Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.
Wanita ini kerana sudah tua dan
uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa
tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali
pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan
Marwah.
Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.
Namun, ada satu amalan mulia
dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani
dan menyayangi kucing di desanya.
Dia amat suka memelihara kucing. Di
rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut
kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan
dimandikan dengan sabun wangi.
Walaupun banyak kucing jalanan itu
lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat
di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya
menjadi pusat kucing kurap.
Maka terkenallah rumahnya jadi pusat
rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya.
Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah
lembut itu.
Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.
Tahun itu beliau berangkat,
menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan
sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di
Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.
Ingin di hatinya untuk tawaf
banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya
sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau
memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.
Pada suatu hari, semasa hendak pergi
solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa
seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.
Apabila kucing itu hendak bangun
berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat
makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.
Lantas diambilnya kucing itu,
diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan
diberikan minum air zam-zam yang murni.
Dengan takdir Allah, kucing itu
pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu
menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya
yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.
Muslimah tua tadi dapat tawaf
sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di
hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia
itu..
Setelah tawaf wida (selamat tinggal)
dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta
rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.
Sewaktu hendak menaiki tangga
pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing
yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.
Kucing itu duduk di sisi tangga
pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi
sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada
pandangannya.
Demikianlah ganjaran dan berkat
orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di
dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat
nanti.
http://www.facebook.com/ustazmukabuku
Comments
Post a Comment