Kau Hengat Kau Chanteque..??

 

Sekiranya anda merasakan orang yang buat dakwah (i.e. para du'at) ni adalah orang yang paling baik sekali di seluruh Malaysia, Asia Tenggara, benua Asia, langit, bumi dan seluruh isinya, anda tersilap besar.

Seandainya anda merasakan yang mereka inilah yang konpem akan masuk sorga dahulu, anda juga sedang melakukan perkiraan yang salah dan tidak tepat.

Kerana sesungguhnya mereka juga adalah manusia biasa. Dan bila kata mereka ini manusia biasa, maknanya mereka juga ada potensi untuk dihinggapi penyakit-penyakit yang merbahaya. Penyakit-penyakit yang menyebabkan mereka jatuh sakit, lumpuh malah yang paling mengerikan sekali, tewas dan mati.

Dan antara penyakit yang paling merbahaya (mungkin memang yang paling merbahaya pon) yang boleh melanda para dua't sekalian adalah penyakit hati.

Ya, penyakit hati. Benar, penyakit ini turut menular di kalangan mereka yang tidak bergelar dua't. Tetapi penyakit ini jaaaauuuhhhh lebih membunuh dan marabahaya kepada mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang agama Allah.

Syok sendiri, terasa diri sudah berabesss bagus, takabur, riya', sum'ah, ego, malas bekerja kerana dirasakan diri sendirilah yang paling osem di seluruh galaksi bimasakti ini.. Dan senarainya berterusan. Semuanya itu kategori penyakit hati yang sering dihidapi oleh para pendakwah.


Mengapa bisa jadi begini..? Bukankah para dua't sepatutnya adalah manusia yang berusaha gigih untuk mencari redhaNya? Mereka yang bekerja keras bukan sahaja untuk memahamkan orang lain tentang Islam, malah mereka sendiri mahu memahami Islam itu dengan sebaiknya..?

Kerana penyakit hati bukan penyakit yang biasa-biasa. Ia bukan seperti demam yang akan surut apabila panadol ditelan, atau selsema yang akan hilang setelah menghirup sup ayam yang panas lagi lazat yumm yummmeeyyy itu. Eh. Ia bukan calang-calang penyakit.

Penyakit hati adalah penyakit halus yang menyusup masuk ke dalam hati secara senyap-senyap. Jarang sekali penyakit ini disedari, sehinggalah si penghidapnya menunjukkan simptom-simptom yang sudah parah. Selain daripada itu, penyakit ini bertambah kuat, gagah dan berkuasa disebabkan oleh bantuan tambahan yang diterimanya; sokongan padu daripada para tentera syaitonirojim.

Dan tidak seperti maksiat, dosa dan noda yang lain di mana kesan buruknya trang tang tang berlaku di depan mata ketika itu juga, penyakit hati ini selalunya hanya akan mengeluarkan nanah dan bisanya di akhirat nanti.
"Katakanlah (Muhammad), 'Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?' (Iaitu) orang yang sia-sia perbuatannya ddalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya."
[al-Kahfi, 18:103-104]

Punyalah hebat dan dahsyat penyakit hati ni, sehinggakan para sahabat yang super duper qawiyy pon tidak dapat lari daripada serangan penyakit hati ini. Pernah suatu ketika, Abu 'Ubaidah al-Jarrah r.a., seorang sahabat besar, merupakan salah seorang yang dijanjikan masuk sorga secara percuma, dilantik untuk menjadi imam solat. Seusai solat, dia berkata,
"Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila."

Itu Abu 'Ubaidah al-Jarrah, seorang sahabat yang sudah konpem sekonpemnya mempunyai iman yang tinggi setinggi Burj Khalifa di Dubai, sehingga boleh bertindak sebegitu rupa. Kalau kita..? Air mata bercucuran laju tak mahu berhenti.

Mari kita kaji beberapa simptom awal penyakit hati, dengan harapan dapatlah sama-sama kita mencegahnya sebelum ia merebak dan memusnahkan hati kita.

1) Kita ditegur oleh hadek bulatan gembira kita atau orang yang di luar harakah dakwah. Kita lantas menempelak mereka kerana merasakan mereka tidak layak menegur (mungkin tempelak dalam hati). Aik? Dulu sebelum join dakwah dan tarbiyah, elok dan boleh je kena tegur? Kenapa sekarang ni panas dan pantang ditegur..?? Dengan kata lain, kita perasan bagus. Itu penyakit ego namanya.

2) Kita mencebik melihat orang lain dalam melaksanakan tugas-tugas dakwah mereka. Kita merasakan kita lebih bagus, gerak kerja kita lebih tersusun dan kerja kita lebih muntij dan baik daripada mereka. Dengan kata lain, kita memandang rendah pada mereka dan pada masa yang sama, menjulang diri kita setinggi bangunan tiga puluh lima tingkat. Itu penyakit takabbur namanya.
Hallo..?? Apa anda ingat anda tu besar dan bagusss sangat ker...?? [Kredit]

3) Kita berasa bangga dengan pencapaian dalam kerja-kerja dakwah dan tarbiyah kita. hadek-hadek bulatan gembira kita sudah beranak-pinak, pengisian kita disukai ramai, kita disanjung dek keSuper-Saiyaan kita. Kita kagum dengan diri-sendiri. Akulah yang paling osem kat seluruh muka bumi ini! Syok sendiri. Choyyy. Itu penyakit 'ujub namanya.

4) "Ish aku penatlah ke sana ke mari, bulatan gembira di sana, konferens riang di sini. Tak memang tangan!" kata Zubaidah Selamat dengan penuh bangga kepada rakan-rakan sebulatan gembiranya. "Awak tahu tak..? Saya bukan nak cakap apa.. Tapi semalam kan, lepas beri pengisian Wahai Pemudi di Sekolah Menengah Kebangsaan Limau Purut tu, semua orang puji kata pengisian saya best dan mantap! Walawehh sgt kann..??" ujar Daud Rahimon dengan penuh keterujaan kepada rakan baiknya, Hasbullah Ali. Itu penyakit riya' namanya.

5) Kita mengomel seorang-seorang tentang pengorbanan kita, penat-lelah kita membawa lapan bulatan gembira, terpaksa pula ke mesyuarat itu dan perbincangan ini. Ya, mungkin kita menghamburkannya atas sebab penat dan mahukan simpati daripada orang lain, dengan harapan ada yang mendengarnya. Itu juga penyakit. Penyakit sum'ah namanya.

6) Kita amat chenta dan suka akan pujian tetapi amat jengkel dan benci pada kritikan dan teguran. Ekele, kau hengat kau bagusss sangat en..?? Itu penyakit angkuh dan bangga diri namanya. 
Errr.. Anda, jangan syok sendiri dan rasa diri tu bagus sangat boleh tak..? Tolong..? [Kredit]

Bagaimana..? Ada tak simptom-simptom ni pada diri kita..? Jika ada, berhenti sebentar daripada melakukan apa-apa, pejam dan tarik nafas dalam-dalam. Kemudian, dengan penuh rasa keinsafan, rendah hati dan hina-dina, sila ucapkan..

"Astaghfirullahal adzim. Astaghfirullahal adzim. Astaghfirullahal adzim..."

(Kalau boleh mengalirkan air mata keinsafan lebih bagus.)

Oh, anda bersedia untuk merembeskan lebih banyak air mata..? Sila sediakan sebiji baldi terlebih dahulu. Sudah..?

Baiklah. Jangan menyesal tahu..?

Tarik nafas dalam-dalam.
"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya seberat biji sawi daripada sifat takabbur."

[Hadith Riwayat Muslim] 

Dan...

"Sesiapa sum'ah (menceritakan amalnya), maka Allah akan menceritakan aibnya dan sesiapa beramal kerana riak maka Allah akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat kelak."

[Mutafaqun 'Alaih]

Juga...

"Abu Hurairah yang berkata, 'Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid di jalan Allah. Dia didatangkan kemudian dinampakkan kepadanya nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, 'Apa yang kamu lakukan dengannya?' Dia menjawab, 'Aku berperang untuk-Mu sampai aku mati syahid.' Allah berfirman, 'Engkau dusta, sebenarnya engkau berperang kerana ingin disebut sebagai orang yang berani. Dan itu sudah kau perolehi.' Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.

Kemudian seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya dan juga membaca Al Quran. Dia didatangkan kemudian ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sudah didapatinya dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya, 'Apakah yang sudah kau perbuat dengannya ?' Maka dia menjawab, 'Aku menuntut ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Quran kerena-Mu.' Allah berfirman, 'Engkau dusta, sebenarnya engkau menuntut ilmu supaya disebut sebagai orang alim. Engkau membaca Quran supaya disebut sebagai Qari’.' Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.

Kemudian ada seseorang yang telah mendapatkan anugerah banyak harta. Dia didatangkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang diperolehnya. Maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, 'Apakah yang sudah kamu perbuat dengannya?' Dia menjawab, 'Aku telah sedekahkan harta di jalan-Mu dan untuk-Mu.' Allah berfirman, 'Engkau dusta, sebenarnya engkau lakukan untuk digelar orang yang dermawan dan engkau sudah memperolehnya.' Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka."

[Hadith Riwayat Muslim]

Bagaimana..? Sudah penuhkah baldi anda tadi dengan air yang masin rasanya itu..?

Jadi bagaimana ini Inche gabbana..? Apakah remedi, penawar dan ubat-ubatan untuk merawat penyakit hati ini...?? Tanya anda dengan penuh resah-gelisah sambil mengumam jari-jemari.

Anda mahu dengar jawapan saya..? Tapi sila jangan berasa kechiwa tahu..?

Entahlah, saya pon tidak tahu apakah rawatan yang paling berkesan. Kerana jujurnya, saya juga masih sedang bertarung hebat dengan penyakit hati ini. Sekiranya ada penawar berupa cecair hijau ajaib atau pil kunyah berwarna merah jambu untuk mengubati penyakit ini, sudah pasti saya segera mendapatkannya. Sumpah. Sanggup meredah lautan api atau mendaki gunung ais yang tinggi.

Tetapi tidak. Penyakit hati tidak boleh diubati dengan ubat-ubatan moden mahupon tradisional. Tidak boleh juga dihilangkan dengan pembedahan mahupon sinaran ultraungu atau laser. Tidak. 

Penyakit hati perlulah diubat dengan penawar hati juga. Dan tiadalah penawar hati yang lebih mujarab daripada bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang membasahkan dan mensucikan hati. Juga zikir-zikir menyebut dan menagungkanNya, yang pastilah mengikis segala tok nenek karta-karat dosa yang menebal di hati.

Juga biasakan diri dengan bangun malam untuk bertahajud chenta denganNya. Pastilah ada sebab mengapa Allah memerintahkan para sahabat untuk bangun setiap malam suatu ketika dahulu. Tidak lain untuk menguatkan hati-hati mereka; dengan menghakis dan merawat segala penyakit yang bersarang di hati.

Kerasa sesungguhnya, bekalan yang paling mujarab untuk seorang dai'e untuk terus kekal dan tsabat di atas jalan yang sumpah panjang ini adalah hati yang sihat dan kuat, yang bertaqarrub denganNya siang dan malam, tidak pernah jemu ikhlas dalam mendamba kasih dan chentaNya... Allah..

Dan kerana itu jugalah, dai'e tidak boleh berhenti daripada terus bekerja dan bekerja dan bekerja keranaNya. Kerana diri seorang dai'e yang bermujahadah yang terus-menerus, yang bekerja keranaNya, dikuatkan pula dengan amalan-amalan fardhi pencuci hati, pastilah akan melahirkan hati yang sekuat dan seosem Super Saiya peringkat kelima.

Dan akhirnya (ok ok, dah nak abes dah ni!), kita ini hanyalah hambaNya yang hina dina yang tidak punya apa-apa. Siapa kita untuk merasakan diri kita hebat..?? Angkuhnya kita setiap kali kita memandang hina pada yang lain dan merasakan diri kita sahaja yang bagus dan betul. Lupakah kita Allah menciptakan kita semuanya dari tanah..? Yang kita berasal dari saripati mani yang kotor dan hina..??

Sudah tiba masanya untuk kita semua bekerja benar-benar dan sesungguhnya untuk Dia semata-mata. Buangkanlah rasa ego, riya', takabbur dan apa-apa sahajalah penyakit hati yang bersarang di dada. Kerana akhirnya nanti, kita jugalah yang memerlukan rahmat dan kasih-sayangNya, untuk menyelamatkan diri kita daripada azab api neraka yang maha pedihnya. Dan ketika itu, diri kita yang suatu ketika dahulu cukup berbangga dengan pencapaian yang sedikit cuma, yang amat suka memandang enteng pada orang lain dan amat sukar dan degil menerima teguran dan nasihat, ketika itu, kita hanyalah sebutir debu di tengah-tengah padang pasir manusia yang tiada nilai di sisiNya.

Allah..
Sudah tiba masanya untuk kita melepaskan ego, rasa hebat dan bagus itu dalam diri kita! [Kredit]

Ayuh kita menghambakan jiwa dan hati kita. Ayuh kita merendahkan diri kita serendah-rendahnya, kerana Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa. Dan ayuh kita mengajak manusia kembali kepadaNya dengan seikhlas-ikhlas niat tanpa ada sebarang kepentingan diri mahupon agenda rahsia.

Kerana sesungguhnya, sekiranya kita masih degil, ego dan sombong, Allah tidak rugi apa-apa. Sekiranya kita masih memilih untuk angkuh dan takabbur dengan diri kita yang kononnya hebat dan bergaya itu, ia tidak mengurangkan sedikit pon kekuasaan Allah yang Maha Kaya itu. Kerana akhirnya...

Kau hengat kau canteque sangat ke...???
-gabbana-

Besar harapan untuk berjumpa ikhwah tersayang pada malam ini di perkongsian as-Syaikh Jum'ah Amin di UPM! Woohhooo!

Anda yang berminat juga dijemput ramai-ramai memeriahkannya! See you whenever I see you Insha-Allah! Senyum lebar-lebar.



http://angelwearsgucci.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog