Jangan Menggunakan Akal Memahami Hukum Tutup Aurat
Soalan:
“Sory sbb gune eng, tgh practice da lame x wat ayat2 eng. anyway sbenar mmg sy tau toe to ankle tu aurat sbb byk org ckp perkara nh termasuk ibu & makcik tp deme x penah nk terangkan. jd kalo bole sy nk memahami maksud disebalik perintah tersebut xnk ikut secara membabi buta. sy ader bace bab2 aurat tp xpenah satu pn menerangkan secara detail bagi setiap perincian aurat. cm cth rambut dan lengan kenapa ianya aurat sbb itu menunjukkan warna kulit yg sebenar yg mungkin mendatangkan keinginan lelaki untuk mendekati wanita (yg nh sy ade bace termasuk ikut mazhab). tp dalam hal (toe to ankle) ape pandangan ustaz la sbb sy x jumpe sbb musabab yer. ader ker org tgk kaki akan timbul perkara x baik. hope ustaz dpt terang kan.”
Sebenarnya, dalam memahami sesuatu
perintah Allah ini, pertama sekali kita tak boleh gunakan logik.. sebab
logik ini daripada akal, sedangkan pengetahuan akal manusia itu adalah
terbatas.. bukanlah kita langsung tak boleh gunakan akal, sebaliknya
akal itu terletak di tempat kedua selepas dalil al-Quran dan hadis.
Maknanya, kita kena selaraskan akal pemikiran kita mengikut kehendak
al-Quran dan hadis, dan bukannya menggunakan al-Quran dan hadis untuk
ditafsirkan mengikut kehendak akal kita.
Ustaz selalu bagi contoh pasal babi, dan
Ustaz nak ulang lagi dalam entry ni.. dalil daripada al-Quran jelas
menyatakan akan haramnya memakan babi itu.. ilmu sains sendiri
membuktikan akan kehadiran parasit (cacing pita) dalam daging babi itu
yang takkan mati walaupun direbus atau dibakar atas api.. tambahan lagi,
babi itu sendiri memang kotor dan memakan kotoran termasuk najisnya
sendiri. Tapi, bagaimana sekiranya suatu hari nanti, dengan kemajuan
teknologi, babi itu dipelihara dalam keadaan yang bersih.. Diberi makan
nasik goreng tiap2 hari dan diberikan ubat yang mampu membunuh parasit
dalam tubuhnya.. Ketika itu, adakah hukum memakan babi telah berubah
(sbb dah takde parasit dan makan makanan yang bersih)? Kalau kita
menggunakan akal semata2, dah tentulah ia dah jadi halal, sebabnya
penghalang2 itu dah dihapuskan.. Namun, hakikatnya, pengharaman babi ini
akan tetap berterusan haramnya sampailah kiamat berpandukan dalil yang
qat’ie (putus).
Dalam bab aurat ini, begitulah juga
keadaannya.. bila al-Quran dan hadis menyuruh menutup kepala sampai ke
dada, maka itulah hukumnya.. tak kira la suatu waktu nanti, semua lelaki
atas dunia ini mati pucuk dan kehilangan nafsu sekalipun, hukum menutup
aurat itu takkan berubah.
Jadi, yang pertama sekali kita kena
menerima hukum agama ini dengan yakin.. keyakinan ini boleh dibahagikan
kepada 3 iaitu ilmu al-yakin, ain al-yakin dan haqq al-yakin. Ilmu
al-yakin ini adalah tahap ilmu yg paling rendah, iaitu kita meyakini
berdasarkan ilmu teori.. kita yakin buah durian itu sedap, sebab kita
baca tentang rasa buah durian dalam artikel, walaupun kita sendiri tak
pernah melihat rupa bentuk durian itu.. Ain al-yakin pula adalah tahap
seterusnya, iaitu keyakinan berdasarkan apa yg kita lihat.. kita lihat
satu kemalangan dan nampak orang menggelupur, maka kita meyakini melalui
penglihatan kita bahawa sakitnya rasa kalau eksiden patah kaki
(contohnya).. tahap yg paling tinggi adalah haqq al-yakin, iaitu bila
kita merasai sendiri pengalaman tersebut.. kita meyakini akan sakitnya
beranak lepas kita sendiri melalui proses pemberanakan itu (Ustaz sampai
mati pun takkan dapat merasai pengalaman beranak ni…. (T – T) ).. kita
meyakini akan manisnya buah durian selepas kita merasai sendiri
kemanisan buah tersebut.. dsb..
Keyakinan itu adalah sesuatu yang diusahakan, bukan sesuatu yang kita dapat melalui mimpi atau berkhayal..
“Orang-orang “A’raab” berkata: “Kami telah beriman”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: “kami telah Islam”. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (al-Hujuraat : 14)
Sebab itulah, kita kena menerima
perintah2 Allah dan RasulNya dan mengamalkannya dulu, insyaAllah,
selepas itu barulah keyakinan itu diusahakan setelah kita merasai
sendiri pengalaman beramal dengan agama.
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam secara keseluruhannya (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya); dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” (al-Baqarah : 208)
Jadi, tak relevan alasan mereka2 yang
mengatakan belum ikhlas, belum yakin dsb, untuk menafikan tuntutan
beramal dengan ajaran Islam ini.. sebab kita dituntut untuk mengamalkan
ajaran Islam, sekalipun belum datang keyakinan dalam hati kita, kerana
keyakinan (haqq al-yakin) itu akan datang selepas kita sendiri beramal
dengan ajaran Islam.
Berbalik kepada persoalan saudari kim,
Ustaz sebenarnya takde penjelasan kenapa kaki perlu ditutup.. walaupun
saudari mengatakan rambut dan warna kulit itu perlu ditutup sebab boleh
mendatangkan keghairahan, Ustaz pasti, ramai lelaki yang tak ghairah pun
tengok rambut wanita.. apa kes tengok rambut pun boleh ghairah..
kihkih.. kalaulah dengan melihat rambut dan warna kulit itu boleh
mendatangkan ghairah, dah tentu bulu2 lain termasuk bulu kaki, tapak
kaki, ibu jari, hidung, mata, tahi lalat dsb yg ada pada wanita pun
boleh mendatangkan ghairah juga..
Cuma Ustaz teringat zaman sekolah dulu,
ada member Ustaz yang begitu taksub nak melihat kaki wanita.. sebab
katanya, dengan melihat kaki wanita, kita boleh mengetahui wanita itu
anak dara ke, dah takde dara ke.. Ustaz pun tak pasti sejauh mana
kesahihannya..
Jadi, tak semua syariat agama ini perlu
kita fikir melalui logik akal.. ada yang kita perlu terima tanpa perlu
takwil dan tafsir.. dan ada juga yg memerlukan tafsiran.. ambillah
mafhum kata2 Saidina Ali r.anhu ini sebagai panduan :
“Kalaulah agama itu boleh difikirkan
melalui logik akal, nescaya akan disuruh menyapu khuf pada tapaknya, dan
bukan di atasnya”.. ini dalam bab mashul khuffain (menyapu dua stoking
kulit) iaitu disyariatkan menyapu bahagian atas stoking, sedangkan
logiknya yg kotor atas bahagian bawah stoking itu.
Jawapan ditulis oleh Ustaz Love. Soal jawab ini dipetik dari Blog Ustaz Love.
http://wanwma.com/soal-jawab/jangan-menggunakan-akal-memahami-hukum-tutup-aurat/
Comments
Post a Comment