Aku pregnant 7 bulan. Suami berskandal di Facebook. Nak add as friend, dia block
Hari
ni nak kongsi sikit kisah2 rumahtangga yang bermasalah... tadi
ada buat pantauan di
page https://www.facebook.com/kisahrumahtangga?sk=notes&s=0
(bahagian notes), banyak sangat kisah suami yang curang terhadap isteri2
mereka... jom hayati sedutan dari tajuk2 besar masalah rumahtangga ini:-
kisah 1:
Aku pregnant 7 bulan. Suami berskandal di Facebook. Nak add as friend, dia block.
Sy
& suami brumur 25 thn..Bg org lelaki umo 25 tu msih muda lg
kn..Bru2 nie sy gne laptop dia..& dia trlpe logout fb..Sy pon godam2
la fb dia..& xsgka..rupnye spjg kami duduk bjauhan nie..dia curang
blkg sy..hancur hati sy..wpon dia xpnh jmp pmpuan2 dlm fb tu..tp cara
dorg chatting amat menyakitkan ati sy..Bsembang lua dlm n
xspptnyer.Sblm2 nie pon dia pnh trkantoi msg dlm hp..bile sy tny dia
xngaku,katanya kwn dia y pjm hp tu n trlpe nk delete.Bile sy suh
ngaku,dia xnk ngaku n marah2.Skrg nie FB plak..sy dh rse mcm tawar
ati...Klo dpn sy bkn men baik n tjuk loving..blkg sy..dia brskandal ngn
pmpuan lain trmasuk la isteri org..Sy dh hilang kepercayaan pd dia..sy
pon xtau la ape y ptt sy wat..sy sygkn suami sy..tp dlm masa y sme dia
dh hilangkn kprcayaan sy...Sy pon ada FB tp sy tahu batas2 pgaulan..n sy
pnh nk add FB suami sy..Tp dia dh blocked email sy..Rupenyer ada sbb
dsbaliknyer..Pttnyer dh kwen xperlu ada privacy..So skrg nie mcm mne apa
pndpt admin?apa y harus sy lakukn?suami sy tu seorg y pns baran..klo d
tnye mcm2 nnt bgaduh...Sy hrp admin dpt mmberi pendapat...Sekian..terima
kasih...
kisah 2:
Aku pregnant anak ke 2. Suami ada hubungan dgn perempuan lain.
tp
ALLAH itu maha mengetahui ..hati sy tergerak utk memeriksa telefon
bimbitnya pada pagi selepas saya bertanyakan masalah itu ..ternyata
Allah dah buktikan perkara sebenarnya pada saya..betapa hancurnya hati
saya pada ms itu sehinggakan sy rs diri sy sudah tidak lg berpijak d
bumi yg nyata...dunia saya seolah-olah sudah hilang pertimbangan...saya
jumpa byk gambar perempuan tersebut d dalam telefon bimbitnya..ya Allah
saya x tau nak cakap apa lagi masa tu..pada hari yg sama juga suami
terus memujuk saya dan berjanji akan tinggalkan perempuan itu tp ms tu
hati sy hancur sgt...sehingga sy cakap sy nak keluar drpd rumah dgn anak
..tp itu cuma ungkapan sy ketika marah..jauh d sudut hati sy , sy x
berniat pun begitu...
kisah 3:
SMS dalam HP suami dari perempuan, "I nak peluk U"..
Berbalik
kepada cerita dia selalu kuar malam, dan start kena keja waktu
malam..kdg-2 hari, hari minggu..dan saya terhidu sms yg berbau cinta
semula antara dia dgn skandal baru pula. Bila saya ckp kat dia, dia kata
cuma kawan2 saja…sampai satu hari tu saya terbaca sms dia kata ‘ I nak
peluk u tadi ‘…malam-2 perempuan tu kol, dia kata opis yang kol, server
breakdown lah ,itulah inilah, hidup-2 dia tipu saya..sampai satu tahap,
saya stress, saya banyak kali pengsan,di opis dan di rumah dalam bilik
air.keluar masuk hospital dah biasa sbb pengsan,dahlah mengandung pulak.
hari minggu saya disuruh duduk rumah mak saya, sbb dia kata dia keja,
risau kat saya xde org jaga masa tu sarat mengandung. Saya pun turutkan
saja. Allah itu maha kaya, saya doa mintak petunjuk kalau suami saya
curang lagi, pada pagi bualan puasa 2 tahun lepas saya yg sarat
mengandung 7 bulan waktu itu, pulang ke rumah saya utk mangambil selipar
anak saya, sbb saya tido di rumah emak, langkah terkejutnya saya
melihat suami saya sedang enak tido bersama seorang perempuan di atas
katil saya. Ya Allah, nak pengsan saya masa tu,tp saya kuatkan hati
saya,…saya terima dia balik, sbb fikirkan anak dalam perut ni lahir, x
de bapa pula..saya sabar lagi dgn perangai suami saya…dan saya lansung x
buat report polis or jabatan agama..itu silap saya, sbb saya terlalu
sayangkan perkahwinan saya..saya korbankan semua. Bukan itu sahaja,
tunjuk ajar agama pun kurang, apa yg wajib pun susah nak tunaikan. Kalau
saya x kuat, dgn saya pun hanyut agaknya.
KOMEN DAN NASIHAT DARI KHAZINATUL ASRAR:
rata2 yang admin baca semuanya kerana si suami dan isteri kurang ilmu agama dan tidak ada sistem penguat jiwa iaitu al-Quran dan tarbiyyah Islamiyyah... sebenarnya punca keretakan keluarga dan masalah begini berlaku akibat tidak mengutamakan Allah dan Rasul dalam segala hal... iaitu Al-Quran dan as-Sunnah...
kembali pada al-Quran dan as-Sunnah, macam mana Islam mengajar memilih pasangan yang soleh dan solehah, yang berilmu dalam ilmu agama, yang ada fikrah dalam jemaah, itulah pemilihan yang tepat...
tetapi,jika sudah terlewat, apa yg patut dilakukan?
kembali semula pada ajaran Islam
yg sebenar, cari Allah, luah pada-Nya, doa, amalkan ayat2 suci al-Quran
yang menjadi syifa yakni ubat kepada setiap jiwa manusiawi, semua jalan penyelesaian sudah terkandung dalam al-Quran...
Lihat, dengar, hayati dan amalkan segala isi kandungan dalam al-Quran kerana Allah berfirman dalam kitab-Nya.
Surah al-Tawbah : 14 ” Dan (Allah) melegakan (menyembuhkan) hati orang yang beriman”.
Surah Yunus : 57 ” Dan penyembuh (penawar) bagi penyakit-penyakit (yang berada) di dalam dada.”
Surah al-Nahl : 69 “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia.”
Surah al-Isra’ : “Dan Kami turunkan daripada al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.”
Surah al-Syu’ara : 80 “Dan apabila aku sakit, Dia lah yang menyembuhkan aku.”
Surah al-Fussilat : 44 “Katakanlah : Al-Qur’an itu ialah petunjuk dan penawar.”
Selawat Syifa' : Maksudnya ” Ya Allah limpahkanlah rahmat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang menjadi perawat (tabib) segala hatinya dan ubatnya, yang menjadi penawar semua badan dan penyembuhnya, yang menjadi penerang segala pandangan (mata). Juga limpahkanlah rahmat kepada kaum keluarganya dan para sahabatnya sekalian.”
Dipetik dari buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato’ Ismail Kamus.
jadi,
inilah dia jalan penyelesaian segala masalah, tidak kira sakit apa,
semua ada penawarnya melainkan mati... masalah2 rumahtangga ini berpunca dari masalah dan penyakit HATI dan JIWA yang kosong dari TARBIYYAH dan ajaran AL-QURAN... itulah dia jalan yang sebenarnya.. jadi, kepada suami yang berpenyakit seperti ini, perlulah lebih mendalami
ilmu2 agama, pergi ke masjid, jalani USROH (Majlis2 ilmu dan
perbincangan ilmi agama dalam kelompok kecil), jemaah bersama keluarga
dan isteri, sentiasa mengisi rohani dengan amalan2 dan sunnah RASULULLAH
SAW...
jadi, pesanan admin, utamakn ALLAH dan AJARAN ISLAM, kita pasti BAHAGIA di dunia lebih2 lagi di AKHIRAT :)
Binalah keluarga yang menjadi keluarga ACUAN AL-QURAN dan AS-SUNNAH =)
Maaf
kepada page Kisah Rumah Tangga
(https://www.facebook.com/kisahrumahtangga) kerana mengambil sedutan2
kisah ini dengan selambanya :) tapi lepasni saya akan post artikel ini
kepada admin KRT inshaAllah...
yang baik datang dari Allah, yang lemah datang dari saya sendiri selaku hamba Allah yang lemah lagi dha'ifah..
Comments
Post a Comment