Pandangan al-Imam al-Syafi’i Terhadap Menghadiahkan Pahala Bacaan al-Quran Kepada Si Mati
Dr Fadlan Mohd Othman
http://fadlan-mohd-othman.blogspot.com
Pandangan al-Imam al-Syafi’i terhadap menghadiahkan bacaan al-Quran kepada orang yang sudah mati:
ومن وهذه
الآية الكريمة استنبط الشافعي، رحمه الله، ومن اتبعه أن القراءة لا يصل
إهداء ثوابها إلى الموتى؛ لأنه ليس من عملهم ولا كسبهم؛ ولهذا لم يندب إليه
رسول الله صلى الله عليه وسلم أمته ولا حثهم عليه، ولا أرشدهم إليه بنص
ولا إيماء، ولم ينقل ذلك عن أحد من الصحابة، رضي الله عنهم، ولو كان خيرا
لسبقونا إليه، وباب القربات يقتصر فيه على النصوص، ولا يتصرف فيه بأنواع
الأقيسة والآراء، فأما الدعاء والصدقة فذاك مجمع على وصولهما، ومنصوص من
الشارع عليهما.
وأما
الحديث الذي رواه مسلم في صحيحه، عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله
عليه وسلم: “إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاث: من ولد صالح يدعو
له، أو صدقة جارية من بعده، أو علم ينتفع به” ( صحيح مسلم برقم 1631) ،
فهذه الثلاثة في الحقيقة هي من سعيه وكده وعمله، كما جاء في الحديث: “إن
أطيب ما أكل الرجل من كسبه، وإن ولده من كسبه” رواه أحمد في المسند (6/31)
وأبو داود في السنن برقم (3528) والترمذي في السنن برقم (1358) والنسائي في
السنن (7/240) من حديث عائشة رضي الله عنها/ وقال الترمذي: “هذا حديث حسن
صحيح”
والصدقة
الجارية كالوقف ونحوه هي من آثار عمله ووقفه، وقد قال تعالى: { إِنَّا
نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَى وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآثَارَهُم } الآية
يس: 12
والعلم
الذي نشره في الناس فاقتدى به الناس بعده هو أيضا من سعيه وعمله، وثبت في
الصحيح: “من دعا إلى هدى كان له من الأجر مثل أجور من اتبعه، من غير أن
ينقص من أجورهم شيئا
“Dan daripada ayat yang mulia ini, al-Imam al-Syafi’i rahimahullah dan orang yang mengikutinya telah beristinbat bahawa bacaan (al-Quran) itu tidak sampai hadiah pahalanya kepada orang-orang yang mati kerana ianya bukan daripada amalan mereka dan bukan juga daripada usaha mereka.
Disebabkan inilah Rasulullah s.a.w. tidak mensunatkannya ke atas
umatnya dan tidak pula menggalakkan mereka kepadanya atau menunjukkan
mereka kepadanya sama ada dengan nas mahupun isyarat. Perkara ini
tidak pula dinukilkan daripada seorangpun para sahabat r.a. Jika perkara
ini baik pasti mereka akan mendahului kita kepadanya.
Perbincangan
tentang al-qurubat (perkara yang mendekatkan kepada Allah) adalah
perkara yang dibataskan kepada nas-nas dan tidak sekali-kali boleh
diuruskan oleh jenis-jenis qiyas mahupun pendapat. Berkenaan doa dan sedekah, kedua perkara ini telah disepakati sampai pahalanya dan dinyatakan berkenaannya dalam syarak.
Berkenaan hadith yang diriwayatkan Muslim dalam sahihnya daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda “Sekiranya
mati seorang insan, amalannya terputus kecuali daripada tiga: daripada
anak salih yang mendoakannya, atau sedekah berterusan selepasnya, atau
ilmu yang dimanfaatkan.” (Shahih Muslim No. 1631). Tiga perkara ini
sebenarnya adalah daripada usahanya, titik peluhnya dan amalannya,
seperti mana terdapat dalam hadith: “Sesungguhnya sebaik-baik apa
yang dimakan oleh seseorang lelaki ialah daripada usahanya. Dan
sesungguhnya anaknya adalah daripada usahanya.” (Riwayat Ahmad
dalam Musnadnya 6/31, Abu Daud dalam sunan no. 3528, at-Tirmidzi dalam
sunan no. 1358, an-Nasa’i dalam sunan no. 7/240. Adapun dari Hadith
‘Aisyah rdahiallahu ‘anha, at-Tirmidzi menilai: Hadith ini bertaraf
Hasan Shahih.)
Sedekah yang berterusan seperti waqaf
dan sebagainya adalah daripada kesan amalannya dan waqafnya. Allah
Ta’ala telah berfirman: “Sesungguhnya kami yang menghidupkan orang yang
mati dan kami catatkan apa yang mereka dahulukan dan juga kesan-kesan
mereka.” (Yasin: 12)
Ilmu yang disebarkannya kepada
manusia lalu diteladani oleh manusia selepasnya juga adalah daripada
usahanya dan amalannya. Telah terdapat dalam hadith sahih: “Sesiapa
yang mengajak kepada hidayat, dia akan dapat pahalanya seperti
pahala-pahala orang yang meneladaninya tanpa dikurangi pahala mereka
sedikitpun.” (al-Imam Ibnu Kathir dalam Tafsir Ibnu Kathir, Surah al-Najm 53, ayat 39)
Comments
Post a Comment