Fashion Show Itik di Australia


Acara yang dinamakan Duck Fashion Show ini dianjurkan setiap tahun di Sydney Australia. Ianya unik kerana itik-itik akan dipakaikan dengan pelbagai kostum dan fesyen pakaian serta dilepaskan disebuah laluan khas di padang untuk melakukan 'cat walk'.










Teknik Nyamuk Memilih Darah Manusia
Dalam satu penyelidikan, ahli entomologi melakukan kajian untuk menentukan apakah serangga kecil ini memilih mangsanya atau hanya menghisap darah secara rawak.


Hasil dari kajian tersebut ternyata menunjukkan bahawa nyamuk memilih mangsa yang darahnya akan dihisap. Nyamuk memilih mangsanya berdasarkan bau manusia yang nikmat iaitu yang berbau masam dan berbau kolesterol.


"Nyamuk menggunakan bau untuk menganalisa seseorang yang menarik dan yang tidak menarik untuk menemukan darah mana yang lebih sedap bagi mereka," jelas Jerry Butler, pakar entimologi dari University of Florida.

Butler menjelaskan, nyamuk telah berevolusi dan bertahan hidup, bahkan dengan perkembangan yang pesat. Nyamuk memiliki kemampuan untuk memilih mangsa terbaik untuk dihisap darahnya, iaitu dengan indera bau yang tajam.

Manusia dapat menarik kedatangan nyamuk yang berada jauh dari mereka hanya dengan bau nafasnya. Setiap kali manusia menghembuskan nafas, karbon dioksida dan bau lainnya bercampur untuk menghasilkan signal yang bergerak melalui udara.

Signal-signal tersebut akan memberitahu nyamuk bahawa terdapat darah yang merupakan makanan lazat.

Menurut Butler, nyamuk terbang dengan pola zigzag. Kemudian koloni serangga kecil ini akan menemui pusat bau di udara dengan mengandalkan penglihatan dan sensor panas.

Dari kajian yang dilakukan Butler diketahui bahawa nyamuk sebenarnya memerlukan kolesterol dan vitamin B, tetapi serangga kecil itu tidak mampu menghasilkannya sendiri.

"Oleh kerana itu, nyamuk akan mencari mangsa yang kaya akan sumber-sumber tersebut. Bau-bau seperti bau masam adalah sangat menarik bagi nyamuk," jelas Butler.

Butler mengatakan, bahan-bahan yang digunakan untuk melembutkan dan menghaluskan kulit boleh menjadi umpan yang kuat bagi nyamuk. Bahkan, bahan-bahan dalam kosmetik tertentu dikatakan sangat menarik bagi nyamuk.
Potong Rambut Dengan Api (gambar)
Seorang lelaki, Pietro Santoro mempunyai teknik khas memotong rambut, bukan dengan menggunakan gunting atau mesin, sebaliknya dengan menggunakan api! Anda berani nak cuba?





copy from billy info

Comments

Popular posts from this blog