Orang yang selalu Berbohong
Bahagiakanlah seseorang kerana kamu ingin melihat dia bahagia…jangan kamu membahagiakan dia dengan dusta kerana mungkin maaf amat sukar diterima…
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt sahabat2 fillah rahikumullah…
Apa khabar kaiian...?? ana harapkan kaiIan dalam keafiatan dan rahmat ALLAH...LaLu...apa khabar IMAN….??
Alhamdulillah,
ana harap semua selamat dan teguh dalam menghadapi badai duniawi yang
seringkali menarik antum semua ke suatu yang sukar antum
putuskan….kerana kita makhluk yang lemah dikurniakan nafsu…namun, antum
semua ana tak harapkan antum menggunakan alasan ini untuk menutup apa
yang antum semua lakukan….
Ketahuilah…ALLAH MAHA BIJAKSANA….
Di
saat ALLAH menciptakan antum semua yang bergelar manusia AR RAHMAN
telah mengurniakan antum dengan 1 nikmat besar iaitu akal antum
semua…andai antum tidak mempunyai akal…apa yang terjadi…??? Antum semua
akan sama seperti makhluk lain…seperti binatang…bersyukurlah antum
semua…ana juga lalai dalam menghargai nikmat ini…namun, tak salah andai
kata antum juga memperingatkan ana insan yang lemah dan lalai ini…serta
gersang ilmu dan goyah iman…
Antum…sampaikanlah kebenaran dengan berhikmah walaupun ia pahit untuk disampaikan…
"BERKATALAH BENAR WALAUPUN IANYA PAHIT"
Sebenarnya ana nak share dari ayat 10 surah Al-Baqarah tentang orang yang suka berbohong…smg bermanfaat :)
فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ
"Di
dalam hati mereka terdapat penyakit, lalu Allah menambah mereka dengan
penyakit, dan mereka akan menerima azab yang pedih, kerana sebelum ini
mereka selalu berbohong". (QS.Al-Baqarah 2: 10)
Menurut Al-Quran, jiwa manusia, sama sebagaimana tubuhnya, kadang-kadang terkena penyakit, yang jika tidak diubati akan semakin parah dan terus berkembang sampai suatu saat, kemanusiaan orang itu pun akan musnah pula. Kemunafikan atau nifaq adalah penyakit jiwa yang paling berbahaya yang mengancam jiwa dan hati kita semua. Manusia yang sihat tidak memiliki lebih dari satu wajah, sementara antara lahir dan batinnya terdapat keserasian yang baik dan sempurna. Lidahnya mengatakan hal-hal yang ada di dalam hatinya, dan tingkah lakunya sesuai dengan pikiran-pikirannya. Tetapi jika tidak demikian, maka jiwa telah menjadi sakit dan terkena penyimpangan.
Penyakit
nifaq mempersiapkan lahan yang subur bagi penyakit-penyakit jiwa lain,
seperti kikir, dengki dan tamak. Dan bagaikan akar-akar penyakit cancer
ia akan semakin menghujam di hati dan jiwa si munafik. Al-Quran menyebut
sumber utama yang menumbuhkan penyakit nifaq ini ialah watak suka
berbohong dan akan berkembang terus bersamanya. Tentu saja bohong tidak
terbatas hanya pada lidah.
Suatu
perbuatan pun, yang dilakukan tidak sesuai dengan akidah seseorang
(dengan tujuan dan niat jahat kepada pihak lain) juga merupakan
kebohongan perbuatan. Bangkai binatang yang terjatuh ke dalam air, lalu
menebarkan bau tak sedap, setiap kali hujan menyiraminya, bukannya hujan
tersebut menghapus pencemaran yang ditimbulkan oleh bangkai tersebut,
tapi hujan itu justru semakin menyebarkannya.
Nifaq
bagaikan bangkai, yang jika bersemayam di dalam hati manusia, setiap
petunjuk yang datang dari Allah SWT, meskipun berupa rahmat, namun
bukannya menerima petunjuk tersebut, seorang Munafik hanya menunjukkan
kepura-puraan dan riya', sementara penyakit nifaqnya semakin parah.
Nifaq memiliki makna yang luas yang mencakup segala sikap mendua
diantara perkataan dan perbuatan, lahir dan batin. Makna seperti ini
kadang kala juga muncul dari seorang Mukmin; seperti riya' dan sikap
pamer dalam melaksanakan ibadat. Ertinya, ia melakukan ibadah dan
perbuatan-perbuatan baik lainnya adalah kerana selain Allah. Maka yang
demikian ini pun termasuk sejenis nifaq.
Rasulullah
SAWW bersabda: "Tiga sifat jika salah satunya terdapat pada seseorang
maka ia adalah seorang Munafik, meskipun ia berpuasa, melakukan solat
dan menganggap dirinya sebagai seorang Muslim. Tiga sifat tersebut ialah
khianat dalam memegang amanat, berdusta ketika berbicara dan ingkar pada janji".
Berikut ini beberapa point yang dapat kita ambil sebagai ibrah dari ayat
di atas iaitu:
di atas iaitu:
1) Nifaq adalah penyakit jiwa. Dan Munafik bagai seorang yang sakit, tidak sihat dan tidak pula mati. Bukan Mukmin bukan pula Kafir secara nyata.
2) Nifaq berkembang bagaikan penyakit cancer, jika tidak segera diubati akan menguasai seluruh wujud manusia dan sifat-sifat kemanusiaannya.
3) Sumber penyakit nifaq, ialah sifat dusta, dan berdusta adalah perbuatan yang biasa dilakukan oleh orang Munafik.
وَأَمَرَنِى أَنْ أَقُولَ بِالْحَقِّ وَإِنْ كَانَ مُرًّا
‘Berkatalah benar walaupun ianya pahit’ (tidak semua suka)
Wallahu ‘aklam bissowaf…
http://nurmujahiddahsolehah.blogspot.com
Comments
Post a Comment