Dedah Harga Sebenar Kos Penyelenggaraan Kenderaan Kerajaan

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis ingin membincangkan satu lagi perkara yang ditimbulkan semasa cadangan Menteri Besar Terengganu untuk membeli 14 kereta Mercedes E200.

Yang menarik perhatian penulis kali ini ialah kenyataan MB bahawa kereta Perdana executive Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yaw sudah dua kali diselenggara yang melibatkan kos sehingga RM50,000.

Beliau juga mengatakan bahawa hakikatnya kereta itu tidak sampai dua tahun terpaksa diselenggara kerana beberapa komponen kereta seperti kotak gear rosak. (rujuk Utusan Malaysia)

Terdapat 2 perkara yang perlu dibincangkan:-

1. Perdana diselenggarakan 2 kali dengan kos yang tinggi iaitu RM50,000.

2. Usia kereta Perdana kurang daripada 2 tahun dan kerajaan negeri perlu mengeluarkan kos untuk membaiki serta mendapatkan komponen kereta.


1. Perdana diselenggarakan 2 kali dengan kos RM50,000.

Penulis tidak berapa pasti syarikat yang bertanggungjawab menyelenggarakan kenderaan kerajaan negeri tetapi syarikat yang bertanggungjawab menyelenggarakan kenderaan-kenderaan kerajaan pusat ialah syarikat SPANCO.

Jika kita layari web syarikat tersebut, terdapat beberapa perkara yang menarik. Di antaranya :-

SPANCO has been in the business of delivering total fleet management solutions for over 14 years. Its current fleet consists of more than 8,000 vehicles and caters to the needs of 39 ministries and government agencies across the country

SETTING UP OF SPANCO: SPANCO is a good example of how professional private organisations with specialised skills are used to manage the Government's non-core activities more efficiently so higher service levels can be achieved.

Through outsourcing, SPANCO manages the Government's fleet of saloon cars, and the Government is relieved of this non-core operational activity.

SPANCO was incorporated on 16 August, 1988 and commenced operations on 1 January, 1994.

Today, SPANCO is the leading independent fleet management company in the country, with all the Federal Government ministries using SPANCO to provide and maintain their fleet of saloon cars

The Government has benefited in the following ways:

-overcome budgetary constraints
-cost-savings and reliable service
-replacement of vehicles on pre-determined cycles
-improved availability of vehicles (97%) and operational efficiencies through better maintenance programmes
-a new and current fleet
-revenue from sales of its existing aged fleet
-dispensed with replacing aged vehicles
-current fleet is less than 5 years old
-no cost overruns
-relief from managing fleet

Dan berdasarkan kepada kemampuan Spanco untuk mengurus dan menyelenggarakan kenderaan kerajaan pusat seperti yang disenaraikan di atas,

1. Apakah syarikat tersebut perlu diamanahkan untuk menjaga kenderaan hak milik kerajaan negeri pula?

2. Mungkinkah dengan tahap profesionalisme Spanco, kos RM50,000 boleh diminimakan dan tidak membebankan kerajaan negeri?

Atau,

3. Apakah kontrak penyelengaraan tersebut perlu diagih-agihkan kepada banyak lagi syarikat bumiputera supaya mencapai matlamat DEB dan bukan sahaja menguntungkan seseorang individu sahaja?


Spanco, privately held by Tan Sri Robert Tan Hua Choon, who owns 17.37% stake of Maica, has been in vehicle fleet management business for over 14 years. Its current fleet consists of more than 8,000 vehicles catering to the needs of various government ministries and agencies.

Spanco has an exclusive contract to supply and maintain saloon cars for the government for 25 years effective Jan 1, 1994.

It was reported last month that the company had secured a deal to purchase 2,500 Proton Wajas and 10 units of Mitsubishi Evolution from Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) worth between RM100 million and RM125 million. The company would purchase the cars and lease them to the government


2. Usia kereta Perdana kurang daripada 2 tahun dan kerajaan negeri perlu mengeluarkan kos untuk membaiki serta mendapatkan komponen kereta.

Sebenarnya, isu gearbox dan kecacatan kereta Perdana v6 telah dibangkitkan semasa pihak Proton memanggil kembali fleet kereta Savvy. Ketika itu kereta Savvy dikatakan mempunyai masaalah bearing dan perlu diganti.

Dan kereta Perdana mempunyai tempoh warranty yang lebih daripada 2 tahun. Makanya, segala kerosakan mekanikal atau kecacatan di sepanjang tempoh tersebut sepatutnya ditanggung oleh syarikat Proton dan BUKANNYA kerajaan negeri.

Apa pun, penulis berharap agar syarikat-syarikat yang bertanggungjawab dan kerajaan negeri lebih transperans dan terbuka mengenai isu kos penyelenggaraan kenderaan kerajaan.

Dan jika perlu, agensi kerajaan mesti menyiasat jika terdapat keraguan di dalam kontrak tersebut.

Pautan : SPANCO , (Terima kasih kepada MockyMoqq)

Comments

Popular posts from this blog