Perkahwinan Membuka Pintu Rezeki

 

Assalamualaikum, sebagai muqaddimah saya sertakan ayat Quran [Surah AnNur : 32] diatas untuk pembaca semua hayati, insyaALLAH, lanjutan daripada ayat Quran ini, saya akan terangkan pendapat saya berlandaskan perbualan2 dangan ustaz, pembacaan buku agama dan juga pendengaran ceramah saya tentang hal ini.

Saya mahu berkahwin, si dia mahu berkahwin, anda semua ingin berkahwin, setiap manusia mempunyai keinginan untuk berkahwin. Memang sudah ditetapkan Allah, manusia sejak zaman nabi adam sekalipun mempunyai keinginan bersama-sama berkongsi hidup dengan pasangan berlainan jantina. Begitulah lumrah manusia yang Allah ciptakan.

Tetapi, yang menjadi masalah si bujang dan si dara di zaman kita sekarang ini, ialah bilakah sepatutnya kita berkahwin. Ada yang mengatakan :
‘saya perlu jadi soleh dulu, baru saya nak kahwin’.
Ada pula yang berkata :
‘saya perlu kumpul harta, sekurang2nya kereta, rumah, jawatan yang berpendapatan sekian2′
dan berbagai alasan lagi untuk melambatkan perkahwinan, sedangkan kalau mengikut hukum, mereka sudah sampai tahap SUNAT berkahwin.

Sunat berkahwin yang dimaksudkan disini ialah seseorang itu sudah berkemampuan untuk berkahwin ‘mentally and phisically‘ seperti sudah menghabiskan pelajaran, sudah mendapat kerja dan mendapat izin ibubapa. (Namun perkara subjektif mengikut keadaan dan zaman).

Dengan berdasarkan ayat Quran di atas, saya berpendapat, kita tidak perlulah sangat memikirkan tentang rezeki kita bagi menentukan bila kita akan kahwin. Jika sudah mendapat kerja gaji tetap dan menghabiskan pelajaran, cukup asas2 ilmu agama dan hal rumahtangga, sudah memadai untuk menjadikan kita bersedia masuk ke alam perkahwinan.

Rezeki milik Allah, Dialah sahaja yang berhak untuk menentukan sebanyak mana rezeki yang kita ada. Sememangnya usaha, doa dan tawakal perlu ada untuk mendapatkan rezeki, tetapi tidaklah sampai kita perlu merisaui berapa banyakkah rezeki yang kita dapat, kerana rezeki setiap manusia sudah ditetapkan Allah. Cuma, perkara yang perlu menjadi kerisauan kita ialah bagaimanakah kita ingin mendapatkan keberkatan dalam setiap rezeki yang kita dapat.
Bagaimanakah untuk mendapatkan keberkatan rezeki? Dengan berkahwin?

Ya, kerana dengan berkahwin, bukan sahaja rezeki yang kita menjadi berkat bahkan Allah akan buka pintu rezeki kita dengan seluas2nya kerana kita sudah mengikuti sunnah dan juga mendirikan separuh dari agama.

Bagaimana pula dengan berkahwin boleh memberkati rezeki kita?
Dengan berkahwin segala apa yang kita buat untuk ‘si dia’ atas dasar kasih sayang, akan menjadi pahala. Bukankah setiap perkara yang berkat membolehkan kita mendapatkan pahala?.  Begitu juga duit (rezeki) yang kita belanjakan untuk ‘si dia’ (yakni isteri) menjadi pahala kerana kita telah memberi nafqah yang diwajibkan oleh ALLAH. Tidakkah itu membuahkan hasil berkat?

Sebaliknya, jika kita belum berkahwin, segala perkara yang kita buat  kepada ‘si dia’  atas dasar maksiat kemungkinan besar akan membuahkan hasil dosa. Begitu juga duit (rezeki) yang dibelanjakan untuk si dia (yakni awek dan gf & bf) berkemungkinan akan menjadi dosa disebabkan kita mengeluarkan duit di tempat yang tak sepatutnya. Tidakkah itu dikatakan tidak berkat?.

Jadi, jika sudah mampu, mengapa tidak sahaja kita men ‘convert‘ kan segala dosa maksiat yang kita dapat kepada pahala nafqah melalui perkahwinan?

Atas masalah nak tunggu betul2 senang dan mewah, baru mahu berkahwin pula, saya berpendapat, sekiranya kita sudah mampu dengan sekadarnya (seperti sudah menghabiskan pelajaran, mendapat kerja dan calon yang baik dan juga restu ibubapa), sebaik-baiknya, langsungkanlah sunnah perkahwinan. Tidak perlulah nak tunggu 2 3 tahun, nak tunggu betul-betul senang, (seperti ada kereta, rumah sendiri dan gaji setinggi tertentu) baru mahu melangsungkan perkahwinan.

Mengapa ya? 

Kerana rezeki kita diatas kehendak Allah untuk memberi atau tidak. Berdasarkan ayat yang saya sertakan diatas, Allah dengan jelas memberi jaminan ‘jika mereka miskin Allah akan memampukan dengan kurnianya’. Bermaksud disini, Allah akan membuka pintu rezeki dengan seluas2nya. Itu jaminan Allah. Boleh jadi dengan perkahwinan, Allah akan memberikan rezeki kepada kita dengan tidak disangka2 sumbernya jika kita kita bertaqwa kepadanya.

Seperti firman Allah dalam Surah Attalaq, ayat 2 dan 3 :
Sebaliknya, berkemungkinan Allah akan tutup pintu rezeki kita dengan sesempit2nya, jika kita melengah2kan perkahwinan hanya kerana ingin mengejar impian keduniaan dahulu.

Biar betul? Mengapakah begitu?

Ya, atas dasar kemahuan fitrah dan lumrah manusia memerlukan pasangan dan ia dilakukan diluar perkahwinan akan mengundang pelbagai perkara2 maksiat yang kita sedar dan tidak sedar. Dalam Islam, ‘muamalat’ atau pergaulan banyak dihadkan disebabkan oleh perbezaan jantina yang bukan muhrim. Sehinggakan, dua manusia yang berlainan jantina yang bukan muhrim tidak boleh berhubung di antara satu sama lain, melainkan dengan ‘maslahat’ atau sebab2 yang tertentu.

Jadi, jika berhubung dengan si dia, sedangkan tidak ada satu alasan pun yang dapat menghalalkan mereka untuk berhubung, tidakkah itu dikira maksiat? Jika ia dikira maksiat, maka pastilah akan dimurkai Allah. Dengan pastinya, Allah akan menyempitkan lagi kehidupannya termasuk rezekinya, seperti firman Allah didalam Surah Thaha, ayat 124 :
Untuk menyimpulkan perbincangan saya, saya menasihati rakan2 sekalian, untuk tidaklah merisaui sebanyak mana rezeki yang kita dapat jika kita berkahwin. Tidaklah perlu meletakkan kesenangan dan kemewahan hidup didunia ini untuk melayakkan kita untuk berkahwin.

Cukuplah dengan meletakkan ‘benchmark‘ untuk kita berkahwin dengan sekadarnya. Kerana pintu rezeki pastinya akan terbuka luas, jika kita ‘mendirikan masjid’ atas dasar taqwa kepada Allah. Sebaliknya, jikalah habuan dan kesenangan dunia yang menjadi ‘benchmark‘ untuk kita berkahwin, belum tentu kita akan hidup bahagia. Fikir2kanlah.

Pesanan penaja : Pendapat ini hanyalah datang dari hamba Allah yang lemah dan yang belum merasai nikmat perkahwinan. Jika ada tersalah silap, saya mengakuinya. Niat saya adalah untuk membetulkan persepsi masyarakat ke atas makna sebenar perkahwinan. Kepada mereka yang sudah berkahwin, saya sangat mengharapkan pendapat anda semua atas perkara ini untuk sama2 kita berbincang dan membetulkan cacat cela artikel ini seterusnya berdakwah kepada masyarakat.
Ibnulatef aka Encik C



http://thahalatef.wordpress.com/

Comments

Popular posts from this blog