MARI AMAL JARIAH DAN FISABILILLAH UNTUK SAHAM AKHIRAT ANDA - BAGI PERBELANJAAN PENGURUSAN MASJID DAN KAKITANGAN MASJID
SUMBANGAN BOLEH DIKREDITKAN KE AKAUN: MASJID BANDAR SERI PUTRA - Maybank Islamic : 5628 3450 4024
CIMB Islamic : 12 3700 006 081 08
Bank Islam : 1202 9010 0595 85
Resit rasmi drp Bendahari - Setiausaha - Sdr Adli 0132215804
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
TANGISAN DAN KESALAN AHLI NERAKA…
oleh Laniaz Nidiba (Zainal Abidin Arshad)
Sebagaimana kita ketahui bahawa alam akhirat adalah suatu tempat
kehidupan yang kekal abadi. Merupakan suatu penyesalan bagi orang-orang
yang kafir dan derhaka kepada Allah SWT kerana menerima pembalasna yang
dasyat di dalam neraka. Mereka tidak diberi peluang untuk menikmati
kebaikan yang diberikan oleh ahli-ahli syurga. Ahli-ahli neraka sering
memohon kepada Allah atau malaikat untuk
mendapatkan layanan yang baik.Mereka sangat mahukan menikmati
keistimewaan dan keindahan-keindahan di dalam syurga, bahkan menuntut
suatu nikamat yang diperolehi oleh ahli-ahli syurga.
Namun
begitu ahli-ahli neraka tidak layak untuk menikmati kebaikan-kebaikan di
akhirat .Bahkan mereka tiada diperduli dan menerima seksaan-seksaan
yang hebat. Di dalam Al-Quranul Karim banyak menerangkan tentang doa
atau permintaan ahli-ahli neraka. Antaranya ialah :
1. Meminta Keluar Dari Neraka
QS Al Mukmin : 11
"Ya Tuhan kami Engkau telah mematikan kami dua kali dan telah
menghidupkan kami dua kali (pula), lalu kami mengakui dosa-dosa kami.
Maka adakah sesuatu jalan (bagi kami) untuk keluar (dari neraka)?"
2. Meminta Dikembalikan Ke Dunia Untuk Beriman Dan Beramal
QS As Sajadah : 12
"Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah
kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami
adalah orang-orang yang yakin."
QS Ibrahim : 44
"Ya
Tuhan kami, beri tangguhlah kami (kembalikanlah kami ke dunia) walaupun
dalam waktu yang sedikit, niscaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan
akan mengikuti rasul-rasul." (Kepada mereka dikatakan): "Bukankah kamu
telah bersumpah dahulu (di dunia) bahwa sekali-kali kamu tidak akan
binasa?
3. Mengharap Simpati Dari Penghuni Syurga
“Ahli-ahli neraka sentiasa meminta pertolongan dan simpati daripada
ahli-ahli syurga, sebagaimana disebutkan di dalam al-quran :”
QS Al A’raf : 50
“Dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga: " Limpahkanlah kepada
kami sedikit air atau makanan yang telah direzekikan Allah kepadamu…."
Semua doa dan permohonan penghuni neraka tidak pernah diterima oleh Tuhan. Allah SWT hanya berfirman :
QS Ath Thuur : 16
“Masukklah kamu ke dalamnya (rasakanlah panas apinya); maka baik kamu
bersabar atau tidak, sama saja bagimu; kamu diberi balasan terhadap apa
yang telah kamu kerjakan.”
Comments
Post a Comment