Pakaian mempermainkan aurat semakin teruk di sekeliling kita. Fesyen sendat, ketat, singkat dan jarang semakin dianggap biasa, malah berani dipadankan dengan busana Muslimah dan tudung. Adakah kita harus membiarkan penyakit ini di dalam realiti masyarakat kita ? Masyarakat Islam seharusnya ada rasa benci dan jijik terhadap fesyen-fesyen wanita yang mempermainkan aurat, bukannya bertolak-ansur dan buat-buat tidak kisah. Mahu menegur pun tidak berani. Kita hanya mampu membiarkan sahaja pemandangan yang menyeksakan mata itu. Sebenarnya, semakin ramai wanita Islam yang berpakaian sedemikian di luar sana, kerana mereka tahu masyarakat tidak akan mampu berbuat apa-apa ke atas mereka. Apabila ada pihak yang membongkar dan mengkritik keras fesyen keji mereka, pihak itu dianggap cuba memalukan, sedangkan ianya satu alternatif untuk membantah dan menegur.
Semakin masyarakat berlembut di dalam isu aurat ini dan semakin masyarakat terlalu memberi peluang kepada mereka, mesej berkenaan keburukan fesyen mempermainkan aurat ini akan pudar dan hilang nada ketegasannya. Ramai di antara wanita sebegini akan memandang ringan teguran yang diberikan dan cuba melengah-lengahkan diri untuk mematuhinya akibat nada penyampaian yang terlalu baik-baik dan lembut. Mereka tidak akan mengambil serius dan masih kekal mengamalkan fesyen maksiat mereka dalam tempoh yang mereka sukai. Dalam tempoh masa itu, aurat mereka akan terus dipertontonkan dan terus memberi peluang kepada lelaki-lelaki yang melihat aurat mereka menambah dosa. Kita tahu, uztaz dan ulama telah berbuih mulut membicarakan isu aurat di ceramah-ceramah dan forum Islam, namun golongan yang lazimnya menghadiri majlis sebegini adalah golongan wanita yang sudah sedia memelihara aurat.
Padahal, golongan sasaran iaitu wanita-wanita yang mempermainkan aurat jarang-jarang menghadiri majlis agama sebegitu. Dakwah yang tidak kena sasaran. Oleh itu, sepertimana pentingnya peranan parti pembangkang dalam politik, begitulah juga pentingnya blog ini untuk membangkang trend fesyen mencemarkan ini. Ia diwujudkan sebagai kempen 'direct psikologi' untuk membetulkan tanggapan dan idea anak-anak gadis, makcik-makcik, para suami dan para ayah di Malaysia mengenai konsep aurat wanita Islam yang sebenar-benarnya.
Diharapkan supaya teguran dan gambar -gambar contoh di sini dapat dijadikan pengajaran dan sempadan agar wanita-wanita Islam yang ada menjauhkan diri diri memakai pakaian-pakaian yang melanggar adab wanita Islam terutama sekali jarang, ketat dan sendat. Diharapkan blog ini mampu membawa perubahan walaupun sedikit. Amin.
**
Gambar-gambar di sini penting untuk dijadikan contoh yang perlu
dijauhi bagi wanita-wanita Islam yang lain, bukan bertujuan untuk
memalukan dan sebagainya. Ambil iktibar.
Jangan Pakai Leggings Di Bazaar Ramadhan
Anggaran 2 bulan lagi Ramadhan akan tiba,
Insyaallah awal Julai 2012 kita akan beribadah puasa,
Ibadah puasa itu bukan sahaja menahan lapar dan dahaga,
Tetapi juga..
Mengawal nafsu makan, nafsu seksual..
Namun, setelah berpenat-lelah kita menahan nafsu..
Setiap kali singgah di Bazaar Ramadhan membeli juadah..
Pasti terserempak Muslimah memakai LEGGINGS !!Tak pasal-pasal para lelaki membuat dosa mata semula..!!Akibat melihat juadah LEGGINGS percuma itu !
(sebarkan kempen bergambar ini)Diambil dari blog:
http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/Oleh itu..
Blog ini mengajak pelawat-pelawat sekalian..
Agar berkempen melalui media masing-masing..
Mulai sekarang..
Supaya ramai wanita Islam sedar bahawa..
" DON'T WEAR LEGGINGS AT ANYTIME INCLUDING BAZAAR RAMADHAN"Agar para lelaki dapat melaksanakan ibadah puasa..
Dengan sempurna..
Comments
Post a Comment