Bahtera Nabi Nuh di Hong Kong

Dua orang taikun Hong Kong telah membangunkan bahtera tiruan Nabi Nuh, yang dikatakan memiliki saiz dengan skala yang hampir sama dengan ukuran sebenar bahtera Nabi Nuh.


Kapal itu turut diisi dengan beberapa binatang yang jumlahnya masing-masing secara berpasangan. Walaubagaimanapun, semuanya hanya terbuat daripada fiber glass.

Bahtera tiruan tersebut merupakan sebahagian daripada taman Noah’s Ark atau taman Bahtera Nuh yang berada tepat di sisi jambatan Tsing Ma, Hong Kong.

Panjang keseluruhan kapal tersebut adalah 450 kaki, dengan lebar 75 kaki dan selesai dibina pada tahun 2009.

Ia turut dilengkapi dengan sebuah restoran mewah dan bilik-bilik hotel dengan pemandangan memukau di tebing sungai yang terbentang lengkap dengan lampu-lampu jambatan yang menyinarinya ketika malam.


Nokia Kini Bukan Lagi Pengeluar Telefon bimbit Terbesar di Dunia

 
Setelah 14 tahun, kedudukan Nokia sebagai penjual telefon bimbit terbesar di dunia, kini tempatnya telah diambil alih oleh Samsung, menurut firma penyelidikan, Gartner.


Hasil penyelidikan jualan bagi suku pertama tahun ini, Samsung berjaya menjual 86.6 juta telefon bimbitnya mengatasi Nokia yang hanya mencatatkan jualan sebanyak 83 juta unit dan Apple melalui jualan 33 juta unit iPhone keluarannya.

Kejayaan Samsung itu disumbangkan oleh jualan telefon bimbit pintarnya untuk mengatasi Nokia. Ia menyumbang 43.9 peratus kepada jualan keseluruhan Samsung berbanding Nokia hanya 16 peratus.

Berdasarkan penguasaan pasaran dalam suku pertama itu, Samsung menguasai 20.7 peratus pasaran, diikuti Nokia (19.8 peratus), Apple (7.9 peratus), ZTE (4.2 peratus) dan LG (3.5 peratus).

Bagaimanapun menurut Gartner, jualan telefon bimbit dunia dalam suku pertama 2012, merosot dua peratus kepada 419.1 juta unit berbanding tempoh sama 2011 iaitu berjumlah 427.8 juta unit.

Sementara itu, jualan telefon bimbit pintar terus mencatatkan jualan memberangsangkan iaitu sebanyak 144.4 juta unit dijual dalam suku pertama tahun ini, iaitu meningkat 44.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, dari segi persaingan jualannya, Samsung kembali mengatasi Apple apabila berjaya menjual 38 juta unit di seluruh dunia.

sumber: utusan

Comments

Popular posts from this blog