا يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا |
Setelah Allah selesai mengadili
hamba-hambaNya dan berkehendak dan mengeluarkan penghuni neraka dengan rahmatNya, dititahkanNya kepada malaikat-malaikat untuk mengeluarkan mereka yang diberiNya rahmat, kerana di dunia mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun. |
مِمَّنْ أَرَادَ اللهُ تَعَالَى
أَنْ يَرْحَمَهُ مِمَّنْ يَقُولُ لا اِلهَ الا الله فَيَعْرِفُو نَهُمْ فِى النَّارِ يَعْرِفُونَهُم بِأَثَرِ السُّجُودِ تَأكُلُ النَّارُ مِنَ ابْنِ آدَمَ اِلا أَثَرَ السُّجُودِ حَرَّمَ اللهُ عَلَى النَّارِ أَنْ تَأكُلَ أَثَرَ السُّجُودِ فَيَخْرُجُوْنَ مِنَ النَّارِ |
Malaikat-malaikat yang mendapat perintah
itupun dapat mengenal orang-orang yang berkata "tiada tuhan yang disembah kecuali Allah" dengan adanya bekas sujud sembahyang yang memang tidak dimakan api neraka. |
وَقَدِ امْتَحَشُوا فَيُصَبُّ
عَلَيْهِمْ مَاءُ الْحَيَاةِ فَيَنْبُتُونَ مِنْهُ كَمَا تَنْبُتُ الحِبَّةُ فِى حَمِيْلِ السَّيْلِ |
Kemudian segeralah Malaikat-malaikat itu
mengeluarkan mereka dalam keadaan hangus rentung, kemudian dituangkan ketubuh masing-masing air hidup, maka tumbuhlah masing-masing kerana air itu seperti tumbuhnya jenis biji setelah banjir surut. |
ثُمَّ يَفرُغُ اللهُ تَعَالَى
مِنَ الْقَضَاءِ بَيْنَ الْعِبَادِ وَيَبْقَى رَجُلٌ نُقْبِلٌ بِوَجْهِه عَلَى النَّارِ وَهُوَ آخِرُ أَهْلِ الْجَنَّةِ دُخُولاً الْجَنَّةَ قَيَقُولُ أَىْ رَبِّ اصْرِفْ وَجْهِى عَنِ النَّارِ فَاِنَّهُ قَدْ قَشَبَنِى رِيْحُهَا وَاَحْرَ قَنِى ذَكَاؤُهَا فَيَدْ عُو اللهَ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ يَدْ عُوَهُ |
Setelah hal itu selesai seluruhnya, rupanya
disana masih tinggal seorang lelaki yang menghadap mukanya ke neraka dialah yang terakhir sekali masuk ke dalam syurga. Kepada Allah ia bermohon dengan bersungguh-sungguh aar mukanya dapat dipalingkan dari api neraka itu, dengan alasan bau dan nyalaannya telah menghancur luluhkan dirinya. Demikianlah permohonan itu berkali-kali diulangnya |
ثُمَّ يَقُولُ اللهُ تَبَارَكَ
وَتَعَالَى هَل عَسَيْتَ
إِنْ فَعَلْتُ ذَلِكَ بِكَ أَنْ تَسأَلَ غَيْرَهُ فَيَقُولُ لا أَسْأَلُكَ عَيْرَهُ وَيُعْطِى رَبَّهُ مِنْ عُهُودٍ وَمَوَا ثِيْقَ مَا شَاءَ اللهُ فَيَصْرِفُ اللهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّار فَاِذَا أَقْبَلَ عَلقى الْجَنَّةِ وَرَآهَا سَكَتَ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ يَسْكُتَ |
Kemudian Allah berkata kepadanya "Kalau Aku
kabulkan permintaan ini apakah tak ada permohonan yang lain lagi?" Jawab orang itu : "Tidak!" dan ia berjanji keras kepada Allah bahawa ia tidak akan meminta sesuatu apapun lagi. Permohonan orang itupun dikabulkan Allah taala. Setelah terlihat olehnya kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama |
ثُمَّ يَقُولُ أَىْ رَبِّ
قَدِمْنِى اِلَى بَابِ الْجَنَّةِ فَيَقُولُ اللهُ لَهُ الَيْسَ قَدْ أَعْطَيْتَ عُهُودَكَ وَمَوَا ثِيْقَكَ لا تَسْأَلُنِى غَيْرَ الَّذِى أَعْطَيْتُكَ وَيْلَكَ يَاابْنَ آدَمَ مَا أغْدَرَكَ فَيَقُولُ أَىْ رَبِّ وَيَدْعُو اللهَ حَتَّى يَقُولَ لَهُ فَهَلْ عَسَيْتَ اِنْ أَعْطَيْتُكَ |
Kemudian ia bermohon lagi kepada Allah agar
dapat disampaikan ke pintu syurga itu, Berkata Allah kepadanya ;" Bukankah engkau telah berjanji keras tak akan meminta apa-apa lagi?" Celaka anak Adam ini! Alangkah pemungkirnya! Maka orang itupun bermohon kedua kalinya kepada Allah serta berjanji pula tak akan menambah permohonannya lagi. |
ذَلِكَ أَنْ تَسْأَلَ غَيْرَهُ
فَيَقُولُ لا وَعِزَّتِكَ فَيُعْطِى رَبَّهُ مَا شَاءَ اللهُ مِنْ عُهُودٍ وَمَوَا ثِيْقَ فَيُقَدّنُهُ اِلَى بَابِ الْجَنَّةِ |
Setelah permohonan orang itu dikabulkan Allah
dan terlihatnya kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama. Kemudian ia bermohon kepada Allah agar dapat disampaikan kepintu syurga. |
فَاِذَا قَامَ عَلَى بَابِ
الْجَنّةِ انْفَهَقَتْ لَهُ الْجَنَّةُ فَرَأَى مَا فِيْهَا مِنَ الْخَيْرِ وَالسُّرُورِ فَيَسْكُتُ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ يَسْكُتَ ثُمَّ يَقُولُ أَىْ رَبِّ أَدْخِلْنِى الْجَنَّةَ فَيَقًولُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَلَى لَهُ أَلَيْسَ قَدْ أُعْطَيْتَ عُهُودَكَ وَمَوَا ثِيْقَكَ أَنْ لا تَسْأَلَ غَيْرَ مَا أُعْطِيْتَ وَيْلَكَ يَاابْنَ آدَمَ مَا أَغْدَرَكَ فَيَقُولُ أَىْ رَبِّ لا أَكُونُ أَشْقَى خَلْقِكَ فَلا يَزَالُ يَدْعُو اللهَ حَتَّى يَضْحَكَ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَلى مِنْهُ فَاِذَا ضَحِكَ اللهُ مِنْهُ قَالَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ |
Setelah ia tiba disana terbukalah pintu
syurga itu selebar-lebarnya, dan dilihatnya segala kenikmatan dan kegembiraan, kemewahan yang ada didalamnya. Ia tercengang ta'jub dab terpaksa tak dapat berkata-kata. Kemudian ia bermohon pula ketiga kalinya agar dapat dimasukkan ke dalamnya, seraya berjanji seperti janji yang lampau. Alangkah pemungkirnya kamu hai anak Adam! kata Allah taala kepadanya. Jawabnya Oh Tuhan! jangan kiranya hamba ini menjadi orang-orang yang celaka-celakanya. Demikianlah permohonan itu diulang-ulang, akhirnya tertawalah Allah taala seraya bertitah : "Masuklah engkau ke dalam syurga ini!" |
فَاِذَا دَخَلَهَا قَالَ اللهُ
لَهُ تَمَنَّهْ فَيَسْأَلُ رَبَّهُ وَيَتَمَنَّى حَتَّى اَنَّ اللهَ لَيُذَكِّرُهُ مِنْ كَذَا وَكَذَا حَتَّى اِذَا انْقَطَعَتْ بِهِ الأَ مَا نِىُّ قَالَ اللهُ تَعَلَى ذلِكَ لَكَ وَمِثْلُهُ مَعَهُ |
Maka apabila masuk ke dalamnya , bertitahlah
Allah : "Sekarang dapatlah engkau mencita-citakan apa saja keinginanmu!" Orang itupun segera bermohon berbagai-bagai permintaan dan mencita-cita bermacam-macam keni'matan sehingga Allah taala memperingatkannya kepada soal-soal yang tertentu dari kenikmatan yang tak diketahuinya. Akhirnya apabila orang itu telah merasa puas, berkatalah Allah taala kepadanya: "Ni'matilah kemewahan yang telah ada ini, bahkan akan ditambah lagi dengan berbagai ni'mat sebanyak itu pula. |
Hadis sahih riwayat Muslim |
Bab keluasan syurga |
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ مَسْعُودٍ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم اِنِّى لأَ عْلَمُ آخِرَ أَهْلِ النَّارِ خُرُوجًا مِنْهَا وَآخِرَ أَهْلِ الْجَنَّةِ دُخُولا ً الْجَنَّةَ رَجُلٌ يَخْرُجُ مِنَ النَّارِ حَبْوًا فَيَقُولُو اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَهُ اذْهَبْ فَادْ خُلِ الْجَنَّةَ فَيَأْتِيَهَا فَيُخَيَّلُ اِلَيْهِ أَنَّهَا مَلأَى فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْ تُهَا مَلأَى فَيَقُولُ اللهُ تَبَرَكَ وَتَعَالَى لَهُ اذْهَبْ فَادْ خُلِ الْجَنَّةَ قَالَ فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ اِلَيْهِ أَنَّهَا مَلأَى فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتَهَا مَلأَى فَيَقُولُ اللهُ لَهُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ فَاِنَّ لَكَ مِثلَ الدُّنْيَا وَعَشَرَةَ أَمْثَالِهَا أَوْ اِنَّ لَكَ عَشَرَةَ أَمْثَالِ الدُّنْيَا قَالَ فَيَقُولُ أَتَسْخَرُبِى أَوْ أَتَضْحَكَ بِى وَأَنْتَ المَلِكُ قَالَ لَقَدْ رَايْتُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلّم ضَحِكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ قَالَ فَكَانَ يَقُولُ ذَاكَ أَدْ نَى أَهْلِ الْجَنَّةِ مَنْزِلَةُ |
Dari Abdullah bin Mas'ud katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. "Saya mengetahui orang yang terakhir keluar dari neraka dan terakhir pula masuk syurga; iaitu seorang lelaki keluar dari api neraka sambil merangkak. Berkata Allah taala kepadanya : "Pergilah engkau masuk syurga!" Orang itu pun segera berjalan . Sesampai di sana, dilihatnya seolah-olah syurga telah penuh sesak, orang itu lalu kembali kepada Allah dan berkata : "Ya Allah! hamba dapati syura itu telah penuh sesak, " Berkata Allah taala kepadanya : "Pergilah masuk! Orang itu kembali lagi dan dilihatnya masih dalam keadaan penuh, kerana itu ia kembali pula mengadap Allah menceritakan keadaannya seperti semula. Demikianlah orang itu pulang pergi berkali-kali antara syurga dan hadrat Allah taala. Akhirnya berkata Allah kepadanya : "Masuklah engkau ke dalam syurga ini! Untukmu seluas dunia dan ditambah sepuluh kali seluas dunia ". Maka orang itu berkata : "Apakah Tuhanku mengejek hamba? Sedang Tuhanku Raja". Kata Abdullah : "Saya lihat Rasulullah s.a.w. tertawa sehingga nampak gerahamnya seraya berkata : "Orang itulah yang dikatakan penghuni syurga yang terendah darjatnya". |
Hadis sahih riwayat Muslim |
عَنْ انس بن مالك قال قال رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم آتِى بَابَ الْجَنَّةِ يَومَ الْقِيَامَةِ فَأَسْتَفْتِحُ فَيَقُولُ الْخَازِنُ مَنْ اَنْتَ فَأَقُولُ مُحَمَّدٌ فَيَقُولُ بِكَ أُمِرْتُ لا أَفْتَحُ لا حَدِ قَبْلَكَ |
Dari Anas bin Malik , katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Pada hari kiamat nanti saya datang ke pintu syurga lalu minta dibukakan. Maka kata penjaga pintunya : "Siapakan engkau?" Jawabku : "Muhammad" maka kata penjaga itu : "Tuanlah yang saya tunggu-tunggu dan tidaklah dapat ku bukakan kepada orang lain sebelum tuan". |
Hadis sahih riwayat Muslim |
Bab syahadah |
عَنْ عُثْمَانَ قَالَ قَالَ |
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم |
مَنْ مَاتَ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ لا اله الا الله دَخَلَ الْجَنَّةَ |
Dari Usman bin Affan r.a. katanya : |
"Bersabda Rasulullah s.a.w. : |
"Barang siapa mati dalam keadaan yakin kepada tujuan syahadat itu |
akan masuk syurgalah dia." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
Bab Amal yang mendekati syurga |
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ |
قُلْتُ يَا نَبِىَّ اللهِ أَىُّ الاعْمَالِ أَقْرَبُ اِلَى الْجَنَّةِ |
قَالَ الصَّلاةُ عَلَى مَوَا قِيتِهَا قُلْتُ وَمَاذَا يَا نَبِى اللهِ |
قَالَ بِرُّ الْوَالِدَيْنَ قُلْتُ وَمَاذَ يَا نَبِى اللهِ |
قَالَ الجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللهِ |
Dari Abdullah bin Mas'ud katanya : |
"Kataku kepada Rasulullah s.a.w. " "Pekerjaan mana yang terdekat dengan syurga?" |
Jawab beliau : "Sembahyang pada waktu-waktunya. " Dan apa lagi? |
jawab beliau "Berbakti kepada ibu bapa" Dan apa lagi? |
"Jawab beliau : "Berjihad pada jalan Allah." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
Bab Melihat Allah di Syurga |
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ شَقِيقٍ قَالَ قُلتُ لابِى ذَرٍّ لَورَأَيْتُ |
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم |
لَسَأَلْتُهُ فَقَالَ عَنْ أَىِّ شَىْ ءٍ كُنْتَ تَسْأَلُهُ |
قَالَ كُنْتُ أَسْأَلُهُ هَلْ رَأَيْتَ رَبَّكَ |
قَالَ أَبُو ذَرِّ قَدْ سَأَلْتُ فَقَالَ رَأَيْتُ نُورًا |
Dari Abdullah bin Syaqiq katanya : |
"Kataku kepada Abu Zar: Sekiranya saya berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. |
nescaya kutanyakan kepada beliau satu soalan |
Kata Abu Zar : "Tentang apa?" Jawab Abdullah : |
"Apakah tuan melihat Allah? Kata Abu Zar: |
"Itu pernah kutanyakan kepada beliau |
dan dijawabnya : "Saya hanya melihat cahaya (nur)." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
Bab Nabi pertama masuk syurga |
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ |
النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم |
أَنَا أَوَّلَ شَفِيعٍ فِى الْجَنَّةِ لَمْ يُصَدُّقْ نَبِىٌّ مِنَ الانْبِيَا |
مَا صُدِّقْتُ وَاِنَّ مِنَ الانْبِيَاءِ نَبِيًّا |
مَا يُصَدِّقُهُ مِنْ أُمَّتِهِ اِلا رَجُلٌ وَاحِدٌ |
Dari Anas bin Malik r.a. katanya : |
Bersabda Rasulullah s.a.w. : |
"Sayalah pembela yang pertama di dalam syurga kelak, |
tidak ada seorang Nabi pun yang mendapat pengikut sebanyak pengikutku, |
bahkah ada Nabi yang hanya mempunyai seorang perngikut saja." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
Bab penghasut terhalang ke syurga |
عَنْ حُذَيْفَةَ أَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ رَجُلا يُنِمُّ الْحَدِيْثَ |
فَقَالَ حُذَيْفَةُ سَمِعْت رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم |
لا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ |
Dari Huzaifah r.a. katanya : |
"Ia mendengar khabar, bahawa ada seorang membuat fitnah (provokasi) dengan perkataan |
maka berkatalah ia : "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : |
"Tukang (provokasi-hasut) tidak akan masuk syurga." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
Bab menyekutukan Allah tidak masuk syurga |
عَنْ جَابِرٍ قَالَ أَتَى النَّبِى |
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم |
رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولُ اللهِ مَا الْمُوجِبَتَانِ |
فَقَالَ مَنْ مَاتَ لا
يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئَا دَخَلَ الْجَنَّةَ
|
وَمَنْ مَاتَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئَا دَخَلَ النَّارَ |
Dari Jabir r.a. katanya : |
"Seseorang datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata : |
"Ya Rasulullah , apakah dua perkara yang positif |
Jawab baginda (s.a.w.) :
|
"Barang siapa yang mati tidak menyekutukan Allah pasti masuk syurga |
dan barang siapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah pasti masuk neraka." |
Hadis sahih riwayat Muslim |
Bab membanyakkan sujud ke syurga |
عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ لَعْبٍ الا سْلَمِىُّ قَالَ لُنْتُ أَبِيْتُ مَعَ |
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ |
فَأَتَيْتُهُ بِوَضُوئِهِ وَحَاجَتِهِ فَقَالَ لِى سَلْ |
فَقُلْتُ أَسْأَلُلَ مُرَافَقَتَلَ فِى الْجَنَّةِ قَالَ أَوْ غَيْرَ ذَلِلَ قُلْتُ |
هُوَذَالَ قَالَ فَأَعِنِّى عَلَى نَفْسِلَ بِلَثْرَةِ السُّجُودِ |
Dari Rabi'ah bin Ka'ab katanya : |
"Ketika saya bermalam dengan Rasulullah s.a.w. |
saya bawa kepada beliau air untuk berwudhu' dan hajatnya yang lain, |
waktu itu beliau berkata : |
"Ajukanlah permintaanmu kepadaku!" |
Saya berkata : "Saya meminta supaya menemani tuan dalam syurga." |
Lalu beliau menjawab : "Atau yang lain?" |
Saya jawab : "Itu sajalah" |
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi : |
"Jika demikian tolonglah aku untuk dirimu sendiri |
dengan memperbanyakkan sujud!" |
Hadis sahih riwayat Muslim |
http://www.freewebs.com/alhadith/bab_syurga.htm |
7 Salamun / 7 Ayat Keselamatan (Salamun) 7 Ayat Keselamatan (Salamun) ini dibaca masing-masing 7x setiap sehabis sholat subuh dan maghrib, InsyaAllah kita akan terbebas dari segala macam bahaya dan mendapat perlindungan Allah SWT 1. Salamun Qaulam Mirrabbirrahim 7x 2. Salamun Ala Ibrahim 7x 3. Salamun Ala Nuhin Fil Alamin 7x 4. Salamun Ala Musa Wa Harun 7x 5. Salamun Alaikum Thibtum Fadhkhuluna Khalidin 7x 6. Salamun Ala Ilyasin 7x 7. Salamun Hiya Hatta Mat La'il Fajr Telah kubaca ayat-ayat suci di dalam Qalam Ilahi, dalam surat As-Shaffat. Ada satu hal yang sangat membuat jiwa ini ikut merindukan untuk mendapatkannya. Di dalam surat As-Shaffat dikisahkan para Nabi dan Rasul yang mulia. Para utusan Allah tersebut mendapat ucapan salam. Sebuah salam yang sangat indah. Sangat indah sekali.. Karena salam itu berasal dari Ar-Rahim, Allah Yang Maha Penyanyang: “Salamun ‘ala nuhin fil ‘alamin.” “Kesejahteraan (Kami limpahkan) atas Nuh di seluruh alam.” “Salamun ‘...
Comments
Post a Comment