10 Tanda Orang Yang Berbohong/Suka Menipu !
Ehee . Dalam dunia ni memang tak lari daripada pernah menipu walaupun sekali . Ah ! Betul ?
Err. Ye lah kot. I think so. hek3. Berbohong merupakan salah satu
perilaku yang tidak baik. Paling umum dilakukan oleh semua orang baik orang tua atau anak muda, bahkan budak-budak pun suka berbohong jugak kan? HEHE .
Namun, korang seharusnya mampu memahami apakah seseorang yang bercakap dengan korang itu berbohong ataupun tidak.
Kalau tidak, korang akan mudah ditipu oleh orang lain. Satu masalahnya
adalah bagaimana cara korang nak tahu mereka berbohong atau tidak? Dari
semua perilaku manusia, mungkin berbohong adalah salah satu perkara
sukar untuk dikesan .
Namun,
ada beberapa perkara yang dapat membantu korang cara mengesan ketika
seseorang itu sedang berbohong . Nak tahu ? Jom terjah satu-persatu !
1. Gugup.
Berbohong
memiliki gejala yang hampir sama dengan ketegangan. Dalam berbagai
situasi ketika kita berniat untuk berbohong, kita mudah merasa gugup,
dan waktu itulah masa untuk menutup kesalahan. Anda pernah begitu ?
Anda sahaja yang tahu. haha .
2. Perhatikan bahasa tubuh.
Lihat
dan perhatikan bahasa tubuh dan posture seseorang yang kelihatan
seperti menutupi bahagian tertentu dari wajah atau tubuh. Menyentuh
hidung merupakan salah satu ciri untuk mengetahui seseorang tu berbohong
atau pun tidak. Tapi, jangan pulak kalau dia gatai kat bahagian
hidung. Diorang garu-garu terus korang tuduh dia menipu ! haha.
3. Gelisah berlebihan.
Perhatikan
jika seseorang yang korang curigai berbohong, menggaru-garu atau
menggesek pakaiannya. Err. Kebanyakan dan selalunya, perbuatan
sedemikianlah cara untuk kita ketahui dia berbonong ataupun tidak. Ishk, kalau dah tahu itu boleh nampak sangat nak berbohong, boleh pulak
digesek2 pakaiannya. haha. Kelakar lah.
4. Senyum berlebihan.
Di
samping dari kelihatan gelisah berlebihan yang nampak sangat dia tu
sedang berbohong, lihat juga orang yang suka tersenyum lebih banyak
ketika mereka mengatakan yang sebenarnya. Ah, dah sah pembohong.
5. Percaya pada naluri.
Haa. Ini penting kan? Selain perhatikan gerak-geri orang yang sedang
berbohong, kit juga haruslah percaya pada naluri kita sendiri. Mungkin
betul jika pepatah orang dolu-dolu mengatakan, "jika anda mencurigai
seseorang berbohong, mungkin anda benar.". Err. So, ikut lah naluri
hati korang tu ye:)
6. Muka kelihatan bingung.
Semasa
dia berbohong, dia akan memikirkan tentang kesalahannya pada waktu yang
sama. Hal ini akan mengganggu perhatiannya dalam percakapan tersebut.
Nampak je muka dia ala~ala bingung and tergagap masa nak cakap, dia
menipu lewtew:)
7. Menganggukkan kepalanya.
HEHE. Ada jugak yang suka mengangguk-ngangguk kan kepalanya. tanya, dia
angguk-angguk je macam sedang berbohong gitu. hek. Ramai macam ni kot?
8. Selalu beri penjelasan yang tidak penting.
Err
. Dah sah pembohong. Kita tanya sesuatu benda yang spesifik. Yang dia
pergi jawab benda tu, tapi, bagitau dengan lebih detail dengan cakap
laju-laju bagai sedang nyanyi lagu rap tu. ahaha. Orang nak satu
jawapan je. Dia pergi jawab panjang berjeler-jeler. Ah !
9. Bila berjanji , sering mengingkari.
Ni
selalu ada pada lelaki kot ! Opss* Maaf. haha. Masa tu, bersemangat
haa janji itu ini konon bagi harapan yang GAHHH!. Padahal, bila dah
dapat sesuatu yang dikehendakinya, err biasanya lupa akan janji
manisnya dahulu .
10. Mengatakan sesuatu yang tidak dilakukannya.
Err. Biasa lah tu. Tak buat sesuatu benda tu. Tapi, diperbesar-besarkan
hasil usaha yang dilakukannya itu. Contohlah, dia kata nak kemas satu
rumah, atas bawah. Sapu luar, belakang rumah. Ah, padahal, kemas
bilik je. Err. Siapa yang gini? haha. Siapa makan cili, terasa lah
pedasnya. Opss *
Amacam
. Dah tahu siapa yang suka bohong anda ? ekeke . Lyssa biasanya selalu
sangat tahu orang yang suka berbohong ni . So , jangan lah nak tipu-tipu
Lyssa . Err . (Berlagak nya!)
HUHU . #Kidding je lah :)http://www.lyssasecret.com
Comments
Post a Comment