KETUA JABATAN PERLU BERANI TERIMA PRODUK INOVASI
Oleh: Prof. Madya Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah IKLAN

TIDAK guna apabila ketua jabatan berbangga dengan sejarah 
silam pengalaman mereka bekerja tanpa melaksanakan
satu perubahan mengikut peredaran zaman. Akhirnya 
hanya kata-kata sahaja, berpengalaman membuat itu dan 
ini tetapi tahap pencapaian masih lagi di tahap lama.

Bertambah malang lagi ada yang menjadi ketua jabatan
tetapi meneruskan sahaja apa yang diwarisi tanpa 
mempunyai keinginan membuat sesuatu yang baru. 
Inilah yang banyak berlaku sekarang ini. Banyak 
juga ketua jabatan yang hanya menunggu arahan sahaja. 
Sangat berbangga apabila turun arahan dan 
melaksanakan apa yang diarahkan. 

Adalah bertambah buruk lagi ada ketua jabatan yang 
langsung tidak mahu mendengar perubahan yang dicadangkan
oleh kakitangan bawahan. Kalau ada perubahan yang 
dicadangkan, hanya akan diberi pandangan negatif
dan di perlekehkan. Malang jika ada organisasi yang 
mempunyai ketua jabatan yang berperwatakan begini.

Sangat banyak juga ketua jabatan yang tidak mahu
langsung menerima idea kreatif atau produk inovasi
untuk menambahkan kecekapan jabatan yang di ketuai. 
Jika ada produk inovasi yang diperkenalkan, soalan pertama 
yang akan ditanya sama ada ada orang lain atau jabatan lain yang 
telah menggunakannya?

Lucu juga pertanyaan ini, jika ada jabatan yang
 telah menggunakannya. Sudah tentu produk ini bukanlah
 produk inovasi. lagi Sikap menanti orang lain
 telah menggunakannya adalah sikap yang tidak baik. 
Sikap ini adalah menjadi pengguna sahaja bukan ingin 
menjadi seorang ketua yang ingin membuat perubahan
 dengan melaksanakan sesuatu yang baru.

Mungkin ketua jabatan jenis ini takut menanggung risiko
kalau apa-apa terjadi nanti. Ketua jabatan ini memilih
jalan selamat untuk meneruskan karier cari makan. 
Banyak didapati sekarang ini jabatan kerajaan yang langsung 
tidak ada perubahan dari segi penerimaan teknologi 
dalam melakukan kerja seharian. Ketua jabatan berbangga 
dengan apa yang ada dan diwarisi tidak diketahui sama ada 
ketua jabatan ini tidak suka perubahan atau tidak mahu 
bersusah paya untuk memberi penerangan kepada pegawai
 atas atau tidak mahu meminta kelulusan dari pegawai 
yang lebih atas.

Buat apa-susah untuk meminta kelulusan itu dan ini. 
Tunggu sahaja arahan dari pihak atasan. Ini lebih mudah.
Kalau minta kelulusan pun belum tentu dibenarkan, 
lebih baik teruskan apa yang ada sementara menunggu 
arahan perubahan dari ibu pejabat atau pegawai atasan. 
Kaedah ini lebih popular apa yang dikatakan arahan
“top to bottom”. Sudah tentu mudah dilaksanakan, 
tidak perlu minta kelulusan itu dan ini. Kalau nak buat 
peruntukan perlu disediakan, kalau nak buat benda 
baru banyak sangat karenah perlu dihadapi.

 http://www.mhi.com.my/motivasi.html

Comments

Popular posts from this blog