Q&A Mendengar Khutbah atau Solat Sunat Tahiyatul Masjid

  Ustaz sekiranya khutbah disampai ketika solat jumaat, dan makmum tiba sewaktu khutbah disampaikan dan terus solat sunat ketika khutbah tgh disampaikan..adakah ianya dibolehkan? Atau cukup sekadar duduk dan mendengar khutbah?

Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi menjawab:

Waalaikumussalam warahmatullah,
Ketika seseorang masuk ke masjid dan khatib sedang menyampaikan khutbah disyariatkan untuk dia solat dua rakaat tahiyyatul masjid sebelum dia duduk,hal ini thabit sebagaimana ditunjukkan oleh hadith yang diriwayatkan oleh Al-Imam Bukhari rahimahullah dalam Shahihnya dibawah bab:
ﺑﺎﺏ: ﺇﺫا ﺭﺃﻯ اﻹﻣﺎﻡ ﺭﺟﻼ ﺟﺎء ﻭﻫﻮ ﻳﺨﻄﺐ، ﺃﻣﺮﻩ ﺃﻥ ﻳﺼﻠﻲ ﺭﻛﻌﺘﻴﻦ
“Bab Jika Imam yang sedang berkhutbah melihat seseorang yg baru datang dia mengarahkan agar dia solat dua rakaat”

Lalu Imam Bukhari membawakan hadith daripada Jabir bin ‘Abdillah radiallahu’anhu katanya:
: ﺟﺎء ﺭﺟﻞ ﻭاﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﺨﻄﺐ اﻟﻨﺎﺱ ﻳﻮﻡ اﻟﺠﻤﻌﺔ، ﻓﻘﺎﻝ: ﺃﺻﻠﻴﺖ ﻳﺎ ﻓﻼﻥ؟ ﻗﺎﻝ: ﻻ، ﻗﺎﻝ: ﻗﻢ ﻓﺎﺭﻛﻊ ﺭﻛﻌﺘﻴﻦ
Maksudnya:”Datang seorang lelaki(memasuki masjid) sedangkan ketika itu Nabi sedang menyampaikan khutbah kepada jemaah pada hari Jumaat,lalu Nabi bertanya kepada lelaki tersebut: ” Apakah kamu sudah solat wahai fulan?” Jawab beliau: ” Belum.” Sabda Nabi: ” Bangunlah dan solatlah dua rakaat”.

Wallahu’alam.
http://www.1aqidah.net

Comments

Popular posts from this blog