Kualiti Pendidikan Malaysia di Dunia? Kenyataan Menteri Pelajaran Bercanggah Dengan Laporan Daya Saing?

Berdasarkan laporan berita sebelum ini, (Sistem Pendidikan di Malaysia Lebih Baik Daripada Amerika Syarikat, Jerman & Britain?) kami ada mempersoalkan bagaimana seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merangkap Menteri Pelajaran mendapat data yang mengatakansistem pendidikan di Malaysia lebih baik berbanding 3 negara maju yang lain termasuklah Amerika Syarikat, Britain dan juga Jerman?
Kami sama sekali tidak mengatakan sistem pendidikan di Malaysia begitu teruk sekali. Ini kerana semua yang ada di sini telah dan bakal melalui sistem pendidikan yang menggunakan acuan yang sama. Memang ada keberkesanannya. Cuma pastinya, masih perlu ada lagi ruang untuk mempertingkatkan sistem pendidikan ke arah yang lebih baik lagi berbanding sekarang. Ini kerana Malaysia mampu bergerak ke arah itu sebenarnya….
Dan zaman sekarang menjadi menteri tidak semudah menteri-menteri yang sebelum ini ketika memberikan kenyataan di media. Jika didapati kenyataan yang diberikan agak bercanggah dengan fakta yang sediaada, akan ada kalangan yang mula mempersoalkannya.
Ini kerana, semakan kami menunjukkan kenyataan yang diberikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang disiarkan oleh Utusan Malaysia baru-baru ini bercanggah dengan semakan yang kami lakukan pada Laporan Daya saing Global 2011/2012 yang telah dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) sebelum ini.
Hakikatnya, kualiti pendidikan di Malaysia di kalangan negara-negara di dunia termasuklah negara-negara seperti Singapura, Jerman, Britain dan juga Amerika Syarikat yang cuba dibandingkan dengan Malaysia adalah seperti berikut  :
  • Malaysia – tangga ke 38
  • Singapura – tangga ke 4
  • Amerika Syarikat – tangga ke 13
  • Britain – tangga ke 16
  • Jerman – tangga ke 7
Ranking Malaysia Kualiti Pendidikan Malaysia di Dunia? Kenyataan Menteri Pelajaran Bercanggah Dengan Laporan Daya Saing?

Kualiti Pendidikan Britain, Amerika Syarikat Dan Singapura di Dunia?

Ranking pendidikan Malaysia Kualiti Pendidikan Malaysia di Dunia? Kenyataan Menteri Pelajaran Bercanggah Dengan Laporan Daya Saing?
Kami sendiri tidak merasakan kedudukan pendidikan di Malaysia di dunia ketika ini tidak terlalu teruk. Walaubagaimanapun, sistem pendidikan di Malaysia sememangnya perlu ada rombakan yang menyeluruh. Tetapi jikalau menteri sendiri “malu” untuk mengakui ranking pendidikan Malaysia di dunia ketika ini dan tidak bersedia menerima teguran di atas beberapa kelemahan sedia ada, bagaimana rakyat Malaysia mahu mengharapkan satu perubahan yang lebih baik dalam sistem pendidikan di Malaysia?
Ranking Pendidikan di Malaysia Kualiti Pendidikan Malaysia di Dunia? Kenyataan Menteri Pelajaran Bercanggah Dengan Laporan Daya Saing?
Finland masih lagi memegang status sebagai sebuah negara yang menyediakan sistem pendidikan yang terbaik dunia. Tetapi di sana, pendidikan percuma telah disediakan daripada peringkat awal sehinggalah ke peringkat tertinggi. Malaysia? Masih lagi jauh ke arah itu. Caj pentadbiran pun PTPTN pun masih lagi berkira-kira untuk dihapuskan.
Walaubagaimanapun, Malaysia sudah boleh menjadikan negara Finland sebagai contoh dalam menyediakan sistem pendidikan yang lebih baik di Malaysia bermula daripada sekarang

Comments

Popular posts from this blog