“Bagaimana Ingin Menjalankan Hudud Di Malaysia?..”
1. Di Malaysia, agama Islam diletakkan di bawah kuasa negeri. Sebab
itu undang-undang di Mahkamah Syariah digubal melalui negeri melainkan
Negeri yang tiada Sultan iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan
Melaka. Ia diletakkan bawah kuasa Agong maka Parlimen yang akan gubal.
2. Undang-undang di Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa pada orang bukan Islam.
3.
Jika orang Islam berkhalwat dengan orang bukan Islam, kalau ditangkap,
yang akan dibicarakan di Mahkamah Syariah adalah orang Islam.
4. Oleh itu, orang bukan Islam tidak perlu takut pada Mahkamah Syariah. Ia tidak ada kena mengena dengan mereka.
5.
Kalau mereka tolak hukuman mahkamah syariah sebenarnya, ia mainan
politik mereka yang memang tidak mahu melihat Islam terdaulat di negara
tercinta ini.
6. Di Malaysia juga, bidang kuasa yang diberikan
kepada Mahkamah Syariah sangat kecil iaitu 365 (3 tahun penjara, 6 kali
sebatan dan 5 ribu denda). Mahkamah Syariah tidak boleh menjatuhkan
hukum lebih dari itu kerana itu sahaja bidang kuasa maksimanya.
7.
Untuk menjalankan hukum hudud di Malaysia, maka perlu dicadangkan
kepada Parlimen agar meluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
8.
Ia boleh dimulakan dulu dengan meluaskan sebatan sehingga 100 (sekarang
maksima hanyalah 6 sebatan). Ketika cadangan, tidak perlu pun kata
“kita nak jalankan hudud”, kita cuma cadangkan meluaskan bidang kuasa
Mahkamah Syariah.
9. Kena wujudkan dua bahagian kajian, pertama
kaedah sebatan kerana sebatan syariah tidak sama dengan dengan sebatan
civil dan keduanya tempat sebatan kerana hukuman sebat perlu dibuat di
hadapan ramai untuk iktibar.
10. Kala ini, parti yang paling
sesuai untuk mencadangkan di Parlimen adalah parti UMNO kerana UMNO
parti yang memerintah. Dan ketika mencadangkan, parti Melayu Islam lain
seperti PAS kena menyokong. Jangan politikkan isu ini dan jangan buat
komen popular untuk itu. Yang penting, langkah pertama meluaskan bidang
mahkamah syariah telah dibuat.
11. Parti komponen Barisan Nasional mungkin ada yang tidak setuju. Ini cabarannya bagi UMNO untuk bertegas dan yakinkan mereka.
12.
Bagi PAS, sudah tentu kompenan lain dalam Pakatan ada yang tidak
setuju, tapi itu juga cabaran untuk bertegas dan yakinkan mereka.
13.
Kena ada keyakinan dan ketegasan, kalau asyik nak tunggu semua orang
kafir setuju, maka hak Allah hanyalah sebagai mainan politik sahaja.
14. Selepas hukuman 100 dapat diluluskan, kemudian, luaskan pada yang lain pula.
15.
Modus operandinya ialah parti-parti Melayu Islam perlu bermuzakarah,
kepentingan Islam perlu diutamakan. Cari persetujuan untuk kepentingan
Islam dan Umatnya.
16. Biar orang lihat kita macam bergaduh
tetapi kepentingan Islam satu persatu dapat di ketengahkan. Yang
malangnya, satu persatu kepentingan Islam gugur dan hilang hasil
pergaduhan ini.
17. Keduanya, kita kena selalu ingat, ketika
penjajah keluar dari negara kita, dia bukan tetaskan UMNO, bukan
tetaskan PAS seperti dakwaan orang-orang politik, sebenarnya mereka
menetaskan sistem politik yang akan menjadikan kita berpecah dan tidak
kuat.
18. Kita telah berada di dalam sejarah itu, tidak mungkin
kita dapat kembali ke masa lampau, Cuma satu yang perlu kita ingat
kembali, POLITIK HANYALAH ALAT BUKAN MATLAMAT, MATLAMAT KITA ADALAH
ISLAM TERDAULAT DAN MENJADI CARA HIDUP.
19. Sebab itu, ambillah
kepentingan Islam lebih atas dari segalanya. Inilah yang dijaga oleh
datuk nenek kita terdahulu sehingga penjajah tidak dapat mengkafirkan
anak Melayu selama 400 tahun mereka berada di sini.
20. Jika
kita terlupa dengan perkara ini, maka orang kafir, penjajah dan siapa
sahaja yang anti Islam tersenyum luas melihat sikap kita saling tak
tumpah seperti mereka, akhlak kita lebih teruk dari akhlak mereka dan
semakin lama, Islam semakin hilang dari dasar perjuangan dan sendi tanah
air.
21. Mungkin kita tidak dapat melihat perkara ini berlaku
sekarang, tetapi semoga generasi anak-anak muda yang lebih ikhlas akan
memperjuangkannya nanti. Semoga Allah terus memelihara Islam dan Umat
Islam di negara ini, amin..
Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
http://www.ustazamin.com
Masalahnya skrg,.... Umno langsung tanak consider benda ni. Dah tu cemana.
ReplyDelete