KOLEKSI TERBAIK MUTIARA KATA
MOTIVASI SEPANJANG HAYAT
Kecantikan
yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
( Aristotle )
Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.( Aristotle ).
Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.( Budiman ).
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. ( (Hamka).
Bertambah
kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam
pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. (
Hamka ).
Pergaulan
mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah
bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita
kutip manfaatnya. (Hamka).
Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali).
Undang-undang
adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal
membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan
akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka).
Di dalam
medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan
diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan
keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. (
Hamka).
Kata
Hukama,” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana
ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat
kebiasaan yang sukar ditinggalkan. ( Hamka ).
Mengikut
adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati
ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)
Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).
Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis ).
Kata hikmat Adat
Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru. (Hamka).
Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru. (Hamka).
Habis adat kerana kerelaan. ( Pepatah Melayu).
Adat juara berkalah menang. ( Pepatah Melayu).
Adat hidup tolong-menolong, dunia balas-membalas dan adat syariat palu-memalu.. (Pepatah Melayu).
Kata hikmat Adil
Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. ( Hamka).
Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. ( Hamka).
Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. ( Hamka ).
Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. ( Hamka).
Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri. ( Hamka ).
Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim. ( Umar Al-Khatab).
Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah.Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah.Adil
dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai.Adil di dalam
masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri ke arah
masyarakat bersama. ( Hamka ).
Keadilan
yang ada pada diri seseorang raja,laksana sebentuk mutiara.Meskipun yang
empunya telah mati,mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya. ( Hukama
).
Membalas kebaikan dengan segera dengan kebaikan pula bernama keadilan, dan melambatkannya bernama aniaya. ( Hukama).
Kata hikmat Agama
Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).
Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).
Perhatian
kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang
sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada
agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena
hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka).
Agama tidak
melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.Agama
tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. (
Hamka).
Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang. ( Hamka).
Tiga sifat
yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati
suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah),
benar dan jujur.
( Hamka ).
Kepercayaan
kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan
tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak
sesat. ( Hamka).
Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana rumah batu, yang satu menguatkan yang lain. ( maksud hadis ).
Kepercayaan
agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di
dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut
agamalah yang paling mulia. ( Hamka ).
Kata hikmat Akal.
Apabila sempuran akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib).
Apabila sempuran akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib).
Orang yang
berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya
berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan
amal soleh.
(ulama).
Sifat pemarah adalah musuh utama akal. ( saidina Ali Abi Talib ).
Walaubagaimanapun
alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya
selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. ( Lukmanul Hakim ).
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib).
Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. ( Saidina Ali Abi Talib).
Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. ( Saidina Ali Abi Talib).
Akal yang sihat daripada badan yang sihat. ( Lidah pendeta ).
Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran. ( Hamka ).
Akal ialah
anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia.Akal tidak
diberikan semata-mata.Ia perlu dituntun. ( Hamka).
Salah satu
tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan
menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya. ( Hamka).
Hawa nafsu
membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju
keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal
menyuruh menimbang. ( Hamka ).
Kata hikmat anak.
Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. ( Hamka).
Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. ( Hamka).
Peliharalah
anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka.Sesungguhnya anak-anak
itu adalah hadiah Allah kepadamu. ( maksud hadis ).
Apabila
mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga
perkara,sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang
soleh mendoakannya.
( Maksud hadis ).
Anak yang ditinggalkan ayah jarang yang tidak luka jiwanya sampai besar. (pepatah Melayu).
Sewaktu
kecil anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya,kerana dia
tupuan harapan,maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana
kejayaan hidupnya. ( Hamka).
Ikhlas dan
sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya
senyum,senyum yang tidak disertai apa-apa. ( Hamka ).
kata hikmat bahagia.
Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).
Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).
Bahagialah
orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk
nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. ( saidina Ali Abi
Talib ).
Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. ( Hamka ).
Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. ( Hamka ).
Bahagia
sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara
berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis).
Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis ).
Perluaskanlah
bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang
dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus
fantasi yang menjahanamkan diri anda.
Anggaplah
dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik
yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.
Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain.
Bersyukur
dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang
lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap
mereka.
Anda
hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang
pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman
yang membawa duka nestapa.
Bersyukur
dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan
sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki
perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.
kata hikmat Bahasa Hati
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. (pepatah Melayu)
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. (pepatah Melayu)
Barangsiapa yang mengetahui bahasa sesuatu kaum,nescaya terlepaslah dia daripada ditipu oleh kaum itu. ( Peribahasa Arab ).
Dalam seni
bahasa kita, adalah ‘kunci’ kata-kata itu yang harus
diperhatikan.Disinilah terletak halusnya,walaupun hanya empat atau lima
baris. (Hamka)
Mengatur
bahasa beerti mengatur fikiran bangsa,menambah kata-kata bahasa,beerti
menumbuhkan fikiran bangsa.Bahasa itu adalah jiwa bangsa.(Sutan takdir)
Bahasa tidak boleh dijual beli. (peribahasa).
kata hikmat Baik
Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali. (peribahasa)
Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali. (peribahasa)
Sifat baik ialah tidak pernah putus- asa dan tidak pernah gentar. (Marsekal Foch).
Hendaklah selalu berbuat baik dan jauhkanlah pekerjaan maksiat. ( maksud hadis).
Hasut itu memakan kebaikan seperti api memakan kayu.(maksud hadis).
Penonton sering melihat lebih baik daripada yang bermain. (Francis Becon).
Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik. (Hamka).
Cita-cita dan niat yang baik mesti disertai dengan usaha dan jalan yang baik untuk melaksanakannya.
kata hikmat Bangsa
Warna kulit dan bahasa yang berlainan adalah suatu tanda kebesaran Ilahi.
Warna kulit dan bahasa yang berlainan adalah suatu tanda kebesaran Ilahi.
Bangsa yang
memperkosa hak bangsa lain atau orang yang memperbudakkan sesama
manusia telah melakukan kesalahan.Tetapi kesalahan tidak boleh
ditimpakan kepada si gagah sahaja.yang dijajah dan diperkosa atau
diperbudak turut bersalah.Mengapa mahu dijajah?Orang lain tidak dapat
menolong kalau yang dijajah telah menggalangkan batang leher sendiri
untuk disembelih. ( Hamka).
Bangsa yang ingin maju mestilah memajukan bahasanya.
Bangsa
penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka.Ketakutan adalah
penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan. (Andre Colin ).
Tiada
kelebihan di antara orang Arab dengan bukan orang Arab dan tidak ada
kelebihan di antara kulit putih dan kulit hitam,begitu juga
sebaliknya.Semuli-mulia kamu ialah orang yang bertakwa. ( maksud hadis).
Bangsa Rom
pada masa dahulu sangat kuat berusaha dan rajin bekerja sehingga berjaya
kep uncak ketinggian.Namun,setelah ditimpa penyakit lalai dan
malas,peradaban yang ditegakkan oleh nenek moyang mereka runtuh sedikit
demi sedikit .Ketika itu mereka menyangka berusaha dan bekerja itu bukan
pekerjaan orang yang merdeka tetapi pekerjaan bdak-budak. (sejarahwan)
“Wahai
manusia! Sesungguhnya telah Kami jadikan kamu sekalian daripada seorang
lelaki dan seorang wanita, dan Kami jadikan kami bergolongan dan
berbangsa-bangsa,supaya kamu saling kenal di antara satu sama
lain.Sesungguhnya orang yang bertakwa paling mulia di sisi
Allah.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Menyelidiki. ( Maksud ayat
al-Quran 49:13)
kata hikmat benar.
Benar jadi berani. (pepatah China)
Benar jadi berani. (pepatah China)
Menyebut yang benar tidaklah akan mendekatkan ajal dan tidak akan menjauhkan rezeki.
Orang yang merasai menang sementara kerana menentang kebenaran,tetapai kebenaran itu akan mentertawakannya juga. (Hamka)
Kesusahan adalah jalan menuju kebenaran. (Bijron)
Benar tidak akan melukakan oarang yang memberitahunya. (Chamberlain)
Katakan yang benar,sungguhpun ia pahit dan tidak digemari orang. (hadis)
Wahai
saudagar!Ambillah yang benar,nescaya kamu selamat.Janganlah kamu menolak
keuntungan yang sedikit kerana kamu tidak memperolehi keuntungan yang
banyak.
(Saidina Ali)
Berani kerana benar, takut kerana salah. (pepatah Melayu).
Benar akan menang.
Tidak ada yang lebih benar selain kebenaran itu sendiri.
Kebenaran tidak dapat dimusnahkan oleh air dan api. (peribahasa Tibet).
Tidak semua orang yang menolak kebenaran itu tidak tahu bahawa yang ditolakkanya itu benar. ( Hamka).
Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan. ( Hamka).
Tiga rukun
yang benar dan perlu dalam mencapai utama iaitu dengan tabiat, dengan
pengalaman dan dengan pelajaran.Adapun musuh yang sentiasa menghalangi
manusia mencapai keutamaan ialah hawa-nafsu yang menyebabkan
marah.dengki (hamka).
Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran tidak dapat dibatasi. (Hamka)
Katakanlah yang benar dan adil,sebab benar dan adil adalah satu. ( Hamka)
Kesombongan tidak dapat bertahan di hadapan kesombongan.( Hamka)
Yang benar tidak terikat dengan waktu. (Hamka).
Orang yang sengaja menyorokkan kebenaran adalah orang yang lemah.(Hamka).
kata hikmat kalau
Kalau kail panjang sejengkal ,jangan lautan hendak diduga. (peribahasa Melayu)
Kalau kail panjang sejengkal ,jangan lautan hendak diduga. (peribahasa Melayu)
Kalau
banyak ilmu manusia,lebih mudah dia menipu dirinya.Jalan yang baik
mengelakkan kesilapan ialah membuat tidak tahu.(Jean Jacques Rousseau).
Kalau kita memerintah kekayaan ,kita menjadi kaya dan bebas,kalau kekayaan memerintah,kita jadi miskin.(Edmund Burke).
Kalau kamu tua,beri nasihat dan jika kamu muda,terimalah nasihat.(peribahsa China).
Kalau banyak benda yang manusia malukan,dia akan dihormati.
Kalau dua orang menunggang kuda,seorang mesti duduk di belakang.(peribahasa Inggeris).
Kalau engakau disuruh pilih,tentu engkau memilih.(peribahasa Arab).
Kalau bekerja dianggap menyusahkan,mengganggur merosakkan.(peribahasa Arab).
Hati-hatilah kalau lidahmu akan memukul lehermu sendiri.(peribahasa Arab).
Kalau besar
yang dituntut dan mulia yang dicari,maka payah melaluinya,panjang
jalannya dan banyak rintangannya.(imam Al Ghazali).
Kalaulah ilmu dapat dicari dengan niat,pasti tidak ada orang jahil dalam dunia ini.(pendeta).
Kalau takut mati jangan hidup.(Mahatma Gandhi).
Kalau tuhan
tidak menjadikan perhambaan dan perbudakan,tentu tidak akan timbul
keinginan hendak mengejar kemerdekaan.Memang kalau taida kesakitan,orang
tidak mempunyai keinginan untuk mengejar kesenangan.Oleh itu tidak
keterlaluan jika dikatakan bahawa sakit dan pedih adalah tangga menuju
kejayaan. (Hamka).
Kalau petang dan pagi seseorang itu beroleh aman dan sentosa daripada sebarang gangguan,itulah orang yang bahagia.(zaid)
Kalau
sekali seorang bijak melakukan kekeliruan,di belakangnya terdapat ramai
orang bodoh yang mengulangi kekeliruan itu.(Beng Cu).
Kalau
engkau ingin menjadi raja,pakailah sifat qanaah.kalau engakau ingin
beroleh syurga dunia sebelum syurga akhirat,pakailah budi pekerti yang
baik.Kedua sifat ini ialah kawan bahagia.(saidina Ali).
Kalau nyata
bahawa harta benda tidak dapat menangkis sakit,tidak dapat menolak
demam,tidak dapat menghindarkan maut,nyatalah bahawa kesusahan yang
menimpa orang kaya,serupa dengan kesusahan yang menimpa orang
miskin.(Hamka).
Kalau
hendak beroleh kemerdekaan fikiran,hendaklah biasakan hidup
melarat,sengsara dan tidak terpengaruh oleh hiasan dunia.Tetapi kalau
engkau hendak mencapai kemerdekaan untuk diri sendiri dan
bangsamu,hendaklah engakau biasakan bersikap tabah menempuh
perjuangan.(Voltaire).
Kalau
pemerintah mempunyai hak atas rakyat iaitu supaya rakyat taat dan tunduk
kepadanya,maka rakyat pula mempunyai hak atas pemerintah,yakni
hendaklah pemerintah berlaku adil atas rakyat.(Muhammad Abduh).
Kalu hendak memperbaiki karangan,adakan peraturan dalam fikiran.(buffon).
Kalau hendak mempunyai tampan yang paling baik dan paling kukuh dalam karangan,menulislah dengan sederhana.(Hohenemser).
Kalau kamu mendapat kesusahan,ingatlah untuk menyimpan kesabaran.(Horatius).
Kalau tutur kata dan bahasa tidak sesuai dengan keadaan yang sebenar,itu tandanya bahawa sesuatu perkara tidak berhasil.
Kalau kamu
berada di rumah orang,hendaklah kamu jaga matamu,jika kamu berada di
tengah orang ramai,jaga lidahmu dan jika kamu berada dalam majilis
jamuan,jaga perangaimu.(lukmanul hakim).
Jika nasihat orang gila itu bagus,orang berfikiran waras tentu akan melaksanakannya.(Hamka).
Jikalau
orang perlu kawan,dia akan mengambil setiap orang yang mahu
menolongnya,soal siapa orangnya,itu tidak penting.(Feng Yu Hsiang)
Kalau kamu
letakkan pedang yang terhunus di leherku,sewaktu aku menyampaikan
perintah Allah dan Rasulnya,aku akan terus berbicara,sekalipun pedangmu
itu aakan memutuskan leherku.(Abi Zar Al Gifary).
Kalau
engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah,ingat
pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.(Umar Al Khatab).
Kalau hendak orang lain menyimpan rahsiamu,lebih dahulu simpanlah pada dirimu sendiri.
Kalau orang mengasihi anda ,dia kan membuat anda meratap,tetapi jika orang membenci anda,dia akan membuat anda ketawa.
Kalau kita membenci orang,orang akan membenci kita.
Kalau kurang pada rupa jangan kurang pada budi.
Kalau orang sakit memikirkan nyawanya,orang sihat akan memikirkan wangnya.
Kalau kita tidak mencari sesuatu,kita tidak dapat menemui sesuatu.
Kata hikmat Keindahan.
Untuk merasakan keindahan,bacalah susunan syair yang indah-indah,buku-buku yang berfaedah,tentu timbul kerinduan untuk berkenalan dengan pengarangnya.
Untuk merasakan keindahan,bacalah susunan syair yang indah-indah,buku-buku yang berfaedah,tentu timbul kerinduan untuk berkenalan dengan pengarangnya.
Memerhatikan keindahan alam itu menambah harga diri.
Hasad
dengki menghilangkan keindahan,baik keindahan badan,keindahan jiwa
ataupun keindahan akal.Bahkan keindahan wajah pun mampu dihilangkannya.
Alangkah
indahnya jika dunia dan agama berkumpul menjadi satu dan alangkah
buruknya jika kafir dan derhaka bergabung dalam diri seseorang.
Letak keindahan bukan pada ejekannya,tetapi pada cara dia mengejek.
Bacaan Al-Quran dengan lagu yang indah,suara yang merdu ,menunjukkan dalam agama pun ada seni suara.
Allah amat ingin agar hambanya memperlihatkan bekas nikmatnya atas dirinya.
Perhiasan
timbul dariapda kerinduan terhadap yang indah.Bunga yang mekar di atas
meja,kerusi yang bagus,semuanya seiring dengan kemajuan otak dan jiwa.
Berhiaslah ketika ke masjid.Tandanya berhias itu dilarang bahkan dianjurkan.Tetapi jangan berlebih-lebihan.
Seni adalah
tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat
disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati
sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.
Sesungguhnya Allah itu indah,suka akan keindahan.
Perhiasan adalah barang indah.Orang tidak boleh berhias dengan barang yang buruk.
Sikap yang kasar adalah lantaran jiwa yang ksar,jiwa yang tidak mengenal keindahan.
Jika seseorang tidak dikuasai oleh perasaan benci,setiap pakaian yang dipakainya kelihatan indah.
kata hikmat Islam.
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.
Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.dakwah Isalam mencakupi kedua-duanya sekali.
Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.
Perbezaan
kepercayaan antara orang Islam dengan orang Kristian kepada nabi Isa
adalah tentang’Filsafat Ketuhananya dan tentang matinya kerana disalib.
Agama Islam amat membenci orang-orang yang berambut kusut masai,tidak licin bersisir,berjanggut kusut masai dan sebagainya.
Kata hikmat kejahatan.
Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik,meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik.
Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik,meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik.
Orang yang membenarkan kejahatan,beerti sudah berbuat jahat.
Hendaklah
kamu hentikan kejahatan yang kamu lakukan ke atas orang lain dan
hendaklah kamu memaaf dan melupakan kejahatan orang lain terhadap
dirimu.
Melakukan kejahatan kepada orang lain bukan sahaja merosak dan menganiayai mereka bahkan turut merosakkan diri sendiri.
Sejahat-jahat
manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang
sebagaimana lalat mencari bangkai dari tempat-tempat yang busuk.
Menolong orang melakukan kejahatan sama seperti kata peribahasa ‘melepaskan anjing yang tersepit.’
Sesiapa yang berjalan di tempat kejahatan pasti ditohmah atau difitnah.
Manusia yang hanya besar perut,banyak tidur,pemalas dan kurang keyakinan diri juga merupakan manusia yang bersifat jahat.
Orang yang membinasakan orang lain untuk kepentingan dan faedah diri sendiri telah melakukan kejahatan yang amat keji.
Iman yang teguh menghalang manusia melakukan kejahatan.
Kata hikmat jangan.
Jangan sekali-kali berputus-asa,tetapi jika anda berputus-asa teruslah bekerja dalam keadaan itu.
Jangan sekali-kali berputus-asa,tetapi jika anda berputus-asa teruslah bekerja dalam keadaan itu.
Jangan membuang waktu barang seminit pun untuk memikirkan orang-orang yang tidak kita sukai.
Jangan
bertengkar dengan orang yang kurang akal,nanti ia akan menyakitkan kamu
dan jangan bertengkar dengan orang yang penyantun,nanti dia benci
padamu.
Kata hikmat Cita-cita
Alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita.
Alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita.
Orang yang
bercita-cita dab berazam besar,selalu bertemu halangan dan rintangan
yang besar.Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil
besar suatau cita-cita.
Dalam dasar suatau cita-cita mulia, kehendak yang buruk bisa juga menyelinap.
Bila dasar suatu cita-cita bermula,perjalanananya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak.
Orang yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citanya.
Cita-cita
yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia dan tujuan yang besar dan
mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.
Jangan
engkau kecilkan cita-cita engkau,kerana cita-cita yang kecil bukan
penyebab seseorang mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju
kejayaan ,kecuali cita-cita atau hemah yang kecil.
Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya.
Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna.
Cita-cita
hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga,melainkan
adakalanya disirami dengan aiarmata dan juga darah.
Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
Kata hikmat sahabat.
Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
Jangan basuh mangkuk persahabatan dengancuka.
Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tionggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
Sendirian
lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman
duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.
Apabila
engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia dia
supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan
rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan
rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.
Tiadalah yang menyentuhkan akau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan oranag yang akau tidak malu kepadanya.
Kalau enkau
ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan
memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.
Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.
Manusia
yang paliang lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan
paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang
diperolehinnya.
Brang siapa
mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka
seseungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa
mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang
dikehendakinya,seseungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan
kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada
sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.
Sahabat
sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan
bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.
Teama-teman
kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga
mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada
akhirat.
Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.
Kekayaan menarik sahabat-sahbatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.
Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.
Sahabat yang ebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.
Sahabat yang celaka itu sentaiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.
Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.
Bersahabat
dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat
daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.
Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.
Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.
Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.
Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.
Supaya engkau beroleh sahabat ,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.
Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.
Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.
Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.
Apabila
orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan”Wahai
tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah
kesalahannya.
Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.
Manusia
memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah
datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan
orang lain atau menyalahkan takdir.
Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama seperti menunda kekalahan.
kata hikmat saudara.
Tolonglah saudarmu ketika ia menjadi seorang yang zalim atau orang yang dizalimi.
Tolonglah saudarmu ketika ia menjadi seorang yang zalim atau orang yang dizalimi.
Tidak sempurna iman seseorang melainkan dia mencintai saudaranya,sebagaimna ia mencintai dirinya sendiri.
Kedua orang saudara itu laksana dua belah tangan yang membasuh satu sama lain.
Bersedekah
kepada orang miskin itu beerti satu sedekah sahaja,sementara sedekah
kepada kaum kerabat itu beerti du sedekah,iaitu bersedekah dan
mengutakan hubungan persaudaraan.
Di sana ada
tiga jenis saudara,saudara yang tidak membalas kebaikan yang anda
berikan kepadannya,saudara yang memberikan balasana setimpal dengan
kebaikan yang diberikan dan saudara yang sentiasa ingin memanjangkan
hubungan persaudaraan tanpa mengejar sebrang kebaikan daripada anda.
Diantara
sikap yang boleh melahirkan perasaan kasih sayang seorang saudara kepada
anda ialah memberi salam terlebih dahulu.Anda memanggilnya dengan nama
yang paling digemarinya dan anda melapangkan tempat di dalam sesuatu
majlis untuknya.
Tidaklah halal bagi seseorang Islam untuk menjauhi saudarnya lebih daripada tiga hari.
Allah merahmati seseorang yang melapangkan tempat buat saudarnya.
Hiduplah dengan persaudaraan
Saudara
yang besar menjdai pemimpin bagi adik-adiknya.Saudara ynag lelaki
menjadai pembela bagi yang perempuan.Maka yang memikul kewajipan lebih
berat ketika itu ialah saudara-saudara yang tertua.
Saudara-saudara
yang muda harus menghormati dan mengagungkan abangnya.Kalau hal ini
tidak dipedulikan,alamat suatu keluarga yang runtuh.
Hubungan
yang mesra dan saling menghoramati antar anggota-anggota masyarakat akan
menimbulkan rasa persahabatan dan persaudaraan yang berkesan.
Kata hikmat sederhana.
Sebaik-baik pekerjaan ialah sederhana.
Sebaik-baik pekerjaan ialah sederhana.
Keindahan dalam dasar kelakuan dan bahasa ialah keserderhaan.
Jangan
terlalau boros mengelurakan pendapat,sederhana memulai atau
menjawab.Susun baik-baik alasan yang diberikan kepada yang demikian amat
besar muslihatnya di dalam menghadapi pekerjaan dan mengatasi
kesulitan.
Kata hikmat senyum dan tawa.
Senyuman adalah ibarat perhaisan batin, yang membantu menindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.
Senyuman adalah ibarat perhaisan batin, yang membantu menindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.
Denagn
senyum,kemanapun kita pergi,bersinarlah di sana cahata kegembiraan.Tidak
ada urusan yang berat dalam dunia ini.Semuanya dapat diatasi.
Senyumlah,supaya alam turut tersenyum kepada anda.
Teranglah bahawa senyuman doktor ialah malaikat rahmat yang turun ke bumi.
Senyuman itu kelopak,ketawa itu bunga yang sempurna kembang.
Jangan
tertawa melaihat orang jatuh,kerana jarang seseorang itu jatuh dengan
sengaja kerana ia sakit.Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan,jika tidak
jatuh dalam perjalanan yang sulit.
Bicaranya …ialah senyum.
Dibawanya senyum matanya,dirasakan hari hujan.Dibawanya gelak pipinya,dirsakan hari panas.
Jangan
engkau tertawa di tempat yang idak menghairankan,jangan berjalan tanpa
mempunyai maksud,jangan bertanya ditentang yang tidak perlu
padamu,jangan sia-siakan hartamu dan memperbaiki harta orang lain,yang
dikatakan hartamu ialah yang engkau pergunakan buat amal,dan harta orang
lain ialah yang engkau tinggalkan.
Berapakah
harga ketawa yang diakhiri denagn ratap dan tangis?Tentu tidak semahal
harga sedu-sedan yang diakhiri dengan senyum-simpul.
Kata hikmat Takut
Kalau takut dilambung ombak,jangan berubah di tepi pantai.
Kalau takut dilambung ombak,jangan berubah di tepi pantai.
Si pengecut berpendapat bahawa pengecut itu adalah satu perhitungan yang tepat.Itu adalah perangai nafsu yang hina.
Ketakutan adalah penyakit yang sangat melekukan jiwa dalam hidup.
Rasa takut
adalah naluri manusia yang wujud dari keinginan memelihara hidup.Apbila
telah masuk ke dalam naluri ia tidak dihapuskan lagi.
Rasa takut
timbul kerana menghadapi suatu bahaya.Dukacita timbul kerana
mengenangkan seseutu maksud yang tidak tercapai atau kehilangan sesuatu
yang paling berharga.Yang palaing ditakuti ialah maut.
Orang yang takut menghadapi risiko adalah orang yang mengalah sebelum mencuba kemampuannya,menyerah sebelum berjuang.
Orang penakut mengatakan bahawa pengecut itu adalah suatu siasat.,demikianlah tabiat dan jiwa yang rendah.
Jubun
ialah orang yang sudah yakin bahawa dia berada di pihak yang
benar.Tetapi takut menyebut kebenaran itu.Tidak mempunyai keberanian
moral,sehingga menderita menerima penghinaan dan kehinaan.
Perasaan takut timbul sehingga bertemu dengan hati tenteram,lebih baik daripada tenteram yang kemudiannya menimbulkan takut.
Si penakut akan terbunuh denagn ketakutannya terlebih dahulu daripada terbunuh dengan pedang.
Musibah
yang harus ditakuti oleh manusia di dunia boleh diringkaskan menjadi
lima.Pertama,sakit ketika mengembara,miskin ketiak tua,maut pada usia
muda,buta setelah melihat,dilupakan orang yang disanjungi.
kata hikmat usaha dan kerja.
Orang yang tidak bekerja untuk dirinya sendiri atau untuk orang lain,tidak mendapat rahmat daripada Allah.
Orang yang tidak bekerja untuk dirinya sendiri atau untuk orang lain,tidak mendapat rahmat daripada Allah.
Seorang
yang memikul kayu di belakangnya untuk dijual lebih baik daripada
meminta-minta yang belum tentu orang hendak memberikannya.
Sesunguhnya Allah menjadikan rezekiku di bawah bayang-bayang usahaku.
Janganlah
kamu hanya berdoa”Ya Allah,Ya Tuhanku!Anugerahilah hambamu
rezeki!Sesungguhnya kamu harus mengerti bahawa langit itu tidak
menurunkan hujan emas dan perak.
Pekerjaan seorang lelaki lebih memberi bekas kepada seribu orang lelaki daripada perkataan seribu lelaki kepada seorang lelaki.
Perusahaan yang rendah melata,lebih mulia daripada meminta-minta.
Penderitaan,kesusaha,kesengsaraan,kegagalan dan kekecewaan ,sekali-kali tidak boleh menghalang manusia berusaha.
Berusahalah
di dunia seakan-akan engakau akan hidup selam-lamanya,berusahalah untuk
akhirat seakan-akan engakau akan mati esoknya.
Memperolehi sesuatu dengan usaha sendiri adalah lebih baik dan lebih aku sukai daripada meminta-minta.
Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang dengan tangannya sendiri.(Hadis)
Segala amal
dan usaha di dalam hidup kita adalah didorong oleh fikiran dan batin
kita.Didalam batin terletak pertimbangan di anrata buruk dan baik,cantik
atau jelik.
Berusaha dalam hidup itu diwajibkan oleh agama.
Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.(hadis).
Marilah
kita bekerja,beramal dan membangun negara dengan besar hati dengan wajah
yang gembira dan muka berseri.Kita mulai usaha kita dengan sekadar
tenaga yang kita miliki.Dan jangan bernita supaya beres dan selesai di
tangan kita juga atau pada aman kita juga.(Hamka)
Selagi kita bernyawa,kita mestilah bekerja menabur bakti untuk bangsa dan negara.Itulah hasan yang sebenar.(Ibu zain)
kata hikmat Masa
Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.
Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.
Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati.
Masa itu umpama pedang.Jika kamu tidak menggunakannya,ia akan memancung kamu.
Masa yang
lepas itu sesungguhnya telah meninggalkan kamu,tetapi masa akan datang
sentiasa melawat kamuApbila kamu hitungkan apa yang sudah
berlalu,birakanlah,maka wajib atas kamu meghitungkan pula masa yang di
hadapan itu pelawat bagi kemajuan dan kebahgiaan.
Bertannguh itu pencuri masa(peribahasa Arab)
Masa itu umpama air pasang surut,tiada siapa yang dapat menahannya.
Masa dihargai,janji ditepati.(pepatah Melayu).
Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun orang dungu.(Hadis)
Susah payah tidak memperlihatkan apa yang perlu,mengahbiskan masa yang tidak perlu.
kata hikmat harta.
Kegunaan harta tidak dimungkiri.Tetapi ingatlah yang lebih tinggi ialah cita-cita yang mulia.(Hamka)
Kegunaan harta tidak dimungkiri.Tetapi ingatlah yang lebih tinggi ialah cita-cita yang mulia.(Hamka)
Kekayaan menjahanamkan si bodoh,merosakkan si pandai.
Jauhilah
tuuh kebinasaan iaitu syirik,sihir,bunuh diri,makan riba,makan harta
anak yatim,berpaling dari medan perang dan memfitnah wanita mukmin.
Harta benda itu menjadi fitnah kepada manusia.
Keinginan
kepada harta tidak terbatas,padahal hidup sendiri terbatas.Kalau manusia
tidak membataskan seleranya sampai matinya dia tidak merasa puas apa
yang ada.(Hamka)
Hidup mewah
merosak jiwa dan bangsa.Kemewahan menjadi bibit yang memundurkan
jiwa.ukuran mewah atau belum mewah adalah ukuran kesihatan jiwa
masyarakat berfikir.(Hamka).
Bakhil
membawa celaka dan boros membawa sesal,bersikap dermawan sanagat
dianjurkan,tetapi bersikap dermawan tanpa perhitungan adalah kawan
syaitan.
Jangan dibawa pendapat kepada yang lurus.Peliharakan semuanya itu dengan sungguh-sungguh.
Kekayaan harta benda,pangkat atau kedudukan tinggi tidak dapat menutupi kekerdilan jiwa atau tabiat yang tidak jujur.
Orang yang berhemat mengatur hartanya.Orang yang bakhil diatur oleh hartanya.
Hatra benda yang baik untuk orang yang baik.
Antara gejala hawa nafsu manusia ialah sekali kemewahan itu mempengaruhi diri,orang yang berlaku curang.
Engkau dan harta bendamu adalah milik ayahmu.
Tiap-tiap
harta yang didapati dengan jalan yang tidak benar amat panas dalam
tangan,menyebabkan diri menjadi gelisah dan menghilangkan ketenteraman.
Tamak
haloba akan harta benda menyebabkan orang mengumpulkannya untuk kekayaan
diri dan golongan tertentu.Adakalanya untuk kemegahan atau kekuasaan
walaupun dengan menghisap darah dan menindas orang yang lemah.
Ada 2 tabiat yang tumbuh dalam manusia kerana memiliki harta.Pertama tamak dan haloba,kedua bakhil.
Harta benda
amat perlu.Insan muslim hendaklah kaya supaya dapat membayar zakat dan
naik haji.Sedang zakat dan haji adalah dua daripada lima rukun Islam.
Harta yang
diberikan Allah bukan semata-mata berupa benda.Fikiran yang cerdas,akal
yang lanjut,ilmu pengetahuan yang banyak dan sebagainya adalah rezeki
pemberian Allah.
Kekayaan ialah nikmat Allah.seharusnya kekayaan itu kita kita belanjakan menurut jalan yang digariskan Allah.
Bertambah
tinggi darjat iman,bertambahlah manusia tidak memandang mahal hartanya
lagi.Yang mahal baginya ialah hubungan silaturrahim sesama manusia dan
ibadat kepada Tuhan.
Kekayaan yang paling tinggi yang diberikan oleh Allah kepada hambanya ialah kekayaan nikmat.
Lebih baik menerima nama baik daripada harta (Pujangga).
Kekayaan
yang istimewa dan utama dalam kehidupan ini ialah banyaknya hubungan
antara diri dengan masyarakat dan banyak mendapat pertemuan umum.
Harta benda
akan menjadi sengketa kalau rahmat Allah tertahan.harta yang sedikit
boleh menjadi rahmat kalau pandai menggunakannya.
Sebaik-baik
kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta
ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.
KATA-KATA BIJAKSANA PUJANGGA ISLAM
Kata-kata hikmah ini adalah koleksi mutiara kata dan kata-kata indah pujangga dan tokoh Islam sebagai nasihat.
Setiap amal bergantung pada niat. Niat dan tujuan orang beriman lebih
baik dan bernilai pada pandangan Allah daripada amalannya. Niat orang
yang tidak beriman lebih buruk daripada apa yang nyata dengan amalannya.
– Nabi SAW
Lisan yang didorong dan dikendalikan oleh kekuatan iman akan
menghasilkan mutiara-mutiara kata yang elok didengar dan memancarkan
kebenaran
Imam Ali bin Abi Talib berpesan: “Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu
tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta”
Ibnu Munkadir berkata: “Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga
perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah”. Wahai insan yang
beriman,
renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.
renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:” Rebutlah peluang lima sebelum lima:
Masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang
sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa papa. Dan masa hidup
sebelum tiba masa mati.”
Masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang
sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa papa. Dan masa hidup
sebelum tiba masa mati.”
Madu adalah penyembuh untuk penyakit dan Al-Quran adalah penyembuh
bagi penyakit dalam hati, maka hendaklah kamu berubat dengan madu dan
Al-Quran.
Setiap orang itu lemah apabila ia menyerang kerana beliau hanya
mempunyai satu tangan untuk mempertahankan diri dan satu lagi digunakan
untuk menyerang
Menghairankan sekali,orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari,
tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun
tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun
Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu
tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk
diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk
makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah.
Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucian jiwa
seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh
sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya
keimanan di celah-celah sanubari insan.
seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh
sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya
keimanan di celah-celah sanubari insan.
Yang selalu membunuh kebijaksanaan seseorang ialah tamaknya – Sayidina Ali
Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang
sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu
diangan-angankan
Kata al-Imam As-Syafi’i, “Mencari ilmu itu lebih utama daripada mengerjakan
sunnah.”
sunnah.”
Jika kita bandingkan hidup yang singkat di dunia ini dengan hidup yang abadi di alam akhirat, maka hidup ini adalah mimpi belaka
Rasullullah SAW bersabda;” Orang yang cerdas adalah orang yang selalu memikirkan dan mempersiapkan kematian”.
Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali
penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa; kasih mereka terhadap anak adalah
kasih dari titisan air mata dan titik peluh yang tak mungkin terbalas.
penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa; kasih mereka terhadap anak adalah
kasih dari titisan air mata dan titik peluh yang tak mungkin terbalas.
Gembira dan bahagia tika menyabit padi kiranya ianya ditanam sendiri.
Begitu juga jiwa manusia itu bukan tumbuh kerana upah tetapi kerana
kerja yang patut mendapat upah
Biar kamu tidak cantik di mata penghuni bumi tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit.
Nabi SAW bersabda,”Jagalah dirimu daripada api neraka.. Meskipun
dengan sedekah separuh daripada sebiji kurma. Jika tidak dapat,maka
sepatah kata yang baik.”
Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sbagai sindiran
kepadanya sebab itu tidak diterimanya
kepadanya sebab itu tidak diterimanya
Semoga mendapat manfaat dari koleksi kata-kata pujangga Islam ini.
http://lelakikuat.azhaan.com
Comments
Post a Comment