Benua Sampah Terbesar di Dunia Di Tengah Lautan Pasifik
 


Pernahkah anda membuang sampah di laut?Apa jadinya jika sampah yang dibuang ke laut tiba-tiba terkumpul menjadi sebuah pulau? Jangan terkejut kerana perkara ini memang benar-benar berlaku!

Dikenali dengan istilah Plastic Continent, ia adalah sebuah kumpulan sampah yang terdiri dari 80% bahan plastik dengan dianggarkan sebanyak 3.5 juta tan sampah plastik yang membentuk sebuah pulau di tengah lautan pasifik di antara Hawai dan California. 


Pulau sampah yang terbentuk secara tak sengaja ini tersusun hampir melebihi ukuran negeri Texas di Amerika Syarikat. Ditemui pada tahun 1997 oleh Kapten Charles Moore, dikatakan terdapat 6 kali jumlah plastik daripada plankton yang hidup disana.




11 Golongan Yang Mendapat Doa Malaikat
 


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.


sumber: facebook
Kenapa Semut Kelihatan Berhenti Sejenak Bila Bertemu Sesama Sendiri?
 

Mengapa semut akan berhenti seketika jika bertembung dengan semut yang  lainnya? Semut yang kelihatan “saling menyapa” ketika bertemu itu sebenarnya sedang berkomunikasi. T.C. Schneirla, seorang saintis di New York University, pernah melakukan kajian terhadap semut.

Beliau meletakkan seekor semut ke dalam tempat yang berisi makanan. Seekor semut yang lain pula diletakkan ke dalam bekas yang berisi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua semut ini diamati terutama ketika berpasangan dengan semut-semut yang lain di jalanan.

Dari kajian itu, Schneirla menyimpulkan bahawa zat kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut akan menempel pada semut itu. Ketika bertemu dengan semut yang dianggap sebagai rakannya, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan).

Dengan saling 'menyapa' inilah zat kimia dari semut akan memberitahu rakannya (melalui antena di kepala semut) tentang keadaan sekitarnya sama ada terdapat makanan ataupun musuh.
40 Biji Telur Dinasour Ditemui di Chechnya (7 gambar)
 

Ahli Geologi di kawasan bergolak Chechnya Rusia telah mencari apa yang mereka yakini sebagai fosil telur dinosaur yang telah diletakkan oleh salah satu reptilia pupus gergasi yang menguasai daratan lebih dari 60 juta tahun lalu.

 "Kami telah menemui sekitar 40 telur setakat ini, jumlah belum diketahui," kata Said-Emin Dzhabrailov, seorang ahli geologi di Chechnya State University. "Mungkin terdapat lebih banyak lagi (telur) di bawah tanah."








sumber: harian metro

Comments

Popular posts from this blog