Nombor Plate Termahal di Malaysia 'WWW 1' Milik Sultan Johor
Alangkah
senangnya menjadi orang kaya dan berduit. Nak apa saja pun, duit bukan
halangan...walaupun ia hanyalah beberapa huruf dan nombor pada sebuah
plat kereta. Hebat bukan?
Hari ini senarai pemilik nombor pendaftaran kenderaan yang bermula dari WWW telah dikeluarkan olej JPJ. WWW 1 yang berharga RM520,000.00 adalah milik Sultan Johor.
Berikut adalah senarai penuh pemilik pendaftaran kenderaan tersebut (sila klik dan download) :
95017388-Keputusan-Tender-WWW-registration
sumber info: funtasticko
TERKINI ! Jawapan TMJ isu no plat WWW 1 tutup mulut pengkritik !
Bidaan
nombor plat WWW 1 yang dimenangi oleh DYMM Sultan Ibrahim Johor telah
diputarbelitkan oleh anasir-anasir yang terlalu bodoh dengan kekayaan
yang dimiliki oleh Kesultanan Johor.
Untuk mengelakkan mereka itu terus hanyut dengan anggapan serong yang tiada sumber yang sah, Tengku Mahkota Johor itu telah memberi penjelasan di dalam twitter beliau.
Untuk mengelakkan mereka itu terus hanyut dengan anggapan serong yang tiada sumber yang sah, Tengku Mahkota Johor itu telah memberi penjelasan di dalam twitter beliau.
Sila baca di bawah :
Klik foto untuk lebih jelas
Manakala Yayasan Iskandar dan Yayasan
Ibrahim pula telah banyak berjasa kepada rakyat sebelum ini. Dan wang
yang digunakan oleh Tengku Ibrahim adalah milik baginda bukannya wang
rakyat seperti yang difitnah oleh sesetengah pihak.
Yang lebih memalukan mereka itu ialah plat-plat nombor istimewa seperti WWW1 adalah merupakan satu pelaburan yang tidak mungkin akan susut harganya. Malah, harga plat tersebut biasanya akan bertambah mahal dari setahun ke setahun.
Bagi MiM, pembelian plat nombor tersebut merupakan satu business plan yang tidak sepatutnya dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Lagi pun, wang itu adalah milik Tengku Mahkota sendiri.
Dan perlu diingat bahawa perkataan WWW adalah universal yang sinonim dengan World Wide Web (WWW). Maka, nilainya sudah tentu lebih mahal daripada yang lain.
Yang lebih memalukan mereka itu ialah plat-plat nombor istimewa seperti WWW1 adalah merupakan satu pelaburan yang tidak mungkin akan susut harganya. Malah, harga plat tersebut biasanya akan bertambah mahal dari setahun ke setahun.
Bagi MiM, pembelian plat nombor tersebut merupakan satu business plan yang tidak sepatutnya dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Lagi pun, wang itu adalah milik Tengku Mahkota sendiri.
Dan perlu diingat bahawa perkataan WWW adalah universal yang sinonim dengan World Wide Web (WWW). Maka, nilainya sudah tentu lebih mahal daripada yang lain.
http://sejarahmelayu.blogspot.com/2012/05/terkini-jawapan-tmj-isu-no-plat-www-1.html
Lebih Bergaya Dengan Nombor Pendaftaran Peribadi Tahun Hadapan
Kalau
sekarang ni semua orang tengah sibuk dengan nombor pendaftaran
kenderaan WWW, saya pula lebih teruja menunggu sistem Nombor Pendaftaran
Peribadi (NPP) atau dalam bahasa Inggerisnya Personalised Plate Number
(PPN). NPP ni dah lama digunakan di luar negara terutamanya di US &
UK.
Disebabkan terdapat permintaan yang
sangat tinggi untuk nombor pendaftaran istimewa (ramai sebenarnya orang
Malaysia yang kaya raya) sehingga dikatakan nombor pendaftaran untuk
WWW1 boleh mencecah sehingga RM500,000, sistem ini adalah sangat
digalakkan kerana boleh menguntungkan JPJ untuk jangkamasa yang panjang.
Walau bagaimanapun, kita tak tahu lagi
sistem yang macam mana akan digunakan. Seeloknya biarlah terdiri
daripada kombinasi huruf dan nombor dengan jumlah lima atau enam patah
untuk memudahkan pengguna memilih nombor pendaftaran ekslusif mengikut
kreativiti mereka.
RM317,000 Untuk Tender Plat Kenderaan Baru Kerajaan Melaka-Membazir!
Kami sememangnya kesal dengan tindakan Kerajaan negeri Melaka, yang kami rasakan sangat membazir. Mengeluarkan peruntukan sebanyak RM 317,000 untuk pembelian tender nombor pendaftaran kereta kerajaan yang baru, rasanya bukan satu langkah yang bijak.
Maklumat pembelian tender nombor pendaftaran kereta itu diperoleh dari Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka yang menyatakan bahawa sejumlah RM317,000 tender telah dibuat atas nama Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
No pendaftaran kereta tersebut adalah
dari MCC1 sehingga MCC 15. Dipercayai ianya akan digunakan untuk
kenderaan rasmi baru kerajaan negeri iaitu Nissan Teana. Pada pendapat
kami, kegilaan kerajaan-kerajaan negeri, tak kiralah dari negeri mana
sekalipun, ianya perbuatan yang membazir.
Dengan duit sebanyak itu, banyak
program-program untuk menbangunkan rakyat dapat direncanakan. Suruh
rakyat bijak berbelanja, tapi urus duit macam duit sendiri, itulah yang
susahnya dengan pemimpin sekarang. Tidak ada perlunya Kerajaan Negeri
Melaka meneruskan trend kegilaan no pendaftaran ini untuk kenderaan jabatan.
(Termahal) Nombor Plat Kenderaan Terkini Untuk Dijual
Kalau sebelum ini nombor plat kenderaan seperti gambar di atas adalah yang termahal iaitu TAY 1, selepas ini gelaran nombor plat termahal akan berpindah milik. Siapalah agaknya gerangan yang memakai nombor plat tersebut?
Sekali tengok harganya, berpeluh juga
sekejap. Individu-indivdu yang gilakan nombor plat kenderaan yang cantik
dan ada “ong” memnag tak kisah setakat harga minyak naik 5 ker, 15 ker,
harga barang naik ker. Yalah nama pun orang kaya, harga nombor plat pun dah sama macam harga rumah sebuah. Orang kaya, cara berbelanja pun macam orang kayalah kan. Takkanlah pakai kereta Bently beli mahal-mahal, pakai nombor yang seakan Yamaha Ego?
Harga tender nombor plat pendaftaraan kenderaan “MCA 1” RM300,100
Nombor plat pendaftaran kenderaan “MCA 1” telah ditender pada harga RM300,100 dan merupakan tawaran tertinggi untuk nombor plat di negara ini, setakat ini. Kementerian Pengangkutan berkata, sebelum ini harga plat pendaftaran tertinggi ialah “TAY 1” yang ditender pada harga RM242,000 dan “TAN 1” sebanyak RM200,900.
“Pada masa sama, nombor pendaftaran kenderaan “MCA 2” turut ditender dengan harga RM101,000 dan “MCA 8” pada harga RM88,168.00. “Manakala “MCA 888” mendapat tender terbanyak dengan 15 bidaan dan ia ditawarkan pada harga RM15,400,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan. – Utusan
Kalau sebelum ini kecoh berkenaan nombor plat kenderaan MCA ini apabila timbul isu kononnya ia sdah pun dibolot oleh orang-orang MCA. Benarkah?Mari semak semula laporan akhbar pada bulan September 2010 lalu :
- 20 September 2010 – Ada laporan mengatakan nombor plat kenderaan berhuruf ‘MCA’ yang bakal didaftarkan tidak lama sudah kehabisan sebelum ini. Ini disebabkan desakan ahli-ahli parti MCA supaya mereka diberi keistimewaan untuk memiliki nombor berkenaan sekali gus menyebabkan kementerian berkenaan menyerahkan kesemua nombor pendaftaran bermula daripada MCA 1 hingga MCA 9999 kepada parti terbabit.Malah cakap-cakap mengenai perkara itu mengaitkan kononnya bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat telah menggunakan kuasa vetonya untuk mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membekukan penjualan nombor pendaftaran itu agar dikhususkan kepada MCA. Tetapi beliau menafikannya.
- 21 September 2010 – Isu nombor plat kenderaan berhuruf ‘MCA’ bertambah hangat apabila Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menunjukkan bukti bahawa terdapat individu yang cuba mengehadkan nombor plat dengan huruf tersebut kepada golongan tertentu sahaja dan beliau menunjukkan surat bertarikh 17 Februari 2010 yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat yang mahu nombor plat berhuruf ‘MCA’ tidak dibuka kepada tender awam. Surat tersebut ditujukan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan dan isi kandungannya adalah seperti berikut. Sekali lagi Datuk Seri Ong Tee Keat menafikannya.
- 22 September 2010 – Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan (gambar) mengesahkan beliau pernah menerima surat yang meminta agar nombor pendaftaran kenderaan negeri Melaka bermula dengan MCA 1 hingga MCA 9999 tidak dibuka kepada awam.
- 23 Disember 2010 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka tawaran nombor pendaftaran kenderaan siri “MCA 1″ hingga “MCA 999″ bermula 8 pagi (24 Disember 2010 dan berakhir 12 tengah hari 14 Disember 2010.Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, berkata orang awam yang berminat bolehlah memasukkan tawaran itu ke dalam peti tawaran di Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka, Kompleks JPJ Bukit Katil, Melaka. Borang Tempahan Nombor Pendaftaran (M.V 10) boleh didapati di pejabat JPJ Negeri/Cawangan atau boleh dimuat turun melalui laman sesawang JPJ (www.jpj.gov.my).
- 24 September 2010 – Kementerian Pengangkutan akan mengemukakan notis kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya membatalkan arahan surat oleh pihak kementerian sebelum ini agar tender nombor pendaftaran kenderaan iaitu MCA 1 hingga MCA 9999 tidak dibuka kepada orang awam.
P/S : Akhirnya siapa yang untung? JPJ juga, KERAJAAN. Agak-agaknya berapa kutipan terkumpul bagi nombor plat kenderaan MCA-MCA9999?
PP/S : Nampaknya masih ramai lagi di
luar sana yang sanggup membeli nombor plat dengan kombinasi tertentu
dan maksud yang tersirat, sehingga berhabisan keluar puluhan ribu dan
hampir sekali ganda harga sebuah kereta, ada apa pada nombor plat
kenderaan seperti ini?
http://beritasemasa.com/tender-jpj
Comments
Post a Comment