PENCEN AKHIRAT
Salam.
Istilah PENCEN
AKHIRAT atau PENCEN KUBUR ni aku dengar dari program ISLAM ITU INDAH di radio
IKIM.FM, bersama Prof Dr Muhaya. Bagi mereka yang tak pernah dengar rancangan
ini, sangat-sangat disarankan, setiap RABU 10.00pagi-11.00 pagi. Ulangan KHAMIS
1.00 pagi-2.00pagi dan SABTU 7.00pagi-8.00pagi. Sekian dimaklumkan.
Aku rasa semua orang
tahu macamana nak dapatkan pencen ni. Kena buat amal dulu, baru ada pencen.
2
Kalau ikut logik
kepala aku, buat amal yang khusus untuk diri kita saja, pencennya kecil. Buat
amal untuk orang sekeliling kita, pencennya besar.
Contoh, kalau aku
solat, mengaji, berzikir, pergi kelas agama dan seumpamanya, mungkin pencen aku
sekadar itu saja bergantung kepada ikhlas aku.
Tapi, kalau aku
solat dan sediakan tempat solat, aku mengaji dan sediakan kemudahan mengaji,
aku ke kelas agama dan aku yang uruskan kelas tersebut, maka pencen yang aku
dapat INSYAALLAH berterusan. Ini yang aku faham dan aku nak sampaikan.
Aku cuba
memahami untuk jadi manusia yang memberi khidmat, memberi manfaat. Apa manfaat
orang dapat dari kewujudan aku ini, manfaat atau mudharat?
Jadi, dalam keadaan
aku sekarang ni, tak ada alasan untuk aku kata bahawa tunggu pencen kerja baru
aku nak tekun ibadat. Sekarang pun dah boleh buat ibadat dengan tekun.
Pagi ini saya terkejut dan hampir menitiskan air mata apabila mendengar radio IKIM sekitar jam 10.30 pagi sewaktu bersama isteri ke Pasar Payang. Tetamu jemputan tersebut ialah orang Terengganu kita. Beliau ialah Prof. Dr Muhaya Muhammad, 50, adalah nama yang tidak asing dalam dunia perubatan di negara ini. Beliau adalah pakar oftalmologi dan seorang daripada dua profesor dalam bidang itu yang bertugas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Kepakaran dan kebolehannya menyaksikan beliau menjelajah dari satu benua ke satu benua. Kelebihannya itu juga menyebabkan UKM 'tidak rela' melepaskannya, sebaliknya hanya membenarkan dipinjamkan kepada Pusat Perubatan Prince Court (PPPC) Kuala Lumpur.
Apa yang saya sempat dengar dalam keadaan hujan lebat ialah istilah yang digunakan iaitu "PENCEN KUBOR" . Tersentak saya dibuatnya. Memang tepat sekali apa yang diulas. Kebetulan saya pun baru sangat pencen tak sampai dua minggu. Pencen Dunia, Alhamdulillah Allah telah beri, cukuplah untuk makan, minum, sewa rumah, duit minyak kereta, bayaran pelbagai bil di rumah. Rasanya cukuplah, sesuai dengan keadaan baki umur yang tinggal tak banyak lagi.
TETAPI saya teruja bila beliau mengingatkan pendengar, apakah kita yakin dan percaya bahawa kita akan dapat PENCEN KUBOR kelak apabila menemui Allah, meninggalkan dunia ini ? Sebak dada nak jawab. Jawapannya TAK PASTI.
Apakah yang dimaksudkan dengan PENCEN KUBOR itu ?
Segala amal jariah, sedekah, puasa, solat, amalan soleh, anak yang soleh yang ditinggalkan, adakah mereka akan hantar pencen kepada kita apabila kita dimasukkan ke dalam kubor. ITULAH yang dimaksudkannya PENCEN KUBOR.
Kemudian istilah kedua yang diwar-warkan oleh Dr Muhaya ialah SPM, bukan Sijil Pelajaran Malaysia, tetapi Sijil Padang Mahsyar. Adakah sijil yang kita bawa ke Padang Mahsyar kelak, laku atau sah disisi Allah, itulah persoalannya.
Dalam interaksi di Radio IKIM pagi itu beliau menjawab soalan pemanggil berkaitan dengan mata, kebetulan beliau pakar mata. Tetapi ada satu soalan dikemukakan oleh seorang suami, berkaitan dengan isterinya yang akan bersalin, mana lebih baik, bersalin di hospital kerajaan ataupun di hospital swasta. Beliau respon, kedua-dua baik, kerana petugasnya terlalatih. TETAPI yang paling penting mengikut Dr Muhaya untuk memudahkan siisteri bersalin, syarat penting ialah isteri mesti patuh dan taat kepada suami, dan pastikan solat tidak tinggal. Suami isteri perlu solat. Jika suami inginkan isterinya diuruskan oleh doktor wanita, beliau mencadangkan agar sisuami dan isteri sentiasalah berdoa kepada Allah, mudah-mudahan Allah akan berikan doktor wanita untuk menguruskan isterinya. Walau bagaimanapun, semua kakitangan perubatan telah ditetapkan dengan etika perubatan yang mesti dipatuhi.
Saya seronok mendengarnya kerana beliau bukan ustazah tetapi pakar perubatan mata, tetapi responnya sangat menarik berasaskan prinsip hidup seorang Muslim yang amat faham agama. Malahan cara beliau menyampaikan dakwah sangat menarik dan, menyakinkan. Selepas ini saya akan masukkan dalam blog ini latar belakang beliau untuk kita lihat program belaiu dalam TV Astro 9.
Satu analogi yang saya kira amat menarik diutarakan oleh Prof Dr Muhaya; kita diibarat sebagai pelaksa projek perumahan. Rumah itu kepunyaan Allah, arkiteknya ialah Para Nabi dan Rasulnya. Pelannya ialah Al Quran dan Hadis. Pelaksana pembinaan itu ialah kita. Jadi apabila kita bertemu Allah kelak kita akan ditanya adakah kita telah menyiapkan projek perumahan yang ditetapkan oleh Allah di dunia. Kalau dah siap, ditanya pula adakah pelan rumah yang kita bina itu ikut sebagaimana pelan yang ditentukan oleh Rasulullah saw. iaitu Quran dan Hadis.
Takut-takut rumah tak siap, atau siap tetapi tidak ikut spesifikasi yang di tentukan oleh arkiteknya iaitu Rasulullah saw. Maka susahlah nak jawab kepada Allah. Kalau di dunia, tentulah Bos kita marah kita, kerana tak siapkan kerja. Kalau dah siappun kena marah, sebab bina rumah tak ikut pelan yang disuruh oleh Bos kita. Silap-silap kita kena buang kerja. Itu di dunia, tetapi kalau di akhirat kelak, ke nerakalah tempat pembuangan kita. Nauzubillah.
Dalam keseronokan mendengar kuliah pendeknya, masa siarannya dah tamat. Apabila balik ke rumah, saya mencari web sitenya dalam internet dan jumpalah banyak maklumat mengenai dirinya. Sempat juga saya copy untuk rujukan pembaca. Saya kira dia seorang Muslimah yang patut dijadikan role model sebagai Muslimah Yang Berjaya. Sila layari untuk dapatkan pengajaran.
Akhir sekali saya tertarik responnya terhadap seorang pemanggil yang bertanya tanggungjawab pemerintah terhadap kewajipan beragama. Kata beliau kita selaku ketua, tak kira ketua negeri ke, ketua jabatan, ketua organisasi, ketua rumah tangga, pelaksana program atau apa-apun kursus, JANGAN LUPA ingatkanlah kepada anak buah soal solat 5 waktu. Jadi kalau dalam jadual kursus, apa salahnya jadual solat berjemaah itu dihighlightkan kepada semua perserta. Kalau TV selalu ingatkan penonton bayar tak lagi zakat, maka apa salahnya sering ingatkan penonton, Solat Tak lagi?
Dan akhir sekali yang beliau ingatkan ialah kasihanilah suami-suami (termasuk saya) yang penat lelah mencari rezeki untuk anak isteri di rumah, tetapi isteri dan anak-anak perempuan khususnya tak jaga solat, tak jaga aurat. Kasihan sisuami, kerja dahlah penat, dosa anak isteri dedah aurat ditanggung sama oleh sisuami. Saya juga rasa tersentuh. Tak guna solat jika kita mendedahkan aurat. Sebab arahan tutup aurat sama seperti wajib solat. Ibarat berniaga, BULUH KASAP, hujung hilang pangkal lesap.
Penutupnya saya petik maksud hadis Rasulullah saw untuk renungan kita bersama, apabila mati sahaja anak adam, maka terputulah semua amalannya, kecuali tiga perkara (INILAH KOT YG DIKATA PENCEN KUBOR); sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, DOA ANAK YANG SOLEH.
Sekian, jumpa lagi daripada Cgsyed.
http://cgsyed.blogspot.com
Comments
Post a Comment