Malaikat sentiasa menunggu lafaz Selawat anda di udara Untuk Rasulullah SAWby peribadirasulullah |
Daripada Abdullah bin Mas’ud al-Ansori r.a., Nabi s.a.w.
bersabda: "Sesungguhnya untuk Allah terdapat malaikat yang
berlegar-legar dimuka bumi. Mereka menyampaikan kepadaku salam daripada
umatku."( Riwayat al-Nasa’i dan Ibn Hibban )
Himpunan Hadis Hadis Rasullulah ( Keistemewaan Nabi Muhammad )
1- Rasullullah s.a.w. Penghulu Manusia
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Akulah penghulu manusia pada hari Kiamat."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )
Keterangan:- Nabi
s.a.w. mengatakan sebegini untuk menceritakan nikmat Allah s.w.t. Ia
juga merupakan nasihat supaya kita mengetahui hak terhadap baginda
s.a.w.
( Tuhfah al-Ahwazi)
2- Rasullullah s.a.w. Sebagai Rahmat
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan sebagai rahmat."
( Riwayat Muslim )
3- Pendidik Insan Berakhlak Mulia
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik."
( Riwayat Ahmad )
4- Keistimewaan pada Penyampaian Rasullullah
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Aku diutuskan denagn perkataan-perkataan yang ringkas dan padat."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )
Keterangan:- "perkataan-perkataan yang ringkas dan padat";Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. kerana ia mengandungi lafaz-lafaz yang ringkas dan makna yang banyak.
(Tuhfah al-Ahwazi)
5- Nabi s.a.w Mendahului Umatnya
Daripada Jundub bin Sufyan r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Aku mendahului kamu tiba ke kolam di syurga."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )
Keterangan:- "aku mendahului", menyediakan dan memberikan apa yang kamu perlukan.
( Syarah Sahih Muslim)
6- Jaminan Kemenangan
Daripada
Thauban r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Allah telah menghimpunkan bumi
untuk aku sehingga aku dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya
kekuasaaan umatku akan meliputi keluasan bumi yang dihumpankan
kepadaku."
( Riwayat Muslim )
7- Kesedaran untuk Beramal
Daripada
Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sekiranya kamu mengetahui apa
yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis."
( Riwayat al-Bukhari )
Keterangan:- Yakni
mengetahui tentang keagungan Allah, balasan terhadap pelaku maksiat dan
kegerunan yang berlaku pada saat nyawa dicabut, selepas mati, dan
keadaan didalam kubur dan hari kiamat.
- Mengingati perkara tersebut dapat mendorong melakukan amal ibadah.
( Fath al-Bari)
8- Bumi Sebagai Masjid
Daripada Jabir r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Dijadikan untukku bumi sebagai masjid (tempat sujud) yang suci."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )
Keterangan:- Al-Khottobi
mengatakan: Umat sebelum Nabi Muhammad s.a.w. diharuskan sembahyang
hanya ditempat tertentu sahaja seperti rumah ibadat dan tempat
pertapaan.
(Fath al-Bari)
9- Kesempurnaan Syafaat Rasullullah s.a.w.
Daripada
Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bagi setiap nabi terdapat
doa (yang telah dikabulkan di dunia) untuk umatnya. Tetapi aku telah
menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku pada hari kiamat."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )
Keterangan:- Maksud
hadis ini ialah setiap nabi telah mendoakan agar umatnya dibinasakan,
melainkan Nabi Muhammad s.a.w. tidak mendoakan sedemikian. Ini kerana
baginda akan memberikan syafaat sebagai balasan kesabaran umatnya
menanggung kesusahan didunia.
-
Hadis ini menerangkan syafaat Nabi s.a.w. dan belas kasihan baginda
terhadap umatnya. Baginda mengambil perhatian terhadap kemaslahatan
umatnya yang terpenting. Maka baginda menangguhkan doa balasan azab
terhadap umatnya sehingga waktu terpenting dan amat diperlukan syafaat
ketika itu.
(Fath al-Bari dan Syarah Sahih Muslim)
10- Pelbagai Golongan Mendapat Syafaat
Daripada Anas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Aku boleh berikan syafaat kepada umatku yang melakukan dosa besar."
( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )
Keterangan:- Syafaat
Rasullullah s.a.w. untuk orang yang melakukan dosa besar ialah dengan
menyelamatkan mereka daripada kebinasaan. Manakala syafaat baginda untuk
orang yang melakukan ketaatan ialah dengan menaikkan darjat mereka.
(Syarah Sunan Ibn Majah)
11- Kelebihan Selawat
Daripada
Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Orang yang berselawat ke atas
aku sekali, Allah berselawat keatas nya sepuluh kali."
( Riwayat Muslim )
Keterangan:- "Allah berselawat" rahmat dan gandaan ganjaran daripada Allah s.w.t.
(Syarah Sahih Muslim)
12- Orang Bakhil yang Sebenar
Daripada
Ali bin Abu Talib r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Orang yang bakhil ialah
orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat keatasku ."
( Riwayat al-Tirmizi)
Keterangan:- Orang
berkenaan disifatkan sebagai bakhil kerana menghalang diri sendiri
daripada selawat Allah s.w.t. untuknya jika ia berselawat sekali.
-
Sebahagian ulama mengatakan wajib sekali selawat pada setiap kali
disebut nama baginda. Menurut pandangan yang lain, wajib sekali selawat
dalam satu majlis yang disebut nama baginda. Manakala ketika disebut
nama baginda pada kali yang lain dalam majlis itu maka hukumnya adalah
sunat.
(Tuhfah al-Ahwazi)
13- Ucapan Salam Untuk Rasullullah s.a.w.
Daripada
Abdullah bin Mas’ud al-Ansori r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya
untuk Allah terdapat malaikat yang berlegar-legar dimuka bumi. Mereka
menyampaikan kepadaku salam daripada umatku."
( Riwayat al-Nasa’i dan Ibn Hibban )
http://hadisrasullulah.blogspot.com/2010/05/himpunan-hadis-hadis-rasullulah_29.html
Comments
Post a Comment